| Syed Abdullah Jamalullail | ||||||||||||||
| Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga. Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200. Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang. Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo. Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya. SYED ABDULLAH JAMALULLAIL AMPANGAN, SEREMBAN
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 7 Disember 2011
YANG DAH BUAT DAN ADA CITA2 NAK BUAT...NI TAK MAHU HUDUD...LAGILAH TAK NAK..ADA BUKTI DENGAN VIDEO...MENGAKU PULAK...
Harga barang naik mendadak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TEMERLOH, 7 Dis: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, semalam meraikan 33 orang pelajar daripada seluruh sekolah-sekolah rendah dalam Dun berkenaan 252 yang mencatatkan keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun.
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.
SHAH ALAM, 7 Dis: Kerajaan Negeri Selangor mengagihkan sejumlah RM1.56 juta sebagai Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, (SRJKC) Fasa 2 Tahun 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan