Isnin, 10 September 2012

KITA NI JANGAN INGAT TUA AJE...INGAT JUGA MATI...INGAT MAKSIAT YANG KITA BUAT...CEK@SEMAK AKIDAH KITA...SEMAK IBADAH KITA...JANGAN TERLIBAT DENGAN JUDI...RASUAH...TIPU...BUAT MUNGKAR...LAWAN HUKUM ATAU MEMPERLEKEH HUKUM ALLAH DLL...MENGHINA ULAMAK...MENGHINA ISLAM DLL...... DAH MAMPUS@MATI SEMUA DAH TERLAMBAT@TAK BERGUNA LAGI

UMNO: Sumbat sini bocor di sana, sumbat di sana berlubang di sini
Posted on Sunday, September 09 @ 13:24:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan ALias

Ahli-ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan UMNO tidak memerlukan mereka”. Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang UMNO sedang hadapi dan jika UMNO menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan 'priority' yang salah yang dilakukan oleh UMNO.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ dalam BN.

Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas. Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara. Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan ‘kuda pelejang’ untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika UMNO masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi. Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“It’s better late than never’ kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan UMNO bermaharajalela. UMNO akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang UMNO sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri. Masalah dalaman parti UMNO, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang ‘terminal’ yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah UMNO akan membuang ahli-ahli UMNO yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN. Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya UMNO sejak akhir-akhir ini. UMNO tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli UMNO) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli UMNO itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana UMNO hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli UMNO menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan? UMNO tidak sedar yang ahli-ahli UMNO itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun UMNO memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang UMNO itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam UMNO ia hanya akan memberikan persepsi yang UMNO bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar UMNO itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang UMNO itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan UMNO sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin UMNO ‘suspect everybody and trust nobody’ terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUMNO tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka. Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh UMNO.

Bagi ahli UMNO, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam UMNO pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli UMNO sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini. “Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga.” Kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, “By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable bang Aspan!. Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini.Sumbat kat sini berlubang kat sana”

..........
http://aspanaliasnet.blogspot.com
  Syabas sengaja lengahkan proses tukar meter
Posted on Sunday, September 09 @ 13:11:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Keadilandaily

Selangor EXCO (Housing, Building Management and Squtter) Iskandar Abdul Samad with SUHAKAM Commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah visit Taman Kinrara Puchong low cost apartment.SHAH ALAM 9 September:  Segelintir rakyat Selangor yang masih tercicir menerima air percuma sejak dilaksanakan berpunca sikap lepas tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan, Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad.

Menurutnya, perkara itu terjadi kerana Syabas suka melengahkan proses migrasi meter pukal kepada meter individu terutamanya melibatkan apartmen dan flat sehinggakan pemberian air percuma tertangguh.

Sudah banyak kali kita bertemu dengan Syabas maklumkan perkara ini, tapi malangnya masih lagi berlaku. Syabas tidak buat kerja dengan cepat. “Sebab itu kita ada perkenalkan tiga mekanisma iaitu, lapor dan dapat, baucer dan kupon kepada rakyat yang masih menggunakan meter pukal,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan 683 pengguna di Selangor yang akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selasa ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi di bawah skim air percuma.
Menurut Iskandar, jika kerajaan negeri diberi kuasa mengambil alih air Selangor,  perkara tersebut tidak akan timbul.
“Kerajaan negeri tiada kuasa dalam proses penyaluran air, kuasa itu masih di bawah Syabas. Kita hanya ada peruntukkan sahaja, bukannya untuk salurkannya.
“Kalau air berada di bawah kerajaan negeri, pastinya tidak timbul proses penukaran meter yang lambat kerana diuruskan sendiri oleh anak syarikat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka.

 Lelaki peluk Islam selepas ceramah PAS Balik Pulau
Posted on Monday, September 10 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: lipasmalas

"JIKA sebelum ini seorang sahabat daripada Jingga 13, memeluk Islam, rujuk sini [Jingga 13], kali ini satu lagi berita gembira untuk kita semua.



Selesai ceramah umum PAS Balik Pulau di dataran teluk kumbar kelmarin, Ustaz Mohd Fauzi, YDP PAS kawasan Balik Pulau telah mengislamkan Sim Kian Lek, lelaki berbangsa Tiong Hwa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mengajar saudara baru mengucap dua Kalimah Syahadah. Difahamkan saudara baru itu dicadang agar menggunakan nama baru Syawal sempena berada di bulan Syawal yang mulia.

Berikut rakaman video detik-detik pengislaman itu.

Klik untuk menonton video: MiLo SuaM"


Pemuda PAS Tambun bongkar fitnah UMNO Tambun terhadap Tuan Guru Nik Aziz
Posted on Sunday, September 09 @ 22:41:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Pemuda PAS Tambun


(Gambar Program Umno yang didakwa menghina TG Nik Abdul Aziz Nik Mat)IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berhubung tersebarnya gambar di laman sosial menunjukkan satu program BN yang didakwa memaparkan penghinaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam gambar itu kelihatan wajah Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi penerangan dalam majlis yang tertulis 'Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat seperti sedang merujuk kepada paparan slide di sudut pentas di program tersebut.

Difahamkan program tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu.

Dalam slide itu secara jelas tertera wajah Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan tajuk disebelahnya 'Extrem Islam' dan perincian seperti 'Fanatik', 'kasar dan kesat', 'mewajibkan yang tidak wajib, 'berprasangka buruk' dan 'mengkafirkan orang Islam'.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mendakwa tuduhan yang dibuat dalam program anjuran Umno itu biadap dan sangat keterlaluan.

“Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Senam Ipoh, hari ini.

Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau.

“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut.

Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun.



 Bajet 2013: Pemuda Pas Bimbang Dayatahan Ekonomi Negara
Posted on Sunday, September 09 @ 22:33:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Syahir Sulaiman

Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan dayasaing dan dayatahan negara.

Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia. Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.

Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan. Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.
Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013. Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.
Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit. Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.
Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.
Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?”. Selamatkan Malaysia!


Disediakan oleh,
Syahir SulaimanPengarah Institut Polisi StudiDewan Pemuda PAS Malaysia

 Polis sahkan Pengawal peribadi Anwar tidak acu pistol pada puak-puak "setan yang dikenali"..
Posted on Sunday, September 09 @ 22:29:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter

Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.


“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Jasin, Melaka.





Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.
Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.
“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.
Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.
Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.
Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.

Sharpshooterhttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/


 Isu Kerugian Unisel : Noh Omar Perlu Dedah Rekod Kelemahan Pentadbiran Barisan Nasional Di Selangor
Posted on Sunday, September 09 @ 22:22:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AZMIZAM ZAMAN HURI
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini melihat tindakan Noh Omar mengkritik kerugian yang kononnya dialami oleh Universiti Selangor seperti mendedahkan kelemahan pentadbiran lama Barisan Nasional di Selangor sebelum tahun 2008

Ini adalah kerana Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut. Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel , Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut

Sebagai Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.
Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.
UNISEL RUGI AKIBAT PERJANJIAN MENGUNTUNGKAN KRONI UMNO
AMK Selangor berpendapat Noh Omar sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional, sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.
AMK Selangor percaya Noh Omar sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan tindakan itu bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel sendiri.
Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno , Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.
Justeru pendedahan Noh Omar adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Khir Toyo.

AMK Selangor mengajak rakyat untuk memandang mudah pendedahan Noh Omar ini kerana beliau sendiri tidak mempunyai kemahiran yang dapat dibanggakan dalam urusan perniagaan dan patut merasa malu kerana Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan seperti mana yang Umno lakukan.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat



Ahli Umno dinasihat anggap 'esok tarikh PRU13'
Wartawan Sinar Harian
10 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
NILAI – Semua ahli Umno dinasihat sentiasa bersedia dan menumpukan sepenuhnya aktiviti mereka ke arah pengukuhan parti, seolah-olah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diumumkan esok.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai spekulasi dibuat berhubung tarikh PRU13,  sedangkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sahaja berkuasa menentukannya.
“Sekarang ini ramai yang cuba jadi PM (Perdana Menteri) membuat ramalan tentang bila tarikh PRU. Ada yang cakap bulan Julai, September dan macam-macam lagi.
“Jangan kita ambil tugas PM, lebih baik kita mempersiapkan diri untuk menghadapi waktu itu. Bagi kita di peringkat ahli jangan fokus bila tarikh PRU, tapi kita anggap sahaja tarikh PRU hari esok,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak yang meramalkan BN akan menang besar jika Parlimen dibubarkan tahun ini, berbanding sekiranya diadakan tahun depan.
Ismail Sabri berkata, apa sahaja perkara dan tindak tanduk yang boleh melemahkan parti, perlu diketepikan bagi membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan pada PRU nanti.
“Kita bukan setakat bersedia dengan jentera, tetapi kalau jentera macam mana sekalipun siap dengan peralatan moden, beratus pemuda bermotor dan hari-hari pergi rumah orang, tapi jika ada masalah dalaman yang tidak selesai, tidak akan menjami kemenangan.
“Saya harap kita semua dapat lupakan sengketa yang ada buat seketika, lupakan sengketa sebelum PRU ini. Tapi, kalau lepas PRU esok, terpulanglah kalau mahu ‘berperang’ pun,” katanya.
Beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ambil tindakan singkirkan ahli yang sabotaj parti.
Patriotisme: 'Salah kita yang tua', kata Haniff Omar
Wartawan Sinar Harian
10 September 2012
 Haniff Omar
Haniff Omar
SHAH ALAM - "ANAK muda kini tidak patriotik langsung!" Tentu kita pernah mendengar rungutan ini. Tetapi adakah adil untuk terus menyalahkan segelintir golongan muda kerana mereka gagal memperlihatkan jiwa patriotisme?
Menjawab persoalan ini, Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, masalah ini wujud kerana generasi sebelum mereka tidak memberikan pengisian dan teladan supaya generasi seterusnya menghayati erti mencintai negara.
"Berbezanya semangat patriotisme generasi lama yang lebih berkobar berbanding generasi baru antara sebabnya kerana generasi terdahulu secara kolektif tidak memberikan anak-anak muda kini pengisian dan teladan seperti mana yang telah mereka peroleh daripada orang-orang terdahulu.
"Malah, pendekatan yang diberikan kepada generasi baru berhubung pengertian sayangkan negara telah banyak menyimpang, kerana itu mereka juga menyimpang di dalam menterjemahkan pemahaman mengenai semangat patriotisme kepada negara," katanya.
Beliau berkata, penekanan terhadap mata pelajaran sejarah dan kesusteraan serta intisari subjek tersebut juga sangat berbeza berbanding pengisian pengajaran yang diberikan semasa peringkat persekolah sebelum memasuki era kemodenan yang mana lebih menitik beratkan kebendaan dan kemewahan.
"Oleh kerana itu, tidak wajar menyalahkan generasi muda kerana asas yang kita berikan kepada mereka pada awal telah menyimpang," katanya.
Beliau turut memetik kata-kata penulis Inggeris, John Selber dalam bukunya Straight Shooting, menyatakan 'kenapa nak menyalahkan generasi baru apabila tidak menyamai kita setelah kita sendiri dan secara kolektif tidak memberikan mereka pengisian dan teladan sama seperti yang diberikan kepada kita oleh ibu bapa kita'.
Katanya, perbezaan generasi baru dengan generasi lama adalah semula jadi namun, apabila menyentuh soal sahsiah; akhlak; pegangan; dan nilai hidup, golongan ini tidak mungkin boleh jauh berbeza sekiranya pengisian didikan; ilmu; ajaran; dan persekitaran di mana mereka dibesarkan diberi penekanan kerana ciri-ciri pengisian inilah yang menentukan corak dan tahap patriotisme seseorang.
Mohammed Haniff yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara keempat berkata, cara pendidikan dan pembelajaran baik yang ditinggalkan bekas penjajah British sepatutnya dicontohi.
"Seburuk-buruk pentadbiran dan pendidik-pendidik British dahulu, mereka mengajar dan menuntut supaya tahap tinggi kecintaan terhadap negara termasuk penghormatan kepada simbol-simbol negara bangsa serta orang-orang yang jelas berkorban jiwa raga demi negara.
"Pernah pegawai-pegawai tinggi British tabik hormat askar dan polis berpangkat rendah yang memakai bintang-bintang keberanian, tanpa segan silu. Mereka tabik hormat pada sifat, pengorbanan dan teladan wira-wira ini sebaliknya masyarakat sekarang lebih agongkan kekayaan dan kebendaan.
"Justeru, kita mesti balik ke pangkal jalan dengan melihat kembali bagaimana sejarah kita bermula," katanya.
Rukun Negara digubal oleh pemimpin-pemimpin selepas peristiwa 13 Mei 1969 bagi menyatupadukan semula rakyat di bawah satu panji sifat-sifat mulia.
Namun, beliau berkata, setelah 15 hingga 20 tahun, pemimpin-pemimpin baru mengenepikan penekanan terhadap Rukun Negara ini sehingga berlaku keadaan di mana murid-murid kini tidak mengenali malah tidak menerimanya lagi.
"Sekarang ini baru nak mengenegahkanya semula. Persoalannya, untuk berapa lama? Begitu juga dengan sejarah penting yang tidak perjelaskan supaya dijiwai begitu juga dengan mata pelajaran kesusasteraan dibangku sekolah. Apakah karya-karya yang dipilih dapat membina semangat patriotisme?
"Selain itu, dalam membawa wadah perjuangan sebagai usaha memupuk semangat patriotisme, warganegara yang telah menyumbang dengan cara mereka tersendiri menerusi kudrat dan kecekapan bagi meningkatkan daya tahan saing negara tidak boleh dibelakangkan.
"Oleh itu, adalah penting untuk kita fahami konsep patriotisme khususnya di zaman rakyat merdeka dalam lingkungan dan parameter Perlembangaan negara," katanya
Sekiranya perkara ini diambil mudah, katanya, ia akan menggalakkan patriot-patriot palsu seperti apa yang dikatakan penulis dan moralis mahsyur British pada abad ke-18 yang diterjemahkan sebagai, 'Patriotisme adalah perlindungan terakhir bagi si bangsat'.
"Bersikap biadap dan liar bukan ciri-ciri patriotisme kerana ia boleh menghancurkan moral dan perpaduan rakyat termasuklah perbuatan lucah yang harus diperangi secara bersunguh-sunguh oleh rakyat yang mendokong Rukun Negara.
"Itu sebabnya hak asasi manusia memberikan hak untuk berhimpun secara aman tetapi bukan bebas melakukan apa saja. Soal kesusilaan itu penting. Perbuatan memijak atau membakar bendera dan simbol-simbol negara adalah perbuatan tanpa kesusilaan dan biadap. Selagi simbol itu lambang negara, suka atau tidak kita mesti menghormatinya," katanya.
Namun, jika dengan memberi saranan atau mendesak perubahan dilakukan tanpa memudaratkan negara dan masyarakat ia tidak boleh disifatkan sebagai tidak patriotik kerana seperti di Kanada, negara itu katanya, pernah menukar bendera negaranya.
"Malah Australia juga pernah menukar lagu negara, Anthem tetapi semua itu dicadangkan dan dilakukan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Pokoknya, perubahan yang dicadangkan mesti munasabah dan membina.
"Kalau perubahan bertujuan mengagongkan mereka yang dianggap majoriti sebagai musuh dan perosak negara, khususnya yang telah membunuh secara terrorisma, ini bukan patriotik sebaliknya anti-patriotik dan harus dihalang. Jika tidak dihalang boleh mengekal dan mengembangkan kaunter-kultur.
"Oleh itu, rakyat mesti pandai membezakan perbuatan dan pegangan ini sama ada kaunter-kultur yang mesti ditentang atau pun manifestasi keperluan perubahan sihat mengikut perubahan zaman," katanya.

* Dapatkan laporan lengkap dalam Sinar Harian edisi Isnin, 10 September




 

Tiada ulasan: