Selasa, 4 September 2012

BILA DOUBLE STANDARD BEGITU JELAS...MUSUH DICARI KESALAHAN...CUBA DISABIT..KAWAN DILEPAS WALAUPUN LOGIK PATUT DISABITKAN...RAKYAT TERUS MENILAI...ALLAH JUGA MENILAI...AKHIRAT MEREKA TAK KAN LEPAS WALAUPUN SATU ZARAH...DIDUNIA JUGA HUKUMAN AKAN DITERIMA...TAK LEPAS JUGA...ALLAH SAJA YANG TAHU APA HUKUMAN SESUAI UNTUK MEREKA INI....

Hasan Ali kena belasah dengan bekas mufti

http://pejuang-rakyat.blogspot.com, 04 Sep 2012

03 September, 2012


Sebentar tadi hasan ali kena perli kaw kaw oleh bekas mufti perlis, dr asri zainal abidin menerusi rancangan Bicara menerusi Tv Hijrah.  Menurut dr asri beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam ikut bangsa. Bagaimanakah dengan bangsa lain yang turut mahukan Islam. Hasan Ali kelihatan terkedu malu. Penulis harap ada kalangan blogger upload kan video nya nanti. Memang power!,,,


Polis siar foto minta bantuan orang ramai
7:04AM Sep 4 2012
Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook semalam menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
  
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
  
"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 19-2602344," kata Ku.
  
Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baru' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

- Bernama

Insiden 30 Ogos: Cara penyelesaian PRU13, kata Zahid
DIANA SURYA ABD WAHAB
4 September 2012
Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Zahid memeriksa perbarisan anggota TUDM sebelum memulakan lawatan bersama editor kanan media dan blogger di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan.
KUANTAN – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara selain mahu menukar Jalur Gemilang adalah satu perbuatan biadab.
Menurutnya, walaupun berbeza pegangan dan organisasi politik, sebagai rakyat, mereka tidak boleh menghina mana-mana pemimpin walau dengan cara apa sekalipun.
“Gambar merupakan simbol kepada seseorang jadi tidak seharusnya perkara sebegini berlaku.
“Pemimpin pembangkang sepatutnya boleh menasihatkan golongan pemuda mereka supaya lebih beradab dan tidak mengamalkan budaya biadab kerana tidak sesuai dengan budaya dan cara kita berpolitik.
“Saya juga melihat bahawa tindakan perundangan boleh dilakukan ke atas mereka tetapi memandangkan ia merupakan satu tindakan politik maka harus diselesikan cara politik juga,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas selesai mengikuti Lawatan Editor Kanan Media ke Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) dekat sini, semalam.
 Beliau berkata, cara penyelesaiannya dengan menolak semua calon daripada pakatan pembangkang.
“Kita tidak mahu rakyat negara diajar dengan budaya yang biadab apatah lagi menghina pemimpin nombor satu negara. Mahu tidak mahu sebagai sebuah negara demokrasi mereka perlu mengiktiraf bahawa Perdana Menteri sekarang adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
 “Dan jika mereka kerajaan sekali pun atau berkeadaan sebagai pembangkang tentu mereka pun marah jika Pemuda Umno memijak gambar pemimpin dan menukar bendera parti mereka,” katanyayang juga Naib Presiden Umno.
Tambahnya, kesedaran baru perlu ada terutamanya kepada anak muda yang berada di atas pagar agar berfikir dengan rasional berkaitan isu tersebut.
“Dengan itu mereka perlu berfikir siapakah lebih sesuai, berwibawa dan beradab dalam menguruskan hal ehwal dalam bidang politik harian,” katanya.
Insiden 30 Ogos: Guan Eng dakwa BN amal dakwaan selektif
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dakwaan selektif dan dwistandard apabila menggesa pihak berkuasa mempercepatkan tindakan ke atas perbuatan 'biadap' ketika sambutan Himpunan Janji Bersih di ibu negara Khamis lalu.
Guan Eng berkata, pihaknya hairan kerana tiada tindakan ke atas insiden-insiden yang mirip masa-masa lalu termasuk ke atas dirinya, tetapi sudah ada arahan agar tindakan diambil berhubung kejadian hujung minggu lalu.
"Sampai sekarang tiada pun tindakan mahkamah yang diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang terdesak ini yang mencabuli gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
"Jelas BN mengamalkan dakwaan selektif, dwistandard dan sikap perkauman dengan tidak mengambil tindakan dan tuntutan yang sama terhadap para pelampau Perkasa yang telah membakar atau memijak gambar saya di luar pejabat saya dan juga melakukan upacara pengebumian dengan gambar saya di luar kediaman saya," kata beliau dalam satu kenyataan media.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyoal kenapa tiada tindakan diambil ke atas mereka yang bertindak biadap terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan di luar rumah beliau awal Mei lalu.
Pada masa yang sama, katanya, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk menuduh pihak pembangkang untuk sesuatu tindakan yang jelas "bukan kerja kita."
"Kedua, kecaman (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr), Koh Tsu Koon terhadap insiden memijak gambar Perdana Menteri sementara berdiam apabila gambar saya dipijak dan upacara pengebumian dilakukan dengan gambar saya hanya mendedahkan dwistandard serta sikap tunduk beliau kepada Umno," katanya merujuk kepada kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Katanya, Tsu Koon tidak juga mendesak agar tindakan yang sama terhadap pemprotes Ambiga yang telah menghinanya dengan tarian punggung serta protes burger di mana burger daging telah di masak di luar kediamannya.
Tambah beliau, ini mendedahkan sikap BN dan menjadi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa BN bersedia untuk melakukan apa sahaja sekalipun untuk memainkan politik perkauman melampau dan politik pecah-belah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Guan Eng berkata, DAP mencela dengan kuat tindakan beberapa individu yang telah memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka semasa sambutan 30 Ogos lalu.
"Namun demikian, jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh berjanji bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan dan mempercepatkan proses undang-undang ke atas pelaku-pelaku tersebut, adakah tindakan yang sama akan diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang melakukan tindakan yang serupa ke atas gambar-gambar pemimpin PR?" soal beliau lagi.
'Saiful tidak seperti mangsa penderaan seksual biasa'

  • Hafiz Yatim
  • 10:11AM Sep 4 2012
Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

NONEPengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak
minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Biasa dengan adat Malaysia

Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.

NONEYang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di
Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.

Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I  lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.
Najib mahu sokongam padu, bukan 'sipi-sipi'
9:23AM Sep 4 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Pahang memberi sokongan padu kepada kepimpinan dan usaha beliau mentadbir serta melakukan pembaharuan kepada negara.

"Kalau sokongan kita sipi-sipi...maka tanpa mandat yang kuat kita (kerajaan) tidak boleh menyakinkan rakyat untuk melakukan apa yang perlu untuk kebaikan negara.
  
"Kita dapat lihat mutakhir ini bagaimana pembaharuan sedang kita kecapi melalui GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan pelbagai lagi inisiatif termasuk penyenaraian Felda Global Ventures (Holdings Bhd) yang merupakan penyenaraian kedua terbesar di dunia (tahun ini)," katanya.
  
Najib berucap di hadapan lebih 2,000 anak-anak Pahang yang menetap di ibukota di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di ibunegara malam tadi.
  
Perdana menteri percaya lebih banyak manfaat akan diperoleh oleh Pahang jika rakyatnya saling membantu sesama mereka.
  
Menurutnya, pembangunan Pelabuhan Kuantan yang akan memasuki fasa seterusnya serta pembinaan kawasan industri di pelabuhan itu akan membawa kemajuan dan pembaharuan lebih bermakna kepada rakyat Pahang.

Di majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).
  
Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Rumah Terbuka Khazanah Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

- Bernama
Susulan pelajar maut: SMS terakhir dari Moscow
NIK MUHAMMAD RAFFIQ
4 September 2012
Adzreen
SMS terakhir dari Moscow
DUNGUN – “Sebelum kemalangan, arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya memaklumkan dia sudah selamat tiba di Moscow.

"Namun, sebaliknya pula berlaku apabila dia menemui ajal ketika dalam perjalanan dari Moscow menuju ke universitinya."

Demikian kata Mohd Shah @ Abdullah Salleh, 62, bapa kepada arwah Hanisah, pelajar perubatan yang maut dalam kemalangan di Rusia.

Mohd Shah ketika ditemui di rumahnya dekat sini berkata, arwah sebelum ini pulang bercuti sempena sambutan Aidilfitri dan kembali ke Moscow pada 2 September lalu, sehari sebelum tragedi menimpanya.

Mohd Shah berkata, semasa menghabiskan cutinya selama dua bulan itu, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kelihatan begitu gembira selain amat manja dengan bapanya.

Katanya, perubahan tingkah laku anaknya itu tidak dianggap satu petanda memandangkan pelajar perubatan di universiti Nizhny itu memang suka bermanja dengan bapanya.

Mohd Shah berkata, kali terakhir dia bertemu anak bongsunya itu ketika menghantarnya untuk menaiki kapal terbang di lapangan terbang KLIA, 2 September lalu.

“Sebelum dia masuk ke bilik pelepasan, arwah beberapa kali melambai ke arah kami.

“Sebaik sampai di Moscow, dia sempat menghantar pesanan ringkas memaklumkan sudah selamat tiba, tak sangka itu berita terakhir daripadanya,” kata pesara Tenaga Nasional Berhad itu.

Ibu mangsa, Rokayah Mohd, 61, yang masih sugul dengan pemergian arwah berkata, dia mengetahui berita menimpa anak kesayangannya itu apabila didatangi seorang Pegawai Mara di rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur selepas menghantar arwah di lapangan terbang seolah tidak percaya tragedi yang menimpa bekas pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu itu kerana mereka baru bertemu tidak sampai 48 jam lalu.

“Apabila ada pegawai Mara datang, mak cik rasa tak sedap hati dan tanya apa yang berlaku, anak saya mati kemalangan ke?

“Setelah diberitahu Hanisah maut dalam nahas, mak cik tidak percaya kerana baru sahaja kami bertemu di lapangan terbang,” katanya.

Mangsa bersama tujuh lagi yang lain dalam perjalanan menaiki sebuah van dari Moscow menuju ke bandar Nizhny sebelum van dinaiki terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air kira-kira lima hari lagi dan urusan berkenaan sedang diuruskan pihak Wisma Putra.
Dibelasah kerana samun dan cuba rogol jurujual

3 September 2012
MELAKA - Seorang lelaki dibelasah orang ramai selepas menyamun dan cuba merogol seorang jurujual di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada 11.45 pagi di mana lelaki sekitar 20-an tersebut dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika mangsa keluar untuk makan di sebuah restoran berhampiran.

Wong Siew Hong, 38, dari Johor Baharu berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki terbabit selepas pulang ke biliknya di tingkat dua hotel berkenaan.

"Sebaik tiba di bilik hotel, saya lihat kunci mangga bilik saya telah dipecah dan pintunya terbuka sedikit," katanya ketika ditemui.

Wong berkata dia yang kemudiannya masuk ke biliknya terkejut apabila mendapati seorang lelaki di dalamnya.
  
Mangsa berkata lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam dan bertutup mulut lantas menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaiannya.

Dia berkata lelaki tersebut turut menumbuknya beberapa kali di pipi kiri sehingga bengkak apabila dia cuba melawan lelaki itu sambil menjerit meminta tolong.

Wong berkata lelaki terbabit kemudian melarikan diri bersama beg duitnya yang sempat dirampas darinya.

Katanya dia mengejar lelaki terbabit sambil menjerit meminta tolong sebelum beberapa orang menangkap dan bertindak memukul lelaki itu, kira-kira 50 meter dari hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani rawatan akibat cedera dipukul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun sehingga mendatangkan kecederaan. - Bernama
Suspek rogol anak majikan dicari
HASNIZA HUSSAIN
4 September 2012
Suspek rogol anak majikan dicari
Mohd Adnan menunjukkan gambar suspek bagi membantu siasatan kes rogol di Pandamaran, Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.
Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.

Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah  milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.

Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.

Menurutnya, setelah ibu  bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku.

"Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan.

"Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.
Berang tak dapat kunci asrama, penuntut Unisel mengamuk
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
4 September 2012
Berang tak dapat kunci asrama, penuntut Unisel mengamuk
Pintu masuk pejabat JNSB pecah ditendang seorang penuntut di Dewan Biru Unisel, semalam
BESTARI JAYA - Gara-gara tidak berpuas hati dengan alasan ‘server down’ yang diberikan, seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, di sini mengamuk dan menendang pintu masuk pejabat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Dewan Biru sehingga pecah.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang penuntut yang datang ke pejabat untuk sesi pendaftaran kunci asrama bertindak di luar kawalan apabila tidak menerima alasan agar memintanya pulang sementara menunggu sistem kembali pulih.
Seorang eksekutif pengurusan JNSB, Norrashikin Mat Juperi berkata, dia tidak menyangka penuntut terbabit akan bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup menendang pintu masuk pejabat yang diperbuat daripada kaca itu sehingga pecah.

“Mungkin penuntut terbabit marah dan bengang tidak dapat kunci masuk asrama memandangkan pihak kami tidak boleh membuat pendaftaran kunci asrama seperti yang diminta berikutan ‘server down’ dan kesemua rekod serta dokumen penting di dalam sistem terbabit.

“Penuntut kena faham situasi ini dan kita sebagai pekerja JNSB tidak boleh sesuka hati membuat pendaftaran secara manual memandangkan bimbang berlaku pertindihan nama dan kekeliruan data sekali gus menimbulkan masalah kepada rekod sedia ada,” katanya.

Disebabkan tindakan luar jangka itu katanya, kira-kira 10 pekerja JNSB yang ada di dalam pejabat bimbang untuk keluar atau rehat di kawasan kafe berhampiran dan membuat laporan di Balai Polis Bestari Jaya selepas kejadian.

“Saya dan pekerja lain takut untuk keluar dari pejabat atau ke kawasan parkir kereta berikutan bimbang jika penuntut terbabit mahu membuat sesuatu yang tidak dijangka kepada kami akibat tidak puas hati.

“Sebenarnya masalah ‘server down’ ini tidak akan berlaku jika pembayaran tunggakan hutang dapat dilunaskan kepada pihak syarikat sekali gus bil utiliti termasuk bil Internet, talian telefon dan lain-lain dapat dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Saya kecewa dan sedih kerana pekerja JNSB yang terpaksa menanggung semua akibat dari segi pembayaran gaji dan masalah berdepan dengan penuntut sehingga berlakunya tindakan luar jangka itu,” katanya yang cukup kesal masalah pembayaran gaji masih menemui jalan buntu.
Azizan bakal disingkir?
ROSLINDA HASHIM
4 September 2012
Azizan
Keadaan Azizan (duduk) yang kelihatan ceria ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Pas Kedah.
ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.
Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.
Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.
Sebuah laman blog (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin Pas yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.
Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.
“Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin Pas Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu,” katanya.
Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.
“Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan,” katanya.
Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.
“Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka Pas Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.
“Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC),” katanya.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.
“Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau rehat secukupnya,” katanya.
Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

Najib tidak boleh sekat yang ini...

http://greenboc.blogspot.com, 04 Sep 2012

Najib Boleh Adakan Sekatan Politik Tapi Najib Tidak Boleh Sekat Yang Ini...


Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

Putrajaya bukan milik UMNO BN.

Firman Allah di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat ke 26 bermaksud;

“.... Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki...” (Ali-Imran: 26)

Doa dan munajat berterusan kita akan mengalahkan UMNO BN dan menurunkan Najib dari takhta kekuasaannya. Segala penipuan, segala kezaliman dan segala ketidak-adilan UMNO BN perlu dihentikan dengan segera dengan menggantikan mereka dengan Pakatan Rakyat.


Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.

Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’da ina
wa nauzubillahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum,
wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.


Najib, UMNO & Sesiapa Juga
Tidak Akan Mampu
Sekat Yang Ini






Tiada ulasan: