Isnin, 5 Disember 2011

MENGHINA ISLAM..PERLEKEH ISLAM...JIKA IA ISLAM ROSAK IMAN...APA2 PUN KEDUANYA SEOLAH2 MENGUNDANG MUSIBAH@BALA DARI ALLAH...IA AKAN DATANG SETELAH LUPA

Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain | Print |
Mohd Sabri Said

PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, Islam melarang sama sekali umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.

Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga ‘tepi kain’ saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.

Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur sekaligus memutuskan pertalian.

"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula sekira saudaranya terbabas, tetapi bukan sampai menyelak kain sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.

Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh menjejaskan persaudaraan yang terjalin.

Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.

Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.


Umno, MCA bersekongkol hina hukum Islam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.

Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) semalam, wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.

“DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss kepada Harakahdaily.

DPP Malaysia, katanya tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Jika demikian, ujarnya DPP Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya.

“Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar,” katanya.

Tegasnya, DPP Malaysia mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala- Umno.

“Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?” katanya.

Tambahnya, DPP Malaysia percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno, itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam.

Namun sehingga ke hari ini, ujarnya tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam, kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda.

Bagi mereka, katanya hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan.

“Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati,” katanya.

Beliau berkata, DPP Malaysia memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam.

Katanya, sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Selain itu, katanya DPP Malaysia mengharapkan agar umat Islam membuka mata melihat segala kemungkaran yang dilakukan oleh Umno.

Soalnya, apakah ada harapan buat umat Islam di negara ini bernaung di bawah kepemimpinan Umno jika mereka sendiri tiada niat untuk melaksanakan Islam.

“Jika mereka ditakdirkan memerintah buat seribu tahun lagi, Islam tetap bukan pilihan bagi Umno, kerana Islam bukan matlamat perjuangan mereka,” katanya.

PAS anjur Wacana Burhanuddin Helmy esok | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pusat Penyelidikan PAS akan menganjurkan Wacana Burhanuddin Helmy bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Pengarah operasinya, Dr Zuhdi Marzuki berkata program pertama akan diadakan pada 6 Disember bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat.

Wacana bulanan tersebut bakal dihadiri oleh pimpinan PAS Pusat serta ahli akademik dan professional dari seluruh negara.

Katanya, selari dengan hasrat PAS menjadi teraju perubahan kepada masyarakat, Wacana Burhanuddin Helmy akan dijadikan sebagai medan untuk pimpinan PAS, ahli akademik dan professional bertukar pendapat dalam memberi penyelesaian kepada masalah semasa yang dihadapi negara.

Antara topik yang akan dibincangkan ialah Kegagalan Program Penswastaan Negara, Penyenaraian Felda ke bursa saham dan pelbagai isu lain yang membelenggui negara dan mendatangkan musibah kepada rakyat.

“Komited dengan agenda “PAS untuk Semua”, wacana ini diharap dapat terus menggalakkan kerjasama ulama’, ahli politik dan professional dalam membincangkan isu-isu nasional dan yang memberikan kesan yang besar kepada rakyat secara telus dan serius,” katanya.

Hasil perbincangan akan didokumenkan sebelum disebar-luaskan untuk memberikan lebih kesedaran kepada rakyat yang sering tertindas dan ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Menruutnya, Wacana Burhanuddin Helmy diharap akan menjadi satu lagi pemangkin kepada wujudnya sebuah Negara Berkebajikan yang akan memacu kemajuan negara dan memastikan kesejahteraan kepada rakyat.

Kepada yang berminat, sila hubungi Muhammad di talian 019-3303236.


Pemuda PAS cabar Kamal debat isu hudud | Print |
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri.

“Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan.

Peneroka Umno gugusan Chini 3 saman Felda | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Selepas berhadapan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka.

Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said, tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG), lapor KeadilanDaily.

“Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG.

“Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan.

Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli Umno yang sedar akan hak mereka.

“Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.

Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli Umno.

“Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda,” kata beliau.

Tiada ulasan: