(MB Kelantan lancarkan TMK@12 semalam) KOTA BHARU, 16 Dis: Seramai enam juta orang pelancong dalam dan luar negara bakal mengunjungi Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) tahun hadapan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan pelancong yang begitu mendadak tahun ini seramai 5.3 juta orang sehingga Oktober tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran TMK@12, disebuah hotel di sini petang tadi.
Menurutnya, jumlah pelancong dijangka meningkat akhir tahun ini seramai 5.8 juta orang.
“Dengan promosi yang dilakukan di peringkat antarabangsa kita yakin jumlahnya akan bertambah 6 juta pelancong tahun hadapan,”ujarnya.
Bagaimanapun, tambahnya Membangun Bersama Islam diharap menjadi dasar TMK.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata rakyat akan mendapat manfaat besar hasil program TMK.
Sambungnya, sebagai contohnya TMK yang diadakan pada tahun 2008, pendapatan pelbagai sector mencecah RM1.8 bilion, manakala tahun 2010, sebanyak RM1.84 bilion.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena pelancaran ini, persembahan silat, dikir barat bertemakan TMK. Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.
Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.
"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur , Khamis.
Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video sembang rakyat dengan Noh Omar.
Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.
Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.
Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.
Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.
Bernama melaporkan beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.
Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.
"Pembangkang di Selangor ini, cukup bimbang dengan saya. Dulu fitnah pasal isu insentif padi, tapi yang ini (video hina hudud) saya cukup terkejut dan saya tidak buat (perkara itu)," katanya.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 16 Dis: Malaysia didesak agar lebih serius untuk menangani masalah amalan rasuah di negara ini dan bukan sahaja sekadar menjadi tuan rumah sahaja kepada persidangan untuk membanteras rasuah.
Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita hari ini yang melaporkan bahawa Malaysia menjadi tuan rumah Rakan Perkongsian Strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah. Malaysia menjadi tuan rumah kepada rakan perkongsian strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah.
Dialog tiga hari itu yang bermula semalam dianjurkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatuan (UNDP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Selain hubungan dan kerjasama, dialog itu juga bertujuan menggalakkan penyelaras yang lebih erat antara agensi-agensi pencegahan rasuah in rantau Asia dan dunia Arab. “Sebelum kita menjadi tuan rumah, seeloknya rumah kita hendaklah bersih dan tersusun terlebih dahulu sebelum kita jemput orang luar untuk datang ke rumah kita sebagai tetamu , dengan ranking rasuah yang memalukan sudah tentu kita amat segan apabila tetamu mengetahui hakikat dalam rumah kita yang bersepah!" katanya.
Bagi beliau, rasuah bukan hanya dengan persidangan tetapi ianya hendaklah dibuktikan melalui tindakan oleh pihak kerajaan bermula daripada kesungguhan pihak pimpinan atasan sehinggalah kepada peringkat bawah.
“Kata-kata hikmat berkata busuk ikan bermula daripada kepala, isu rasuah kalau tidak ditangani secara bersungguh-sungguh diperingkat atasan maka peringkat bawahan akan lebih berisiko”
“Dalam Islam, pendidikan dan teladan menjadi contoh terbaik dalam menangani masalah ini, apabila rakyat tidak dihidangkan dengan contoh yang baik, maka agak sukar isu rasuah diselesaikan,”kata beliau lagi.
Menurut beliau, rasuah yang berlaku dalam negara ini sejak mutakhir ini begitu menggusarkan dan masa depan generasi dan negara ini.
"Kerajaan pimpinan Umno telah gagal dan dilihat gagal dalam menangani isu rasuah ini, hanya perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang yang hanya mampu membawa sinar untuk memerangi rasuah.
"Rasuah perlu dicantas bukan sahaja daripada pucuknya tetapi hendaklah dicabut bermula dari umbinya lagi, dan seluruh rakyat tahu siapa umbi rasuah dinegara ini," soal beliau lagi.
Beliau berkata, kepimpinan Tuan Guru Mursyidul Am PAS telah menjadi contoh yang terbaik dalam menangani masalah rasuah ini sehinggakan Kelantan dikenali sebagai negeri yang cemerlang dalam menangani rasuah.
"Ini semua tidak lain dan tidak bukan kerana ajaran Islam yang diterjemahkan mengikut terjemahan yang sepatutnya oleh pihak kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang ulamak,” ujar beliau.
Khairul Azlam Mohamad | KUALA TERENGGANU 16 Dis: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPPP) mencadangkan agar calon Tionghua dari Pakatan Rakyat diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. (Vincent Lee menyerahkan borang baru keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran semalam, 15 Disember.) Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee berkata pada pilihan raya akan datang calon dari kaum Tionghua wajar diketengahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, Kuala Terengganu.
Kata beliau, strategi politiknya peluang Pakatan Rakyat menang di Dun Bandar agak cerah jika calon Pakatan Rakyat dari kaum Cina menentang calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).
“Kami (DHPP) telah buat sedikit kajiselidik di negeri ini, pengundi Tionghua ada 38 peratus di Kuala Terengganu.
“Kami mencadangkan supaya PAS-Pakatan Rakyat dapat kemukakan calon Cina untuk menentang calon MCA dari Barisan Nasional sebagai strategi politik kita,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat DHPP Pusat kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Terengganu, Ariffin Deraman di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 15 Disember lalu.
Menurutnya, jika PAS-Pakatan Rakyat dapat mengetengahkan calon tersebut akan memberi impak besar kepada sokongan pengundi tionghua di daerah-daerah lain di negeri ini.
Ini kerana, katanya senario politik kaum Tionghua di Terengganu agak berbeza dengan negeri-negeri lain di pantai barat.
“Saya bukan hendak ‘mengajar’ orang Terengganu tetapi strategi politik yang saya lihat kepada kaum Cina di negeri ini berbeza dengan negeri lain di pantai barat.
“Mereka (pengundi) rasa hanya ada satu peluang kepada orang Cina untuk ada ‘suara’ yang mewakili mereka di dewan (Dun) dan ini perlu kita (PAS) ambil perhatian,” jelasnya.
Menurutnya, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat kembali memerintah Terengganu agak cerah jika kena dengan strategi politik semasa.
Kata Vincent, hakikatnya pengundi Tionghua telah bosan dengan calon MCA-BN tetapi seolah-olah tidak ada pilihan lain.
“Kami (DHPP) sangat berharap supaya PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu mengambilkira senario dan strategi politik untuk menang PRU ke-13 akan datang,” tegasnya.
Selain itu, katanya kaum bukan Islam (Cina dan India), pengundi muda, orang miskin dan golongan wanita antara penentu kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.
Pada PRU ke-12, calon MCA-BN, Dato' Toh Chin Ya
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh.
"Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah.
"Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas "memelihara akidah" rakyat Selangor," kata Idris dalam kenyataannya.
Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu.
Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar.
Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.
Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.
Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.
Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja.
Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris (gambar).
Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris.
Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh.
Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya.
Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat.
"Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah," katanya lagi.
Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA. LAPORAN BERKAITAN Noh nafi ada kaitan video hina Hudud Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan