Rabu, 14 Disember 2011

YANG PERLU MALAH WAJIB DISELAMATKAN SERTA DIJAGA IALAH IMAN..AKIDAH...SERTA ISLAM DIJUNJUNG....BUKAN ISLAM KITA TADBIR IKUT SELERA KITA...

Masyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud
Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

NONEKedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

NONEDitanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

MCA tuntut Bil Juru Komputer ditarik balik
MCA hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendesak supaya Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 ditarik balik.

"Kita tidak boleh sokong ini, dan oleh itu menuntut supaya rang undang-undang itu ditarik balik," kata Ketua Biro Profesional Muda, parti itu Chua Tee Yong.

Bercakap kepada pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Putrajaya selepas menyerahkan memo berkenaan kepada panel yang merangka rang undang-undang, Chua yang juga ahli parlimen Labis juga melahirkan kebimbangannya.

Katanya, beliau gusar undang-undang yang bakal diperkenalkan itu mungkin memudaratkan orang ramai.

Antaranya, rang undang-undang itu memperuntukkan hukuman kepada profesional komputer yang mengamalkan kerja mereka tanpa mendaftar dengan Lembaga Pengkomputeran Profesional Malaysia.

Katanya, syarat mewajibkan pensijilan untuk pengamal komputer boleh menyebabkan kadar pengangguran yang lebih tinggi dan bukannya menyelesaikan pengangguran di kalangan profesional IT.

Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.

kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 08kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 07kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 06

kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 01kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 03


Keterangan Anwar dari kandang tertuduh 'diserang'

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar, hari ini menggunakan keputusan ketua pembangkang itu untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya.

NONEDalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian.

Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya.

Yusof berkata hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".

Katanya, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes ini kemudiannya memutuskan perbicaraan akan bersambung Khamis ini.

Tindakan itu bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan pula untuk menggulung hujah mereka.

Katanya, perbicaraan pada 15 Disember nanti akan bermula jam 9.30 pagi, sebelum keputusan kes berkenaan dibuat.
MP: Guna dana JKKKP 'klon' BN bagi pendidikan

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dilantik oleh BN di negeri-negeri Pakatan Rakyat dihapuskan dan segala penjimatan itu disalurkan kepada Kementerian Pelajaran.

Katanya, dengan menghapuskan 'klon' JKKKP BN itu, dana bagi membayar gaji dan elaun mereka boleh digunakan oleh kerajaan persekutuan bagi membayar faedah kepada guru-guru sementara yang telah dilucutkan.

azlanAntaranya, kata Teo dalam kenyataan medianya, adalah sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran bonus, faedah bersalin dan faedah lain yang ditarik balik oleh kerajaan berikutan perubahan terma-terma kontrak.

"Alasan Kementerian Pelajaran adalah kerajaan kekurangan sumber-sumber kewangan untuk membuat pembayaran. Dengan merampas RM200 sebulan dari setiap guru sementara, penjimatan tahunan akan berjumlah RM16.8 juta," katanya.

Sebaliknya, menurut Teo, kerajaan persekutuan telah membayar RM137 juta sejak 2009 untuk menubuhkan jawatankuasa 'klon', bagi ‘memantau’ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sepatutnya dilantik mengikut kuasa kerajaan negeri.

NONE"Oleh kerana struktur organisasi dan fungsi-fungsi JKKKP hampir sama dengan JKKK, penubuhan jawatankuasa itu pasti satu pembaziran wang pembayar cukai.

"Penubuhan JKKKP di negeri-negeri Pakatan, membuktikan BN tidak boleh menerima kekalahan dalam PRU-12 dan akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka menyediakan saluran 'rasmi' bagi amalan politik wang dan kerja-kerja akar umbi di kawasan luar bandar," katanya.

Pembelaan mahu Saiful, DPP Farah dipanggil semula
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diminta menangguhkan keputusan dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan dipanggil semula sebagai saksi.

NONEMenurut peguambela utama, Karpal Singh, tindakan itu bagi menjawab dakwaan tentang hubungan kedua-dua mereka yang perlu dilakukan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan keputusan yang adil.

"Mahkamah ini perlu ditangguhkan untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini," kata Karpal.

Karpal berkata Mohd Saiful dan Farah Azlina perlu dipanggil semula kerana sehingga kini kedua-dua mereka belum menafikan hubungan mereka.

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," kata Karpal.

Mengulas lanjut, katanya, hubungan mereka dilihat mempunyai potensi bagi membolehkan Saiful mendapatkan akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, dakwanya, Saiful mungkin mengubah keterangan sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan.

NONESelain itu, hujah Karpal, saksi pembelaan, pakar ortopaedik, Dr Thomas Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah mustahil bagi Anwar melakukan aksi seks seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful kerana masalah tulang belakang ketua pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pembelaan dalam kes liwat yang dihadapi Anwar di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung esok.
Hasan Ali rela digelar 'penyelamat' Melayu

Bekas Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sanggup memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu.

NONEKatanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi tentang agenda perpaduan Umno dan PAS, beliau berkata, walaupun ada pihak menyalahkannya dan tidak melihat kesatuan itu, ia akan terus digiatkan pada masa depan.

islam hadari pas and umno 051004Beliau juga berharap akan dinamakan untuk berkidmat di peringkat jawatankuasa lebih tinggi bagi membincangkan isu perpaduan nasional.

Katanya, jawatankuasa akan memberikan kesan terbaik jika dilakukan di peringkat pusat seperti Jabatan Perdana Menteri.

Hasan berkata, beliau telah menelan perbagai penawar setelah diuji dengan skala kecil dan percaya mampu membantu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

tentang BAHASA

Berikut saya buktikan melalui statistik Bank Dunia..bahawa 5 daripada 5 negara terkaya di dunia..TIDAK menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam urusan pendidikan, perniagaan dan perdagangan...

1. Monaco
KDNK per kapita : US$ 172,676
Luas : 1.98 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
2. Liechtenstein
KDNK per kapita : US$ 134,915
Luas : 161 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Jerman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
3. Luxembourg
KDNK per kapita : US$ 108,921
Luas : 2,586 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Luxembourg, Jerman dan Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
4. Norway
KDNK per kapita : US$ 84,840
Luas : 385,252 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Norway digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan (kerajaan Norway wajibkan rakyat asing belajar bahasa Norway)
5. Switzerland
KDNK per kapita : US$ 66,934
Luas : 41,285 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis, Jerman, Italy, Roman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan

Tiada ulasan: