Menjawab fitnah blogger penyanjung Umno nombor satu
http://omakkau.blogspot.com, | 03 Sep 2012 |
MENJAWAB FITNAH BLOGGER PENYANGJUNG UMNO NOMBOR SATU, PAPA GOMO YANG MEMFITNAH HARAKAHDAILY ISU SEORANG BUDAK TAHFIZ ENGGAN BERSALAM DENGAN ROSMAH MANSOR!!!!
Kisah bermula apabila admin memuat naikkan dua keping gambar menunjukkan seorang budak tahfiz semasa di jamuan rumah terbuka Aidil Fitri Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya.
Tajuk yang admin tulis ialah :-
BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!......MENGAPA BUDAK INI TAK MAU BERSALAM DENGAN ROSMAH MANSOR???
Dibawah 2 keping gambar itu admin tulis:-
BIAR GAMBAR BERBICARA
Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan
UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.
Itu saja ayatnya.. tidak lebih tidak kurang..Tujuan admin ialah mengajak rakyat melihat dengan gambar-gambar sebagai bukti untuk mencuit minda berfikir dan menilai.
Kisah ini mula menjadi gamat sebab Harakah Daily memberi pengiktirafan
sebagai artikel blog yang terhangat untuk minggu lalu..Itu saja.
Menjadi lebih panas bila pemunya gambar-gambar ini klpos blogspot membuat penjelasan seolah-olah admin memfitnah Rosmah Mansor.
Hasil penjelasannya pula dikutip oleh Papa Gomo dan jadikan isu
kononnya Harakah Daily memfitnah Rosmah Mansor, sedangkan hakikatnya
bukan begitu.
Tidak puas dengan admin maka dilontarkan kononnya
Harakah Daily memfitnah Rosmah Mansor. Budak tahfiz itu kononnya salam
dan mencium tangan Rosmah Mansor tanda hormat tingginya kepada beliau
selaku isteri pemimpin nombor satu negara.
Sekeping foto yang
menunjukkan seorang budak tahfiz sedang bersalaman sambil mencium tangan
Rosmah Mansor, dimuat naikkan sebagai bahan bukti.
Admin telah pun membuat artikel balas apa yang dilontarkan oleh klpos blogspot.
Tetapi keadaan tidak menjadi reda sebaliknya Papa Gomo angkat kisah
penjelasan klpos dan terus melemparkan fitnah kepada Harakah Daily.
Admin kini telah muat naikkan 3 keping gambar kepunyaan klpos untuk sama-sama kita lihat,teliti, kaji, fikir dan nilai.
Dari 2 keping gambar yang admin muat naikkan dengan sekeping gambar klpos muat naikkan adalah dua individu yang berbeza.
Individu yang enggan bersalam dengan Rosmah Mansor tidak ada selendang dibahu kanannya, sedang yang mencium tangan Rosmah ada.
Lagi pun budak tahfiz yang salam dan cium tangan Rosmah hampir dengan
salah seoarng ustaz atau tenaga pengajar sedangkan yang enggan
kedudukannya dari ustaz tersebut agak jauh.
Jadi persoalannya disini ialah ... SIAPA YANG MELAKUKAN FITNAH?.
Adakah isu ini menjadi hangat sekiranya artikel ini tidak dinobatkan
sebagai artikel dari blog yang terhangat minggu ini oleh Harakah
Daily?...Jawapnya lagi sekali TIDAK.
Adakah admin membuat editing maupun superimpose kepada kedua-dua kep[ing gambar tersebut?...Jawapnya.. TIDAK.
Yang pastinya pemunya gambar-gambar tersebut terasa panik, cuak,
gelabah gunda gelana apabila ianya tersebar luas di alam maya ( internet
).
Sebagai blogger berjiwa UMNO sudah pasti beliau terasa bersalah bersubahat menghebahkan kepada umum. ITU SAJA.
MASALAHNYA.. PENJELASAN BELIAU SUDAH KANTOI!!!!!!
TAPI MENGAPA PERLU MAU MEMFITNAH HARAKAH DAILY DENGAN MEMBERIKAN PENJELASAN YANG BERUNSUR FITNAH JUA.
ADAKAH DIA INGAT RAKYAT INI TIDAK MAMPU BERFIKIR DAN MENILAI?.
Baik pulih stadium RM120 juta, tidak wajar?
-, | 02 Sep 2012 |
Amat tidak munasabah! Itulah yang boleh disimpulkan apabila exco Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu Datuk Za’abar Mohd Adib memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini bahawa kos pembaikian semula Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kulala Terengganu akan menelan belanja lebih dari RM 120 juta.
Ini merupakan jawapan resmi dari pihak kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said setelah berulang kali di meminta penjelasan dari beliau mengenai status stadium tersebut yang sudah lebih tiga tahun runtuh ini.
Peristiwa malang ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu dan telah mengakibatkan rakyat Terengganu terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit.
Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, sehingga kini, stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan seperti yang di jangkakan.
Malahan berlaku pula kecurian kelengkapan stadium seperti peralatan sukan, kabel dan generator yang dianggarkan berjumlah jutaan ringgit walaupun kerajaan negeri telah membayar khidmat syarikat keselamatan lebih satu juta ringgit setiap tahun bagi mengawal stadium tersebut.
Persolan besar yang kini menjadi tanda-tanya ramai kalangan rakyat Terengganu kini adalah, pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih yang akan menelan belanja lebih RM120 juta ini?
Kemanakah pula perginya kontraktor-kontraktor kroni yang rapat dengan pimpinan Umno Terengganu setelah mereka mengaut keuntungan puluhan juta hasil dari pembinaan Stadium yang runtuh ini?
Dan apakah jumlah keseluruhan RM 120 juta ini termasuk membeli semula kelengkapan stadium yang telah dicuri pada awal tahun ini?
Untuk ingatan kita, stadium ini telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.
Projek mega 'kebanggaan’ kerajaan kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.
Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.
Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 'kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd.
Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. yang didatangkan khas dari Korea Selatan.
Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat dari keruntuhan ini.
Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam 'Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.
Namum timbul juga persoalan apabila dimaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak pernah ada membuat sebarang perjanjian resmi dengan syarikat SOWON PTE. LTD.
Dari sudut perundangan, syarikat dari Korea Selatan yang membekalkan bumbung stadium ini tidak bertanggungjawab langsung terhadap keruntuhan bumbung stadium ini. Maka dalam hal ini, apakah ketiga-tiga 'kontraktor kroni’ utama yang rapat dengan kepimpinan Umno Terengganu iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. akan menanggung semua kos pembaikan semula stadium itu?
Namun realitinya, kos RM120 juta bagi pembaikian yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Terengganu itu adalah terlalu mahal dan tidak munasabah langsung kerana harga asal membaiki dan membina semula kedua-dua belah bumbung itu pada mulanya hanyalah RM34 juta sahaja.
Seluruh rakyat Terengganu bukan sahaja menanggung bebanan 'malu’ sejak lebih tiga tahun tetapi juga kini terpaksa menanggung kos yang amat tinggi bagi pembaikan semula stadium yang telah runtuh ini.
Semua rakyat Terengganu perlu sensitif dan ada sifat kepekaan yang tinggi terhadap skandal demi skandal yang menimpa negeri ini.
Negeri yang kaya raya ini terus berhadapan dengan kepincangan dan salah-urus serta masalah kepimpinan kerajaan negeri yang amat lemah.
Rakyat bawahannya pula terpaksa menanggung bebanan yang melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.
Maruah dan harga diri setiap rakyat Terengganu mesti ditebus semula. Apakah mereka mahu terus diperkotak-katikkan oleh kepimpinan kerajaan negeri yang rakus dan tidak bertanggungjawab ini?
Tidak ada pilihan, kecuali setiap rakyat yang peka dan bermaruah di negeri 'penyu bertelur’ melakukan perubahan besar dalam pilihanraya Umum akan datang. Kembalikan semula maruah setiap rakyat Terengganu yang telah lama tercemar dan tercabar ini.
-------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk twitter:@syedazman
Kerajaan Umno BN tipu angka kadar jenayah?
Tarmuzi Nek, |
Kerajaan UMNO-BN melalak di seluruh 1Malaysia kononnya kadar
jenayah menurun kesan pelaksanaan pelbagai program transformasi syok
sendiri. Bukan sedikit RM dicurahkan bagi merancang, melaksana dan
mempromosi program menurunkan kadar jenayah tersebut termasuk upah (yang
pastinya tinggi) untuk pengurus-pengurus profesional juga menteri
(dilantik melalui pintu belakang).
Kerja memanipulasi perangkaan juga pastinya melibatkan kos.
Benarkah kadar jenayah telah menurun kesan pelaksanaan program transformasi syok sendiri ini?
Merujuk akhbar theSun, Khamis 30 Ogos, muka 4, tajuk “Judge gives
longer jail term for robbery”, kenyataan oleh Hakim Mahkamah Sesyen,
S.M. Komathy, boleh dijadikan bukti sahih menafikan dakwaan songsang
kerajaan.
Hakim tersebut berkata bahawa sejak dua tahun lepas, bilangan kes
jenayah yang diadili oleh mahkamah-mahkamah jenayah Kuala Lumpur telah
meningkat secara mendadak (“rapid increase”).
Siapa yang akan kita percaya, Kerajaan UMNO-BN pendakwa songsang atau hakim yang arif lagi adil?
Kembalilah kepada Islam
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Isu buang bayi, zina, sumbang mahram, dadah, maksiat dan syirik serta murtad dan juga jenayah lain tidak akan dapat dibendung selagi manusia berdegil tidak mahu kepada ajaran al-Quran sebagai pembimbing mereka. Malahan Allah cabar manusia mencari dunia lain untuk hidup jika tidak suka dengan peraturan-Nya lagi.
Kembalilah kepada asal walaupun dunia menganggap kita ketinggalan zaman dan kolot kerana terbukti pada zaman sebelum Merdeka dan pada zaman awal Merdeka dahulu apabila kita dapat menjaga tata susila dan adat resam serta berpegang teguh kepada ajaran islam. Ketika itu pergaulan lelaki perempuan terbatas dan kurangnya pengaruh budaya tidak sihat dari barat. Di samping tidak ada langsung bahan lucah daripada internet dan sebagainya. Umat pada masa itu mampu bertahan dan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenarnya.
Sebahagian daripada kita sudah jauh daripada Rasulullah SAW dan bertambah jauh dengan Allah walaupun kita rasa 'perjalanan' kita itu betul. Hakikatnya tidak kerana banyak penyelewengan yang kita lakukan terhadap Islam dan tidak memegang amanah saperti yang dituntut oleh agama.
Kita seolah-olah telah hilang punca dan diharapkan jangan sampai Allah tutupkan hijabnya hingga hilang perjalanan untuk kembali kepada-Nya. Kembalilah ke pangkal jalan dan ambillah kembali segala ajaran Islam itu sebelum terlambat. Hal ini kerana bila-bila masa sahaja bala akan diturunkan jika masih berdegil atau sekurang-kurangnya kembalikanlah kepada kehidupan sebagaimana datuk nenek kita hidup sebelum zaman merdeka dahulu.
Walaupun sederhana tetapi masih dapat mengekalkan identiti sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab kepada agamanya dan masih lagi dapat mengekalkan budaya serta adat resam datuk moyang kita dahulu. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan juga anak cucu kita serta menzalimi masyarakat yang lain yang mahu kepada keharmonian hidup dan aman damai.
Tengok.. pensyarah 'WAJIB' hadir ke himpunan Janji...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
Tengok memo ni.. Pensyarah 'WAJIB' hadir ke 'Himpunan Janji dicapati'..
Malam ini akan berlangsung ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' di Stadium Bukit Jalil, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan teah mensasarkan sejumlah 200,000 yang akan hadir.Bagi mencapai sasaran tersebut berbagai pendekatan telah diambil oleh pihak Kementerian yang dikepalai oleh Rais Yatim.
Antaranya ialan SMS Blasting yang dihantar kepada ribuan pengguna yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Dan pelbagai hadiah telah disediakan dalam cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti untuk menarik minat orang ramai ke Stadium tersebut..
Selain itu pelbagai agensi telah dikerahkan untuk menghantar wakil mereka ke ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' itu.
Kakitangan DBKL dikerah, Kakitangan KTMB diupah RM30, Pekerja UMW ditawarkan RM80 dan jika membawa keluarga dibayar RM100.. dan seperti biasa Pelatih PLKN tetap menjadi mangsa kerahan.
Mahasiswa juga tidak ketinggalan dan mereka dikatakan akan dibayar RM100 utuk hadir ke himpunan itu..
Aku sangka hanya Mahasiswa saja yang menjadi mangsa.. rupa-rupanya seluruh kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi juga menjadi mangsa.
Ini kerana menurut memo di bawah semua warga Kementerian Pengajian Tinggi DIWAJIBKAN untuk hadir ke program ini.
Mereka juga diminta untuk hadir seawall jam 4.00 petang bagi membantu melancarkan lagi perjalanan majlis.
Pengangkutan pergi dan balik adalah di bawah tanggungjawab pegawai sendiri.
Pegawai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dengan jabatan masing-masing atau dengan Kementerian memandangkan program ini diambilkira sebagai salah satu tugasan rasmi.
Surat Tunjuk Sebab akan dikemukakan kepada warga yang gagal untuk menghadiri program ini tanpa sebab yang munasabah..
Terdesaknya mereka.. habis segala yang ada kaitan dengan Kerajaan menjadi mangsa kerahan kerajaan UMNO/BN..
Bagus juga kalau macam ni.. Najib pasti Syok sendiri pasal dia tengok ramai yang datang kemajlis dia..
Awal pagi tadi hanya 20,000 yang hadir ke Dataran Merdeka untuk menyambut hari kemerdekaan Negara.. adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mampu mendapatkan 200,000 orang yang disasarkan mereka itu..
Ini sasaran mereka..
Bersamalah kita nantikannya....
Kalau ada sesiapa yang ke Stadium tu tolong ambil gambar dan e-mail kat aku ya... e-mail adress kat atas tu..
Nak penuhkan stadium, duit dan paksa jadi strategi
http://tukanglawan.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
Umno nak tunjuk program najib dapat sokongan, jutaan manusia hadir malam ni di stadium bukit jalil...
Terdesak
sangat nak penuhkan stadium, "tukanglawan" tengok umno kene buat benda
bawah nei, kalau tak nanti kene ejek sebab stadium kosong.
Umpan Hadiah....
Umpan T-Shirt dan duit.
Paksa Staff DBKL datang...
Paksa Staff Kementerian Pengajian Tinggi datang...
Adoi,
kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran
wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi,
kalau takmo pegi macam mana... ohhhh ini rupanya stail merdeka umno....
tak datang kene hukum. kah..kah..kah..
Satu
lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis
belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup
merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam
sehelai t-shirt rupanya.
Terdesak
sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah
lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya..
umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan.
kah..kah..kah.
Pelik
-pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun
diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?..
Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs etia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah
Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs etia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah
Penjelasan spekulasi pelajar enggan bersalam dengan isteri PM
http://www.klpos.com, | 03 Sep 2012 |
Isu gambar membabitkan Isteri Perdana
Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz
ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi.
Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger
politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar
milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta
persepsi negatif terhadap beliau.
Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan
sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut
dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar.
Gambar di atas merupakan situasi sebenar
yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut
serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri
Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri
Pemimpin Negara.
Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi
awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta
sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak
berkaitan.
Spekulasi yang turut dikemaskini menerusi
Harakahdaily ini diharap telah terjawab dan menjadi pengajaran kepada
semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberi fokus kepada isu yang
lebih releven dalam menyebarkan maklumat yang bersandarkan kepada fakta
dan adil.
Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR
http://greenboc.blogspot.com, | 01 Sep 2012 |
Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap
menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan
daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera
'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka,
malam tadi.
Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:
@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini
Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:
@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?
Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.
Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.
Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
@wongholeng "@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.
Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen
Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:
@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini
Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:
@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?
Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.
Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.
Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
@wongholeng "@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.
Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan