Sabtu, 24 Disember 2011

RASUAH DAN PENYALAHAN GUNA KUASA...MENYEBABKAN BN DIPANDANG SEPI..DAN SUKAR NAK MEMULIHKANNYA..DUNIA DAN AKHIRAT DAPAT..AKHIRAT LEBIH SETIMPAL BALASAN

SPRM serbu pejabat NFC

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

NONEPegawai berkenaan dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut yang diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.



NFC: SPRM kunjung, bukan serbu

National Feedlot Corporation (NFC) menjelaskan bahawa kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabatnya hari ini bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya, kata NFC, pegawai SPRM mengunjungi NFC hari ini sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

"Pihak pengurusan dan kakitangan mengalu-alukan kunjungan tersebut dan telah kerjasama mereka sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Ia adalah pandangan NFC bahawa kunjungan SPRM petang ini bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan," tambahnya.

Menurutnya, adalah tidak wajar untuk memberi komen lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.

Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri.

NONEUsahawan yang didakwa bergelar 'Datuk' itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP.

Profil itu juga mendakwa lelaki tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion.

Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam dilaporkan sebagai berkata, lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada hari Rabu berhubung cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Syed Ismail juga berkata suspek pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Syed Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan skandal NFC.

Polis telah mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.


Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata harga RM3.5 juta yang dibayar Dr Mohamad Khir untuk hartanah itu adalah "inadequate consideration" dan "adalah jelas tertuduh berminat atas hartanah itu sejak dulu lagi."


'Mengapa bayar kepada ejen untuk kapal tentera?'

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan butiran pembelian enam kapal peronda tentera oleh kerajaan – didakwa dibuat melalui orang tengah yang mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut.

Menurut Zaid, tiga ejen berkenaan dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS.

"Mengapa tentera laut tidak dapat menentukan apa yang diperlukan oleh mereka, dan bukannya perunding ini? Lainlah ianya perlu untuk menyalurkan wang rasuah," katanya ketika ditemui di Tropicana, Damansara hari ini.

Zaid yang enggan mendedahkan sumber maklumat itu mendakwa, firma perunding itu menerima bayaran dalam matawang euro melalui akaun di Singapura daripada 2010 hingga April 2011.

Menurut satu invois bertarikh 25 Oktober 2010, salah satu daripada firma berkenaan didakwa menerima 935,000 euro sebagai bayaran "perkhidmatan teknikal."

Dokumen itu menyenaraikan perkhidmatan berkenaan, termasuk konfigurasi infrastruktur, kejuruteraan dan penilaian sistem serta rundingan komersil untuk projek "Second Generation Patrol Vessel."

Invois daripada sebuah syarikat yang didakwa berpengkalan di Paris itu dialamatkan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, yang memenangi kontrak bagi enam kapal berkenaan.

Bayaran berkenaan didakwa telah dibuat dalam dua bahagian, masing-masing pada 28 Oktober dan 1 November tahun lalu.

Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat yang sama didakwa telah mengeluarkan invois untuk perkhidmatan sama pada 3 November 2010 untuk jumlah 986,000 euro dan dibayar pada bulan tersebut.

Satu lagi syarikat, Setaria Holdings Limited, didakwa turut menghantar invois berjumlah 850,000 euro kepada Boustead Naval Shipyard.

Syarikat yang dikatakan berpengkalan di Brussels itu juga didakwa mengeluarkan dua lagi invois kepada Boustead Naval Shipyard untuk bayaran berjumlah 832,000 euro dan 725,000 euro.


Beliau berkata pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap intipati pertuduhan yang dihadapi tertuduh iaitu tertuduh adalah seorang penjawat awam dan mendapat suatu barangan berharga daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dengan suatu balasan diketahui tidak mencukupi.

Katanya prima facie turut ditimbulkan ke atas kes tertuduh yang mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sewaktu menjadi menteri besar.

Mohtarudin berkata berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsuddin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd, beliau (Shamsuddin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan.

"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.

"Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.

"Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan", kata beliau.

Berhubung hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan keterangan Shamsuddin yang memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas desakan Dr Mohamad Khir, Mohtarudin berkata beliau menganggap kenyataan itu 'reasonable explanation' sebab pembelaan tidak membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan
Shamsuddin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kesnya melibatkan kepentingan awam dan mampu mengundang kepada perlakuan rasuah serius.

"Dalam kes ini, tertuduh bukannya tidak sengaja dan tidak sedari jika beli hartanah itu pada harga sebegitu rendah (RM3.5 juta), malahan ada rancangan memiliki harta itu sejak 2004 hingga 2007.

"Meskipun tiada permintaan direct (untuk hartanah) daripada tertuduh, namun tertuduh perlu sedar (kesannya) jika terima sesuatu daripada seseorang yang mempunyai urusan dengannya.

"Jadi, hukuman setimpal wajar dikenakan agar penjawat awam berhati-hati ketika melaksanakan tugas mereka," katanya.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Sementara itu, peguambela Dr Mohamad Khir, M Athimulan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke mahkamah sebelum 5 petang ini.

Dr Mohamad Khir pula berkata beliau akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan akan terus berjuang untuk membersihkan namanya.

SPRM akan panggil siapa saja terlibat dalam kes NFC
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana National Feedlot Corporation (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sesiapa sahaja yang terlibat termasuk ahli pengurusan kanan syarikat terbabit akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar 'Datuk' dan kes ini telah diserahkan kepada SPRM.

"Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat setulus dan secara profesional mungkin," katanya.

- Bernama

Dari rumah besar ke penjara

KHIR TOYO


SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.



Tiada ulasan: