Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam'
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di
rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang
asas.Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.
"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.
Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.
"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."
"Dey ane! Mana satu ini.
"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.
Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.
Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.
Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.
“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)
“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.
“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.
Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar ingatkan SPR supaya 'bersihkan' pilihan raya
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya tidak sibuk dengan isu-isu kecil
dan prosedur tetapi sebaliknya memberi tumpuan utama kepada membersihkan
daftar pemilih, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Tanggungjawab lebih besar bagi SPR adalah membersihkan pilihan raya, bersihkan daftar pemilih, pastikan pilihan raya yang adil dan akses media untuk semua (parti yang bertanding).
"SPR tidak harus terikat atau sibuk dengan perkara-perkara kecil kerana itu prosedur biasa. Ini satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat," katanya pada sidang akhbar di Wangsa Maju hari ini.
Beliau mengulas laporan dalam akhbar The Star hari ini bahawa SPR akan menghentikan amalan mengadakan perarakan pada hari penamaan calon pilihan raya.
Parti-parti pembangkang sebelum ini menuduh SPR berdolak dalik berhubung syor dan cadangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Langkah terbaru SPR itu menimbulkan kebimbangan di kalangan parti pembangkang yang sebelum ini seringkali menuduh badan itu menyebelahi kerajaan yang diterajui BN dan sering cuba melambatkan reformasi pilihan raya.
DAP: Provokasi cuba lagakan sentimen kaum, agama
DAP
hari ini mengecam hebat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang
meninggalkan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Rawang,
Selangor, semalam.
Menurut setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng, perbuatan itu “tindakan yang tidak sensitif, pengecut dan provokasi “ yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.
“DAP mengecam hebat insiden ini dan berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini yang bertentangan dengan sifat masyarakat kita yang aman dan berbilang budaya.
“Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat,” kata Lim pada satu kenyataan akhbarnya hari ini.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, pihak yang melakukan objektif jahat oleh mereka yang melakukan tindakan provokatif itu tidak akan tercapai kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara kita.
Bersatu kutuk tindakan
“Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau,” katanya.
Semalam, menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis tidak mempunyai sebarang suspek lagi.
Lim juga mahu semua pihak supaya bersatu untuk mengutuk tindakan itu.
“Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya lagi.

PERKASA janji tak ulangi kesilapan 'ang pow putih'
Kumpulan
pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam
pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu
tidak akan berulang.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.
“PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.
“Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.
“Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.
“Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.
Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.
“PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi.”
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan ‘kematian’ mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.
“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial,” tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”.
PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29 Januari.

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'
Ketika
kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih”
kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS,
menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa
lain.
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.
Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
Tak ada masalah
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.
Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.
Melayu terhibur
Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.
Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.
Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
Warga
maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS
dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami
kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini."Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.
Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
Tak ada masalah
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.
Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.
Melayu terhibur
Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.
Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.
Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan