Selasa, 27 Disember 2011

RASUAH ADA BERPILIH2..MAHKAMAH ALLAH PENENTUNYA..SIPENIPU..YANG SUBAHAT..KAKI RASUAH TAK KAN LEPAS DIAKHIRAT KELAK...

Pengarah syarikat hadapi tuduhan rasuah tender sekolah

Seorang pengarah sebuah syarikat swasta yang merupakan suami kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Baharu hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung tender membina dan menyiapkan sekolah di sini, tahun lepas.

Rasuah itu kononnya sebagai upah membantu syarikat Detect Engineering Sdn Bhd mendapat tender membina dan menyiapkan sekolah menengah berasrama penuh bernilai RM40.8 juta di atas sebahagian lot PTD 154971, Mukim Pulai, di Johor Baharu, daripada IIB.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dituduh meminta suapan wang tunai RM816,900 daripada seorang pengarah Detect Engineering Sdn Bhd, Mohd Hassan Madon, 48, melalui Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52, di Cafe Para-Para, Hotel Grand Paragon, Taman Century, di Johor Baharu, kira-kira 5 petang, 22 April 2010.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada Mohd Hassan melalui Mohd Iskandar Fahmi, di tempat letak kereta Kompleks City Square, di Jalan Wong Ah Fook, di sini, kira-kira 4 petang, 4 Jun 2010.

Mohd Amin juga dituduh menerima suapan wang tunai RM316,900 daripada individu yang sama di tempat letak kereta Plaza Kota Raya, Jalan Trus, di Johor Baharu, antara pukul 2 dan 3 petang, 9 Jun 2010.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohd Amin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mohd Nasir turut menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan semula kes dan 5 hingga 16 Mac depan untuk bicara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Abdul Latif manakala Mohd Amin diwakili peguam Shamsul Sulaiman.

- Bernama



Mahkamah berdepan pelbagai isu perlembagaan

Badan kehakiman terus berdepan dalam menangani lebih banyak kes berhubung isu perlembagaan tahun ini terutama hak individu.

Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Hakim Rosnaini Saub membuat keputusan itu atas pendapat bahawa permohonan itu membabitkan pelbagai isu perlembagaan.

Bagaimanapun tarikh pendengaran permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka belum ditetapkan.

Dalam permohonan itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguatkuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan kerajaan negeri sebagai responden.

Antara lain, Seksyen 66 didakwa menafikan hak mereka dari segi kebebasan melahirkan perasaan masing-masing dan enakmen itu menyebabkannya sukar bergerak dan ini merupakan satu pelanggaran hak mengikut Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai mobiliti.

Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.

azlanDi KUALA TERENGGANU, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lepas, gagal dalam permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz dalam MyKad.

Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhubung penukaran status jantina dalam dokumen pengenalan diri dengan hanya berdasarkan pembedahan menukar jantina ekoran ketiadaan peruntukan yang membenarkan mahkamah berbuat demikian.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf, yang berasal dari Seberang Takir, memfailkan permohonan itu pada 25 Mei selepas menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand keranamendakwa berdepan kesukaran untuk hidup secara normal sebagai seorang wanita, selain memudahkan beliau diterima masuk ke sebuah universiti tempatan.

Hakim Mohd Yazid juga memutuskaan bahawa Mohd Ashraf bukanlah wanita tulen walaupun beliau telah menjalani pembedahan menukar jantina.

Dua minggu selepas itu, Mohd Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung tidak stabil.

Satu lagi keputusan "mengejutkan" dibuat Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim memutuskan seksyen itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membuat keputusan itu setelah membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berdepan tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Sementara itu Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang mengetuai panel itu menentang dan memutuskan bahawa larangan itu perlu bagi mengelakkan ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Bagaimanapun, Hakim Hishamuddin berpendapat seksyen itu tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut institusi pengajian tinggi.

azlanHakim Albert pula berkata seksyen itu melanggar Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara dan ekspresi.

Selain itu, perbicaraan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya pada 9 Jan depan bagi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tiga tahun lepas.

- Bernama

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    - Anak haram umno yang megubah berbagai perlembagaan untuk melindung kepentingan diri mereka.
    - Anak haram umno yang memaksa rakyat ikut arahan aliran politik mereka.
    mengubah perlembagaan demi senang rasuah , merampas harta rakyat...
    - Bila perubahan zaman dan perubahan pemikiran masyarakat , tercetusnya perselisihan dalam perlembagaan.
    - Anak haram umno lah... merubah dan mengubah macam macam perlembagaan , dan harap dapat memenjarakan pemikiran dan kebebasan rakyat.
    - Ini demokrasi ala umno. ini memberukkan rakyat hidup dalam zoo.
    Anak haram umno patut dihapuskan , demi kepentingan rakyat dan pembangunan umno patut dihapuskan dalam pru13 ini.
    ABUkan umno... ABUkan umno. abu umno akan dilontar masuk dalam laut mati. kua kua kua.
    • Mohd Karim · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      harampjadah cinaDAP ptt dihantar pulang..PATI
    • Torres Nadal · Pengulas Tertinggi
      Kong Bu Fenzi
      aiyoyo...negara msia mane ade law punya....
      semua tipu belaka...kupas wang rakyat...
      kakitangan kerajaan pun mau duit minum kopi...kakaka..
      takde minum kopi takde power....
      rakyat yang bijak akan menghakim pada PRU13...
      bangunlah anak muda msia...
      UNDILAH PAKATAN RAKYAT...PKR DAP PAS~
      PILIHAN BIJAKSANA~
    • Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Mohd Karim: Nape marahx 1M ma...semalam baru TPM cakap jangan musnahkan perpaduan yang telah wujud selama 54 tahun
  • Atan Angah · Pengulas Tertinggi · UM
    kecelaruan Pelembagaan Negara akibat perbuatan pemimpin Umno/BN, pelembagan negara mengikut kehendak dan nafsu serakah pemimpin ini.
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Inilah hasil didikan ISLAMUMNO selama 54 thn. inilah MELAYU yg dibanggakan. Inilah akibatnye kalau AlQuran dan sunnah diletakan dibelakang Perlembagaan Persekutuan. AlQuran melindungi Islam dan semua maanusia tanpa mengira ugama maanusia.
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Campurtangan melampau pemerintah UMNO(BN) dalam kehakiman menyebabkan sistem kehakiman jadi carca-marba. Krisis perlembagaan bermula di zaman mahathir lagi..
    • Tengku Utara · · Top Commenter · Works at Hino pilot
      Ini adalah perlembagaan warisan penjajah.Badan kehakiman menjadi kucarkacir....Khir Toyo?Nfc?Altantuya?dll.
  • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Panglima Perang Pulak Kena Ludah! hahaha. Siapa la yang edit Video ni. http://bit.ly/s63mHW
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada kerja ada GAJi
    fikiran rakyat bertambah jumud dgn krisis perlembagaan, ditambah pula dgn dakyah alunan tv3, rt, utusan..melingkup rakyat
  • Hashim Abdullah · Top Commenter
    cantik nya undang undang...tak jumud.berkembang, naik turun mcm air pasang ikut musim dan kesesuaian.. hanya org yg otak karat sahaja yg sangka undang undang kepunyaan warisan sendiri...pd hal boleh saja di modifikasi...
  • Daniell Rommelz · Top Commenter · Sekolah budak-budak nakal
    nak makan apa lunch hour ni...KFC? MACDONALD? SUGARBUN?
  • Nik Aziz Shah
    masalahnya kuasa Eksekutif seriang campur tangan dalam bidang kehakiman maka doktrin separation power dalam amal sistem demokrasi sering digangu..contoh paling aku tak akan lupa samapi aku mati dimana kuasa Eksekutif mencampuri dalam urusan kehakiman dalm kes LANUN Pangkor gile nak jadi MB perak..

    Konsep pembahagian kuasa(separation power).

    Legislatif atau penggubal undang-undang.
    Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang.
    Kehakiman atau pelaksana undang-undang.
  • Saleh Abd Latip Gani
    tengok tu muka aljuburi tak insaf ... pimpin dia gi angkat sumpah
    kat misjid Negara ke... misjid wilayah ke... lagi bagu misjid kampong hulu melaka
  • Nik Aziz Shah
    在干预的领域行政权力作为在民主制度运作的司法权的分离主义欢快的问题往往是最突出的例子digangu..我不会忘记在我死samapi行政权力干预司法事务preformance盗版MB邦咯gile想成为银...

    对分权的概念(分离电源)。

    立法或立法会议员。
    行政长官或政府根据法律。
    司法或法定承办。
  • Nmr Nik Soh
    ni kan negara islam so tak kan soal hukum n akidah orang islam boleh dibawa ke mahkamah sivil, sepatutnya sebagai negara yg diistiharkan negara islam... mahkamah syariah la laa tempatnya kes2 camni?
  • Sejagat Melayu
    AKU TERTEKAN SELAMA 4 TAHUN DI UNIVERSITI.....HHHHHAHAHAHAHAHAH TAPI SEBENARNYA AKU BEBAS UNTUK BELAJAR....APA PUN AKU BUAT....TAK DE SAPA BERANI HALANG AKU....NI YANG KECOH KECOH NI SURE STUDENT SASTERA....KALAU STUDENT MEDICAL KE YANG HEAVY MAMPUS TAK ADA MASA NAK FIKIR HAL HAL MACAM ADAM TU.....TAPI APA PUN BAGUS LA ADAM LEPAS NI BOLEH JADI PEMBANTU KAT NUAR BERAHIM......LAGI SATU NAK HABAQ AKU SEKARANG KAYA INCOME SEHARI 5K....JANGAN MARAH....AKU SENTIASA BEBAS....
  • Nmr Nik Soh
    Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan>>>>wowww nampaknya orang melayu islam dah terlalu berani sedangkan ini soal akidah! wadussssssssss
  • Zulkiflinordin Pak Uda · · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
    hakim2 mahkamah malaysia kebanyakan nya angguk2 geleng2 kaki ampu makan rasuah ada akal tapi mcm ta berakal..mahkamah malaysia mahkamah kanggarooo mahkamah ikut telunjuk pemimpin politik..semua yg ada dimahkamah malaysia makan gaji buta..kerja dan skrip ikut telunjuk bn!
  • Daniel Mousa Daulah Islamiah · Top Commenter · Maahat Tahfiz Al Hidayah
    mahkamah dunia mcm nie la
  • Daniel Mousa Daulah Islamiah · Top Commenter · Maahat Tahfiz Al Hidayah
    bila dah semakin banyak yg liberal dan terlalu banyak human right....mcm nie la
  • Mat Abu · Top Commenter · University of the People
    salleh abd latip, jangan jadi manusia yang paling banggang,
    kalau tak tahu hukum menuduh orang lain meliwat tapi kita tak nampak,
    itu fitnah nama nya, dosa kamu tak mampu nak bawa, dah kena ambil dosa anuar pula, lu fikir lah sendiri,,,,,,,,,,,,,,,

TNB gagal hadir, penduduk Cheras berang

Kegagalan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir dalam majlis penerangan berhubung pembinaan kabel berkuasa tinggi di sekiar Cheras mendatangkan kemarahan kira-kira 500 penduduk yang membantah projek itu.

Majlis penerangan itu dianjurkan oleh jawatankuasa bertindak yang baru ditubuhkan dengan mengumpulkan penduduk di Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Mereka berharap wakil TNB akan hadir bagi mendengar rungutan mereka.

Selain TNB, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Jenice Lee, wakil kerajaan Selangor dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) juga gagal hadir.

"Walaupun kami hantar empat bas penuh dengan penduduk ke TNB, mereka tetap tidak datang hari ini. Ini membuktikan mereka tidak hormat pada kami," kami ketua jawatankuasa itu Eadon Ching, yang kemudiannya membuang tanda nama TNB dan IKRAM ke lantai.

Hanya wakil MPAJ dan pembantu kepada anggota parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat yang hadir.

Penduduk kedua-dua tempat itu pada Rabu lalu berkumpul di bangunan pentadbiran TNB di Shah Alam dan ibu pejabatnya di Bangsar bagi menyatakan bantahan dan menghantar undangan ke majlis penerangan hari ini.

Kabel berkuasa tinggi ini dibekukan sejak Oktober selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan TNB berunding dengan penduduk terlebih dahulu.



Isu MyKad: JPN mohon maaf pada Mufti Perlis
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.

Jumaat lepas, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: