Selasa, 20 Disember 2011

LEMBU3..SAPE LEMBU..DAN SAPE JADI LEMBU...DAN DILEMBUKAN....

ADUN Bukit Gasing meninggal dunia

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing Edward Lee pagi ini meninggal dunia pada umur 64 tahun akibat barah, menurut rakan-rakannya.

NONE

Lee, seorang pemimpim masyarakat daripada DAP dipilih sebagai ADUN kawasan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Beliau mengalahkan calon GERAKAN Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.

Tiada pilihan raya kecil akan diadakan dan kekosongan itu hanya akan diisi dalam pilihan raya umum akan datang.


Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

muktamar pas youth 020611 nik abduh"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

Mustafa antara pemimpin tertinggi PAS paling lantang mengkiritik kedua-dua pemimpin itu melalui wawancara khas dengan Harakah dan edisi dalam taliannya Harakahdaily sebelum ini.

Pemimpin veteran itu antaranya dilaporkan berkata Nasharudin dan Hasan terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS atas tindakan yang seolah-olah mempersoal dasar Islam parti itu.

Bercakap di laman Facebook beliau, Nik Abduh menolak "tuduhan" dan kenyataan Mustafa ketika kedua-dua pemimpin kontroversiti itu "berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS".

"Tunggulah dulu dua (orang) itu masuk Umno jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan (parti)," katanya yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas isu itu dan meminta media merujuknya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Nik Abduh juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang dilihat mula menghangatkan isu itu apabila dilapor berkata Dr Hasan tidak menerima pencalonan cukup daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

"Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam? Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi," katanya lagi.



  • Roy Neo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kementerian buruh paksa
    sy harap smuanya akn kmbali jernih...demi rakyat.
    • Regolith Nz · · Pengulas Tertinggi
      Jom jana pendapatan melalui 1 world hand phone, cuma RM55, maksimum pendapatan yang bakal diterima mencecah RM1 milion, untuk maklumat lanjut sila layari http://www.1whp.biz/simple atau berhubung dengan saya secara terus.
  • Nur Bisa · Pengulas Tertinggi · Bahau
    tahniah kpd saudara..."Kita mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh"
  • Halim Jamaludin · Top Commenter · Taiping, Perak
    ini lar demokrasi...u blh di kritik dn mengkritik...bkn nya leps ni hantar org serang pejabat....
  • Zulkiflinordin Pak Uda · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
    sesuatu isu klu masih diperingkat parti atau dalaman bulih dibincang secara tertutup khas utk parti tapi klu dah gah satu negeri/negara pada umumnya maka mustahil bulih disapu bawah karpet...maka dlm perkara ini mmg susah utk diselesaikan memandangkan tuan diri yg terlibat ego!!!tidak mau mengaku kesilapan sendiri...selalu saja membuat tindakan2 betentangan dgn kehendak parti...aku hanya marhaen diluar sana yg mengikuti setiap kelakuan negative hasan ali....citarasa pr bertentangan dgn citarasa hasan ali...
  • Klate Kito · Kota Bharu
    SAPO TG MELUKIS KARTUN TU XLAYAK BERADA DALAM SAF PERJUANGAN... XCERDIK.... KURANG AJAR.... KURANG NILAI2 ISLAM DALAM DIRI.... BELAJAR DULU BYK2 ILMU.... BARU JADI WARTAWAN....
  • Azmi Wan · Politeknik seberang perai
    penggunaan perkataan 'selar' tidak sesuai digunakan dlm perkara di atas. mungkin perkataan 'teguran' atau 'menegur' lebih sesuai.
  • Reduan Wahab · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Aku sokong kenyataan Anak Nik Aziz ini, walaupun Nasaruddin asyik ada masalah aje, dan walaupun aku tak suka stail Nasaruddin ini, budaya memanaskan keadaan serta isu bukan merupakan budaya PAS.
  • Tokayah Lebai · Kuala Kuantan, Pahang, Malaysia
    saya setuju sangat tu... sepatuknya kita jangan bagi ruan untuk pihak lawan yang rugi jamaah fikir2 kanlah yang terbaik
  • Mohamad Shukri · Top Commenter · Works at Freelancer
    Sokong..nampak gayanya musuh dalam selimut makin menonjol dalam PAS...Inilah dikatakan Golongan mee Celup...bergerak sedikit demi sedikit...walaupun realiti tapi maruah sesama Islam mesti di jaga..
    • Jauhari Taib · Top Commenter · Tsukuba University, Japan
      Harakah mesti beretika. Orang yang terlibat itu mesti lebih-lebih lagi beretika. Mereka menduduki kerusi kerana parti. Mereka mesti akur kepada jemaah dan parti, bukan ikut pandai-pandai sendiri. Belajarlah etika berjemaah. Kalau tidak mereka bolehlah mencari pintu pintu keluar terdekat sebelum membebankan jemaah.
  • Klate Kito · Kota Bharu
    SAPO TG MELUKIS KARTUN TU XLAYAK BERADFA DALAM SAF PERJUANGAN... XCERDIK.... KURANG AJAR.... KURANG NILAI2 ISLAM DALAM DIRI.... BELAJAR DULU BYK2 ILMU.... BARU JADI WARTAWAN....
  • Rentak Desa · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    tahniah Ust Nik Abduh di atas tindakan matang anda.. dan takziah buat Nasha n Hassan Ali yg pada hemat ambo dh mula menjadi duri dlm daging...
  • Ismail Shafian · Top Commenter · Peninju amatur at Bandar-e Anzali
    kesian2.. sikit2 UMNo. sikit2 UMNO..depa tu semayang sebut ALLAH HUAKBAR.. kalu DAP semayang sebut apa?? .. jadi kan kita ni seagama..sebangsa.. nak gocoh pun berpada2 laa.. jangan bagi peluang kafir pijak kepala kita..
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    pas bpecah...kumpulan pro islam dgn kumpulan pro islam liberal....

    rm jangka ust nasarudin still dlm pas tp tak aktif, manakala dr hasan akn keluar pas tp jadi bebas.
  • Faizal Jamil · Top Commenter · Sekolah Menengah Maxwell
    Betul tu....harakah jgn jadi mcm media yg sedia maklumlah yer....sepatutnye bila berlaku perkara gini..cuba buat berita ajak berdamai ke berbincang ke.ajak duduk semeja berbincang...bkn hentam sana sini...kalau buat hentam sana sini...harakah lebih kurang jer ler dgn media yg sedia maklum tu...kartun seperti ini x sepatut kuar dari media harakah...amat2 memalukan....kalau masih buat camnie...jangan harap Pakatan nak pertahankan selangor insya`Allah...
  • Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at Guru
    Sebagai manusia kita sering merasa buruk sangka sesama kita. Jika seseorang itu tidak bersama kita atau mempunyai pandangan yang berbeza dengan kita maka kita akan kutuk habis2an seolah-olah beliaulah insan yang paling hina. Tetapi jika dia bersama kita, kita akan terus mengiakan sahaja apa yang dikatakannya walaupun jelas orang itu telah melakukan kesalahan dan kesilapan. kita perlu berusaha untuk menegur dengan baik rakan kita kerana itulah contoh rakan yang terbaik dan bukan membenarkan apa sahaja yang kita lakukan tanpa sebarang teguran. Tidak berani menegur kerana takut kehilangan kawan. Mungkin pada kita insan tersebut terlalu hina tetapi mungkin di sisi Allah swt dialah insan yang terbaik. Whl
  • Atan Angah · Top Commenter · UM
    Hanya Ribut dalam cawan saja..
  • Mat Noni · Top Commenter
    Memang harakah tidak beretika, tidak berakhlak dan cuma tahu untuk memecah belah saja...itu yang dikatakan oleh nik abduh selaku s/u kerana mengasak sesama sendiri..tapi bagaimana pulak tindakan kerana harakah dok kata kat pemimpin umno tu... sesama islam...harus ke..
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    suruh jer hasan ali dan nasharudin isi borang umporno habis cerita.aku dah kata jangan jilat ludah umporno....
  • Mazlan Ibrahim
    saya setuju dengan pandangan NA bahawa Harakah sepatutnya beretika ketika mengulas sesuatu isu dan sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai dan penerang kepada yang kabur seperti Ust Nasaruddin dan Ust Hassan. pada masa yang sama, saya menasihatkan kepada dua ustz tersebut agar berhati-hati dengan jerat Umnongok. jangan jadikan peristiwa Pas bergabung dengan Umnongok berulang kembali. apabila diperlukan BN buat baik tetapi apabila tidak diperlukan ditendang. sebab itulah Pas tak mungkin berbaik-baik dengan Umnongok. selain itu kalau nak berbaik dengan Umnongok. BN kena terima Hudud dan ikut al-Quran serta Sunnah.
  • Izhar Samsudeen · Top Commenter · Institut kemahiran mara
    ini la tauladan ISLAM yg diajar bos harakah, bos harakah tu Islam, mungkin agama Islam yg ajar berpecah belah, batu api. patut la ramai yg tinggalkan Islam..takebeerrrrrrr.
  • Mohamad Amri Mohamad · Top Commenter · UTM
    Tak apa asala jgn Hina Nabi dan Allah S>W>T sudah ni manusaia semuanya bahru apa nak heran. Ni siap lah tunnngu umno akan jaj kessah ini.
  • Nur Bisa · Top Commenter · Bahau
    kedua pihak kena ddk berbincang..baru bole selesai masalah.
  • فايز ناقمان · · Top Commenter
    Gaya laporan MALAYSIAKINI mengenai berita ini seolah-olah mahu menonjolkan Nik Abduh "SERANG" Harakah & Mustafa Ali. Maka orang yang baca nanti akan jadi anti kepada Nik Abduh & sahabat-sahabat seperjuangannya. Ini adalah cara MALAYSIAKINI milik kafir harbi ini untuk memecahkan lagi umat Islam serta menimbulkan kekeruhan di kalangan kita. Awas agenda halus media kafir harbi. PAS & UMNO sama-sama menjadi mangsa golongan pro Anwar yang mendukung slogan-slogan NEW WORLD ORDER DAJJAL seperti DEMOKRASI BEBAS, HAK ASASI MANUSIA & KUASA RAKYAT... awas semua...
  • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
    Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa, dah kena dahhhhhhh..terkena kail berduri bersalut umpan udang buruk yang ditaut Najib..
  • Ahmad Danial Zainuddin · Top Commenter · USM Pulau Pinang
    Memang betul apa yg diperkatan oleh saudara Nik Abduh...Kalau berjuang sebagai sebuah jemaah... semua pihak perlu tahu menjaga had dan batasan masing-masing... janganlah ada yg cuba mendahului presiden @ badan tertinggi parti...kalau tidak hancur !!!


Dr M: Saya nak tanya Bank Dunia, betulkah?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.

- Bernama



'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

cheras umno deputy chief mahadi abdul shukorTimbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.

Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.

Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian."

Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.

Terpaksa hubungi polis

Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.

azlan"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.

Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.

Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:

(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13.

(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.

(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.


Tiada ulasan: