Jumaat, 16 Disember 2011

JANGAN JOLI KATAK...MAKSIAT BERCAMBAH...PENIPUAN MENIMBUN...RASUAH SUBUR..ZINA JADI BIASA...INGAT HUKUM ALLAH..ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...

PAS lancar 'perang' pada Hasan, Nasha
PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Malah, Harakah minggu depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaiaan secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam termasuk PAS dan Umno.

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

Razak Baginda muncul semula

Selepas sekian lama tidak mendapat perhatian media, Abdul Razak Baginda yang meraih kontroversi daripada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu muncul dalam satu program dialog di Kuala Lumpur.

Abdul Razak, yang menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford bercakap dalam satu program dialog anjuran satu persatuan universiti berkenaan di The Bankers Club, Jalan Imbi pada malam tadi.

Hebahan program di laman web kelab berkenaan menyebut, program dialog tersebut adalah berhubung "cabaran agama dan politik Malaysia hari ini."

Difahamkan, Abdul Razak dalam program berkenaan telah mempertahankan penglibatannya melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd dalam urusniaga pembelian kontroversi dua kapal Scorpene.

Abdul Razak bertindak sebagai ejen kerajaan melalui syarikat berkenaan.

Abdul Razak dalam sesi soal jawab dalam program berkenaan dipercayai berkata, urusniaga berkenaan berlaku secara terbuka dan bersih.

Kandungan terperinci sesi berkenaan tidak dapat didedahkan kerana penganjur mengenakan peraturan kerahsiaan Chatham House.

Peraturan kerahsiaan itu digunapakai dalam mesyuarat untuk menggalakkan ketelusan dan perkongsian maklumat.


Altantuya: Pengurusan kes rayuan 10 Feb
Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau hari ini.

Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

mongolian woman bombed altantuya 081106Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita hari ini bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain."

- Bernama

Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

NONEKatanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.

Amaran Anwar: M'sia bertambah miskin 2020
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

NONEDakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:

  • Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
  • Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.

Tiada ulasan: