Isnin, 3 September 2012

SETUJULAH...BAGAIMANA UNDANG2 BAGI ORANG YANG MENGHINA ISLAM...TAK NAK GUBALKE

Isu bendera: Mengaku tidak wakili parti
Wartawan Sinar Harian
3 September 2012
Individu dikenali sebagai Singa Selatan bersama rakannya, Zairi (kanan) mengibar bendera Sang Saka M
Individu dikenali sebagai Singa Selatan bersama rakannya, Zairi (kanan) mengibar bendera Sang Saka Malaya.
SHAH ALAM – Individu bawa bendera baru dalam Himpunan Janji Demokrasi mengakui dalam blognya dia bersama rakannya adalah individu bertanggungjawab membawa bendera 'Sang Saka Malaya'.
Pemilik blog Singa Selatan itu berkata, dia hadir ke program itu tanpa mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan atau pembangkang, sebaliknya mewakili golongan muda.Beliau mendakwa mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang ditenggelamkan pihak bertanggungjawab.
“Jauh sekali bermotif untuk menukar bendera Malaysia kepada Sang Saka Malaya kerana sebaliknya ia ditukar menjadi Jalur Gemilang pada hari ini,” katanya dalam blog singaselatan.blogspot.com.
Menurutnya, penerangan dalam blognya itu bukan mencari publisiti, tetapi beri pendedahan kepada masyarakat mengenai tujuan asal mengibarkan bendera itu.
Katanya, ramai tidak tahu kewujudan kesatuan terawal terlibat menentang penjajah iaitu Kesatuan Melayu Malaya (KMM) ditubuhkan pada 1938.
“Di sini permulaan bibit penentangan penjajah. Ia diketuai Ibrahim Yaakob bertujuan melindungi hak orang Melayu dan menentang British,” katanya.
Menurutnya, Sang Saka Malaya simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.
Katanya, dia dan rakannya merasakan bendera itu layak dikibar pada malam kemerdekaan selain Jalur Gemilang.
Cadang tubuh undang-undang khas
Wartawan Sinar Harian
3 September 2012
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
MELAKA - Kerajaan dicadang menubuhkan undang-undang khas bertujuan menyekat mana-mana pihak yang membawa bendera ‘baru’ Malaysia serta memijak gambar pemimpin negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu penting supaya sesiapa yang melanggar peraturan dengan melakukan perbuatan biadab itu boleh diambil tindakan.
“Sudahlah dulu ada yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, kini menghina pula lambang negara Malaysia dan jika perbuatan ini dibiarkan, apa yang tinggal pada negara ini.
"Segelintir rakyat kini semakin terpesong dan politik menyebabkan pemesongan kepada rasa cintakan negara,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, semalam.




Anwar cadang debat politik, bukan sekatan politik
ROSLINDA HASHIM
3 September 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KANGAR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat politik berbanding sekatan politik terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, debat politik lebih bermanfaat berbanding sekatan politik yang disarankan oleh Najib bagi menyekat PR mara ke Putrajaya.
“Lebih baik buat debat politik, bukannya sekatan politik. Tetapi jika kita ajak debat politik, dia (Najib) tak berani,” katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri di Bilik Gerakan Parlimen Kangar, semalam.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengadakan sekatan politik berbentuk tidak waras seperti sekatan media dan menyebarkan fitnah, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan berhemah.
“Asalkan jangan guna taktik kotor dalam sekatan politik itu. Jika sekadar ceramah atau sekatan biasa, PR tidak gentar,” katanya.
Kelmarin, Najib menyarankan anggota parti supaya bersatu membentuk sekatan politik untuk memastikan hasrat pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dapat dihalang
Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta
ROSALWANI CHE SOH
2 September 2012
Rosyuri Mat Rifin
Rosyuri Mat Rifin
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Rosyuri, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.
Menurut saksi kejadian, Rosnani Jusoh, dia hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta selepas membuka pintu kenderaan itu, yang tidak dikunci dari dalam.
“Pada mulanya saya hanya nampak sebuah kereta di parkir di tengah jalan yang menghalang lalu lintas, lalu saya cuba mendekati kenderaan itu.
“Apabila saya menjenguk di dalam, saya tidak nampak pemandunya, kerana cermin kereta itu agak gelap, lalu cuba membuka pintunya dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat seorang lelaki  tidak sedarkan diri, dipenuhi dengan kesan muntah di pakaiannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan, mangsa ditemui dalam keadaan duduk di tempat pemandu dan terdapat kesan muntah.
“Polis menerima panggilan daripada orang ramai yang melaporkan ada seorang lelaki tidak sedarkan diri  dalam sebuah kereta di tepi jalan di simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.
“Kali terakhir dia dilihat selepas menonton perlawanan  bola sepak di stadium,” katanya.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain  dan enam orang anak dan menurut isterinya dia terakhir  melihat mangsa adalah pada waktu maghrib dan memberitahu mahu menonton perlawanan bola sepak.
Menurut laporan perubatan, Rosyuri disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan beliau juga mempunyai rekod menghidap kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
3 pasukan siasat kes biadab Ambang Merdeka

2 September 2012
Tiga pasukan khas siasat kes biadab di ambang merdeka
Tindakan sesetengah pihak yang membawa bendera baru dianggap sebagai biadap.
KUALA LUMPUR - Polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.
 
Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.
 
"Kita menubuhkan pasukan khas ini bagi menyiasat ketiga-tiga insiden berkenaan termasuk yang berlaku semasa perhimpunan itu berdasarkan siaran gambar-gambar yang telah dihebahkan oleh pihak media. Kita minta individu-individu yang terlibat itu untuk tampil memberi keterangan.
 
"Sekiranya gagal tampil membantu siasatan, kita (polis) akan memburu dan mencari mereka serta mengenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang ada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Mohd Bakri berkata tindakan segelintir individu yang cuba membuat provokasi semasa perhimpunan itu boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara serta mewujudkan anasir negatif yang boleh menggugat keselamatan negara.
 
Beliau berkata berhubung insiden mempamerkan bendera baharu bagi menggantikan bendera Malaysia kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948, manakala kejadian memijak gambar pemimpin negara kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
 
Katanya, insiden menunjukkan punggung terhadap gambar pemimpin negara boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.
 
Sementara itu, Mohd Bakri berkata berhubung satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tun H.S Lee pada Rabu lepas, polis kini menyiasat laporan berhubung tindakan penganjur Himpunan Janji Bersih yang gagal memberi notis untuk berhimpun pada Khamis lepas.
 
Mohd Bakri berkata polis meminta penganjur tampil membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2011 iaitu gagal memberi notis 10 hari awal untuk berhimpun. 
 
Dalam pada itu, polis telah merakam keterangan lima saksi termasuk seorang pemandu bas berhubung insiden serangan dan simbah cat ke atas sebuah bas milik parti pembangkang di Kota Baharu, semalam.
 
Mohd Bakri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan di balai-balai polis berhampiran. - Bernama
Muhyiddin: Kebencian dibangkit kerana ideologi politik

3 September 2012
Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
PAGOH - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat negara ini khususnya golongan muda menolak anasir yang boleh memecah-belahkan perpaduan yang menjadi kekuatan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, anasir-anasir itu akan menggugat
pembangunan sosioekonomi Malaysia yang sedang menuju ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Ini kerana sudah ada petanda yang mana kerana ideologi politik, kumpulan tertentu membangkitkan perasaan kebencian dan tidak menghormati prinsip asas hubungan baik yang telah kita jalinkan," katanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa merasmikan program Karnival Gempak Merdeka 2012 di Kompleks Sukan Pagoh, di sini semalam.
Katanya, petanda itu boleh dilihat daripada kelakuan segelintir golongan muda yang tidak menghormati Jalur Gemilang sehingga ada yang mahu menukarnya dengan bendera baru, kononnya ia tidak lagi menggambarkan negara Malaysia sebenar.
Timbalan Perdana Menteri mahu golongan muda kekal memikul tanggungjawab memelihara perpaduan antara kaum supaya Malaysia terus mencapai kemajuan sehingga disegani oleh negara lain di dunia.
Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut melancarkan program 1Malaysia Youth For You (1M4U) kawasan Pagoh bagi menanam semangat kesukarelawan dalam kalangan golongan muda.
Sebelum itu, beliau menghadiri majlis mesra Aidilfitri Tenaga Nasional
Berhad di Muar dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim. - Bernama
Perkasa halang, tazkirah Anwar kecoh
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
3 September 2012
Perkasa-Anwar
Jamaludin (tiga,kanan) bersama ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi petang emalam.
Zamri Yusuf
Zamri Yusuf
ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.
Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.
Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.
Bagaimanapun, tazkirah tersebut tetap diteruskan dalam keadaan gelap, panas dan tiada pembesar suara.
Selang 15 minit kemudian, beberapa anggota polis tiba di masjid tersebut untk menghalang cubaan ahli Perkasa memecahkan pintu kaca masjid berkenaan untuk menyerang Anwar.
Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.
Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.
Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.
“Sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.
“Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Zamri Yusuf ketika dihubungi berkata, tindakan Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menghalang Anwar daripada menggunakan masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah adalah tidak waras.
Katanya, masjid perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
“Anwar tetap akan menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan seperti mana yang telah dijadualkan kerana ilmu yang akan disampaikan adalah untuk kegunaan dan pengetahuan orang ramai di masa hadapan,” katanya.
Anwar: Jangan politikkan kemuliaan Sultan Selangor
ROSLINDA HASHIM
3 September 2012
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika sedang berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki
KANGAR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Selangor dipolitikkan pihak tertentu apabila mendakwa PKR membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak dijemput secara rasmi ke majlis berkenaan.
Katanya, isu terbabit tidak wajar diperbesarkan sehingga menjadi mainan politik Barisan Nasional (BN) dan berniat jahat.
“Isu ini dipermainkan politik kotor BN, dan pihak lain terikut-ikut mempermainkan isu ini. Ini bukan politik antara Umno dan PKR, tetapi babitkan soal kemuliaan Sultan. Kami tidak pernah halang keberangkatan Baginda, malah menyokong penuh jika Baginda ingin turut serta,” katanya, pada majlis Jamuan Aidilfitri, di Bilik Gerakan Parlimen Kangar, semalam.
Anwar berkata, isu membabitkan Sultan dan Raja tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia lebih sesuai dibincangkan antara Menteri Besar Selangor dengan Sultan Selangor.
“Jangan pula ada pegawai istana melangkaui kenyataan. Jika ada masalah berbangkit, elok Menteri Besar menghadap Sultan untuk penjelasan. Kita kena jaga prinsip itu. Pegawai Sultan tidak wajar campur tangan mengenai soal politik negara,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan Sultan Selangor tidak dimaklumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri mengenai sambutan kemerdekaa, sebaliknya hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena kemerdekaan di Masjid Negara.
Anwar turut menjelaskan, kehadirannya pada program Ambang Merdeka adalah sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dan bukannya sebagai pengganti Sultan Selangor, seperti heboh diperkatakan.
“Program yang saya hadiri di Selangor ialah Ambang Merdeka bukan sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Saya hadir sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, tidak berniat untuk ganti tempat Sultan Selangor atau sesiapapun,” katanya.

Tiada ulasan: