Isnin, 30 September 2013

KADANG2...MEMANG HIJAU ITU MENAWAN....WARNA PAKAIAN PENGHUNI SYURGA HIJAU

Pas yakin mampu pertahan Dun Sungai Limau
Posted on Monday, September 30 @ 20:53:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



ALOR SETAR - Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, Dun Sungai Limau adalah kubu kuat Pas selepas Allahyarham Azizan berjaya mengekalkannya selama lima penggal berturut-turut.



“Ini maruah kita. Lima penggal Pas mengekalkan kuasa di bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Pas akan menggerakkan jentera agar supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu.

Difahamkan, mesyuarat khas yang diadakan Jumaat lalu menubuhkan jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi PRK.

“Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar,” katanya.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau selepas mengalahkan calon BN dan dua calon bebas dengan majoriti 2,774 undi.

Sebelum ini, Azizan yang juga bekas menteri besar meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada jam 11.05 pagi, Khamis lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah selain kegagalan beberapa organ dalaman.



BENCI TAPI MASIH SAYANG

Biarpun dipecat, Jenice Lee hadir Kongras Khas DAP

Anis Nazri, 29 Sep 2013
PETALING JAYA: Ahli DAP yang dipecat, Jenice Lee turut hadir ke Kongres Khas parti itu yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai itu kelihatan di tengah-tengah para perwakilan dan pemerhati parti itu yang memenuhi Imperial Ballroom, di mana tempat kongres itu diadakan.

Ketika ditemui Harakahdaily, Jenice berkata beliau hadir ke kongres itu bagi memastikan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) ini benar-benar diwakili oleh mereka yang benar-benar berkelayakan.

Beliau yang turut diberikan notis untuk menghadiri ke pemilihan ini, biarpun dipecat mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan terbaik bagi memastikan perjuangan parti itu benar-benar terpelihara.

"Tuhan memberi peluang, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar berpegang kepada perjuangan parti. Walaupun mungkin selepas ini saya 'dibunuh' semula, saya tetap akan menyelematkan parti ini," kata beliau sambil menyifatkan pemecatan beliau sebelum ini sebagai tidak sah.

Bagaimanapun, tambah beliau kehadirannya hari ini di kongres khas itu sebagai usaha beliau menyelamatkan parti dari tergelincir dari garis perjuangan yang dipersetujui bersama.

Jenice, dipecat dari DAP setelah beliau bertindak bertanding sebagai calon bebas di Dun Teratai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila namanya tidak dicalonkan semula bagi kerusi tersebut.

Tindakannya itu menyebabkan DAP mengambil keputusan memecat keahliannya memandangkan parti itu sudah mengeluarkan arahan awal kepada setiap ahlinya agar tidak bertanding menentang calon yang ditentukan parti.

Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.

Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.

Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

DAP tidak mahu jadi klon MCA, Gerakan - Guan Eng

Salmiyah Harun, 29 Sep 2013
PETALING JAYA: DAP bercita-cita untuk menjadi sebuah parti bagi seluruh rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi klon MCA, Gerakan apatah lagi Umno BN, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013, Guan Eng berkata, kemerosotan Umno BN dalam PRU13 lalu adalah petanda jelas bahawa politik berasaskan kaum tidak ada masa depan di Malaysia.

"Kami ingin bersuara bagi pihak semua kaum termasuk Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.

"Kita telah membuktikan di Pulau Pinang dan Selangor bahawa Pakatan Rakyat boleh memelihara orang Cina lebih baik daripada MCA, menjaga orang Melayu lebih baik daripada UMNO, membantu orang India lebih baik daripada MIC," katanya.

Beliau turut mengajak ahli DAP bersatu padu dan buktikan bahawa mereka dapat lakukan yang lebih baik daripada BN untuk kesemua rakyat Malaysia.

"Tidak kira siapa, yang penting kita adalah rakyat Malaysia. Hidup rakyat! Hidup Malaysia!," katanya mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan sebuah hotel di sini hari ini.

Jelasnya, Malaysia boleh menjadi negara yang cemerlang seandainya mereka memperbaharui keyakinan mereka terhadap rakyat.

"Tanpa mengira masalah yang  hadapi, selagi mana kita mengekalkan kepercayaan terhadap kemampuan dan kebijaksanaan rakyat, rakyat akan menemukan penyelesaiannya bagi kita," katanya.

Tambahnya, BN terancam dengan DAP kerana mereka menawarkan Impian Malaysia yang mendorong perdamaian nasional berbanding balas dendam nasional yang ditawarkan BN.

"Kita melaksanakan politik inklusif dan bukan eksklusif, kita mahu kerjasama dan bukan konfrontasi serta rundingan daripada diktat-diktat.

"Daripada memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan fahaman ekstremisme kaum dan agama, kita menyeru ke arah keharmonian kaum dan rasa hormat terhadap kepercayaan masing-masing. Pakatan Rakyat menolak kebencian, keganasan, ancaman, rasuah dan politik wang; yang semuanya merupakan kepakaran BN," katanya.

Justeru katanya, DAP dan Pakatan Rakyat, mesti memperlihatkan kepimpinan alternatif yang lebih baik dan berprinsip, dan menyuarakan asas dasar yang jelas, sekata, inovatif dan berpandangan jauh terutamanya buat pengundi di kerusi-kerusi marjinal.

"Kita mengajak kesemua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam Impian Malaysia - demokrasi berjiwa rakyat menerusi urus tadbir maksima, kerajaan minima yang menumpukan usaha memenangi masa depan dengan pendidikan ke arah perpaduan, integriti dan kecekapan," katanya.

Turut hadir ke kongres ini sebagai jemputan Khas iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Komuniti Islam semakin berkembang di Eropah Timur

Lan Jusoh, 29 Sep 2013


FRANKFURT: Berada di tengah-tengah kota metropolitan ibu negara Jerman tidak sukar ditemui komuniti Islam.

Ramai wanita Islam lengkap berpakaian menutup aurat, seperti juga muslimat di Malaysia.

Berbeza dengan ibu kota di negara-negara Eropah Timur lain kecuali Vienna di Austria, di mana mudah ditemui komuniti Islam sedangkan di Republik Czech, Slovakia dan Hungary agak sukar dilihat penduduk Islam di jalanan.

Malah di Frankfurt ditemui Pusat Islam yang lengkap dengan masjid. Lokasi itu tidak jauh dari pusat pelancongan di lembah Sungai Rhine.

Program jelajah Eropah Timur disertai 32 rakyat Malaysia bersama Poto Travel bermula 19 September lalu dapat melihat sendiri perkembangan Islam di sini.

Biarpun sebahagian negara terbabit lebih berkiblat fahaman sosialis dan komunis, namun tidak menghalang komuniti Islam hidup bersama masyarakat lain.

Sebahagian besar mereka merupakan imigran dari negara-negara Arab dan Turki.

Bagaimanapun sepanjang 13 hari kembara di Eropah Timur, tamadun Kristian dilihat lebih menyerlah biar pun empayar Othmaniah pernah bertapak selama 150 tahun.

Hampir kesemua tempat-tempat bersejarah yang dilawati memperlihatkan kehebatan dan kekuasaan empayar Rom dan Kristian.

Kelebihan yang mereka pertahan ssekarang ternyata berjaya menarik jutaan pelancong dari segenap pelosok dunia ke Eropah Timur.

Ini berbeza dengan negara kita yang mana lebih seronok mencipta senibina baru tanpa bersungguh-sungguh mempertahan bangunan tradisi lama.

SN Usman Awang, burung dan nasi durian

Hazayani Zakaria, 29 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Saya tidak berpeluang bertemu atau mengenali susuk tubuh beliau secara dekat walaupun namanya sering disebut-sebut orang.

Namun sejak di sekolah rendah lagi, saya sudah mengetahui tentang beliau lewat biografi dan puisi-puisi beliau.

Selepas diberitahu bahawa Perbadanan Kota Buku akan mengadakan acara Jualan Buku @ But Kereta sempena memperingati karya Sasterawan Negara, Datuk Dr.Usman Awang, saya segera mengosongkan jadual pada tarikh tersebut.

Acara Jualan Buku @ But Kereta memang sudah menjadi acara bulanan Kota Buku namun acara semalam terasa lebih meriah apabila karya-karya Allahyarham Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant ditampilkan.

Bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara semalam, berlangsunglah acara jualan buku-buku, deklamasi puisi dan bedah buku Usman Awang.

Lebih menyentuh perasaan apabila anak Allahyarham, Haslina Usman sendiri tampil bercerita perihal kesusahan zaman kanak-kanak dan remaja bapanya yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi beliau.

Beberapa kali bertemu dengan Haslina, melihat peribadinya yang lemah lembut dan selalu tersenyum, mengingatkan saya kepada pembacaan saya tentang Allahyarham.

Ya, Haslina mewarisi sifat bapanya, barangkali.

Menurut pembacaan saya, Allahyarham Usman Awang disenangi ramai kerana perwatakan dan peribadinya yang lemah lembut dan senang mesra serta simpatinya terhadap orang miskin.

Malah, Usman Awang disifatkan sebagai seniman yang berjiwa rakyat.

"Masa kanak-kanak Allahyarham bapa saya, dia hidup susah. Berjalan kaki ke sekolah beberapa kilometer jauhnya, memijak jalan tar yang panas hingga terpaksa berlari-lari anak," katanya yang mesra dipanggil Kak Lina.

"Kadang-kadang, bila nak makan, bapa saya lastik burung untuk dibuat lauk.

"Jadi di usia tuanya, dia sangat rasa bersalah pada binatang dan simpatinya pada haiwan sangat tinggi.

"Sebab itu dia selalu letak pisang dan nasi di tepi tingkap, supaya bila burung hinggap, burung boleh makan pisang dan nasi itu," sambungnya dan berhenti bercakap beberapa saat, menarik nafas panjang menahan sebak.

"Cukuplah kita bercakap tentang itu, tetapi saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan acara memperingati perjuangan Allahyarham bapa saya ini.

"Semoga kita semua mendapat manfaat daripada karya-karya beliau," katanya mengakhiri ucapan.

Haslina juga sempat menunjukkan cara menyediakan makanan kegemaran Allahyarham bapanya iaitu nasi durian.

Allahyarham Usman Awang meninggal dunia tanggal 29 November 2001 pada bulan Ramadan akibat penyakit jantung, ketika umurnya 72 tahun.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dan mendapat pendidikan awal di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) sehingga lulus darjah enam.

Usman yang dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada 1983, penerima kedua selepas Sasterawan Keris Mas pernah berkhidmat sebagai anggota polis Inggeris (1946-1951), Pengarang Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) serta pengarang bahagian majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (1962-1985).

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, Allahyarham terkenal dengan tulisan-tulisan dalam pelbagai genre yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, patriotisme dan moral.

Namun, beliau dalam sejarah kepengarangannya lebih dikenali dalam genre puisi yang mengangkat pelbagai persoalan di sekitar masyarakat kelas bawahan Melayu, khususnya para petani, buruh dan tukang.

Allahyarham mula menghasilkan sajak sejak tahun 1948. Kemudian aktif dalam penulisan cerpen, novel dan drama, dan telah menghasilkan lebih 100 buah buku, artikel, jurnal, puisi dan novel.

Sajak pertama beliau yang saya baca ialah Guru Oh Guru selain Makam Bonda, Kekasih, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar dan Ketam Mengajar Anaknya Berjalan.

"Kak Ina, Hari lahir saya dan Allahyarham bapa kak Ina sama, 12 Julai," kata saya kepada Haslina sewaktu berbual-bual dengannya selepas beliau menyampaikan ucapan.

"Oh, ya? Mesti sensitif, kuat merajukkan? Ayah memang kuat merajuk, sensitif," katanya sambil tersenyum.

Saya senyum dan mengangguk, mengiyakan.

Tentera Israel dan rakyat Palestin bertempur

Press TV, 29 Sep 2013
BAITULMAQDIS: Tentera rejim Israel  bertempur dengan penunjuk perasaan Palestin di Timur al-Quds (Jerusalem) pada malam ulang tahun Intifada 2 yang ke-13.


Pertempuran meletus pada hari Jumaat selepas tentera rejim Israel menyerang sebuah kumpulan Palestin di Kota Lama, yang membantah peningkatan kunjungan warga Yahudi di perkarangan Masjid al-Aqsa.


Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin telah ditangkap ketika kejadian.


Tunjuk perasaan yang sama menentang kemasukan sekumpulan warga Yahudi di bawah pengawasan polis pengiring ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa juga telah diadakan di beberapa bandar seperti Nablus, Tebing Barat dan al-Khalil (Hebron).


Sementara itu, ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza bangkit menuntut dihentikan kunjungan warga Yahudi ke Masjid al-Aqsa.


Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas membuat rayuan terbuka agar menghentikan kunjungan ke al-Aqsa dalam ucapannya di PBB, Khamis lalu.


"Tindakan perlu diambil untuk menamatkan serangan di tapak keagamaan, al-Quds hampir setiap hari, di barisan hadapan adalah Masjid al-Aqsa, di mana serangan berterusan seperti itu akan membawa kesan yang buruk," kata Abbas.


Intifada Palestin 2 (Revolusi Palestin menentang rejim Israel) berlaku pada 28 September 2000, selepas lawatan pemimpin parti pembangkang Israel, Ariel Sharon, ke perkarangan Masjid al-Aqsa.


Kira-kira 300 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera rejim Israel dalam proses Intifada selama tempoh lima tahun.


Perkarangan Masjid al-Aqsa adalah tapak tumpuan masyarakat Islam dan Yahudi.

Tapak suci berkenaan dikenali oleh masyarakat Yahudi sebagai Temple Mount, dan menjadi tapak suci dalam agama Yahudi. Ia adalah tapak paling suci bagi masyarakat Muslim selepas kota Makkah dan Madinah di Arab Saudi.


Warga Yahudi tidak dibenarkan untuk berdoa di perkarangan Masjid al-Aqsa.

SIBUK PAS AGAR MASUK UMNO...NAPE TAK TUKAR KENYATAAN....UMNO YANG MASUK PAS

Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 30 Sep 2013
Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah ketika menunaikan haji dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ. Para hadirin yang mendengar huraian tersebut ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah tersebut pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia?. Dia bertanya kepada saya tentang kekeliruannya itu.

Saya berkata syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu, walaupun dia jahat. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong?. Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras. Entah berapa banyak para penceramah yang ‘sewaktu dengannya’.

Jangan Melampau


Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas terlebih dahulu, tentu dia tidak membuat huraian yang seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn `Abbas, katanya:

“Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah SAW bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu."
(Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Nabi SAW dalam hadis ini memuji Ibn ‘Abbas kerana telah mengutip batu-batu yang kecil kerana itu sudah memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran yang patutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para rasul. Dalam ertikata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama. Jika batu-batu yang dilontar di ketiga-tiga jamrah itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil itu. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jamaah haji dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh, yang akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jamaah lain yang cedera.

Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama ini, hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempunyai latar sejarahnya seperti kisah Ibrahim melontar syaitan, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakannya dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW.

Khurafat

Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi SAW dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat? Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka. Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Tiada Unsur Keberhalaan

Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Ka’bah, sebaliknya mereka hanya menghadapkan wajah ke arah Ka’bah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi SAW memohon agar dipilih Masjidil Haram sebagai arah kiblat kaum muslimin. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah untuk kita. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala. Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek atau insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan mengadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjid Haram dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempah yang diperintahkan Allah. Firman Allah, maksudnya:

“Kerap kali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya.”
(Surah al-Baqarah 144).

Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehimgga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji mereka ketika itu, pergi ke negara Qaramitah tersebut. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, ‘Umar bin al-Khattab RA apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata:

“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya Mencontohi Rasulullah

Oleh sebab Rasulullah SAW menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sa’i, wukuf dan kesemuanya dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan dengan akidah yang diajar oleh baginda. Jika ini tidak fahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah. Firman Allah, maksudnya:

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah al-Nisa : 115).

Berkat Dan Rahmat


Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih tersebut. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya merasa lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini untuk dilimpahi rahmat-Nya di situ melebihi tempat yang lain seperti Mekah dan Madinah, Zam-Zam dan Kaabah, Mina dan Arafah dan seumpamanya. Seperti mana Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmat-Nya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, Hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji. Maka insan muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehinya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripada-Nya sahaja. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.

Untuk Allah Semata


Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim AS membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancung dan berseronok suka. Firman Allah, maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur.”
(surah Ibrahim : 37)

Perjuangan Tauhid


Dalam ibadah haji dan umrah, seorang muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim AS sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun. Firman Allah, maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka al-Kitab (Al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Baqarah : 127-129)

Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi berbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai penderitaan yang lain. Namun, para penerus perjuangan Ibrahim AS tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim AS. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini telah bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya bagi setiap zaman. Nabi Muhammad SAW adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jamaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim AS mula perjuangannya.

http://drmaza.com/

Q&A: Cara mewakilkan ibadah korban

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 30 Sep 2013
Soalan;
Assalamualaikum. Penyertaan 1 bahagian (korban - lembu) RM400.00 contoh; jadi jika Ahmad ingin mengambil 1 bahagian, bagaimanakah cara yang sepatutnya dari mula beliau menyerahkan wang kepada pihak pengurusan sesebuah masjid sehinggalah pada hari penyembelihan. Saya mohon ustaz jelaskan cara lafaz semasa penyerahan wang (untuk 1 bahagian/lembu), adakah perlu beliau meyatakan secara lafaz atau sekadar berniat dan adakah beliau perlu lafaz pada pihak pengurusan masjid mewakilkan seperti “Saya mewakilkan pihak pengurusan masjid untuk membeli lembu.” Semasa hari penyembelihan adakah beliau perlu mewakilkan pada niat pada si penyembelih atau sekadar niat sendiri semasa penyembelih menyembelih binatang. Mohon penjelasan, terima kasih.

Jawapan;

1. Pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah korban) atau mampu menguruskannya.

2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya." Jika ada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadai sebagai taukil (penyerahan).

3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (seperti menerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa).

4. Walaupun telah menyerahkan perlaksanaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Hal ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu.” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

5. Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah.”
(Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).

6. Jika ia tidak dapat hadir sama, akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.

http://ilmudanulamak.blogspot.com

Q&A: Mati semasa ihram

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 29 Sep 2013
Soalan:
Adakah orang yang mati semasa ihram perlu disempurnakan hajinya?

Jawapan:
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; "Seorang lelaki sedang wukuf di Arafah. Tiba-tiba ia terjatuh dari kudanya, lalu patah lehernya dan mati. Maka Nabi SAW bersabda, maksudnya;

"Mandikanlah ia dengan air dan sidr, kafankanlah ia dengan dua kain ihramnya, janganlah disapu/dipakaikan wangian kepadanya dan janganlah menutup wajah dan juga kepalanya. Sesungguhnya ia akan dibangkitkan di hari akhirat dalam keadaan bertalbiah".

Dari hadis ini diambil kesimpulan;

1. Hadis ini menunjukkan ihram tidak terputus dengan berlakunya kematian. Maka kesan ihram berkekalan sekalipun selepas mati. Oleh itu, mayatnya tidak dikenakan wangian dan kepalanya tidak ditutup. Inilah yang menjadi pegangan mazhab as-Sauri, Syafi'ie, Ahmad dan Ishaq. Namun Ibnu Umar berpandangan; ihramnya terputus dengan kematian. Oleh itu ia diperlakukan sebagaimana mayat-mayat yang lain. Pandangan ini juga dipegang oleh mazhab Malik dan ashab ar-Rakyi (yakni Abu Hanifah dan sebagainya).

2. Hadis ini juga menjadi dalil bahawa seorang yang dalam ihram jika mati, tidak perlu disempurnakan baki hajinya kerana Nabi tidak menyuruhnya. Inilah yang disebut oleh Imam al-Baghawi dalam Syarah as-Sunnahnya. (jil. 5, hlm. 322-323). Rujukan; Dalail al-Ahkam, Ibnu Syadda, jil. 1, hlm. 501-502.

Namun menurut keterangan Imam Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni; "Jika seseorang itu telah berihram haji, kemudian ia meninggal, adalah sah orang lain menggantikannya untuk melakukan kerja-kerja ibadah haji yang masih berbaki sama ada ia berniat ihram untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain. Dalilnya ialah; ibadah haji adalah ibadah yang harus berlaku niabah (gentian) di dalamnya, maka jika seseorang mati selepas mengerjakan sebahagiannya, maka untuk sebahagian lagi haruslah diqadha/diganti oleh orang lain bagi pihaknya, iaitu sama seperti zakat. (al-Mugni, juz. 3, hlm. 173).

http://ilmudanulamak.blogspot.com

PAS sudah bersedia jumpa Umno

Subky Latif, 27 Sep 2013
Selalunya PAS seperti kata al-Marhum Ustaz Fadzil Noor tak bulo’ (bulur) untuk berurusan dengan Umno apabila anjuran Umno mencadangkan supaya kedua-dua parti politik orang Melayu bertemu atas apa-apa tujuan jua.

Dalam suasana demikian tidak putus-putus orang dari berbagai kedudukan bersuara marilah PAS bersama Umno.

Yang terakhir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin dengan serba galak mengajak lagi PAS supaya bersemuka atau duduk semeja dengan Umno tanpa mempedulikan semboyan kencang PAS belakang ini untuk PAS ganti  Umno.

PAS menjelajah seluruh ceruk rantau mengumandangkan PAS ganti Umno dalam masa beberapa tahun ini. Dan PAS tidak main-main. Habis peluh dan air liur dari badan berkempen bagi mencapai PAS ganti Umno.

Seminggu selepas Muhyiddin mempelawa lagi, Presiden PAS Tok guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab, ‘Ya PAS bersedia untuk bertemu Umno.

Jika ajak-ajak Muhyiddin itu tidak pernah ditakwil motif dan muslihatnya, maka jawapan Tok guru itu juga tidak perlu ditakwil niat dan politiknya.

Maka semuanya sekarang laksana bola berada di kaki Muhyidin. Tidak usah repot lagi. Mari berjumpa saja. Empat mata tak elok. Walaupun yang  ketiga selain mereka berdua adalah Allah, tetapi Islam mengajar supaya ada saksi. Tak usah ditanyalah mengapa Allah menghendaki ada saksi.

Maka sekarang boleh diadakan pertemuan enam mata atau lapan mata atau beberapa orang Umno bersama beberapa orang PAS.

Tak usah ditanya apakah PAS akan tinggalkan Pakatan atau Muhyiddin mahu menyambung semula misi Tun Razak mengadakan hubungan Perikatan-PAS dalam suasana baru BN-PAS demi tujuan politik yang lebih besar.

Tak usah difikirkan itu semua. Kegagalan Razak-Asri itu adalah sejarah pahit untuk semua yang payah difikirkan untuk diulangi.

Tak usahlah masing-masing untuk memikirkan yang besar-besar dan yang mngkin meletupkan sesuatu.

Jangan ingatkan PAS akan tinggalkan Pakatan dan tiada kemungkinan dalam waktu yang terdekat ini sebaik saja Ustaz Hadi bertemu Najib atau Muhyidin, PAS akan keroyok Kit Siang dan DAP. Hanya orang gila akan ingat dan mimpikan itu.

PRU 1974 di mana PAS dan Umno tidak bertembung sama sendiri tak akan berulang lagi kecualilah Umno sudah dipadamkan dari ROS.

Kalau semua itu tidak mungkin, maka buat apa sebok-sebok untuk bertemu? Tentu Muhyiddin lebih tahu dan tidak perlu diberitahu. Tahulah dia apa yang patut dibuat jika ajakannya itu bukan ajak-ajak ayam. Ajak-ajak Muhyidin janganlah sama dengan ajak-ajak ayam.

Mungkin mereka dapat selesaikan isu orang PAS tidak dibenarkan jadi jawatan kuasa masjid boleh diselesaikan. Untuk permulaan mungkin payah sikit membuka jawatankuasa masjid  dan surau kepada orng PAS, tetapi sekadar untuk menjadi tok siak tidak mengapa agaknya. Sekarang jadi tok siak pun tak boleh.

Mungkin orang PAS yang jadi guru tidak terhalang lagi untuk jadi guru kanan terutama ketika kementerian pelajaran mahukan guru-guru terbak. Bukan setiap yang jadi PAS akan jadi guru terbaik, tetapi ada antara ahli PAS itu guru yanag baik.

Maka tidaklah mereka akan disekat kenaikan pangkatnya.

Mahyuddin tentu tahu banyak yang perlu diharmonikan jika Umno tidak melihat PAS itu lebih teruk dar hantu  raya.

Banyak yang Umno boleh bincangkan dengan PAS. Tidaklah PAS keras kepala. Pernah Anwar Ibrahim semasa jadi TPM bahawa Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Syed Ibrahim Abdul Rahman bertemu denan Dr Mahathir dan Anwar di kediaman Dr Mahathir.

Tak usah bincangkan apa yang dicapai, tetapi PAS telah sambut pelawaan itu.

Lebuh raya rakyat, bukti PAS parti pilihan

Mohammad Faizal Che Yusof, 27 Sep 2013
Sehingga kini projek pembinaan lebuh raya rakyat Kelantan terus menjadi sendaan kepada kebanyakan penyokong dan pendokong Umno. Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai yang diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk diusahakan sendiri oleh kerajaan Kelantan bukanlah suatu mimpi. Bahkan ia suatu projek yang “viable” dan telah melalui kajian “ficibility”.

Sebagaimana yang difahamkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Haji Husam Musa, ilham Tuan Guru tersebut dicetuskan kepada beliau sebanyak tiga kali setelah Tuan Guru meyakini bahawa Umno yang menerajui kerajaan pusat terus bersikap mendiskriminasikan Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi bila mana kepimpinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob terus dengan pendirian membina lebuh raya rakyat.

Berdasarkan penerangan Datuk Haji Husam Musa, boleh kita fahami bahawa prinsip asas kepada pembinaan lebuh raya rakyat ialah satu amalan perkongsian pintar antara pihak swasta dan kerajaan negeri. Dalam projek tersebut, kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK bertindak sebagai pemudahcara.

Sebuah syarikat pembinaan lebuh raya yang berpengkalan di Korea telah bersetuju membina lebuh raya rakyat dengan kos RM1.8 bilion. Sebagai balasan kepada kesediaan syarikat gergasi ketiga korea tersebut, menurut perancangan awal kerajaan Kelantan hanya menyediakan suatu kawasan yang bernilai RM2.5 bilion yang mana diberi hak untuk diusahakan kepada syarikat Korea yang terlibat.

Uniknya pembinaan lebuh raya rakyat, tiada keperluan untuk kerajaan Kelantan membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat pelaksana sebagaimana amalan yang menjadi kebiasaan. Di sinilah keterampilan ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam memastikan setiap sen harta rakyat yang diamanahkan ditadbir dan diuruskan sehabis baik.

Antara propaganda yang terus dimainkan oleh media-media anti PAS termasuklah betapa projek tersebut tidak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan tidak diketahui parti. Dalam program penerangan di Kota Bharu yang diadakan semalam, khamis 26 September, YB Datuk Paduka Haji Husam Musa memperincikan bahawa seawal Julai 2011, projek pembinaan lebuh raya rakyat telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan turut dibincangkan dalam Lajnah Politik serta Dewan Harian PAS.

Justeru, sebagai penyokong dan pendokong PAS, setiap dari kita bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sehabis tepat kepada rakyat yang sentiasa dimomokkan dengan pelbagai fakta yang mengelirukan oleh media-media yang dikuasai Umno. Harus kita insaf, masih ramai dalam kalangan orang Melayu yang terus meletakkan sikap terlebih waspada kepada keupayaan PAS meneraju kerajaan apabila diberi hak memerintah Putrajaya.

Jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri ditadbir PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai contoh yang sentiasa boleh dirujuk untuk rakyat memahami situasi sebenar. Usaha untuk memenangi hati rakyat bukan hanya pada musim pilihan raya.

Sebagai umat yang dipandu wahyu dan sunnah Rasul Allah SAW, setiap saat kita diberi pilihan untuk sama ada berbuat kebajikan dan beramal soleh atau membiarkan sahaja masa berlalu dengan kerugian. Ayuh, terus berjihad dengan setiap keupayaan demi memenangkan Islam di bumi bertuah ini. – 21 Zulkaedah 1434H.

Kenalkah engkau perempuan ini?

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 27 Sep 2013
Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah SWT mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah – surah ini mengandungi 22 ayat : "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."-  Surah al-Mujadalah : ayat 1)

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal.

Senyum. Salam Jumaat.

Mengapa Mukhriz tidak pilih ketua pemuda?

Subky Latif, 27 Sep 2013
Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Nnaib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergeerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?

Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.

Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.

Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?

Bagi kedua anak beranak tersohor itu, Mukhriz dan bapanya, orang yang paling dicemburuinya adalah Khairy sejak dia belum menjadi Ketua Pemuda lagi. Famili itulah yang mencipta jolokan budak di tingkat empat yang ditujukan kepada Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah dulu lagi. Malah tidak suka itu mungkin melebihi pada bapa mertua Khairy sendiri.

Jika boleh mereka mahu ketepikan Khairy dulu dari bapa mertuanya, sebab mereka percaya Khairy lebih sudu dari senduk dalam perang dingin antara bapa Mukhriz dengan mertua Khairy.

Maka dengan tidak mencabar Khairy kali ini, Mukhriz dan bapanya membiarkan Khairy terus berada dalam salur galur hiraki pimpinan Umno. Pandangan jauh mereka Khairy boleh menghalang peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Jika Khairy tidak dipinggirkan, maka itu adalah satu percaturan politik yang silap.

Menyekat Khairy dalam mood semua tidak senangkan bapa mertuanya adalah lebih senang sebelum dia bertapak dalam kuasa Umno.

Usaha menyekat Khairy itu gagal. Mukhriz tidak dapat menggantikan jawatan anak seorang bekas Perdana Menteri lagi apabila jawatan itu dikosongkannya. Khairy yang mengisinya.

Khairy sudah dikira bertapak kuat dalam Pemuda Umno sekalipun dia dipeti sejukkan sekitar empat tahun oleh pentadbiran pro Mahathir. Dengan dia jadi menteri belia dan sukan empat bulan lalu, dia dilihak lebih berwibawa dari  menteri yang digantikannya.

Maka dengan keadaan yang terbaru itu adalah payah bagi Mukhriz untuk mengambil alih tempat Khairy itu. Kira Mukhriz hendak menebus kekalahan dulu, eloklah dilupakan. Gerenti Mukhriz akan dikalahkan.

Dengan menyedari peluang itu tipis dan jawatan itu pula rendah dibandingkan dengan Naib Presiden, maka risiko memilih jawatan Naib Presiden itu tidaklah setinggi mencabar Khairy. Mukhriz nescaya lingkup jika berdepan dengan Khairy.

Bukan semua penyandang Naib itu boleh dikecundangkan. Mungkin ada ruang bagi Mukhriz mencelah. Jika sentimen kelab Menteri Besar seperti yang pernah berperanan sejak 40 tahun dihidupkan lagi, peluang itu ada buat Mukhriz.

Sejak zaman Dato Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor awal 70-an dan dilanjutkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, kelab Menteri Besar itu mahu ada di kalangan Naib Presiden itu dari Menteri Besar, tidak kira Menteri Besar mana negeri, maka kesempatan menjadi Menteri Besar Kedah adalah menjadi peluang baik buat Mukriz.

Dan kalau percubaan Mukhriz itu gagal, ia tidak terasa sangat, kerana yang kalah bukan dia saja. Ada dua lagi yang kalah bersamanya. Tapi kalau kalah di tangan Khiary, terasa sangat.

TIDAK MEBELAKANGKAN ROS SATU HAL...JANGAN MAKHLUK2@MANUSIA DAN JIN SERTA ORANG YANG MENGAKU ISLAM MEMBELAKANGKAN ALLAH SWT

PAS ucap tahniah, DAP tidak belakangkan ROS

Salmiyah Harun, 29 Sep 2013
PETALING JAYA: PAS mengucapkan tahniah kepada DAP kerana mengambil langkah tidak membelakangi gesaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, DAP  akur dengan apa yang dikehendaki oleh ROS dan hari ini terbukti mereka berkumpul beramai-ramai semula.

Hatta yang hadir sebagai tetamu Khas ke Kongres Khas Kebangsaan DAP itu percaya parti itu teraniaya hanya kerana mereka bercakap benar.

"Apa yang dibuat oleh ROS, itu satu usaha berdendam, saya pun tidak pasti apa puncanya," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebaik sahaja selesai ucaptama pimpinan DAP.

Beliau juga berharap pemilihan khas ini berjalan dengan baik dan diterima oleh ROS supaya ianya berjaya menyelesaikan episod yang tidak senang di kalangan ahli DAP.

Sementara itu, Hatta memuji ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sentiasa menegaskan sikap parti itu terhadap Perlembagaan Negara dan mengangkat sistem demokrasi berparlimen dan Raja-Raja Melayu.

"Saya rasa perkara ini perlu diperingatkan dan diulang berkali-kali kerana masih ada rakyat yang sangsi dan menganggap DAP parti cauvinis tidak boleh disokong.

"Keadaan begitu baik sekarang mereka berada di pentas politik Malaysia bersama-sama Pakatan Rakyat untuk mengajak ke arah perubahan," katanya.

 

 

 

Lebuh Raya Rakyat dibina tahun depan

Khairil Abdul Rahim, 29 Sep 2013
TEMERLOH: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat akan bermula awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, projek sepanjang 73 kilometer itu akan dibuat dalam dua fasa di mana Kerajaan Negeri Kelantan melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Dubai akan membinanya dari Machang ke Kuala Krai dengan anggaran kos sebanyak RM669 juta.


(Gambar: Mohd Amar melancarkan montaj Gerak Kerja PAS Kuala Krau.)


Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah bersetuju untuk membina lebuh raya yang sama dari Kota Bharu ke Machang melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Menjadi harapan Kerajaan Negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini semalam.

Mohd Amar berkata, cadangan projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kelima pada tahun 1986  tetapi tidak dilaksanakan.

Kemudian pada 2006 projek tersebut sekali lagi disenaraikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan namun dibatalkan tanpa alasan yang munasabah walaupun peruntukan sudah disediakan.

Akhirnya pada 2011 projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 di Machang.

Beliau sebelum itu diberi penghormatan melancarkan montaj Teras Gerak Kerja PAS Kuala Krau 2013-2015 yang bertema ‘Keluargaku Ahli PAS’.

Melalui gerak kerja tersebut, setiap ahli PAS di kawasan itu diminta mendaftarkan anak-anak mereka sebagai ahli PAS iaitu sebagai strategi dan komitmen yang dicapai bagi persediaan menjelang Pilihan raya Umum ke- 14.

Wahai Jabatan Perikanan & APMM...

SM Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyiasat kegiatan bot ikan bilis dan bot pukat tunda yang mengancam sumber perikanan di perairan Langkawi ketika ini.

Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menyebabkan berbagai jenis hidupan laut terutama ikan dan udang semakin berkurangan malah lebih 2,000 nelayan pantai di sekitar pulau berkenaan turut terjejas hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.

Setiap hari bot ikan bilis yang berpengkalan di Bukit Malut dan bot pukat tunda yang berpengkalan di Kuala Kedah menjalankan aktiviti mereka dan menceroboh kawasan tangakapan nelayan pantai (Zon A) antara 1 batu nautika hingga 2 batu nautika dari pantai. Akibat dari kegiatan itu berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar ditangkap oleh nelayan bot ikan bilis dan bot pukat tunda menyebabkan sebahagian besar hasil laut dikaut secara rakus oleh bot-bot berkenaan.

Nelayan bot ikan bilis tidak lagi menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar dengan menggunakan alat pengesan ikan (Sonar) ketika beroperasi.

Tindakan itu bukan saja bercanggah dengan permit yang diberikan oleh Jabatan Perikanan tetapi juga membunuh benih-benih ikan di perairan Pulau Langkawi di sini. Hasil tangkapan oleh nelayan bot ikan bilis dijual di laut bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

CAP meminta Jabatan Perikanan menarik balik permit yang dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha bot ikan bilis yang terlibat agar aktiviti ini tidak berterusan dan sumber perikanan tidak terancam pada masa akan datang. CAP kesal walau pun masalah yang sama pernah berlaku di perairan Kuala Sanglang sebelum ini tetapi  hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.

Mengenai pencerobohan bot pukat tunda Kuala Kedah di Zon A di sini, CAP menggesa APMM melakukan pemantauan yang lebih kerap di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya aktiviti ini dapat dikawal dengan berkesan dan masalah kemerosotan hasil pendapatan nelayan pantai Pulau Langkawi dapat dipulihkan.

Gambar selebriti bersama TG Nik Aziz

http://kerabubersuara.blogspot.com, 29 Sep 2013

Terkini! Gambar Selebriti Bersama TG Nik Aziz Dan Pimpinan Kerajaan Kelantan

September 29, 2013

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/1374839_734304313253440_1853459937_n.jpg
https://pbs.twimg.com/media/BVThidGCUAA6rED.jpg
https://pbs.twimg.com/media/BVTmY6VCIAAawDf.jpg

tahniah buat penganjur. semoga diberkati ALLAH.

BUKAN SAJA INTERNET MALAH MAJLIS ILMU MESTI DIPERTINGKATKAN...LEBIH2 MASALAH AKIDAH DAN HUKUM HAKAM FEKAH SERTA TASAUF

Anda tanya, kami jawab 2 Okt di KLSCH

Harakahdaily, 30 Sep 2013


Kuala Lumpur: Semua dijemput hadir ke program dialog anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) khususnya kepada anak-anak muda dan para profesional.

Pada kali ini, kami membawa bersama-sama anda Dato' Haji Husam Musa, Sdr. Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman.

Kesemua adalah figura dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) khusus kami bawakan ke pentas dialog bagi menerjah dan meneroka idea serta fikrah pemikiran mereka yang terlibat secara langsung sebagai pimpinan serta penggerak PAS.

Apakah parti Islam yang cukup berusia dalam lakaran sejarah ini mampu berdepan dan kekal relevan dalam arus deras kepelbagaian ragam politik semasa tanah air kini?

Ayuh ke program dialog kalii ini. Anda BERTANYA, biar mereka MENJAWABNYA!

Tarikh: 2 Oktober 2013
Hari: Rabu
Tempat: KLSCAH (Hadapan monorel Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Masa: 8 – 11 malam

Parlimen rakam takziah buat keluarga Ustaz Azizan

Harakahdaily, 30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ni  menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Khamis, 26 September lalu.

Ucapan takziah itu dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, bagi mewakili seluruh ahli dewan.

"Kita mendoakan semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan menempatkan Allahyarham bersama-sama orang beriman. "Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Persidangan juga berhenti seketika bagi memberi peluang kepada ahli parlimen beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan bagi yang bukan Islam untuk bertafakur.

Ustaz Azizan, 69, meninggal dunia jam 11.10 pagi di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Ssebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.


Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.


Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, 25 September.


Almarhum merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas PAS dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-12, pada 2008.


Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40 petang, 9 Mac 2008.


Pada 16 Julai 2008, Almarhum telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PAS mahu capaian internet luar bandar dipertingkat

Harakahdaily, 30 Sep 2013



KUALA LUMPUR: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mahukan kerajaan memperluaskan dan meningkatkan capaian internet khususnya di kawasan luar bandar.

Bercakap ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Mohd Hatta berkata, tindakan kerajaan memperkenal program Kampung Tanpa Wayar telah mendekatkan jurang digital di luar bandar.

"Di tempat saya, kawasan yang saya dapat score dengan baik (pada PRU13 lalu) adalah kawasan yang ada liputan komunikasi.

"Kita lihat anak muda khususnya di Kuala Krai berkumpul di kawasan hotspot sehingga malam untuk menggunakan internet ini, ada yang mengaksesnya dari atas motor.

"Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan seumpama cybercafe untuk memudahkan mereka menggunakan kemudahan internet ini," soalnya.

Menurut Mohd Hatta lagi, kerajaan juga dicadang memperbanyakkan menara komunikasi bagi tujuan capaian lebih menyeluruh.

Menjawab kepada soalan itu, Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata terdapat tiga Pusat Internet 1Malaysia, di kuala kerai sehingga kini.

Mengulas cadangan pembinaan menara komunikasi, beliau berkata kerajaan berhadapan dengan masalah khususnya soal tapak dan bantahan penduduk yang menganggap menara ini memberi kesan radiasi kepada mereka.

Terdahulu Mohd Hatta menayakan bilakah usaha kerajaan untuk meningkatkan capaian telekomunikasi khususnya tanpa wayar di Kuala Kerai akan dicapai sepenuhnya.

YDP Kepala Batas bertukar, Nibong Tebal kekal

Mohd Sabri Said, 30 Sep 2013
GEORGETOWN: PAS Kawasan Kepala Batas memilih teraju baru apabila Mohd Khair Che Mat dipilih ke jawatan Yang Dipertua setelah menewaskan pencabarnya, Osman Ayub dalam pertandingan dua penjuru.

Yang Dipertua PAS kawasan penggal lalu, Rosidi Husain (gambar) pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang DiPertua PAS kawasan pula disandang  Ridwan Osman manakala Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kekal disandang  Hafiz Kassim dan Ustazah Nurulhuda Ahmad.

Sementara itu di Nibong Tebal,  Abdul Rahman Ramjan  terus diberi mandat sebagai Yang Dipertua PAS kawasan untuk sesi 2013-2015.

Jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan dimenangi Ustaz Razali Ahmad manakala  Naib Yang Dipertua diamanahkan kepada Ustaz Shukri Che Yunus.

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya

Harakahdaily,


Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.

“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”

Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker Student’ lebih daripada setengah tahun.  

Zunar akan 'menconteng Lynas' di Kuantan

Harakahdaily, 30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka untuk membantu kempen anti-Lynas di Kuantan pada 5 Oktober depan.

Dalam program "Conteng-conteng Lynas" itu, mereka antara lain akan mengadakan demonstrasi melukis kartun, melukis karikatur, melukis atas kain rentang, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Selain Zunar (gambar), kartunis lain yang akan mengambil bahagian ialah Megat, Jonos, Azman Matnoh, Baba, Shem dan Noky.

Acara tersebut akan diadakan pada jam 5 petang di Pantai Batu Hitam,  Balok (5-7) dan pada sebelah malam di Pantai Teluk Chempedak (bermula jam 9).

Menurut kenyataan KKI, semua acara melukis tersebut bertujuan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya kilang nadir bumi Lynas dan supaya mereka bersama-sama bangun memprotes kehadiran kilang tersebut di bumi Malaysia.

"Sebagai kartunis, ini adalah sumbangan kami untuk memastikan Malaysia bebas dari ancaman bahan kimia beracun yang bakal memusnahkan masa depan kita," kata kenyataan itu.

Semua acara tersebut terbuka dan boleh disertai orang ramai dan untuk maklumat lanjut,  boleh menghubungi nombor telefon 012 9517661.

CEC DAP kekal, Liew Chin Tong undi tertinggi

Anis Nazri dan Salmiyah Harun, 29 Sep 2013
PETALING JAYA: Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang kononnya dikatakan tidak sah oleh ROS terus membarisi kepimpinan bagi sesi 2013.

Bagaimanapun, keputusan kali ini menyaksikan satu-satunya calon Melayu, Zairil Khir Johari telah berjaya memenangi pemilihan ini.

Kepimpinan itu dipilih melalui Kongres Khas DAP 2013 yang diadakan hari ini di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pegawai Pengurus parti, Dr Ong Kian Meng mengumumkan keputusan itu pada jam 8.15 malam selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan undi bagi beberapa calon yang bertanding sebelum pada pemilihan kali ini, antaranya Liew Chin Tong (gambar) yang memperolehi undi paling tertinggi iaitu sebanyak 1,438 undi.

Sebelum ini, beliau dalam pemilihan lalu hanya memperolehi 984 undi.

Keputusan CEC DAP kali ini adalah ssperti berikut:

Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)

Pada pemilihan semula kali ini, sebanyak 1725 kertas undi dikeluarkan dan dikembalikan, 1663 undi sah, 62 undi rosak, dan 33 260 jumlah undi yang diperolehi semua calon.

Ketika ini, kesemua barisan kepimpinan yang dipilih sedang bermesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan dalam parti.

Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP

Harakahdaily, 29 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P Ramasamy

3. Dr Ariffin Omar

4. Jimmy Wong Sze Phin

5. Vincent Wu

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi:

1. Chow Kon Yeow

2. Chong Chieng Jen

3. M Kula Segaran

4. Teresa Kok

5. Dr Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. P Ramasamy

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Teo Nie Ching

Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy

Biro Pilihanraya

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,

Liew Chin Tong

Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo

Biro Pakatan Rakyat

Pengerusi: Teng Chang Khim

Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa

Kok, Gobind Singh Deo

Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran

Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan

Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony

Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi

Whip: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran

Jawatankuasa Keahlian

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong