Khamis, 2 Februari 2012

BILA KITA PENTING WANG...KEKAYAAN...KEMEWAHAN BUKAN NYAWA MANUSIA...SEJARAH SERTA PENGALAMAN NEGARA LAIN TAK MAU DIJADIKAN IKTIBAR...CONTOHNYA DIJEPUN...

Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara

Harakahdaily, 02 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Lajnah Penerangan PAS akan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya umum ini dengan negeri-negeri Pantai Timur menjadi sasarannya yang pertama.

Dengan diketuai sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Konvoi Penerangan ini akan bermula di Kelantan pada 4 Februari ini.

Ia diikuti dengan Terengganu 5 Februari dan Pahang pada keesokannya iaitu pada 6 Februari.

Program utama pada setiap negeri adalah taklimat kepada jentera penerangan di negeri berkenaan. Melalui program ini semua jentera penerangan PAS negeri berkenaan akan dikumpulkan.

Taklimat ini akan dibuat sendiri oleh Tuan Ibrahim. Ia dipercayai akan menyelaraskan aktiviti penerangan di seluruh negara.

Selian itu, semua anggota konvoi yang turut disertai oleh keluarga masing-masing ini juga akan menyertai pelbagai program yang diatur di negeri berkenaan.

Antaranya kuliah subuh, sessi minum pagi dengan penduduk, program hi-tea, kuliah maghrib di samping ceramah di negeri berkenaan.

Semasa di Kelantan, program akan bermula seawal waktu Subuh dengan program Solat Subuh di Gua Musang.

Ia akan diberikan oleh dua pemimpin kanan lajnah ini iaitu Tuan Ibrahim dan Drs Khalil Idham Lim.

Kemuncak program di Kelantan adalah taklimat khas tertutup isu semasa oleh Tuan Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kelantan,  Dr Mohamed Fadzli.

Ia akan diadakan waktu tengahari di Madu, Machang.

Sebelum ini, Konvoi Penerangan menjelajah Sabah dan Sarawak di mana mereka telah menghabiskan selama lima hari di kedua-dua negeri berkenaan.

BN bertanggungjawab atas mala petaka Lynas

Harakahdaily, 02 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Segala syarat yang dikenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi.


“Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali,” kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Katanya, syarat meminta Lynas bertanggungjawab ke atas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah sama sekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut.

Norman Moore juga, ujarnya telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia.

Basel Convention satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti dipulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan di dalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan sisa radioaktif,” jelasnya yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh ditangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toksik dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.

Katanya, keputusan itu tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini'.

Beliau menambah, sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan ke hadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak.

“Satu kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif disediakan dalam bentuk PDF,” ujarnya.

Juga, katanya satu kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas di sebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT itu dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan ke atas prosedur semata.

“Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku.

“AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

PAS WP khuatir penduduk kampung tradisi diusir

Harakahdaily, 01 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS Wilayah Persekutuan kesal penduduk kampung-kampung tradisi di sekitar Kuala Lumpur semakin terancam dengan pengusiran oleh pemaju-pemaju di atas nama pembangunan. “Semakin banyak kampung yang dilenyapkan dalam peta bandaraya Kuala Lumpur, dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah,” kata ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, Kampung Baru adalah tanda aras kepada permasalahan yang dihadapi oleh penduduk asal yang terpaksa menyerahkan nasib mereka ditentukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan pemaju tertentu.
Tambahnya, tidak mustahil kampung lain seperti Kampung Padang Balang akan menyusul mengikut jejak Kampung Baru.
Justeru, katanya PAS WP benar-benar berharap kerajaan memelihara kampung-kampung warisan sekitar Wilayah Persekutuan bagi menjaga keaslian dan kepentingan penduduk asal.
Beliau berkata, istilah ‘mencemarkan kota’ tidak wujud sekiranya kampung-kampung itu dipelihara dengan baik sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara Barat.
“Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mesti menjamin tiada lagi usaha mengambil alih kampung-kampung, sebaliknya mesti menjaga hak dan kepentingan penduduk dengan memastikan keselamatan dan pemeliharaan kampung terbabit,” ujarnya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Selain daripada itu, ujarnya isu perumahan di bandaraya Kuala Lumpur merupakan isu besar yang perlu difikir dan ditangani secara serius oleh kerajaan.
Katanya, rakyat sukar membeli rumah di sekitar bandaraya memandangkan kosnya amat tinggi berbanding dengan  kawasan di luar bandaraya Kuala Lumpur.
Kesannya, kata beliau segelintir penduduk yang tidak mampu memiliki rumah terpaksa menetap di perumahan setinggan yang akhirnya mereka juga diusir kerana dianggap menetap di kawasan ‘haram’.
Beliau menambah, Kampung Semarak, Kampung Berembang, Kampung Chubadak, Kampung Kerinchi, Indian Settelement di Kampung Pandan adalah mangsa kerakusan pembangunan ‘mapan’ kerajaan.
Mereka, ujar beliau akhirnya terpaksa memikirkan nasib dan masa depan mereka sendiri tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Justeru, katanya PAS WP mengharapkan kerajaan berusaha memberikan kemudahan terbaik kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan.
Rakyat, ujarnya lagi berhak dibantu untuk mendapatkan rumah-rumah di dalam atau kawasan sekitar Wilayah Persekutuan denga harga yang berpatutan.
Selain dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), katanya rumah-rumah teres di taman perumahan juga perlu diusahakan dengan kawalan harga supaya rakyat berpendapatan sederhana dan rendah mampu memiliki rumah.

Tiada ulasan: