Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.
"Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”
Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.
Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.
"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”
PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.
- Ipoh Mali · Pengulas TertinggiAbih tu Yang Selari dengan Islam tu yg Mana Satu? UMNO? Pemimpin UMNO lah yg selari dgn ISLAM? Sebelum Bercakap Cermin dulu Cara Berpakaiann Bini Pemimpin UMNO.. Abih tu Dulu Sape yg Hina Hudud. Siapa yg Saman Hudud di Mahkamah? Siapa yg Pecat Mufti pasal Tangkap anak VVIP Minum Arak dan Tangkap Peserrta Ratu Cantik? Sape yg Bunuh Ulama Ibrahim Libya? Siapa yang tarik Bantua SAR? Sape yg Jadi CEO Syarikat Arak? Siapa yg Lulus Lesen Judi? Bukan tu semua kerja Pemimpin UMNO? Kalau Nak Debat BAB Hudud.. Ajak Pemimpin PAS.. Bukan Debat Dgn Cina la Bingai...
- Ipoh Mali · Pengulas TertinggiMari kita Tengok Puak Sekular dan Wahhabi UMNO Spin Bab Hudud
1.- Bab Umur Mukallaf - Ini hal Teknikal - Ini Bukan Hukum Hudud
2.- Boleh Liwat Isteri - Jahatnya UMNO spin Isu, Liwat Isteri takde dalam Hudud.. Tapi Ade Dalam Takzir, kalau takde dlm Hudud bukan makna boleh Liwat Isteri, Kalau mcm tu baik Ckp Sekali Boleh Liwat Binatang.
3.- Bab Hudud bukan Hanya untuk Islam, Kewajipan Hudud kalau wajib semua, aawat UMNO tolak.. Sokong je la.. . - Jutawan Pakir Pakir · Pengulas Tertinggi · Union High School
- Ipoh Mali · Top CommenterFaisal Kaiba : Ape yg Terkantoi?? UMNO la mengantoikan Diri buat Kenyataan Bodoh!! Nak Debat Bab Islam.. Pergi Debat ngan Cina Kafir.. kalau nak kritik Enakmen Hudud Kelantan tu.. panggil la wakil PAS.. Cakap sorang2 Mcm Org Gila.. pi Debat Ngan Cina.. Si Wahhabi sekor sebelah tu sikit pun tak tegur Mamat UMNO yg Hina Hudud.. Kalau Bab Solat Baca Qunut..Laju je Kafirkan Org..
- Rabian Haji Kipli · Top Commenter · Penyelia Petang at Sk matangIpoh Mali awak ni bijak pandai konon tp bila bercakap merapu, asyol salahkan org aje....Cuba awak cakap yg gohed gostan cons perempuan dlm video tu betulkah salah....kenapa awak tak ajar undang2 Kat dia kata tu salah dan berdosa. Apa profesor awak ni patutlah uia nak buang awak niii.
- Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
- Khairul Anuar Romli · Top Commenter · SMK Seberang JayaNampaknya orang UMNO ni walau apa sekalipun terjadi diorang mmg dah tersemak di hati menolak hukum Hudud. Biarlah macam mana sekali pun yg nak dibuat, pasti ada saja yg akan kata itu tak ikut Al-Quran dan Sunnah tanpa menampilkan apa yg betul2 ikut Al-Quran dan Sunnah.
Kalau cuma kata itu tak betul tanpa ada alternatif lain, siapa pun boleh buat kenyataan mcm tu.
Tentang hukum hudud kepada bukan Islam rasa yg ni bergantung kepada orang bukan Islam. Tetapi natijahnya hukum Hudud mestilah hukuman yg tertinggi dan bukannya hukuman yg diamalkan oleh pendokong sistem kolonial yg sedia ada.
...See More - AbanKham Qlate · Top Commenter · Pegawai Pemasaran Cawangan at Malaysian Building Society Bhd ( MBSB )
- Putra Buluh Betongg · Works at PDRMFaisal Kaiba hukm hudud bkn ciptaan pas or mna2 parti islm .huKm hdud adalh dri ALLAH.ANDAI ADA YG MGELIRUKN DUDUK BERBINCNG BSAMA BKN MHINA MNOLAK MGUTUK MEGATA HUDUD ADALAH CIPTAAN PAS.BKANYA CUBA MEGELIRUKAN TTG HUDUD.rmai org y bkn islm tiada mslh dgn hkum hdud.knpa kt sbgai umt islm sndri mntang?
- Jamaluddin Jumri · Top Commenter · Manager at Own bisnes an engineering
- Muhaimin Abdurrahman · Top Commenter · UM
- Nadza Risky · Top Commenter
- Muhaimin Abdurrahman · Top Commenter · UM
- Afnan Afiq · Top Commenter · Sekolah Rendah Ummi
- Xyza Caution · Top CommenterKeluar plak dah hal Hudud....klau nak sokong xpe la....ni nak lawan...hari tu dah berapa orang dah terhapus Iman sebab menafikan hukum Allah....ada lagi nak nafi....penasihat agama plak tu....aku rasa...penasihat agama ni mesti penasihat agama bukan Islam....bodoh mengalahkan budak umur satu bulan....
- Mohd Karim · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
- Roberto Mancini · Top Commenter · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.
- Andra Indra · Top Commenter
- Lvly Altye · Top Commenter
- Jafry Jaff · Top CommenterFaisal Kaiba ..oooi melayu Umno.. dulu Umno duk caci PAS karut..sekarang Umno duk tiru apa yang PAS dah buat.
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Tindakan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan PAS.
Ahli Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut
"Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS.
Sewaktu perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.
"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya yang merupakan bekas imam Masjid Negara. - Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
- Lvly Altye · Top Commenter
- Zain Sulaiman · Top CommenterPutra Buluh Betongg ini tepat sekali, kenapa nak hukum PAS kerana hudud. PAS bukan allah yang mengeluarkan hukum hudud. Kalau awak boleh memalukan hukum allah di depan orang yang bukan se agama islam, awak ini menghina allah. Sejauh manakah islam awak ni, sampai sanggup mengadai agama islam. Kalau lah salah di terjemah oleh PAS rujuk balik ke Quran dan hadis Nabi. Janganlah lah nak menang hati rakyat yang bukan islam kita harus hina islam. Kalau lah awak tak sesuai dengan cara islam masuk lah agama lain.......
- Noriman Saari · Top Commenter
- Maqram Kozelek · Top Commenter · Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
- Ab Rahman Ismail · Works at Kerja sendiri
- Jamil Awab · Top Commenter · MPTAAMohd Kamal Sadin (jurucakap upahan UMNO/APCO), mana hukum HUDUD UMNO? Jangan asyik pertikai Hudud yang telah digubal oleh PAS. Umno asyik melalak, tetapi diajak berdebat berbahas akan hukum hudud, takut, kecut, menggigil dan pelbagai alasan penyakit lagi! Siapakah pencuri-pencuri dan perompak harta rakyat selama ini? Ya pemimpin2 umno yang sentiasa mencari jalan merompak harta negeri dan negara! NFC paling terkini setelah ditegur oleh Ketua Audit Negara. Oleh kerana rompakan secara terancang dan begitu kemas, maka dengan mudah kes itu diketepikan oleh Polis yg tercekap didunia PDRM.Cuba kalian ingat akan banyak kes KWSP. Hanya kerana penyimpan gunakan wang yang diambil untuk berbelanja guna beli barang lain selain daripada yang disyaratkan (contoh pembelian komputer), maka hukuman penjara menanti kepada penyimpan, kerana dianggap menipu KWSP. Banyak kes tentang pembelian perumahan. Itu duit sendiripun kena penjara. NFC ini wang dana awam/wang pembayar cukai. Pecah amanah ini terang, nyata dan jelas, tapi polis dan SPRM kerajaan umno kata tiada kes! Ternyatalah UMNO/APCO/BN sudah wajib dikuburkan pada PRU13! UNDILAH PAKATAN RAKYAT!
- Abdillah Alwi · Top Commenter · Works at Misai studio & gila-gila studio
- Tengku Mohd Anisdah tu try la gubal plak nak tgk..kecek kosong jah tak guna kalu kemungkaran pemimpin umno mu wak syp jah.
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiHelo bro, fullamak, penasihat agama menteri besar trengganu ek?! Mcm bagus, tapi statement hampas klape!! Tgk apa dia kata, 'Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.' Dlm al-Quran Allah dah sebut, "Tiada paksaan dlm agama"-al-Baqarah. Tidak ada paksaan dlm agama iaitu utk memaksa sseorg itu memeluk Islam, maka begitu juga x ada paksaan dlm agama utk melaksanakan hukum hudud keatas mereka. Hang ni nak lawan Allah ke cakap sebegini?? Yg berlaku zaman rasulullah saw itu, tentunya dgn persetujuan org bukan Islam tersebut utk dihukum dgn hukum hudud, bukan wajib keatas mereka. Pastu, hang kata lak, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.' Hang ni waras ke apa?? Hang ni dok copy & paste apa yg zul kulim cakap buat apa?!! Dia tu cakap ikut kpale otak dia jer!! Tgk la dgn teliti kandungan hukum hudud yg digubal oleh PAS itu! Mereka bukannya buat semberono, mereka pun ada pakar undang2 Islam mereka jugak. Dari apa yg hang cakap, hang ni jenis kaki merapu, & cuba bagi persepsi negatif non muslim pd PAS, & dgn sendirinya bagi persepsi negatif masyarakat pd Pakatan. So, boleh la menjejaskan peluang Pakatan dlm PRU13, KAN?? Betul tak apa yg saya cakap..??
- Lvly Altye · Pengulas TertinggiWan Adib Wan Roslan ..saya setuju hujah saudara taada dim islam hudud pas..dslsm pas bercambah ulama yang cukup mahir dalam hukun islam ,hadis, hafizdan macam lagi jgn la sampai begitu sekali nak mengampu sampai hukum hakam agama pun nak dipertikai...YA ALLAH YA TUHANKU KAU BUKALAH PINTU HATI UMAT-UMAT INI DAPAT MENERIMA HIDAYAH MU AMIN..
- Jafry Jaff · Top Commenter
- Hazman Azhar · Author at Dinarzone.comkesiannya aku kat ustaz umno ni...dah lah berbelit pastu cuba membelitkan orang lain pulak...
mukallaf menurut hudud atas 18 tahun kerana ada perbezaan mukallaf antara imam mazhab
hudud memang x boleh dikenakan ke atas peliwat isteri...tapi itu bukan bermakna suami xkena tindakan...masih ada takzir ke atas mereka...
hentikanlah pemikiran cetek wahai ustaz2 umno- Afnan Afiq · Top Commenter · Sekolah Rendah Ummi
- Jafry Jaff · Top Commenter
- Azizan Izan · Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durianjangan jadi munafik sahabat... kau duk forum puak2 mu saja.. panggilla skali puak2 kami... kita brhujah secara ilmiah, kalau nak tau sapa sesat.. jangan jadi syaitan bisu..
- Faidullah Ruzali · Top Commenter · Teacher at SK SG Sebatu,Baram,MiriAda ustaz pon tak reti2..main paham ikut yg pemimpin2 dia paham n ikut media duk canang..igtkan kalo dah ustaz, leh tolong terangkan pada org lain pasal perlunya hudud.dah kalo duk tuduh "hudud pas" xbetul..laksanakanlah hudud yang Allah tetapkan tu..tgk sama ke tak..yang penting laksanakan.ada berani?
- Zack Mohdsejak 1993 umno tak mahu laksana hudud dgn sebab masyarakat majmuk berbilang kaum kat malaysia nih.....zaman kita x sama mcm zaman nabi kata umno....dan kesudahan pakar 'agama' umno nih wat kenyataan bahawa dimadinah nabi juga megenakan hudud pd bukan islam....maknanya tak terpakai alasan umno bahawa masyarakat majmuk tak boleh laksana hudud....dah sampai masa umno wajib laksana hudud.....
ini kenyataan membodohkan diri umno sindri....hehehehe..... - Uncle Ardzermmm.. knpe lah nak menghentam je.. kalau salah..eloklah ditegur.. ape gune kalau hentam kerana untuk kepentingan politik.. ermmm.. dah hentam..tapi tak nak buat2 juga.. kan bagus berganding sama menaikkan hukum hudud ni.. ketepikan politik.. naikkan Islam.. Islam itu Indah.. Islam Itu Mudah.. Islam Itu Agama kita..
- Rosmaliza ZA · Top Commenter · Suri Rumahtangga at Usaha sendiri
- Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHAUMNO tolong gubal hukum hudud yang berlandaskan al-Quran mengapa dah 54 tahun merdeka tiada usaha untuk melaksanakan undang2 Islam? Malaysia sebagai sebuah negara Islam kenapa takut melaksanakan hukum Islam dan orang2 Islam dan bukan Islam jangan takut dengan hukum Hudud kalau kita tak bersalah, undang2 diadakan untuk mencari keadilan dan hukuman kepada pesalah jadi kalau kita tak melakukan kesalahan mengapa takut?
- Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
- Sultan Amin · Top Commenter
- Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top Commenter
- Burn Mrgenius · Subscribe · Top Commenter · The Big Boss at Kerja sendiri lahhhhhhhhBagi Hudud yang dicadang belum diputuskan... perlu semakkan dan penambaikkan... jangan baca yang itu kemudian tembak dan dijadikan isu... orang nak cari salah senang la.. cuba sama2 bangunkan undang2 itu.... apa kata kawan-kawan...
- Sabri Nyi · Top Commenter · Universiti RAMADHAN setiap tahun....!ha ha ha ..hujah budak lepasan tadika kemas!
- Jofri Junior · Top CommenterKalau Hudud yg digubal PAS itu bertentangan dengan Islam mengapa Umno tidak gubalkan undang2 hudud yg selari dengan Islam? Satu soalan apakah undang2 syariah yg digubal oleh Umno skrg ini adil apabila org bukan Islam yg berkhalwat dgn Islam tidak diambil tindakan dan juga mengapa mereka yg berzina hanya dikenakan denda dan hukuman penjara saja. apakah ini undang2 Islam yg betul mengikut al Quran dan Hadis? sila jawab Penasihat agama Umno. tk
- Zulkiflinordin Pak Uda · Top Commenter · Works at Kastamni mana punya mangkuk ayun mai pulak dah! islam kepala hotak dia.mana punya undang dia pakai...dah puas ulama pas memberi penerangan secara detail yu pun tak paham2..lu pi jilatlah pungkog najib apa punya islam lah lu...heboh tntg hudud tapi umno sendiri tak pernah ikut perintah allah...sudah2lah mangkok ooii....susah2 suruh haji najib buat hudud umno kita tengok camna kot2 judi rasuah rogol zina semua bulih...
- Mohd Hatta Ibrahimsebagai orang islam sy nak tgk umno laksanakan hudud, boleh ke tak boleh en. kamal? bdk yg pakai ketayap tu sy kenal.mak dia ustazah sy dulu masa sklh menengah.bapak dia pun dulu sy kenal tapi tak mampu nak laksanakan hudud juga..ceramah tentang agama je la...pong pang pong pang..
- Yong Chun Wah · Top Commenterkaka, sampai giliran pas dihentam habis-habisan oleh umno? dap dicaci dengan hebatnya pada perhimpunan umno, anwar dipenjarakan dulu dan juga diheret ke mahkamah kini? lawak betul.....malaysia boleh!!!!
- Cahaya Jati · Top Commentercelaka punya penasihat agama.....kalau nak masok neraka, pegi mampos lah tp jgn kelirukan dan ajak org sama2 masuk neraka.....menyesatkan.
- Cahaya Jati · Top Commenter
- Cahaya Jati · Top Commenter
- Muhammad Hisham · Top Commenter · Musk Ox Hunter at Musk Ox Farmmangkuk ni lulusan ugama dari university mana? kalau dah rasa pandai sangat... tunjukkan la hudud yg betul....jangan pandai dun konar pusin ja..
- Pas Chabau Chabau · Top Commenter · 64 years old
- Azwan Albateniuskalau silap ubah la apa bendanya nak buat porem.....apo daaa akai tak ada ka? www.wangolds.com
- Abu Kassim Azmi · Top CommenterSeekor bangsat umno tiba2 muncul untuk padam isu lembu dan kecuhkan isu hudud...nanti lepas ni bila alim ulama PAS jawab...isu ini aKAN PADAM....dan timbul isu lubang jubok pulak...umno punya tektik semua ni rakyat sudah faham...wahai umnodajal berhentilah perbuatan menglembukan fikiran rakyat
- Wan Hazman · Top Commenter · Engineer at Perodua Manufacturing Sdn BhdMudah2an ust fathul bari tolong perbetulkan salah faham kamal ni.
- Wan Hazman · Top Commenter · Engineer at Perodua Manufacturing Sdn Bhd
- Wan Hazman · Top Commenter · Engineer at Perodua Manufacturing Sdn Bhd
- Songkok Cukong · Universiti Mayadepa ni bukan lah berilmu sgt tapi nak tunjuk pandai sampai tk tau hukum hudud dan takzir...masalah teknikal pulak jadi isu,,pulakkkkk.....ni mcm kes harusanisini ni..hahhah,,,takan mufti nak tipu kotttt,,lepas buat kenyataan terus cabut,,bila dipanggil berdebat sorok dlm keambu,,hahah,,ni sama juga si janggut merahh si muhammed tuuuuu,,kahakakahahaka
- Abu Bakar Mohamed · Top Commenter · Kuala LipisOi....Penasihat agama UMNO, ngape tak nasihat UMNO buatlah hudud UMNO.Tentu dia tak yakin UMNO buat.Keluar UMNO masuk PAS.
- Mohamad Juipri Mahasim · Top Commenterberhati2 cakap hukum Allah nanti akidah dah terpesong macam mana tu kalau Allah tak terima taubatnya.Sedangkan ini ini dimaklumkan seluruh negara, berapa banyak yang pengetahuan sedikit akan menerima pandangan ini bulat2.Wahai oranga yang berpengetahuan agama jangan jual agama kerana cari keduniaan.
- Wan Hazman · Top Commenter · Engineer at Perodua Manufacturing Sdn BhdJawapan bkenaan umur mukallaf dan kesalahan liwat isteri http://
bm.harakahdaily.net/ -index.php/berita-utama/ 6113-zulkifli-jahil-liwat-i steri-termasuk-perkara-syu bhah - Songkok Cukong · Universiti MayaHUKUM HUDUD ALA PAS KAU KATA TAK BETOL,, TAPI HUDUD ALA UMNO YANG KAU KATA BETOL MANA??????-Ni yang puak umno wajib kena jawab...kat sini kalo ada pencacai umno tolonglah jawab..
- Musa Mohamad · Top Commenter · UPM 90; UKM 98; USM 2004Aku tak kenal mamat penasihat agama ni, latarbelakang dan akademik dia, yang pasti dia ini kalau jujur sepatutnya bantu mana2 pihak yang nak laksanakan hukum hukum hudud tersebut, sokong dan beri tunjuk ajar kalau berilmu, jangan cari kelemahan, yang penting kerjsama mamat. kesilapan tu boleh dibaiki, cari makan katakan. masyukkkkkkk. Kalu bijak berikan cadangandan gubal satu yang betul, mungkin boleh di terima pakai. Soal teknkal tu bukan alasan untuk tidak laksana. mungkin ada khilaf.hai, anak sapa le mamat ni. langsung aku tak hormat langsung mamat ni. pandangan orang perasan bijak tapi jahil muraqab.
- Rendra Pejuang Hak Asasiwith all due respect to Uztad Kamal, I think PAS has adopted the point of view from Hanafi school of law regarding the issue of LIWAT. LIWAT is not fall under the purview of HUDUD (based on the hanafi school of law point of view) but fall under TAQZIR. please don't mislead the Malay/Moslem.
- Alruwais Qarni · Kuala Lumpur, MalaysiaPersoalan yg dikemukakan telah dijawab olih PAS beberapa minggu lepas. Si mamat seekor ini jelas tak tahu apa-apa?. mengulangi soalan bodoh.. Persoalan pokoknya KENAPA UMNO TIDAK melaksanakan HUDUD seperti termaktub dalam ALQURAN?. Nak tunggu sampai bila?
- Hariz Rosdi · Top Commenter · SMK Taman Melawatibabi punya penasihat..mu patut bercakap bagaimana hudup umno..itu rakyat nak tahu..babi
- ラシッドアブ ハッサンklu mu rasa hudud PAS tu saloh mu tegur la bengong...jgn duk kritik mcm mu tu bagus sgt...bru bleh prepair ape yg dok betul...xpun mu bleh suruh najib wat hudud ikut al-Quran dan Hadis.nk tgk betul ke UMNO bleh buat yg lebih perfect...xpyh susah2 mu nak wat sumpah laknat lagi..
- Roslan Adam · UKMNada ustaz ni, hampir sama macam Soi Lek. Malang sungguh ustaz tidak amanah dengan ilmu yg Allah berikan pd ustaz. Lebih parah ustaz cuba pula utk menyesatkan org lain. Muga Allah mengampunkan dosa kita semua
- Abu Bakar Mohamed · Top CommenterSaya rasa amatlah tidak adil bagi pihak yang menganjurkan forum yang bertajuk 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan islam' membincangkan Enakmen Hudud Kelantan tanpa menjemput para pengubal Enakmen tersebut.
Apakan tujuan yang sebenarnya forum itu dibuat? Adakah ia bertujuan untuk mengagalkan perlaksanaan hukum hudud di kelantan. Adakah saudara Mohd Kamal bersetuju dengan komen Presiden MCA yang mengatakan bahawa jika hukum hudud dilaksanakan negara akan menjadi mundur.
Saudara Mohd Kamal, kalau Enakmen hukum hudud tersebutada sedikit kecacatannya duduk dan bincanglah dengan pengubalnya, jangan lah anda cuba mengagalkan serta memberikan gambaran yang buruk orang bukan islam terhadap hukum ALLAH ini.
Saudara perlu ikhlas apabila membincang bab hukum islam, bercakap dan berbincanglah atas kepentingan agama islam, bukan politik. - Haiqal Hafidz · Sek Men Skudaiklu hudud pas salah buat hudud umno..jgn kata pas salah tp dalam diri takde niat pun nk tegakkan hukum allah...pas ajak debat amacam berani ke? biar rakyat menilai sapa yg btul...
- Jofri Junior · Top CommenterSatu lagi mungkin Umno takut dgn MCA maka sanggup kata undang2 Allah yg digubal PAS tidak adil...mungkin undang2 Umno selari dgn kehendak MCA...sila jawab penasihat agama Umno.
- Buka Minda Anda · Top Commenter · Shah Alam, Malaysiaseseorg yg mengata org lain salah..mesti ada hujah dan nas yang mengata dia betul.... ttg mukallaf pas dah jelaskn... benda ni khilaf... perempuan kalau 15 dah mukallaf sbb normal pompuan matang cepat dr lelaki...sbb ni ambil 18 tahun..comfirm laki pompuan dah mukallaf.... ttg liwat isteri...PAS kata benda tu tetap haram..cumanya ianya termasuk dlm hukum takzir..sbb aniaya isteri...ttp ada hukuman..... adui....nk bicara hukum allah..aku tgk...muka pun xde seri.....APA KATA FATHUL BARI?
- Zul Abiad · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaDia ni rupanya penasihat agama MB Terengganu...patut la mat said blh sumpah org setan dlm sidang dun..
- Anak Ikan · Top Commenter · XXXIII LO w Warszawiekalau kamu kata hukum hudud pas gubal xbetul - cuba la kamu buat hukum hudud versi kamu lak...boleh gak sama2 tengok, jangan dok kondem hukum hudud je...nanti Tuhan murka...semua kena bala...
- Abd Malek Md Nor · Subscribe · Top Commenter · Universiti Teknologi MaraPenasihat apa yang tak betul aje. Patutlah kiblat Masjid Kristal pun tak betual. hahaha
- Rosmaliza ZA · Top Commenter · Suri Rumahtangga at Usaha sendiri
- Tuan Aidiel Tuan KamazonNak tipu org MCA boleh ler...
- Ben Hasim · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)bila umno nok laksana hudud?...ajak lah sama ulamak pas berbincang x payah nak tuduh 2 tul ke x tul.bermusyawarah lah.rakyat nok tau gok.pas tu doh ada kata sepakat hoo apalagi gubal jo undang 2 .
- Baltar Agung · Subscribe · Top Commenter · Works at Freescale Semiconductorapabila islam dihujahkan yg akhirnye menenggelamkan kewajipan melaksanakan hukum..ini teknik musuh islam mengelabukan umat islam melalui org islam jugak..kalu the rase hudud tu tersilap pendataan, tegurlah dan sokong lah usaha kerajaan PAS melaksanakan...ini kondem bagai nak rak, tp habuk pon smp bile2 hudud tu xdisokong pelaksanaan nye..bg tukar la penasihat agama ni..
- Abu Bakar Abdul Rahman · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysiapohon buat debat perdana.kita tengok siapa berhujah dgn baik.penasihat agama umno ni betul ke?
- Kamaru Zaman · Top Commenter · MelakaKalau tak nak tu macam2 alasan Saya cadangkan pihak UMNO bagi cadangan yang bernas supaya Hukum Hudud tu boleh dilaksanakan Ini berdolak dalih Makin panjang tanduknya tubuh.
- Azizan Izan · Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durianpuak2ni belajar salah baris kot? jangan main2 bro, hudud adalah rukun iman tolak hudud kafir.. ini bukan soal politik.. ini soal akidah
- Karca Marba · Top Commenter · UPM SerdangBodoh macam lembu fidlot si kamal ni, ko pergi ngaji lagilah..biol dan sewel betul...tak faham agama tapi nk cerita pasal hudud..mamposlah ko.
- Salham Mohamad · Top Commenter · Kemaman, Terengganu, MalaysiaCerita lama.......org bahas lama doh, baru kejut tido kut.
- Ajis Yaye · Kuli rakyat at MerengUlamak Muda Umno yg HEBAT tu pun angguk jer ker kata2 penasihat 25% tu...
- Rosmaliza ZA · Top Commenter · Suri Rumahtangga at Usaha sendiriOrang Islam kena bersatulah dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Jgn byk menimbulkan persengketaan. Sayangilah agama....
- Hairi Youngblood · Subscribe · Top Commenter..kalau bertentangan tunjukkan lah yg sebenarnya...tapi apa guna berkata-kata dan adakan lah beberapa banyak forum..yang jelas BN sememangnya tidak mahu hukum hudud di jalankan..tak membazir masa ke adakan forum seperti tuu.....
- Tengku IzaniKenyataan yg sesat lagi menyesatkan...
- Ab Rahman Ismail · Works at Kerja sendirikalau PAS salah, BN guballah yg sebetulnya, jangan hentam saja, wajib laksanakan hukum hudud. ini suruhan Tuhan.
- Arjuna Kayangan Layangan · Top Commenterhudud pas hotak dia...
hudud Milik Allah...
elok jadi penasihat lembu jer la kau ni... - ريدذوان محمد هالووي · Top Commenter · Sekolah Menengah Seri Bahagiapenasihat agama yang pengetahuan agamanya kurang sihat? tah lah..selagi boleh bodek bos...bodek le.........logik tak logi betul tak betul belakang kira,,,, jenis penasihat 20%.
- Mohammad Zahid Abdul Gaffor · Top Commenter · Instructor at Naza Kia AcademyApa bingai punya penasihat.... patut digelar penjahanam ajer yg elok..... Inilah manusia yg pergunakan agama utk dunia..... ingat jauhi org macam ni....
- Leo Fernando · UKMmana hudu yg sebenar? BN guballah sebagai pendokong Islm, jangan dok compaint tanpa ada cadangan.
- PandanganRakyat Marhaen · Top Commenterbeliau ini bukan penasihat agama.....tapi "perosak agama".....jika benar2 mahukan hudud dilaksanakan bawalah berbincang atau berdialog.....usahlah mendabik dada menjadi "hero fitnah media" merosakan agama....kenyataan bodoh beliau ini sudah cukup menggambarkan beliau tidak layak sebagai penasihat agama....tetapi "penasihat perosak agama".....
- Tuan Solahudin · Top Commenter · Universiti Malaysia Terengganupasal yg islam sahaja yg dihukum.. ustaz ini x belajar ilmu mentarbiyah masyarakat kot.. kita x hukum org bkn islam supaya mereka x takut akan islam tp mereka melihat dulu hukuman dijalankan dan keberkesanannya.. jika mereka dah lihat maka mereka akan terpikat n x mustahil mereka dpt terima hukum islam.. yang ustaz ni kata x adil ni adalah cakap politik... org kafir.. lantak dia la nk guna hukum pe.. mereka x kn menjadi kafir or fasik dah cz mereka mmg dh mcm tu.. kita org islam yg jadi masalah.. mengaku beriman tp x nak ikut peraturan yg Allah buat.. ustaz cari duit... pimpinan pas ajak berdebat hang menyorok... bila duk sorg hang menyalak... macam..... pk2 kan lah.
- Yest Rahman · CEO at Sendirian berhadhukum hudud yg tak bertetangan islam macamna pula cuba umgok perjelaskan
- Zain Sulaiman · Top CommenterKita sanggup berkurban kerana agama kita islam. Tapi ada orang sanggup menghina islam kerana nak kan undi orang yang bukan islam. Menjual negara, itu hukum negara, menghina agama islam itu hukum allah. Kalau kita tak sanggup memperjuangkan agama kita, elok lah keluar dan cari agama lain. Kalau lah salah terjemahan PAS terhadap hukum hudud rujuk balik dengan ulamak PAS. Janganlah kita merujuk perkara ini ke orang yang bukan islam untuk memenang hati orang yang bukan islam. Ini satu penghinaan bagi Islam.
- Fitri Muhammad · KOLEJ MATRIKULASI MELAKAdah tu yang ekngkau sebagai penashat agama, kau nasihat kan ikut hukum apa? bangal, kat akhirat nanti kau jawab depan Allah, menjual agama untuk dunia... macam sial
- Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subangapa lata kita tunggu pulak kenyataan dari TGNA sendiri apakkah benar atau tidak seperti yang dikatan tadi..
- Abdul Rahman Mokhtar · Top Commenter · UitmAstaghfirullah al"Azim. Mush Islam akan melakukan apa jua untuk memenuhi nafsunya dan konco konconya. Kau tunjukan mereka jalan yang benar agar mereka bertaubat. Dan sekiranya mereka ingkar ya Allah, kau jauhi kami dari mereka agar kami selamat dari bala mu yang amat perit. Aameeen
- Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji AlamIslam diperlekeh di Wisma MCA. Soi Lek tentunya amat gembira. Jahatnya UMNO!
- Mat Kamil Awangbaca komen disini lah:
https://www.facebook.com/groups/umnotumpas/ permalink/323594834319168/ - Ab Rahman Ismail · Works at Kerja sendiriMB Tganu patut lucutkan penasihat agamanya kerana telah memperlihatkan kecetekan ilmunya tak sepdan dengan perananya sebagai penasihat MB, lagi pun dia hanya main kot idea orang lain.
- Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji AlamUstaz Kamal ustaz cap ayam.
Sepatutnya Fathul Bari ulamak lulusan Madinah kena tegur ustaz cap ayam 'dene" tu...jangan diam nanti jadi syaitan bisu. - Shuaibalfafa Fafa · Technical University of MadridUndang2 takzir UMNO pun ada 2 set, org Islam berkhalwat dgn org bukan Islam, org Islam kena hukum org bukan Islam dibebas, kenapa ulamak UMNO tak kata ni tak adil?
- Tuan Solahudin · Top Commenter · Universiti Malaysia Terengganubodoh punya ustaz.. ini macam ke penasihat agama MB ambo.. memalukan... ok mcm ni kawan2.. takrif akil baligh yg diguna pakai dalam pengubalan hudud dikelantan adalah dri mazhab hanafi kerana mazhab lain ada yg mengatakan 15, 12 n macam2. jadi dalam mazhab hanafi kata 18.. so bg mengelakkan khilaf dalam menjatuhkan hukum.. umur 18 sesuai digunapakai. jika guna yg 15 tahun.. jika remaja umur 16 tahun melakukan kesalahan... maka dia akan berkata bahawa dia mazhab hanafi bg lari lari hukuman. bila kite dh ambil khilaf yg mngatakan 18.. maka tiada alasan yg leh diberikan oleh pesalah dalam bab tahap akil baligh..
- Mohd Sirajuddin Alli · Top Commenterjenis manusia yang boleh dikategorikan sebagai pengkhianat agama...
- Kamal Abdul GaniUstaz - ustaz Umno musyrikin ni apa kesah............fulus punya pasal sanggup cakap hudud yang Pas bawak tu hudud ciptaan Pas........ punyalah
bengong...... kalau gitu bawak mari hudud Umno ambo nak tengok sama tak dengan hudud Pas...........Hudud Pas semuanya diambil dari Al-quran la...... dah 54 tahun memerintah masih jahiliyah lagi......... takbir........3x Allahuakhbar.... - Amin Mohd · Top Commenter · Manager at Self Employed and Loving It!Ini semua ajenda tersusun gerombolan. Lepas UMNO tibai...ni giliran MCA pula. Hakah jadah penasihat agama Trengganu nak pertikai hukum Allah. Udah ler...jadi2 ler...cari makan biar halal. Jngn nak halalkan yang haram.
- Zolkharnain Abidin · Subscribe · Darul Quran JAKIMAlamak, inikah tahap pencapaian ilmu penasihat agama kepada MB? Penasihat agama MB macam ni saje, alamak? Nayalah orang yang menasihat dan dinasihat.
- Dzunun AL Misri · Top Commenter · UITM" la kum di nukum wal ya din" agama mu agama mu , agama ku agama ku lebih kurang maksudnya.( al kafirun) cuba cari makna yg lebih dalam pasal ayat ni. penasihat agama.
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengaikalau hudud pas bertentangan dengan hukum islam.....kau bawa lah hudud umno untuk pas laksanakan jangan asyik nak pertikaikan tapi tak bolih bawa contoh...........munafik pada zahir nya nampak islam, tapi dia kuat menentang islam...
- Adnan Mohtar · Top Commenter · SK SG SAMAKAstaghfirullah . Inilah standard Ustaz UMNO agaknya. Berkokok dengan puak dia jer..
- Mat Kamil Awanghttp://www.youtube.com/
results?search_query=bicara +hudud&oq=bicara+hudud&aq= f&aqi=g1&aql=&gs_sm=e&gs_u pl=1816l5997l0l6843l12l12l 0l4l4l0l261l943l4.3.1l8l0 - Crsoldier Akamiro · National University of Malaysiakenapa perlu snggah dgn alasan2 yg bagai2.,?
kenapa xdesak kerajaan laksana hudud kalau rasa diri 2 betol sangat..
gubal lah hukum yg dikata bercanggah 2., jgn sampai., org kata, org islam seniri yg tolak hudud..(tapi, meme ada dah pun).. - Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top CommenterSuka Chua Soi Lek, ada juga orang Islam yang bantah Hudud. Btw, bila masa plak Hudud yang ini dinamakan Hudud PAS? PAS pun tak letak nama HUDUD PAS.Klu salah, gi jumpa MB utk dibetulkan. Apa tujuan jadi panel? Nak burukkan PAS atau Burukkan Hudud Hukum Allah atau kedua2 naya sekali?
- Zakaria Umno Becah Laut · Kuli aje at Najib IncKalau hukum Hudup bawaan Pas tidak boleh pakai..kita Pakai saja Hudud jelmaan UMNO. Asalkan hudud kita pakailah. Kita tunggu pulak hudud umno.
- Yoie Alias · Top Commenter · Ungku Omar PolytechnicPENASIHAT AGAMA N. TERENGGANU KONON...HUJAH MCM ORG JAHIL PUN BOLEH JADI PENASIHAT AGAME KER.....KAMBING LG CERDIK LAAA..
- Abdustar Noor Mohd · Top Commenter · SerembanBersekongkol dgn kapir MCA utk menghina agama Allah itu lah perjuangan umno....
- Gua Garcia · Top Commenternama saje penasihat agama..tp dok kritik hudud..kalo awk bijak pandai hal2 agama, mengapa x nasihatkn puak2 BN ni tntg kwajipan utk menegakkan hudud..hukum islam..spatutnya kamu bsatu utk jalankn hukum hudud ni di malaysia..umno dh perintah 54tahun, mengapa smpai skrg x laksanakan lg..nmpk sgt tiada ksungguhan mnegakkan hukum islam..ulama2 & penasihat dlm umno layak la digelar ulama dunia..palsu semata2..sia2 kamu belajar hukum islam tinggi2 tetapi kamu bsekongkol ngan puak2 munafik...selama ini kalo pemimpin BN@umno yg mcela, menghina islam kamu mdiamkan diri.., BACUL..kamu ulama mcintai dunia. org2 spt kamu la yg mmalukan islam..
- Fahmi Aminuddin · Top Commenter · Mpktbaca dan faham....xkira UMNO or PAS...
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)
Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani iaitu salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’i al- Sana’i :
“dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” (Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, hlm 24). Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.
Hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga. iaitu Hukuman Hudud, Hukuman Qisas dan Hukuman Ta’zir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas dimasukkan dalam kategori Ta’zir. Kadar Hukuman Hudud telah ditetapkan oleh Allah antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri. atau direjam Kadar Hukuman Ta’zir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 adalah Enakmen untuk memperuntukkan dua jenis jenayah dalam Islam, iaitu Hukuman Hudud dan Hukuman Qisas sahaja. Adapun Hukuman Ta’zir tidak dihuraikan terperinci oleh Enakmen ini. Apa-apa kesalahan jenayah Islam yang tidak disebut dalam Enakmen ini secara automatic termasuk dalam kategori jenayah Ta’zir yang hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.
Hal ini disebut dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis Kesalahan, ceraian (c) “kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan Hudud dan kesalahan-kesalahan Qisas, tetapi hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.” (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian 1, Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan. (www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/)
Begitu juga Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran menetapkan: (1) semua kesalahan-kesalahan dalam Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut Hukum Syara‘; dan rujukan kepada hukum itu, hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini.“ (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian XI, Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/ enakmen/)
Seksyen 14 Enakmen tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur“. (Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/ enakmen/ )
Seksyen 14 dengan tajuk Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud. Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.
Persoalannya, bagaimana pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumannya? Adakah ianya halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama. Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori Hukuman Ta’zir bukannya Hukuman Hudud. Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori Ta’zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.
Amat malang sekali apabila ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan kefahaman yang boleh memberikan kefahaman negatif kepada masyarakat seolah jenayah Liwat Isteri adalah dibenarkan dan dibolehkan.
Kesimpulannya tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Hukuman Jenayah Islam, Ulama sepakat bahawa zina termasuk kategori Hukuman Hudud yang telah ditetapkan hukumannya. Namun, mereka berbeza pendapat adakah liwat termasuk kategori Hukuman Hudud atau Ta’zir? Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud meskipun haram kerana pada pendapat beliau, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al- Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.” Hal ini berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai Hukuman Hudud.
Perbezaan pendapat di kalangan ulama besar ini dalam beberapa perkara cabang melibatkan hukum hudud, qisas dan ta’zir menggambarkan keluasan fiqh Islam. Ia memberi ruang untuk setiap pemerintah mengambil pendapat dan pandangan yang lebih bermaslahat pada zamannya untuk dijadikan sebagai perundangan Negara atau negeri yang akan dilaksanakan.
Antara contoh perbezaan pendapat ulama lagi dalam kes Hudud dan Ta’zir ini ialah melibatkan Hukuman Zina. Hukuman Hudud Zina tidak dikenakan kepada Kafir Harbi yang diberi keamanan di negeri Islam apabila berzina dengan wanita Islam menurut Mazhab Hanafi berbeza dengan pendapat Abu Yusof iaitu salah seorang tokoh mazhab Hanafi. Begitu juga menurut Abu Hanifah menyetubuhi wanita mati walaupun pada kemaluan depan, dan menyetubuhi binatang tidak dikategorikan zina meskipun ianya adalah haram. Maka ia tidak termasuk dalam hukuman hudud tetapi termasuk dalam ta’zir. Begitu juga Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan persetubuhan dengan mahram yang dinikahi sebagai Hukuman Hudud tetapi dikategorikan Ta’zir, berbeza dengan Imam Syafie yang menjadikannya sebagai Hukuman Hudud.
Kesimpulannya, tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir. - Abdustar Noor Mohd · Top Commenter · SerembanNak tanya kat ulama umno tu kalau hudud yang digubal oleh PAS tdk betul mane hudud umno?? Dah memerintah 54 thn tak boleh ke gubal hudud yg menepati tuntutan Islam?? Kasihan kat Fathul Bari tu mcm tertekan saje....tapi nak buat mcm mane dh masuk dlm kandang lembu umno terima aje lah padahnya....
undang-undang jenayah Islam@Kitab Al-Hudud
Bab Jinayat
Hukum Jenayah Islam
- Pengertian Jenayah Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
- Falsafah Jenayah Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
Hukum-Hukum Jenayah Islam
- HukumHudud
- HukumQisas
- Hukum Ta’zir
Hukum Hudud
- Pengertian Hudud
- Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh
- Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
- Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
- Zina;
- Qazaf(menuduh zina);
- Minum arak;
- Mencuri;
- Merompak
- Riddah(murtad)
Hukum Qisas
- Pengertian qisas;
- Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
- Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
- Jenis jenayah qisas;
- Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Diat
- wang emas = 1000 dinar
- wang perak = 10,000 -12,000 dirham
- lembu = 200 ekor
- kambing = 2000ekor
- Persalinan = 200 persalinan lengkap
Diat jenayah membunuh.
- 1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
- 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
- 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
- 40 ekor Hulqah
- 2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
- 3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
- 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
- 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
- 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
- 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
- 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
- Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
- Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
- Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
- Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
- Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
- Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
- 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
- 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
- ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
- ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
- 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
- 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
- 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
- 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekorunta.
- 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
Hukum Ta'zir
- Pengertian ta’zir.
- Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
- Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
- Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
- Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
- 3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
- Nasihat;
- Teguran;
- Ancaman;
- Pemulauan;
- Perisytiharan umum;
- Denda dan merampas harta;
- Penjara;
- Sebat;
- Bunuh;
- Buang daerah;
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
- untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
- untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
- untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
- Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
- Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera..
- Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
Kaffarah bunuh كفرة القتل
Saya tulis artikal ini, kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mengetahui apabila berlaku kemalangan dan ada kematian dengan sebab kemalangan itu, bahawa wajib atas pemandu membayar kaffarah, selain daripada wajib membayar diat.
Apabila sesaorang itu ada membunuh orang yang terpelihara darah, samaada sengaja, tersalah (tidak sengaja) atau menyerupai sengaja maka wajib atas yang membunuh membayar kaffarah.
Orang yang terpelihara darah ialah sekelian orang islam dan kafir yang diberi aman.
Orang yang yang tidak wajib kaffarah ialah:
Oarang yang adil membunuh penderhaka didalam peperangan, begitu juga penderhaka tidak wajib kaffarah.
Orang yang membunuh orang yang hendak membinasakanya.
Orang islam yang membunuh orang yang murtad
Orang yang membunuh kafir harbi.
Kaffarah yang wajib di lakukan
1. memerdeka seorang hamba yang mukmin yang ketiadan cacat yang mencederakan pada berkerja.
2. sekiranya tiada hamba atau ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka hendaklah orang yang membunuh yang masih hidup berpuasa dua bulan berturut-turut dengan diniatkan kafarah.
* Wajib ditentukan didalam niat bahawa puasa itu untuk kaffarah, tidak mengapa jika didatangkan di dalam niat itu kaffarah sahaja dengan tidak mendatangkan kaffarah bunuh.
* Putus berturut-turut dengan berbuka sehari (tidak puasa sehari) sekalipun tidak berpuasa itu kerana uzur seperti sakit, kecuali uzur yang yang menafikan puasa (tak boleh puasa kerana tidak sah) seperti gila, haidh. dan nifas maka tidak putus berturut-turut apabila kedatangn uzur itu ditengah puasa.
3. sekiranya yang membunuh atau menyababkan kematian telah mati maka hendaklah ahli waris memerdekakan hamba maka harganya diambil daripada harta peningalan mayat, sekiranya ketiadan hamba atu ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka wajib ahli waris mengeluarkan enam puluh cupak bagi setiap seorang yang dibunuh, dan hendaklah diberikan kepada fakir miskin.
Peringatan: enam puluh cupak yang dikeluarkan itu bukan kaffarah tetapi ganti bagi puasa yang tidak dapat dilakukan.
Jenis-jenis bunuh yang mewajibkan kaffarah
1. bunuh dengan sengaja iaitu melakukan satu perkara yang menyebabkan kematian dengan sesustu yang boleh membunuh pada kebiasannya. Termasuk membunuh diri, menjadi saksi pendusta yang menyebabkan orang yang disaksikan itu dihukum bunuh, hakim yang menghukum bunuh kepada orang yang tidak dihukum bunuh di sisi syarak seperti pengedar dadah, orang yang mengantung pengedar dadah dan sebagainya.
2. bunuh dengan tersalah melakukan suatu perkara yang menyebabkan kematian dengan tersalah/tersilap, seperti:
* menembak perburuan terkena orang.
* pemandu kenderan yang menyababkan kematian, samaada yang mati dirinya sendiri, penumpang atau orang lain yang terlibat dengan kemlangan itu, إن شاء الله perkara ini saya akan terang secara terperinci.
* tersalah memberi ubat yang menyebabkan kematian.
3. bunuh menyerupai sengaja iaitu melakukan satu perkara yang tidak menyebabkan kematian pada kebiasannya seperti memukul dengan rotan, memukul denga tongkat yang ringan pada tempat yang tidak memyebabkan kematian seperti pukul pada kaki dan lainnya.
Bertempur/kemalangan الإصطدام
Bertempur ada beberapa jenis kerana terkadang bertempur antra dua orang yang berjalan kaki, terkadang berkenderan keduanya, terkadang yang satu berjalan kaki dan yang satu lagi berkenderan.
Jenis kemalangan yang wajib kaffah
1. Apabila bertempur dua orang yang berjalan kaki dan mati keduanya maka wajib atas keduanya, dua kaffarah. Satu kaffarah dirinya dan satu lagi kaffarah orang yang ditempuh.
2. Apabila bertempur dua orang dan mati salah seorang maka wajib kaffarh atas yang hidup satu kaffarah.
3. Apabila bertempur dua orang perempuan yang berjalan kaki dan dalam perut keduanya ada kandungan dan mati sekeliannya maka wajib setiap seorang perempuan itu empat kaffarh. Iaitu kaffarah diri masing masing, kaffarah orang yang ditempur, kaffarah anak yang ada didalam perut masing masing dan kaffarah anak yang ada didalam perut orang yang ditempuh.
4. Apabila bertempur dua kenderaan dan di dalamnya ada beberapa orang, seperti empat orang di dalam setiap kenderan maka pemandu setiap kenderan wajib atasnya lapan kaffarah. Iaitu satu kaffarah terbunuh diri masing masing, tiga kafarah terbunuh tiga penumpang yang ada didalam kenderann masing masing, satu kaffarah terbunuh pemandu yang kena tempur, tiga kaffarah terbunuh tiga penumpang yang berada didalam kenderaan orang yang ditempuh.
Selain dari itu dikiaskan dengan apa yang telah tercatat.
Selain daripada kaffarah wajib membayar diat, kerosakkan kenderaan dan kerosakkan barang yang dibawa. إن شاء الله saya akan tulis satu artikal khusus untuknya.
BAB JINAYAT
Bab 1:Pengertian Jinayat
Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan
Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
2. Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)
3. Hukuman Diyat
Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
4. Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)
Bab 4: Pembunuhan
1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."
2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1) Sengaja semata-semata
i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau mematikan seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa membayar diyat(denda) -
Syarat wajib qisas :-
1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
3) Tersalah semata-mata
- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan orang itu terbunuh.
Hukuman :-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun. -
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."
(Surah An-Nisa'a - Ayat 92)
3) Menyerupai semata-mata
- Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan mati dengan pukulan itu
.
- Hukumannya:-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.
Bab 5 : Zina
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.
Bab 6: Liwat
Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)
MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.
MENDATANGI BINATANG
Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.
Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)
ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.
KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA
Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).
( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )
Bab 7: Qazaf
PENGERTIAN QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.
PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.
2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)
ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.
iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
Bab 8 : Minum Arak (Khamar)
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’. (Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.
Bab 9 : Mencuri (Sariqah)
PENCURI
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.
PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.
2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.
3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.
4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.
5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.
2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.
3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.
4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.
5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.
6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.
7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.
8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.
9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.
10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.
12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.
Wallahua’lam
RUJUKAN:
1. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/mencuri.htm
UST MUHAMAD NAIM HASHIM
11 FEB 2008/3SAFAR 1429
Kitab Al-Hudud
1. PENGERTIAN HUDUD
Hudud adalah bentuk jama’ dari kata had yang asal artinya sesuatu yang membatasi di antara dua benda. Menurut bahasa, kata had berarti al-man’u (cegahan) (Fiqhus Sunnah II: 302).
Adapun menurut syar’i, hudud adalah hukuman-hukuman kejahatan yang telah ditetapkan oleh syara’ untuk mencegah dari terjerumusnya seseorang kepada kejahatan yang sama (Manarus Sabil II: 360).
2. DELIK HUKUMAN KEJAHATAN
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu bagi sejumlah tindak kejahatan tertentu yang disebut jaraimul hudud (delik hukuman kejahatan). Yaitu meliputi kasus; perzinahan, tuduhan berzina tanpa bukti yang akurat, pencurian, mabuk-mabukan, muharabah
(pemberontakan dalam negara Islam dan pengacau keamanan), murtad, dan perbuatan melampui batas lainnya (Fiqhus Sunnah II: 302).
3. KEUTMANAAN MELAKSANAKAN HUKUM HAD
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda, “Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah II ; 848 no : 2538, Nasa’I VIII ; 76).
4. KEWAJIBAN MENEGAKKAN HUKUMAN ATAS KELUARGA DEKAT ATAPUN SELAIN MEREKA DAN ATAS ORANG TERPANDANG MAUPUN RAKYAT JELATA
Dari ubadah bin Shamit bahwa Rasulullah saw bersabda: “Tegakkanlah hukuman-hukuman (dari) Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah kecamanan orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan hukum-hukum) Allah.” (Hasan: Shahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah 849 No. 2540)
Dari Aisyah bahwa Usamah pernah berbincang-bincang dengan Nabi Muhammad saw perihal seorang perempuan, lalu Beliau bersabda, “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa hanyalah disebabkan mereka biasa menegakkan hukuman kejahatan atas nama orang yang dipandang hina dan mereka tidak menegakkannya atas orang yang terpandang. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalaulah sekiranya Fatimah (binti Mumahammad) melakukan (pencurian) itu, niscaya aku potong tangannya.” (Shahih ; Irwa-ul Ghalil no. 2319 dan Fathul Bari XII 86 no. 6887).
5. TIDAK DIBENARKAN MINTA PEMBEBASAN HUKUMAN, BILA SUDAH DIMEJAHIJAUKAN
Dari Aisyah r.a bahwa kaum Quraisy sangat memusingkan mereka ihwal seorang perempuan suku Makhzum yang telah melakukan kasus pencurian. Mereka mengatakan, “Siapa yang bisa berbicara dengan Rasulullah saw (yaitu mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)?” Tidak ada yang berbicara hal itu, kecuali Usamah kesayangan Rasulullah saw dan Beliau menjawab, “Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian Nabi saw berdiri lalu berkhutbah, “Hai sekalian manusia, orang-orang sebelum kamu menjadi sesat hanyalah disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan (tidak melaksanakan hukuman kepadanya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fathimah binti Muhammad mencuri, niscaya Muhammad memotong tangannya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 87 No. 6788, Muslim II: 1315 no 1688, ‘Aunul Ma’bud XII: 31 No: 4351, Nasa’i VII: 74, Tirmidzi II: 442 no: 1455 dan Ibnu Majah II: 851 no: 2547)
6. DIANJURKAN MENUTUP AIB SESAMA MUKMIN
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menutup aib orang muslim, niscaya Allah menutup aibnya (juga) di dunia dan di akhirat.” (Shahih: Mukhtashar Muslim no. 1888, Muslim IV: 2074 no 2699, Tirmidzi II: 539 no 1449, Ibnu Majah I: 82 No. 225, ‘Aunul Ma’bud XIII: 289 no. 4925).
Dianjurkan juga bagi seorang hamba untuk menutup aibnya sendiri, sebagaimana yang ditegaskan dalam sabda Nabi saw, “Seluruh ummatku akan dima’afkan (kesalahannya), kecuali orang-orang yang membeberkan aibnya sendiri; dan termasuk membeberkan aib sendiri seseorang di malam hari melakukan kesalahan, kemudian esok harinya Allah menutupinya, lantas ia berkata (kepada orang lain): Hai fulan, tadi malam saya sudah berbuat begini dan begini. Padahal semalam aibnya ditutupi oleh Rabbnya, maka pada pagi harinya dia membuka tabir Allah itu atasnya.” (Muttafaqun ’alaih: X: 486 no: 6069, dan Muslim IV: 2291 no: 2990)
7. HUDUD SEBAGAI KAFARAH
Dari Ubadah bin Shamit r.a, ia bertutur: Kami pernah berada di dekat Nabi saw dalam salah satu majelis, Beliau bersabda, “Berjanji setialah kamu kepadaku, bahwa kamu tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak akan mencuri dan tidak (pula) akan berzina.” Kemudian Beliau membaca seluruh ayat ini. Lanjut Beliau, “Maka barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, niscaya Allah akan memberikannya pahala. Tetapi siapa saja yang melanggar sesuatu darinya, lalu diberi hukuman maka hukuman itu adalah sebagai kafarah (penghapus dosanya), dan barangsiapa yang melanggar sesuatu darinya lalu ditutupi olah Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah; Kalau Dia menghendaki diampuni-Nya kesalahan orang itu dan kalau Dia menghendaki disiksa-Nya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I: 64 no: 18, Muslim III: 1333 no: 1709 dan Nasa’i VII: 148).
8. PIHAK YANG BERWENANG MELAKSANAKAN HUDUD
Tak ada yang berwenang menegakkan hudud, kecuali imam, kepala negara, atau wakilnya (aparat pemerintah yang mendapat tugas darinya). Sebab, di masa nabi saw, Beliaulah yang melaksanakannya, demikian pula para Khalifahnya sepeninggal Beliau. Rasulullah saw pernah juga mengutus Unais r.a untuk melaksanakan hukum rajam, sebagaimana dalam sabdanya saw:
“Wahai Unais, berangkatlah menemui isteri orang itu, jika ia mengaku (berzina), maka rajamlah!” (Hadis ini akan dimuat kembali dalam kisah yang akan segera dikemukakan)
Seorang tuan boleh melaksanakan hukuman atas hamba sahayanya. Hal ini mengacu pada sabda Nabi saw:
“Apabila seorang budak perempuan berzina, lalu terbukti ia berzina, maka hendaklah dia (tuannya) mencambuknya dengan sunguh-sungguh dan janganlah mencelanya. Kemudian jika ia berzina untuk kedua kalinya, maka juallah ia meki sekedar dengan harga sehelai rambut.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 165 No. 6839 dan Muslim III: 1328 No. 1703).
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm 815 - 820.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan