Jumaat, 2 Disember 2011

JANGAN MENELANJANG DIRI..KATA DULANG PAKU SERPIH...SENJATA MAKAN TUAN..MEMBUKA PEKUNG DIDADA...MEMBURAI ISI PERUT SENDIRI

PAS: Perhimpunan bukti agenda 'perkauman' Umno

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah.

NONEMenyifatkannya salah satu daripada strategi '3R' atau racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja), Mohamad (tengah) berkata perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC itu dijadikan medan menyerang bangsa dan agama lain di negara ini.

Ditanya wartawan, alasan kenapa DAP paling banyak diserang, berbanding PAS dan PKR, beliau menjawap: "Sebab PAS Melayu, sebab itu mereka serang DAP."



NFC akan terus junamkan indeks rasuah, kata PAS
Siasatan awal polis yang merumuskan bahawa tiada unsur pecah amanah dalam isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) akan terus menjunamkan indeks rasuah Malaysia di mata dunia, dakwa PAS.

NONEAhli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad berkata, tindakan sebegitu bukan caranya untuk membaikpulih kedudukan berkenaan.

"Kalau begini caranya, kita akan terus merudum. Ketika kerajaan bercakap tentang demokrasi terbaik, masih ada yang dilindungi," katanya.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata pengumuman timbalan ketua polis negara tentang hasil siasatan projek sensasi itu memberikan kejutan besar kepada mereka.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dengan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya.


Serah kerusi tak diyakini menang kepada Umno
Perwakilan Pulau Pinang Umno mahu parti komponen BN menyerahkan semua kerusi yang mereka tidak yakin akan menang pada pilihan raya umum akan datang kepada Umno.

NONEDalam membahaskan usul ucapan dasar presiden, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, mereka yang tumbang pada pilihan raya 2008 dan tidak yakin mampu merampas kembali kerusi berkenaan perlu menyerahkannya kepada Umno untuk cuba ditawan semula.

"Umno banyak berkorban membenarkan parti komponen bertanding di kawasan majoriti Melayu, selain membiarkan mereka bertanding di kawasan majoriti Cina.

"Ini kerana orang Melayu dan Umno, dalam semangat BN sanggup berkorban. Namun jika mereka tidak yakin boleh menang kerusi itu pada pilihan raya akan datang, pulangkan lah kepada Umno,” katanya.

Menurut Musa, MCA dan Gerakan tidak boleh menang sesetengah kawasan di Pulau Pinang dan mereka mesti menyerahkan kerusi tersebut kepada Umno.

Musa juga menyentuh mengenai persetujuan Umno Pulau Pinang untuk menerima calon luar sekiranya ada bahagian yang tidak mempunyai calon 'winnable candidate' bertanding pada pilihan raya umum akan datang

Bagaimanapun, beliau mengingat calon 'perdana menteri' itu supaya "menghormati" kepimpinan dan akar umbi bahagian dengan 'bagi salam bila masuk rumah orang'.

"Dia jadi calon di bahagian, mai datang mengepak, kata aku calon PM, dia mai, dia masuk, tak pernah jumpa ketua bahagian, ketua Pemuda, tak hormat Wanita," katanya sambil mendada dan mengangkat tangan seolah-olah menyekak pinggangnya.

"Dia bawa ketua Wanita, Pemuda dia masuk kampung... (Bagi) kursus dekat depa dulu di Janda Baik (tentang) apa itu Umno... Ni pakai coat, pakai tie masuk kampung, mampuih la," kata sambil disambut gelak ketawan perwakilan.

Sebelum itu, berucap membahaskan ucapan dasar presiden, Musa yang juga timbalan ketua Umno negeri berkata kekalahan BN di negeri itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

NONETegasnya, pucuk pimpinan tidak boleh menyalahkan kepimpinan bahagian susulan kekalahan calon Umno di Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lalu.

"Jangan letak kesalahan itu pada bahagian. Pucuk pimpinan juga bertanggungjawab dengan kekalahan itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga menegaskan supaya pucuk pimpinan "mendengar rintihan" bahagian berhubung pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang.

"Kita cakap rakyat didahulukan, jadi rakyat sahaja yang tahu siapa akan jadi calon mereka.

"Kita akui ada bahagian adalah masalah, ketepikan (dahulu), kita tidak cakap soal pemilihan (parti), kita cakap nak menang (untuk kuasai) Pulau Pinang," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar jawatankuasa displin pilihan raya ditubuhkan serta merta bagi mengambil tindakan terhadap ahli menjadi "pembelot" dalam pilihan raya.

"Kita hantar gambar, video, tapi tidak ambil tindakan... Kita nak menang pilihan raya, tapi tidak tegas dalam parti kita sendiri.

"Saya buat teguran ikhlas, sebab kita nak menang... Kami terseksa di Pulau Pinang," katanya.


Isu lembu, Sharizat, Umno dan kuasa media baru

ULASAN Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

NONEMesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

NONESkandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

azlanWalaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

azlanTidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.

azlanBerbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.

Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis / penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3, stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera dan juga dengan TV Selangor

  • Nazri Omar · Pengulas Tertinggi · UTM 83/88 (Mechanical Engineering)
    penulis sendiri mengatakan "Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.
    Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010."
    Pasal apa nak marah pada pembangkang...kalau kerajaan tulus & adil, jawab isu ini agar segala keraguan dapat dielakkan. Penjelasan mestilah yang betul & dengan bukti-bukti yg semua pihak tidak dapat nafikan,... mungkin rakyat akan lihat kerajaan yg betul-betul berwibawa......RM250 juta adalah duit rakyat...rakyat nak lihat RM250 juta tu akan membawa pulangan kepada rakyat....
    • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
      Mmg smue salah pembangkang...
      1) Pemimpin umno songlap duit rakyat bli kondo dan merz salah pmbangkang...
      2) Isteri PM beli cincin USD24juta salah pembangkang...
      3) PM gune khidmat nasihat yahudi APCO salah pembangkang...
      4) Pemimpin Umno m...inum arak, judi, langgan pelacur/pompuan simpanan n buat video seks salah pembangkang...
      ...Lihat seterusnya..
    • Gan Hai Keong · University of Putra Malaysia
      Jashamsulnizam Md Jani : Saya rasa Ir Aziz tak tahu jawab dan dia tak faham langsung...
    • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
      Gan Hai Keong : Sbb die engineer yg pakar dlm wat kandang utk lembu2 sharizat sbb tu lembu2 tu tinggal dlm kondo sbb Ir Aziz la consultant nyer, ha3...
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Lembu...
    rakyat akan dilembukan oleh umno.
    Rakyat kena bayar cukai kerja macam lembu...
    Isu feedlot memang nampak puak umno sudah berjaya kontrol birokrasi kerajaan , nampak terang terang malaysia bukan lagi negara demokrasi, nampak juga malaysia bukan lagi aman sekiranya ditabiroleh puak perompak dan perampas. penyamun penyangak..
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      media bau lah penyambung nyawa demokrasi malaysia
      melalui d=media baru .... umno akan tersekat . kah kah kah
    • Mohd Nasir Salleh · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Kalau penuh dengan fitnah bukan penyambung nyawa namanya oi..itu pemendek nyawa bro..Aku respect media baru jika digunakan untuk menambahkan pendapatan secara halal. itu aku sokong. Kau sokong tak?
    • Cheng Ho · Pengulas Tertinggi
      Kisah lembu sudah jadi buah mulut rakyat jelata. Walaupun polis kata ia dalam siasatan. Bolehkah rakyat caya pada polis?
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Mohd Nasir Salleh fitnah ape klu dh terang2 ade dlm laporan audit negara n butiran prbelanjaan tu bkn ssh nk dpt pon blh access kt SSM lg tu...
    • Mohd Shahrul Muda
      Cheng Ho mcm mana kita nak percayakan cakap polis kerana kita sendiri sudah tahu mcm mana rekod mereka sebelum ini. BIAS mereka terlalu jelas!
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      Syahrizat ni tak boleh nak jawab isu lembu, ugut nak selak kain..!!
      jenis bibir tebal, muka tak malu....!!!
      x ada orang yang nak tengok burit kecut kamu tu Syahrizat oiiiii..!!! buat blue film pun x laku laaaa.....!!!
    • Jafry Jaff · Top Commenter
      Salehudin Hanafi ..Alaaa Mak! hari jumaat ni...jgn kasar sangat komen tu..slow2 dahlah.. esok boleh start kasar...hari ni mintak komen secara terhormat.hahahahaha jgn marah bro..
    • Muhd Fiqree Haqimie
      lembu jenis nih susah ckit...sbb dia x b"tali....tu yg pyah polis nk tangkap...nnt polis pun dsondolnya...
  • Iskandarnaim Zulkarnain · Top Commenter · University of Missouri
    Rakyat tidak menolak siasatan Polis. Tapi rakyat agak keliru dengan penggunaan wang kerajaan membeli lain yang ditetapkan. Jika cara ini dibiarkan kerajaan jangan salahkah rakyat jika pinjaman untuk projek A digunakan sewenangnya untuk kerja-kerja lain yang dijangka lebih menguntungkan. seperkara saya nak tanya kerajaan apa gunanya kertaskerja projek pinjaman yang tertentu dengan pelbagai bukti yang dipinta? Rakyat agak keliru dan amat mengelirukan. Apakah ini bab roobinhood Malaysia? Tetap berada didalam persoalan.
    • Muhammad Zakwan Hasan · Top Commenter
      ptot ad syarat2 yg lebih ketat dlm pemberian tender dan cara menggunakan dana yg diberi. semuanya berpunca dr kelemahan sistem pemberiaan tender oleh kerajaan itu sendiri sampai berlakunye penyelewengan mcm nie
  • Ezycenter Asia · Universiti Putra Malaysia
    Malaysia menuju kehancuran selagi Umno/Bn terus berkuasa Melalui Rasuah dan Pelbagai Penyelewangan. Malaysia perlukan kerajaan baru, Please..Selamatkan Malaysia.
    • Daniel Haslam Asraf · Top Commenter · Works at Banks Hardwoods
      Adui... UMNO2 balik cite lembu..sampai muka Shahrizat jadi cam Lembu... yang atas stage angkat bendera cam lembu lepas kandang jer...sib bos pakai baju biru...gaya cam kerbau hahaha
    • Abdul Yahaya · Top Commenter · UUM
      sistem dua parti amat diperlukan
    • Mohd Nasir Salleh · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Daniel Haslam Asraf ..jangan suka hina orang bro..kelak diri kena hina. Tuhan ni maha kaya..elok bersang baik..kaji apa sebenar berlaku..bukan emotional..cuma nasihat je.
    • Iskandarnaim Zulkarnain · Top Commenter · University of Missouri
      ezycenter asia - yang akan memeperlingkupkan negara adalah bimana mana pembangkang berkuasa. Kurang ajar jangan dibaca. Tapi yang menghairan ada yang sokong. SubhanaAllah.
    • Ongah Kau Muda · Top Commenter
      Iskandarnaim Zulkarnain,Yang dah pasti memperlingkupkan negara yg sekarang yg dah lebih 50 tahun berkuasa, pembangkang lum pernah berkuasa, tak tau lagi cmne....takleh tuduh2 dulu.
    • Dinns Kamar · Top Commenter · Pulau Pinang
      Daniel Haslam Asraf bukan masanya nak salahkan sharizat kerana masa utk piliharaya dah dekat nnt prestasi umno akan bertambah parah dan sememangnya telah parah dek kerana lembunya...biasa lah polis ikut arahan jgn tuduh shahrizat bersalah katakan tiada pecah amanah tapi rakyat tau disebaliknya....makanlah rasuah umpama makan najis anjing dan taik manusia
  • Sheikh Naimnif Selamat · Top Commenter
    Jawapan di tv tanpa fakta amat melalut & syok sendiri kerana penjelasan yg diberikan kepada persoalan yg tanpa diketahui oleh pakcik makcik Felda dan rakyat pendalaman tentang masalah berbangkit!!!.. Bagi rakyat yg mengggunakan media baru & terbuka minda tanpa kepentingan mana2 pihak tidak dapat menerima langsung jawapan semacam itu dan menjadi bahan lawak sahaja!!!
  • Zolkarnain Zakaria · Marketing Executive at Kg.pandan,kl
    dana utk lembu...tapi wat beli condo/pegi umrah/melancung/dll ...itu bukan ke seleweng nama nya . tapi polis kata ianya tak salah....aku pening la......aku yg bodoh ke ..!!! atau di perbodoh
    • Ongah Kau Muda · Top Commenter
      Masa ni jelas polis tu macam an***g bak kata anwar. tak kan dia nak gigit tuan dia.Kalau org lain dah lama kene tak payah nak suruh2.Bila wartawan arwani tanya kenapa tak tahan je sharizat macam org lain. baru la dia tersedar.....Come ON la polis..BANGUN..BANGUN...Takan korang nak biarkan mereka2 ini terus meletakan korang di bawah tapak kaki mereka. korang sume kan ada kekuatan dan ada maruah....
  • Sapu Bukali · Top Commenter
    Polis pun SAMA MENJADI BARWAH UMNO..Akan SAMPAI MASANYA rakyat Akan MENENTANG HABIS HABISAN barwa INI..HATI HATI ya..rakyat MENUNGU masa BERTINDAK.
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    jambul kamu menjadi saksi pembohongan kamu makcik oii, jambul kamu nanti akan berkata2 didepan Allah yang kamu lah penyamun duit2 kami.... tunggulah balasan akan datang juga... PRU13 ni kita hukum dia dan umno.. hukum sampai mereka menyembah bumi.... kerana mereka telah menyusahkan kita semua.
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Cuba bandingkan pinjaman PTPN yg dibuat oleh pelajar2 universiti. Kalau tak bayar, tindakan akan disenarai hitam oleh bank-bank, disekat keluar negara dan pelbagai lagi. Kalau penjawat awam, claim millage 'over' mungkin hanya bernilai ratusan ringgit, silap-silap boleh kena buang kerja. TETAPI Shahrizat dan family mendapat kemudahan kredit RM250 juta dan akhirnya projek lembu nasional pun terbengkalai. Namun tiada tindakan ke atas menteri dan keluarga. Apa sudah jadi dengan undang2 di negara ini. Pemimpin umno bebas 'songlap' wang rakyat. SPRM, Polis dan AG akan jadi pelindung utama kpd rompakan/rasuah pemimpin2 umno. Kalau masih tak percaya tanyalah Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Taib Mahmud, Muhammad Taib, Khir Toyo dan ramai lagi!!!! Itu pun ahli2 umno masih tidak faham-faham! Mungkin kedunguan ahli umno/pencacai sudah sampai tahap 4 (kanser).
    • Dinns Kamar · Top Commenter · Pulau Pinang
      Jamil Awab contohilah negara jepun dan korea selatan jika rasa bersalah dan bertanggunjawab letak jawatan JANGAN DITEGAKKAN BENANG YANG BASAH..........ambil iktibar negara ARAB......kuasa rakyat dpt menentukan arah negara ini
  • Sulaiman Rashid · University of Malaya
    Memang media baru jauh lbh hebat dan berkesan.......tengok saje cetusan revolusi dinegeri2 Arab.
  • Labu Labi · Top Commenter · 6 tingkat
    lembu betul sharizat ni. tak paham2 lagi ke yang org dalam parti n kerajaan sendiri yg nak engkau berundur le tu namanya.
  • Sepul Tura · SMK Zon R1 Wangsa Maju
    cakap bermadah2.berapi2..api kluar kat mulut..tp pasal lembu 1 pon x jwb.lembu btul la dia ni.
  • Hanif Harun · Top Commenter
    Gagal nampak musuh sebenar sebenarnya UMNO nie.. hahahahahaha kecian~
  • Abu Samah Harun · Sekolah menengah kebangsaan dato abdul manap johol
    jangan ingat rakyat bodoh, kami bukan lembu yang terima bulat2 caramu.
  • Abr Jaz · Top Commenter · Penang, Malaysia
    Ir A dah ketinggalan keretapi.......Rm250J beb ..
    bukan rm250.00
  • Tsunami Bomb · Top Commenter · Works at Human Rights First
    Ir Aziz paling bodoh.
  • Ir Aziz · Top Commenter · Engineer at Dean
    haha bab lembu dorg bising cm nak gila.. bab cina dol bab rakaman suara mat sabu dgn isteri org.. bab NGA cina hina MB perak..bab lembu2 jalanan yg myusahkan rakyat depa diam..tu namaya lembu2 peliharaan DAP..hahaha.
    • Umgok Penipu Sampai Kiamat · Top Commenter · Atas pokok
      YANG ORAG BISING PASAL PUAK2 LEMBU UMNO GUNA WANG RAKYAT UNTUK KRONI DENGAN SEWENANG-WENANGNYA, MANAKALA TUDUHAN KOU TU BELUM TENTU BETULNYA....ISU LEMBU NI SEMUA ADA ALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, BUKAN LAPORAN KETUA JKKK UMNO.....
    • Bro Rosman · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
      ko nie faham ke tak..bab lembu nie guna duit rakyat lol...mat sabu ke, hina mb perak ke..itu..pekara tak membabitkan dana duit rakyat...memang lol..le lu nie...masalah sekarang kita petikaikan penyalahan guna wang rakyat bukan isu peribadi, isu perbadi tak de kenemegena dengan kami...yg kena mengena dngan kami isu penyelewengan wang rakyat tau tak...dalam duit rakyat ada fakir punya, anak yatim, ibu tunggal dan kami rakyat nak tahu kenapa...RM 250 juta tu bukan sikit...kami hidup susah kamu senang2 kebas duit kami,,,beli teropong sampai rm 25000 pada hal harga tak sampai pun rm 3000 apa nie...org yg mengampu aje yg sokong sebab dapat job, tender dan sebagainya lah...janji masyukkkkkkkkkkkkk....adehhhh...isi lah perut anak tu dengan duit kami yg kami tak redha..ingat kita akan mati...
    • Jebat Dok Derhaka · Top Commenter · KULI SAHAJA at Sendirian berhad
      bab cina dol bab jalanan tak makan duit rakyat tapi bab lembu dol ni makan duit rakyat,takdaa baca punya orang.
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    STARTEGI UTUSAN MELOYA , BERITA HAIRAN DAN TV3/4 UNTUK MEMFITNAH DAN MENHANCURKAN PR SERTA MENJADI LIDAH SYAITAN KEPADA UMNO/BN TERUTAMA MEMPENGARUHI ORANG MELAYU :

    1.MEMBURUK-BURUKKAN PEMIMPIN PR.
    2.MEMPERLIHATKAN KETIDAK SEPAKATAN ANTARA PIMPINAN PR.
    3.MELABELKAN PEMIMPIN PR SEBAGAI RASIS DAN ANTI MELAYU.
    ...See More
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    RAAYAT TIDAK BOLIH DI TIPU LAGI OLIH UMNO/BN.YANG CUMA UMNO BOLIH TIPU AHLI2 UMNO YANG BODOH MACAM LEMBU,,,
  • Danial Iskandar · Harvard University
    byk blog2 pro kerajaan telah jawab isu2 lembu dan pelbagai isu2 lain ni...blogger2 pro kerajaan dilihat semakin bercambah menjawab segala isu2 yg ditimbulkan oleh pembangkang...rakyat tidak lg dpt diperbodohkan dgn fitnah2...apapun DAP tetap dihati cek...sinar Islam bakal lahir dr dlm parti DAP...harapan negara Islam cek ada pada DAP...:)
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    org bg lembu suruh bela, bila beranak ambil la ank tu. tu biasa..tp ni lembu belum beranak lembu jantan lembu betina dah abs jual buat beli bnda lain....org yg bg lembu dh tentu naik angin. bila report polis, polis plak ckp.. ni bukn kes pecah amanah, x blh buat kes...elok la bg org lain jaga lembu, bg UMNO jg lembu abs semua dorg jual....
  • Muhammad Izzuddin · Top Commenter
    Rakyat disuntik - semangat UMNO. melayu akan hilang jika UMNO hilang, hentam DAP , memalukan Anwar Ibrahim dalam media UMNO BN.
    Kroni bukan melayu dan melayu disuntik jutaan ringgit oleh UMNO BN.
    Melayu tak akan hilang di bumi ini SEBELUM UMNO pun melayu hidup juga, zaman kesultanan melaka dulu pun melayu hidup juga,
    Yang pasti akan hilang adalah kaki rasuah UMNO BN dan Kroni kroni UMNO BN sendiri.
    MELAYU TAK AKAN HILANG MALAH LEBIH SEGAR KALAU UMNO BN TAK ADA.
  • Fazri Embong · · Works at Focal Point Dance Studios
    Siannye sharizat ngan" lembu2" dibwah nye.
    • Bogo Indra Gonzales
      Diperhipunan umno ini yang duduk diatas setas semua nya Bapak Bapak Ibu Ibu Lembu...yang kesian nya yang dudok bawah jadi perwakilan tiap tiap negeri semua nya Lembu Lembu tukang Sorak tapi mereka tak sedar dijadikan lembu..
  • Alif Haikal · Top Commenter
    Bodoh sebodoh bodoh umat dari zaman dr mahathir lagi kata wawasan 2020 jadi rakyat dah bertanbah maju terutama dari segi pemikiran walaupun hak2 hakiki rakyat disekat atau disonglap cuma politiking dia orang saja tidak selari dengan kehendak semasa isu yg remeh pada dia orang sebenarnya isu yg besar pada rakyat tanpa mereka sedari pru 13 coming soon dan mereka semua bertelagah sesama sendiri cerita apa yg patut dihidangkan kepada rakyat untuk pru kali ini
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    MASA HISHAMUDIN JADI KETUA PEMUDA DIA ANGKAT KERIS, SEKARANG GILIRAN SHARIZAT JADI KETUA WANITA, DIA NAK SELAK KAIN.INI TAHAP PEMIMPIN2 MASA DEPAN UMNO...
  • Mohd Saad Awang · Top Commenter
    kalau cara begini polis adalah pro di malaysia agak nya hanya nak tutup kacamata raayat dan di persidangan umno yg berlangsung skg.lepas ini dapat lah pingat jasa bakti negara......kalau tak ada angin tak kan bergoyang.
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Rasuah...
    Manusia akan kekalkan ingatan sampai keakhir hayat bahawa Umno-BN penyumbang utama kearah Rasuah.
    Pelakon dan melakonkan watak2 dalam episod rasuah adalah Menteri2 yang menguasai takhta dalam kementerian.Mereka2 ini berganding bahu melakonkan satu cerita yang padat dan berkesan sehingga penonton asyik dan tidak sedar atau leka dengan perjalanan cerita yang dimainkan.
  • Mior Ahmat Zaudi · Top Commenter · UKM
    Satu cara saja untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada BN, ubah corak pemerintahan kearah ketelusan dalam berbagai bidang kuasa yang sedia ada.Bukan flip flop rakyat sudah bijak sekarang BN kena peka semua ini.
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    sharizat, mamak nie kalah dlm pru 12, tapi lebih sudu dari kuah.
  • Minhat Mat · Works at PPPM.SERU.POS MSIA BHD.COMPUMED SERVICES BHD.JPA BHG PENCEN
    polis kata takde unsur nrasuah atau salah guna duit kerajaan dlm cerita LEMBU...lembu dgn polis adik beradik...polis tu anj.......dgn lembu kan sama speses....
  • Kamall Dinn · Top Commenter · Network Administrator at Telekom Malaysia
    penulis macam ta isi hati ku he he sebijik.
  • Din Shukor · Owner/Partner at Danaudesign studiowork
    media selain arus perdana dikuasai luas oleh pnyokong PR... tidak mustahil generasi muda skrg mudah trpengaruh dgn ideologi yg dibaca.. dan mengambil nya scra trus tnpa kaji slidik... shingga kan fitnah yg dnyatakan trut ditelan bulat2 dan mmbuta tuli mnyalahkan barisan nasional.. kita lihat pada realiti... apabila bercerita soal pmbangunan... kita lihat senario di selangor selepas PR mngmbil alih negeri ini.... keadaan lbih truk trjadi... ( anda kan suka tgk blog.. so sila cari sndri..) dan isu2 dikelantan sudah trjawab spt isu royalti myk dan sbgainya yg x diterangkan pada mana2 blog pnyokong PR.. kita ambil mudah begini... ape bila brcerita mngenai kroni... pndapat saya mana2 puak pn akan mlakukan dmikian.. mmberi pluang kpd kroni trdkat.. kita lihat di penang... nyata2 sgala projek diberi kpd kroni mereka... jgn trkjut anda...See More
  • Fauzi Yaacob · Top Commenter
    saya harap datuk sri najib akan memilih lebih ramai calun yang mampu menang seperti sharizat untuk bertanding pada pru 13 nanti.
  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    Masalah Azizah dan Sharizat amat jauh bezanya. Sharizat mengundang kutukan kerana seleweng duit dana rakyat manakala masalah Azizah mengundang simpati rakyat kerana beliau difitnah.
  • Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
    Jangan lupa PRU 13...undilah lembu2...kerana lembu memberi pelaburan yang hebat....kah...kah,,..kah.
  • Ma Lin · Top Commenter · President at NGO
    RM250juta dgn mudah pegawai kerajaan BNED yg kroni boleh turndown jadi prjk yg telus ini menunjukan kuasa Bned yg amat buruh didalam urusan kerajaan...rasuah dikatakan tak ada oleh Bned..adit negara ckp salah guna wang...mcm mcm lah kerajaan kurap ini..masih menegakn benang yg basah muka tembok mcm kulit lembu tebal.....unmno mmg kurap yg pasti tetap pasti rakyat di dahulukan menjdi mangsa perompak....wang rakyat...
  • Jasmani Puteh · Top Commenter · Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
    DIA PUN NK CARI MCM SYELLA...IKUT JE LA CKP UMNO.
  • Azman Shah · Top Commenter
    Perjalanan UMNO sudah samapi ke penhujungnya.Parti racist ini sudah terlalu karat yang semestinya dikuburkan pada PRU 13 agar tidak lagi menjadi dajal di dalam negara kita ini.Malaysia akan menjadi negara yang lebih harmoni aman-damai, kekayaan negara di nikmati oleh semua rakyat berbilang kaum bukan hanya pada anak bini dan kronis bilamana UMNO ini lenyap di muka bumi buat selama-lamanya. Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Jawapan yang diberi oleh Shahrizat dan Timbalan Ketua Polis Negara tidak begitu meyakinkan rakyat kerana tiada bukti2 kukuh jika dibandingkan bukti2 yang diberikan pihak pembangkang dan mereka berani dihadapkan ke mahkamah jika tuduhan itu tidak benar. Jawapan yang diberi oleh Shahrizat seperti helahbela diri.
  • Ramlan Ibrahim · · Top Commenter
    2 minggu lepas............GARUDA TERSUNGKUR MENANGGIS DI TANGAN HARIMAU MALAYSIA.

    2 bulan lg...........UMNO pula TERSUNGKUR MERAUNG KERANA PADAH MAK LEMBU SORANG NIE.

    Wahai2 Wanita2 UMNO............. sebelum kamu semua pun di GELAR LEMBU BETINA.......elok lah KAMU SEMUA WANITA2 UMNO..........korbankan sendiri MAK LEMBU kamu itu sebelum di korbankan dlm PRU KE 13
  • ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at Afghanistan
    Adakah mereka mampu menutup bangkai lembu dengan dua keping note seratus ringgit?(RM100) :)
  • Pudin Junior
    BN = 54 TAHUN PERINTAH + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI = 59 TAHUN.
    PR = 0 TAHUN PERINTAH + 5 TAHUN JIKA MENANG = 5 TAHUN.

    (YANG MANA PILIHAN ANDA).

    ...See More
  • Yahaya Gmg · Top Commenter · SMK Tengku Sulaiman
    RAKYAT MSIA DH CELIK MATA SEKARANG. BKN HIDUP DIZAMAN BATU.SEKARANG ZAMAN IT FACEBOOK TWITTER. UMNO BN DH SILAP LANGKAH. PEMIKIRAN MASIH LAGI DITAKUK LAMA. KEBANYAKKAN RAKYAT MSIA ADA SPM. BKN ZAMAN SEKOLAH ATAP PAPAN HITAM BATU.
  • Wahab Saga · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun
    nak tutup cerita lembu ni tak susah buat cerita baru [iaitu fitnah sapa -sapa vvip]-mana parti politiik tak kiralah bnke pembangkang ke....kan selalu buatdah
Perwakilan: Pemimpin pembangkang tipu rakyat
Perwakilan Umno menyambung perbahasan hari ini dengan membidas pembangkang yang disifatkan mereka sentiasa mencari jalan memperlekehkan usaha kerajaan BN serta memfitnah pemimpin Umno.

Wakil Melaka Datuk Hasnoor Sidang Husin berkata pembangkang menipu rakyat kononnya mereka mewakili suara masyarakat, sedangkan segala yang dibangkit adalah luahan kelompok mereka sendiri.

"Mereka mendesak pemansuhan Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) beralaskan slogan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun bila kerajaan umumkan bakal memansuhkan akta ini, tak ada pun kenyataan menyokong dan berterima kasih kepada Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan Umno Bukit Katil itu ketika membahas usul ucapan dasar presiden, di Kuala Lumpur.

Katanya pembangkang akan terus menabur fitnah untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap Umno dan pemimpinnya.

Wakil Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak pula menyeru anggota Umno agar bangkit menangkis segala fitnah pembangkang itu.

"Pembangkang melontarkan fitnah bertalu-talu terhadap Presiden (Datuk Seri Najib Razak) sampaikan ketika beliau mengerjakan haji pun mereka sebar pelbagai fitnah," katanya.

Wan Amizan juga membidas segelintir anggota Umno yang turut memburukkan keadaan dengan menokok tambah cerita sehingga mengelirukan pembangkang.

"...jadi bermula hari ini, kita semua berjanji untuk padamkan apa saja fitnah dan keburukan terhadap pemimpin dan parti," katanya.

Dalam pada itu, Wan Amizan memohon agar pemimpin Umno agar tidak menimbulkan kontroversi sehingga mewujudkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

Ini kerana katanya, anggota Umno pada peringkat akar umbi menghadapi kesukaran untuk menjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengenai permasalahan yang timbul.

- Bernama

  • Yob Tualang Sekah · · Pengulas Tertinggi · 368 subscribers
    Memang sah.. Perwakilan Umno dah takde otak untok berpikir. http://roadtoputrajaya-rtpj.blogspot.com/
  • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
    Ini fakta 100% betul rakyat M'sia yg jd ahli2 Umno telah di tipu oleh pentadbiran k'jaan2 negeri dibwh Pakatan Rakyat sbb xdpt projek melalui sistem rundingan terus/fail bwh meja sbb k'jaan negeri PR gune sistem tender trbuka/fail atas meja, hahaha...
    • Mohd Noh Karim · Pengulas Tertinggi · Sultan Ibrahim School
      cukup2lah tu pemipin UMNO rakyat malaysia dah cukup faham dan arif penyubur/pebiak segala fitnah kat bumi malaysia ini ialah tak lain tak bukannnnn pemipin UMNOlahhhhhhh
    • Aziman Shaary · Pengulas Tertinggi · Binary Business School
      org ayer molek melaka pon kenal siapa datuk hasnoor sidang husin...berapa byk projek dia dpt...citer la kat rakyat..
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    INGAT JASA UMNO : Beri kuasa untuk perintah gagal pertahan hak Melayu (tanah rizab melayu makin berkurangan).
    INGAT JASA UMNO : Beri kuasa untuk perintah kuasa Raja Raja Melayu dkurangkan satu persatu akhirnya nanti tinggal nama sahaja ingat lah wahai Melayu.
    INGAT JASA UMNO : Tanah Felda umumnya milik melayu akan terjual atas sifat tamak dan haloba pemimpin UMNO/Keparat Melayu akhirnya terjual kepada milik asing macan BERNAS satu masa dahulu.
    INGAT JASA UMNO : DEB 30% Milik bumiputra dianugerah kepada Melayu/Bumi kroni UMNO akhirnya terjual kepada?
    INGAT JASA UMNO : Belanja wang rakyat sebelum Dewan Rakyat bahas peruntukan belanjawan belanja mengurus 2011 atas kapasiti bantuan macam bantun banjir.
    ...See More
  • Lan Abm · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Fuyooooo bela Tok Jib kaw2 tu.. harap dpt bertanding ke?.. x kan semua Tok Jib buat betul kot?.. nampak sgt penipu besar dan kaki bodek.. Piraaaaaahhhhh...
  • Madian Napi
    Ketua Penerangan Umno Bukit Katil--taik la.
    • Bogo Indra Gonzales
      Madian Napi..macam lah raayat melaka tak tahu siapa Datuk Hasnor...suruh dia jaga perempuan dangdut dimelaka raya dan beri ceramah sama perempuan dangdut lagi baik.,perasanan tak habis habis lembu ini..ini lembu suruhan ali ketam.
    • RO Dins · · Top Commenter · Works at Private Investigator
      Yang cerdik Ali Ketam hinggakan SRK pun diberi Dato sedangkan jasa NAHI HAPRAK . Projek2 Mega semua hancai, hutang dgn pusat 1 sen pun tak bayar,..projek hancai Eye of Malacca, Monorel dan mcm lagi semua projek gajah putih yg pasti masuuuk poket kroni..... org melayu kpg ape dpt? bkn fitnah baca Lapuran Audit Negara........ sape tipu rakyat?
  • Fazly Ghazali · Top Commenter · UTMKL
    Depa ni x sembahyang jumaat ke?
  • Imran Penang · Top Commenter
    hahaha mangkuk tinggkat la umno ni...zaman telah berubah hampa tak leh lagi songlap det, hampa kena ikut rakyat bawahan lani..klu hampa kata ISA tu polimik pembangkang...hooo anda silap kami rakyat bawahan mahu dibicarakan secara telus...maknanya kami bantah ISA..itu pun tatau ka? bodoh la hampa umngok.
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    PENIPU TERBESAR BUKAN PEMBANGKANG TETAPI UMNO....CUBA BAYANGKAN BAGAIMANA UMNO BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA SEDANGKAN PARTI UMNO TEWAS TERUK DLM PRU12 BERBANDING PARTI PBB(SARAWAK) YG MENANG 65 KERUSI PARLIMEN ITU BELUM KIRA PARTI KOMPONEN BN YG LAIN DI SARAWAK. KITA KELUARKAN ISU INI SBB UMNO SELALU JAJA SANA SINI MRK TIDAK MEMBULI PARTI KOMPONEN LAIN.
  • Danial Iskandar · Harvard University
    hangpa perwakilan silap...mana ada pembangkang tipu rakyat? tak dak...cek tak pernah kena tipu dgn pembangkang pun lebih2 lg DAP...depa semua 'ikhlas' perjuangkan Islam...cek harap satu hari nanti depa ni la yang jd khalifah umat Islam di Malaysia.
  • Andi Silahhuddin · · Top Commenter
    Pemimpin Kerajaan BN lagilah, raja segala penipu...
  • Rider Bary · University of Putra
    bg ak sume tender sama j..sebab tender bwh jabatan..kadang2 kerani pom main harga woo..seyesly.
  • Mohd Rafee B. Ibrahim · Top Commenter
    Hasnoor Sidang Hussien?...aku kenal sangat dia ni!....tiap-tiap tahun dia je yg mewakili umno melaka...dah tak de orang lain ke yg bercakap?...tahun depan pasti dia lagi!
    • Bogo Indra Gonzales
      Mohd Rafee..ini orang beri jaga mitc melaka terlingkup dibuat nya..suruh dia jaga perempuan dangdut melaka raya...memeng dia pandai.
  • Neil Andrew · Inogo University at PCB
    Kongres PKR = taruk BN 10%, plan memajukan rakyat dan Malaysia 90%.
    Perwakilang UMNO = 90% kenakan Pakatan rakyat, 10% lap bola Najib.. Plan majukan rakyat... takde lansung
  • Neil Andrew · Inogo University at PCB
    Hancur Hancur.. Hancur UMNO...
  • Grandlivina Miormila · Top Commenter · Institut kejuruteraan tentera darat
    depa ni masa perhimpunan haram ni lah nak nyalak kuat kuat suoaya pak jib nampak muka depa , pas tu pilih jadi calun pru 13 ni , buat kerja tak tau yang tau pi putaqbilit isu , pas tu tipu rakyat kata orang lain fitnah depa , pada hal depa tu bapak ketua yang buat fitnah dalam dunia, depa sebenaq nya johan fitnah dan aib kan orang dalam dunia pecah rekod la kata kan.
Pak Samad ketuai protes bantah Akta Perhimpunan
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

klcc walk for freedom of assembly crowdKebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

malaysian can walk klcc 261111 08Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.

Tiada ulasan: