| Rizal Tahir | ||||||||||||
| KOTA BHARU, 8 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan, menyambut baik persetujuan yang dicapai dengan PAS dalam pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum ke-13 nanti. Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan, Muhamad Hisomuddin Bakar, berkata pihaknya akan menyusun gerakerja bersama atas nama Pakatan Rakyat khususnya yang membabitkan golongan muda untuk mempertahankan kemenangan kerajaan Kelantan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pembahagian kerusi antara PAS dan PKR sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum nanti. Katanya, kerjasama perlu dieratkan bermula dari sekarang sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum. Sambungnya, kedua-dua parti telah membuat perbincangan di peringkat negeri dan akan diteruskan di peringkat akar umbi. “Tenaga muda kedua parti akan diteruskan di pentas ceramah dan akan menangkis segala tomahan yang dilontarkan pihak lawan,”ujarnya. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, baru-baru ini berkata kedua pihak bersetuju untuk mengelakan ‘status quo’ sebagaimana PRU 12. 13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli. Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas. Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 8 Disember 2011
PUTAR BELIT BUKAN PERBUATAN ORANG2 SOLEH...TAKUT PERKARA2 PUTAR BELIT NI DISUKAI OLEH SYAITAN...CAKAP BENAR ITU ADALAH SATU SUNNAH...
PKR Kelantan sambut baik keputusan 'status quo'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
DUNGUN, 8 Dis: Pakatan Rakyat dicadangkan supaya mengecilkan bilangan anggota kabinet jika andainya gabungan parti politik itu berjaya menawan Putrjaya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Bagi saya, tujuan BN membesarkan sais kabinetnya adalah untuk memberikan peluang kepada kawan-kawan mereka. Ini satu tindakan yang membazirkan wang rakyat," kata pensyarah undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa itu.
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Datuk Dr Hasan Ali tidak sewajarnya diputarbelitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kritikan yang dibuat oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu tamparan keras kepada kerajaan Malaysia yang bersikap degil dan enggan mendengar pandangan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan