Selasa, 13 Disember 2011

BILA ORANG TAK PERCAYA LAGI....APA YANG DIBUAT TAK MENJADI...NI HUKUM ALLAH DARI KEZALIMAN DAN KHIANAT SERTA TIPUDAYA KITA..

Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

NONEAntara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

NONESelain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan
Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India. individu dari Malaysia.
'Pengundi hantu' akan tentukan keputusan PRU-13
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh ‘pengundi hantu’.

"Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan,” katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul ‘PRU-13: Undi siapa jadi penentu’ di Shah Alam, hari ini.

Lim, yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika ‘pengundi hantu’ itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajiaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen),” katanya.

Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

NFC: Jangan bebankan Umno, kata Syed Ali
Kontroversi melibatkan syarikat projek penternakan lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan Umno, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

NONEKatanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

azlan"Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya.

Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

azlanPuad berkata tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah ahli parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun.

- Bernama


  • Mad Sixth Sense · Pengulas Tertinggi · University of Liverpool
    UMNO bukan shaja diBEBANkan oleh Sharizat dan LEMBUnya tetapi UMNO juga diBEBANkan oleh Ahli-ahlinya yang tamak haloba yang rakus menelan duit rakyat.
  • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
    kau nak sedih apernya syed ali dgn najib, dia pun 2x5 jugak dgn shahrizat..muhyiddin pulak jd menteri pertanian masa sharizat dpt projek tu..kau sedih ker atau kau mengampu 2 org tu syed ali?
    • Ddy Fahmin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
      Syed Ali tekan kan ini atas arahan Muhyiddin dan Najid la yang tak tertanggung lagi; walaupun dah guna C4 dari bukit Aman tapi tak hancur masih hidup dan akan membunuh seluruh warga UMNO/BN dalam PRU13 nanti.
    • Raja Rimba · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed (Business)
      Video Asal-usul Melayu - Melayu Tak Mudah Lupa la http://bit.ly/rpslSB
    • Wil N Phoebe · Pengulas Tertinggi
      Jgn resign dulu, bawa p PRU13- kurang satu kerusi UMNO.. Rakyat Malaysia pun nak tgk Shahrizat sialan kalah teruk nanti..
    • Erabaru Mindamuda · Top Commenter · Works at Business
      Rasanya dia memang tak akan bertanding sebab sibuk dok kira duit lembu berjuta juta lepas ni dia nak beli apa lak pun tak tahu la balance duit tu byk lagiii
    • Bakau Tua · Top Commenter · Kuli at Usaha sendiri
      lembu..lembu..lembu..sharizat+family+umno+bn= 'the lembu's gang'..
  • Ipoh Mali · Top Commenter
    PM Yg Bertanggungjawab = UMNO.
    Menteri Pertanian = UMNO.
    Pengerusi NFC = UMNO (suami Ketua Wanita UMNO).
    Pengarah Syarikat = UMNO (anak Ketua Wanita UMNO).
    Tapi Jangan Cakap Ade Kaitan dengan UMNO! kah kah kah kah.. Depa ni arah Bukan Pasai Sharizat Libatkan UMNO! Tapi pasai Sharizat Makan Sorang2..jkah kah kah.
  • Durrani Abdullah · Top Commenter
    memang patut beban kat unmgok... sapa yg bagi projek? sapa yang dapat projek? sapa yang lulus projek? sapa yang sign perjanjian? sapa yang approve budget? sapa? sapa? sapa?
  • Peace All · Top Commenter · Works at Tenaga Nasional Berhad
    "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya. AMBOIIII2... umno tiada kaitan? habis siapa bg pinjaman? nenek syarizat? syarizat 2 sapa? isteri saleh yacoob? dah taw suami 2 pengembala nyamuk p bg lembu 2 wat apa? sebagai menteri! xkira lah menteri apa pown! sepatutnya dia taw kelayakan suami sendiri! tggjwb dia pada rakyat! nie TIADA KAITAN? bila bg pmberiaan apa2 umno p tunjuk muka! bila dah jadi tahi! xmgaku plak tahi siapa! INGAT KAMI ANK2 MUDA BODOH?
    • Mat Pedas · Top Commenter · 17 years old
      ade nyer ya pon....ayat power!!!!!!!!!!!!!!
  • Zolkarnain Zakaria · Marketing Executive at Kg.pandan,kl
    kalu tak silap aku...la ... PM.. jepun yg letak jawatan dulu tu ..!! ko org nak tau tak !! pasal apa ?..sebabnya ..!! . dia raba punggung mak nyah jer !!...malu punya pasal trus letak jawatan..tapi di ma'sia..dah terang2 jadi penyamun pun !! masih tak de rasa malu ..ini kan nak letak jawatan ... jauh api dari panggang la .... !! agak2 nya lah... kan...!! berapa la agak nye tahap ... KETEBALAN muka muka kluarga sharizat tu ye..!!( KHAS NYE)... DAN ..UMNO...(UMUM)... NYE..!!! jadi.....Sama sama lah kita timbang- timbang kan...yer. ahaaaks...
  • Mohd Firdaus Abdullah · Sekolah 4 Tingkat
    mengapa shahrizat seorang, muhyidin cam mana
  • Man Kadir · Top Commenter
    Jawab jelah - Kami pun ada projek lain juge - Inilah Penyamun nak suruh penyamun berhenti menyamun .... APA MACAM?
  • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Kata Syed Ali betul.... jangan bebankan UMNO.....Rakyat kena bebankan BN... Kerana bukan skandal NFC je..... Kes PKFZ, MAS, Sime Darby dll.... Biar sampai BN tenggelam dlm PRU13........ Kemudian kerajan baru siasat semua ni dan bawa mereka bersalah ke muka pengadilan......
  • Eman Omar · UiTM Shah Alam
    kalo dh sebantal, seselimut, sekelambu ngan kak jat mcm mana bleh kata xkaitan gak.. memang patut lepaskan jwtn utk buktikan dia tidak salah...
    • Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
      CURI, ROMPAK KEBAS PASTU LETAK JAWATAN...SENANGNYA DUNIA UMNO MALAYSIA...PASTU LEPAS GITU JE!!! INIKAH POLITIK UMNO??? JD MENTERI @ APA SAJA,KEMUDIAN ROMPAK ARTA RAKYAT,BERSALAH LETAK JAWATAN KALAU TAK BISING TERUS PEGANG JAWATAN N TERUSKAN MEROMPAK...MUDAHNYA PRINSIP PERJUANGAN UMNO...VERY SIMPLE,ROMPAK DAN LARI...MACAM PERAGUT JALANAN..AMAT RENDAH SEKALI MARUAH UMNO...
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    kasi tukar UMNO kpd PR...bg UMNO pegang lm bukn saje lembu dia kebas, lm2 tnh, hutan, rizab hbs dorg kebas...yg sokong dpt hampas...
  • Yusof Osman · Top Commenter · MBA (University of Lincoln)
    Nak kata isu NFC tak ada kaitan dengan UMNO tak patut kerana yang terlibat tu orang kuat UMNO. Ketua wanita pulak tu.Untuk elakkan rakyat pening kepala membahaskannya, lebih baik ada yang tampil untuk memberikan penjelasan walaupun nasi dah jadi bubur. Nanti tak lelap nak tidur.
  • Abu Kodin · Top Commenter · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    Shahrizat..letak jawatan jerla...jgn jadi biawak hidup..hahaha..Adoi...bukan sekor jer biawak hidup dlm UMNO, berekor2 lagi biawak yg ada...Kasi letak kat jalan, tunggu masa nak kena langgar sampai bersepai...
  • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Video Asal-usul Melayu - Melayu Tak Mudah Lupa la http://bit.ly/rpslSB.
    • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
      Apa tunggu lagi sharizat lepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan umno.rakan rakan dalam umno sudah anggap diri kau sudah tak Liabiliti lagi.seminggu salepas letak jawatan suruh suami kau datuk sri mohamad saleh buat sidang akbar Lodeh Satu Persatu siapa menteri yang terlibat jagan takut takut yang jadi mangsa sekarang ini suami kau dan anak.biar rakyat tahu cerita yabg sabenar tentang NFC.
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    tak bebankan, tu durian runtuh jatuh dari langit? kaka!
  • Razlan Syah · Top Commenter · 29 years old
    Alamakkk kak jat, camna ni? Nak jawab apa ni?
    • Puyu Pekasam · Top Commenter · Sm Jeram
      i ambit wit je,i tak ambik lembu jaaadii i tak tau pasal lembu tu mcm mana i leh terbabit.Cuba u fikirkan lembu ngan wit tak samakan.i tak kan letak jawatan sebab lembu2 semua sokang i.
  • Rosidan Baharom Dan · Top Commenter · Sek Meng Keb Tg Bunga P.Pinang
    agihan gaji semuanya kaum kerabat dia je, orang lain tak layak ke... ingat duit rakyat akan dipersoalkan nanti di hadapan Allah SWT. fikir-fikirlah dan renung-renung la.. sebelum dijemput Allah SWT. kalau boleh berundur undurlah dan pulangkan semua yang telah dipakai bro....
  • Yahya Hashim · Top Commenter · Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru
    Biaq pilah, depa bagi tibai.Hampa nak suru-suruh letak jawatan tu buat apa, yang pilih raayat, biaq depa demo barulah cek nak letak jawatan, mai-mai kita pi tanjung kena pesemboq!.
    • Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
      PADAN MUKA LEMBU2 UMNO,PENCACAI UMNO...DAH JELAS LAGI BERSULUH MEREKA SEMUA MEMIKUL BIAWAK HIDUP...UMNO NI DAH TUA LAMBAT SEDAR,NASIB BAIK PKR TOLONG KEJUTKAN...WAKAKA WAKAKAA...
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hanya tekan takut syarizat akan minta kerusi parlimen CERAS untuk tanding PRU13. Dia hanya nak halau syarizat dari ddk di wilayah. Itu lah stail UMNO akan bunuh kawan nya yang sedang nazak.....
  • Sukhaini Salim · Top Commenter · Nil
    Maaf Datok, PM ngan TPM terpaksa kena bertanggung-jawab dalam hal ni. Tak kan mereka berdua tak tau dan nak lepas tangan je. Ni duit rakyat, banyak pulak tu, kalau rm250.00, mungkin tak ade orang kisah.
  • Angmo Lim · Top Commenter · Penang, Malaysia
    Sudah hampir 2 bulan, PM masih tak bersuara tentang kes NFC(LEMBU).sebab ini bukan tuduhan lagi, semua ada bukti dengan jelas malahan suami Shahrizat pun mengaku sendiri ada 2 buah KONDO....Ini semua bersangkut pauk dgn BN/kerajaan:-1. k'rajaan yg meluluskan projek ini (oleh TPM). 2. K'rajaan yg memberi pinjaman 250Juta..3. Semua CEO/directors di pegang oleh ahli keluarga Shahrizat. 4. Projek ini adalah projek K'rajaan...
  • Fasya Zainal · Top Commenter
    org dah mau tak reti2 ke? blajar tinggi2 skolah asrama penuh... tp nafsu melebihi akal.
    • Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
      SUSAH NI MEMANG SUSAH,ARI TU POLIS DAH KUAR KENYATAAN KAK JAT X SALAH DAN X ADA PA UNSUR SALAH KUASA..SEMUA BAIK TIADA PENYELWENGAN...TMBAH PLAK RIUH RENDAH KAT PERSIDANGAN WANITA MENYOKONG PENUH YG KAK JAT TAK SALAH...SO KALAU KAK JAT LETAK JAWATAN SEKARANG LAGILAH NAMPAK,YG SEMUA UMNO NI SUKA MENYEMBUNYI KENYATAAN...MAMPOS DAAAA
  • Mohd Amri · Top Commenter · University of Malaya
    tak cukup dgn duit rakyat nak bela lembu...tambah lagi umnGOK nak LEMBU kan rakyat.. cukup cukup la tu sa...zat lembu oiii.
  • Endry Goh · Top Commenter · SMKBh SPM 97
    no 3..
  • Nazri Omar · Top Commenter · UTM 83/88 (Mechanical Engineering)
    "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya (syed ali)...... adakah ketua wanita umno ni BIAWAK HIDUP? patut le tak nak letak jawatan....kulit tebal.....hohohoh.
  • Frederick Leow WY · Sekolah Menengah Sri Sentosa
    lepas letak jawatan baru I punya kawan boleh ambil alih tempat... kakaka.
    Selepas itu lancar project lain RM300juta bela kambing.
  • Engkusop Raja Mat · Top Commenter · SMK Seri Perak, Teluk Intan
    Pendek kata lembUMNO sekarang menanggung beban kesemua pemimpin tertingginya yang korup, penipu, pemfitnah. Orang melayu dah mula sedar. Itu petanda umno/bn akan menerima pukulan maut pada PRU 13 ini.
  • Md Rofaizol · · Top Commenter · Puncak Alam
    sedih ada makna.
  • Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    HELOO NAJIB MMG BISU JE SKRG NI BUAT X NAMPAK..KANG BUKA MULUT ADE LA TU KANG TERKENA TEMPIAS KAT..MUHYIDIN..PUSING SANA PUSING SINI MMG UMNO TERLIBAT..BEZANYA MUNGKIN DATO ALHABSHEEZ X TERMASUK DLM PROJEK LEMBU.
  • Danial Iskandar · Top Commenter · Harvard University
    Hang mmg patut lebih bertangggungjawab. Tampil beri penjelasan kepada rakyat. Kluar kt TV3 beberapa minit mana cukup! Kesian kt bini hang...terkena 'tahi lembu' hang...

Tiada ulasan: