Khamis, 2 Februari 2012

BUATLAH APA YANG KAMU SUKA DIDUNIA...NAFILAH APA NAK NAFI...TIPULAH APA KAMU NAK TIPU...BELITLAH APA NAK BELIT...TAPI INGAT ENGKAU AKAN MATI..AKAN DIBANGKITKAN SEMULA...AKAN DITANYA APA YANG ENGKAU DIBUAT...JIKA BATIL..NERAKALAH TEMPATNYA

Tiew dakwa Ibrahim Ali sengaja buat...
Pengerusi MCA cawangan Sri Desa MCA, Dr Collin Tiew mendakwa presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sengaja memberi ang pau dalam sampul putih.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Tiew, yang menjadi sasaran cemuhan selepas dia bergambar di sebelah Ibrahim pada insiden itu pada 29 Januari lalu, mendakwa presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Jalan Kuchai Lama, Kuala
Lumpur hari ini , Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan.

Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas.

Menurut Tiew lagi, berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.

Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ianya adalah adat orang Cina.
Kes kepala babi: PERKASA mahu masjid dikawal
Berikutan dua kejadian baru-baru ini, di mana kepala babi ditinggalkan di masjid-masjid, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya semua masjid menyediakan pengawal keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

NONE“Rumah perdana menteri, rumah-rumah menteri, rumah menteri besar pun ramai pengawal. Rumah ibadat seperti masjid, surau dan madrasah adalah tanggungjawab kita juga perlu dikawal,” kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut beliau, PERKASA juga mencadang supaya semua masjid dengan wang tabungan mereka yang ada dan dengan bantuan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing agar menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk dua shif.

“Sambil menjaga masjid, mereka juga boleh beramal ibadat. Terpulanglah bagaimana mereka mahu usahakan, yang penting perlu ada pengawal memandangkan kerap berlaku kejadiaan seperti ini,” katanya lagi.

NONEIbrahim mengulas kejadian kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Nurul Iman di Rawang, Selangor, Selasa lalu.

Hari ini, satu lagi kepala babi dan bahagian anggota lain bintang itu ditemui di luar pintu pagar utama Masjid Al-Hidayah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Peristiwa ini dipercayai adalah yang keenam seumpamanya sejak 2009.
Isu KUIN: Syabas Azizan, kata ASPIRASI
Ketika banyak pihak mengkritik tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya, sekumpulan aktivis mahasiswa hari ini tampil menyokong langkah tersebut.
Malah, mereka menganggap tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak mempertahankan tindakan menggunakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta - yang mirip dengan Akta Univesiti dan Kolej Universiti - sebagai langkah tepat.

NONE"Ustaz Azizan mempunyai pemikiran yang jauh berbeza daripada ahli politik lain.

"Beliau sayangkan KUIN sendiri dan bukan lima orang mahasiswa ini yang melanggar peraturan," kata Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah (atas).

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.

'Saifuddin isu kecil'
Dalam sidang media di Kuala Lumpur, Mohd Shahar juga berkata, penggunaan akta sebegitu lebih bersifat "pelindung" terhadap kehormonian kampus daripada pihak yang sering menganjurkan demonstrasi.

"Kita ucapkan syabas kepada Ustaz Azizan," katanya lagi.

Sementara itu, ASPIRASI - kumpulan yang dianggap prokerajaan - juga mengumumkan akan menganjurkan program jelajah bersama 18 lagi NGO ke ke seluruh negara, termasuk ke 25 institut pengajian tinggi, antaranya bagi menjelaskan isu-isu dunia mahasiswa.

Antara tujuannya, kata Mohd Shahar, bagi membetulkan imej terhadap golongan mahasiswa yang didakwa disalah anggap sebagai suka menganjurkan demonstrasi jalanan dan mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita hendak beritahu ada juga mahasiswa nak belajar. Dan kita anggap program ini sebagai 'tindakan pembetulan'," kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu lagi.

student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedomSementara itu, ditanya tentang ASPIRASI supaya Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah (kiri) meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan aktvisisme kumpulan siswa anti-establishment, Mohd Shahar menyifatkannya sebagai isu keci.

"Itu bukan keutamaan (dalam program ini)," katanya tanpa mendedahkan jumlah kutipan tandatangan bantahan yang diperolehi mereka setakat ini.

ASPIRASI sebelum ini mengaitkan Saifuddin dengan tindakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak selepas menyerahkan memorandum kepadanya.
PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEYayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

“Tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

“Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.
Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.
Jumlah belum dikesan
"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

NONEBagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau  juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur dan bukan secara rahsia" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Dalam sidang media itu juga, Mohd Nasaie kesal dengan tindakan Jamil yang didakwanya mengarahkan agar usaha menjalankan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sebuah menengah agama milik MAIWP di Bandar Tun Razak, dihentikan.

Ahmad Zahid Umno VPSedangkan menteri sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menjanjikan peperiksaan tersebut akan dijalankan di sekolah berkenaan.

“Sudah ada perancangan daripada menteri, sudah tentu ada bajet... Untuk zaman Jamil Khir ini, tiba-tiba, untuk peringkat pertama, pelajar yang baru habis SPM baru-baru ini, tahun ini tidak dibenarkan ambil STAM di situ.

"Jadi sumber dalaman JAWI memberitahu kepada kita, ini adalah kehendak Jamil Khir menghentikan usaha untuk mengadakan STAM di situ," katanya.

Mohd Nasaie menyifatkannya ianya sebagai satu perkara malang kerana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah menengah agama pertama di Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan peperiksaan itu.

Hal demikian, tambah Nasaie, menyebabkan pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut terpaksa berbuat demikian di Selangor atau di negeri lain.
Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

NONE"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.
Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.
Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

carl kapp sydney designerMemetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.
Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah
Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Little Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.

Tiada ulasan: