Khamis, 29 Disember 2011

BERKATA JUJUR MEMANG DIWAJIBKAN DALAM ISLAM...MANAKALA MENGADU DOMBA DIHARAMKAN DALAM ISLAM...MEMPERLEKEHKAN ISLAM ROSAK AKIDAH...

Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?


JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha..
.

Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Ada peluang apa lagi lah...baik.

KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI



Written by Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Dis: Pelbagai pihak mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya membuat perbezaan yang besar berbanding kerajaan negeri di bawah BN dahulu.

Ia semakin jelas lagi apabila terbukti apa yang dikatakan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor itu disahkan oleh mahkamah.

Khir dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut.

Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan.

Selain itu, Khir juga terkenal menjelang kejatuhannya dengan simbul pemberian penyapunya kepada pihak berkuasa tempatan yang kurang menunjukkan kemampuan.

Khalid dikenali dengan projek MES atau Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Melalui MES, kerajaan negeri Selangor membuat palbagai program untuk membahagikan kek besar ekonomi Selangor kepada seluruh rakyat.

Yang paling ketara dan dirasai oleh semua pihak adalah pemberian air percuma untuk 20 m padu pertama yang bernilai kira-kira RM11.

Ini bermakna, semua rakyat Selangor akan mendapat air percuma sehingga RM11 dari kerajaan negeri Selangor pada setiap bulan.

Setiap anak Selangor yang mendapat tempat di universiti mendapat sumbangan RM1,000, program tuisyen rakyat percuma, pusat dialisis rakyat, skim mesra warga emas dan sebagainya.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mendapat pelbagai sumbangan dari kerajaan negeri berbanding penyapu yang diberikan Khir sebelum ini.

Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang.

"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula.

Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

“Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka (gambar) yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin, 78, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.


Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.

Written by Shahrin Azam

JASIN, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin.

Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti.

Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas.

Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat.

Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus ke rumah mereka.

Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Tiada ulasan: