Mustapa: Ada pihak mahu tukar perlembagaan, bendera
Rakyat
perlu mempertahankan nikmat kemerdekaan yang dikecapi sejak 55 tahun
lepas sambil memastikan negara berada dalam keadaan stabil, kata
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau menarik perhatian bahawa ini perlu dilakukan tatkala wujud elemen dalam negara ini sendiri yang cuba meruntuhkan keharmonian yang dirasai sejak sekian lama.
"Kita kena pertahankan apa yang kita ada sekarang ini...ada segelintir pihak yang dilihat semakin melampau sampai nak tukar Perlembagaan negara dan bendera.
"Ini menunjukkan mungkin mereka akan buat negara republik (bagi Malaysia)," katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa dan Majlis Hari Raya Parlimen Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata keupayaan pemimpin negara membangunkan Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat luar, malah sering dijadikan contoh oleh negara-negara sedang membangun.
"Presiden Mesir Mohamed Morsi baru-baru ini kata Malaysia wajar dijadikan negara contoh di rantau Arab. Orang luar puji Malaysia tapi orang kita sendiri perlekeh," kata Mustapa.
Beliau turut meminta rakyat supaya menolak 'fatwa' yang dikeluarkan sesetengah ahli politik sehingga sanggup mengenepikan agama semata-mata untuk meraih sokongan.
"Fatwa (mereka) kata menyertai demonstrasi itu wajib...itu fatwa songsang. Cuba bayangkan kalau perhimpunan haram yang dibuat itu (menyaksikan) berlaku pertumpahan darah. Apa yang akan berlaku?
"(Bagaimanapun) tanda-tanda perubahan semakin hari semakin jelas di negeri ini dan perkara (inisiatif) yang dibuat oleh Perdana Menteri kita akan diteruskan," katanya.
- Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.
"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.
"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab telah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Justeru, perdana menteri berkata secara simboliknya Umno Bahagian Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara.
"Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya sebab itu kita mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.
"Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan negara yang lebih hebat," katanya.
Najib berkata perjuangan Umno juga selari dengan pejuangan kemerdekaan negara, walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan terpaksa mengemudi perjalanan yang payah.
"Banyak ramalan menyatakan negara akan menghadapi perjalanan sukar untuk memjadi negara yang berjaya tetapi selepas 55 tahun kemerdekaan ternyata ramalan itu meleset sama sekali dan hari ini negara masih dianggap sebagai contoh dan model yang boleh diikuti negara lain," katanya.
Najib berkata kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan.
"Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu. Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka menyokong kita sepenuh hati," katanya.
Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak wujud kekebalan politik.
"Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum) 2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit dengan pengorbanan serta susah-payah.
"Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan bagi memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya.
Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.
TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.
Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.
"Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu program di Kota Bharu, hari ini.
Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud, Anwar berkata pelaksanaan peringkat nasional masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Bernama
- Bernama
Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.
Namun, katanya Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw (yang juga doktor penyakit kulit) turut mengakui bahawa tidak terdapat bukti kukuh penduduk Bukit Koman dijangkiti penyakit kulit akibat pencemaran bahan kimia tersebut.
"Ini satu propaganda yang direka oleh parti DAP sahaja. Kementerian Kesihatan Malaysia yang melakukan kajian di Bukit Koman telah mengesahkan tiada sebarang punca penyakit kulit ditemui.
"Kerajaan negeri menjalankan kajian mengenai perakara tersebut dari semasa ke semasa bagi memantau tahap kesihatan di kawasan perlombongan emas itu," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.
Naib Pengerusi Kumpulan Anti-Sianida (ACG) Sherly Hue sebelum ini turut mengakui gagal mengemukakan bukti bahawa sianida di lombong emas itu punca penyakit di kalangan penduduk.
Sementara itu Adnan secara sinis berkata kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan untuk mengadakan Himpunan Hijau di Bukit Koman.
Laporan sebelum ini menyebut pembangkang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang pihak pelombong dari terus beroperasi selepas kononnya aktiviti pelombongan itu menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit kulit.
"Demonstrasi itu dapat membantu kerajaan negeri dalam pelancongan dan idea saya mengenai galakan 'demotourism' berjaya," katanya.
Mengenai politik, Adnan menyaran Umno Kedah khususnya di kawasan Parlimen Pokok Sena agar menumpukan kepada soal kebajikan rakyat.
Katanya jika soal kebajikan rakyat diambil berat oleh Umno, sudah pasti kerajaan negeri (Kedah) yang dikuasai pembangkang dapat kembali kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
- Bernama
Beliau menarik perhatian bahawa ini perlu dilakukan tatkala wujud elemen dalam negara ini sendiri yang cuba meruntuhkan keharmonian yang dirasai sejak sekian lama.
"Kita kena pertahankan apa yang kita ada sekarang ini...ada segelintir pihak yang dilihat semakin melampau sampai nak tukar Perlembagaan negara dan bendera.
"Ini menunjukkan mungkin mereka akan buat negara republik (bagi Malaysia)," katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa dan Majlis Hari Raya Parlimen Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata keupayaan pemimpin negara membangunkan Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat luar, malah sering dijadikan contoh oleh negara-negara sedang membangun.
"Presiden Mesir Mohamed Morsi baru-baru ini kata Malaysia wajar dijadikan negara contoh di rantau Arab. Orang luar puji Malaysia tapi orang kita sendiri perlekeh," kata Mustapa.
Beliau turut meminta rakyat supaya menolak 'fatwa' yang dikeluarkan sesetengah ahli politik sehingga sanggup mengenepikan agama semata-mata untuk meraih sokongan.
"Fatwa (mereka) kata menyertai demonstrasi itu wajib...itu fatwa songsang. Cuba bayangkan kalau perhimpunan haram yang dibuat itu (menyaksikan) berlaku pertumpahan darah. Apa yang akan berlaku?
"(Bagaimanapun) tanda-tanda perubahan semakin hari semakin jelas di negeri ini dan perkara (inisiatif) yang dibuat oleh Perdana Menteri kita akan diteruskan," katanya.
- Bernama
Menteri: Polis akan siasat insiden pijak gambar Najib
Tindakan
segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau
bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.
Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa 'bendera baharu' yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.
Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.
Umno Bahagian Pengkalan Chepa turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri ribuan tetamu.

Najib: BN perlu sekat kemaraan Pakatan
Anggota
BN perlu bersatu hati membentuk "sekatan politik" untuk memastikan
hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum
akan datang dapat dihalang.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.
"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.
"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab telah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Justeru, perdana menteri berkata secara simboliknya Umno Bahagian Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara.
"Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya sebab itu kita mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.
"Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan negara yang lebih hebat," katanya.
Najib berkata perjuangan Umno juga selari dengan pejuangan kemerdekaan negara, walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan terpaksa mengemudi perjalanan yang payah.
"Banyak ramalan menyatakan negara akan menghadapi perjalanan sukar untuk memjadi negara yang berjaya tetapi selepas 55 tahun kemerdekaan ternyata ramalan itu meleset sama sekali dan hari ini negara masih dianggap sebagai contoh dan model yang boleh diikuti negara lain," katanya.
Najib berkata kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan.
"Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu. Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka menyokong kita sepenuh hati," katanya.
Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak wujud kekebalan politik.
"Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum) 2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit dengan pengorbanan serta susah-payah.
"Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan bagi memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya.
Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot
Firma
kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet
patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang
diumumkan kerajaan pada malam tadi.Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.
TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.
Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Anwar: Agihan kerusi Pakatan selesai
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pengagihan kerusi yang
akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi pilihan raya
umum ke-13, sudah selesai.Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.
"Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu program di Kota Bharu, hari ini.
Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud, Anwar berkata pelaksanaan peringkat nasional masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Bernama
- Bernama
Adnan Yaakob: Isu sianida di lombong hanya propaganda
Menteri
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan isu penggunaan bahan
kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa
sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda
pembangkang.Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.
Namun, katanya Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw (yang juga doktor penyakit kulit) turut mengakui bahawa tidak terdapat bukti kukuh penduduk Bukit Koman dijangkiti penyakit kulit akibat pencemaran bahan kimia tersebut.
"Ini satu propaganda yang direka oleh parti DAP sahaja. Kementerian Kesihatan Malaysia yang melakukan kajian di Bukit Koman telah mengesahkan tiada sebarang punca penyakit kulit ditemui.
"Kerajaan negeri menjalankan kajian mengenai perakara tersebut dari semasa ke semasa bagi memantau tahap kesihatan di kawasan perlombongan emas itu," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.
Naib Pengerusi Kumpulan Anti-Sianida (ACG) Sherly Hue sebelum ini turut mengakui gagal mengemukakan bukti bahawa sianida di lombong emas itu punca penyakit di kalangan penduduk.
Sementara itu Adnan secara sinis berkata kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan untuk mengadakan Himpunan Hijau di Bukit Koman.
Laporan sebelum ini menyebut pembangkang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang pihak pelombong dari terus beroperasi selepas kononnya aktiviti pelombongan itu menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit kulit.
"Demonstrasi itu dapat membantu kerajaan negeri dalam pelancongan dan idea saya mengenai galakan 'demotourism' berjaya," katanya.
Mengenai politik, Adnan menyaran Umno Kedah khususnya di kawasan Parlimen Pokok Sena agar menumpukan kepada soal kebajikan rakyat.
Katanya jika soal kebajikan rakyat diambil berat oleh Umno, sudah pasti kerajaan negeri (Kedah) yang dikuasai pembangkang dapat kembali kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan