Sabtu, 31 Disember 2011

BILA DITUDUH RASUAH...TIDAK RASA MALU...MALAH SENYUM...SEDANGKAN KENA TAHU KEDUA2 MASUK NERAKA..PENERIMA DAN PEMBERI

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

NONE"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

HIMPUN janji dedah banyak lagi kes murtad

Gabungan HIMPUN akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti murtad di satu perhimpunan yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari Sabtu depan di Stadium Tertutup Paroi di Seremban.

Aminuddin Yahaya Himpun PC in SerembanBercakap dalam satu sidang akhbar di Seremban hari ini, setiausaha agung HIMPUN, Aminuddin Yahaya berkata ada pihak yang menganggap dakwaan mereka itu tidak berasas.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya mempunyai bukti dan fakta untuk menyokong dakwaan mereka mengenai kejadian murtad yang dilaporkan.

Apabila Malaysiakini meminta beliau mendedahkan beberapa bukti untuk menyokong dakwaannya itu, Aminuddin (kanan) berkata, beliau akan berbuat demikian di perhimpunan Sabtu depan.

Ditanya sama ada HIMPUN akan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama atau polis berhubung dakwaan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa ada pertubuhan Kristian menghantar mubaligh berpakaian jubah ke masjid-masjid dan mengerjakan solat Zuhur dengan orang Islam untuk mendekati jemaah, Aminuddin berkata, Dr Hasan telahpun menubuhkan Unit Selamatkan Akidah dan sedang mengumpul bukti.

Katanya, terdapat juga NGO Islam yang telahpun menjalankan program pemulihan iman dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu.

Manakala pihaknya pula, jelas Aminuddin, memberi tumpuan kepada usaha mengadakan perhimpunan.

Menurutnya lagi, untuk tindakan terperinci, pihaknya menyerahkannya kepada NGO-NGO berkenaan.

Ditanya mengapa sebelum ini HIMPUN memberi tumpuan di Selangor, yang memberi gambaran bahawa murtad itu berlaku hanya berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Aminuddin berkata, pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sebaliknya, kata beliaiu, HIMPUN menganjurkan perhimpunan di negeri-negeri di

mana kes-kes murtad dilaporkan.

Di Negeri Sembilan, katanya, terdapat 183 permohonan untuk keluar Islam dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan 38 daripadanya telah diluluskan.

Katanya, terdapat satu kes yang dilaporkan di Terengganu baru-baru ini, yang merupakan sebuah negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar tuduhan bahawa pihaknya hanya mensasarkan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Hasan ali pcAminuddin berkata, pihaknya memulakan menganjurkan perhimpunan di Selangor, kemudian di Perak dan sekarang di Negeri Sembilan.

"Kami akan pergi ke negeri-negeri lain juga dalam tempoh dua bulan akan datang," kata Aminuddin.

Bagi perhimpunan minggu depan, antara mereka yang akan berucap ialah Dr Hasan; pengerusi HIMPUN, Azmi Abdul Hamid; timbalan pengerusi HIMPUN, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan bekas Mufti Negeri Sembilan, Murtadza Ahmad.

Aminuddin turut menegaskan bahawa kumpulannya tidak menentang Kristian, tetapi hanya mempertahankan Islam.


Pemuda Umno: Roboh madrasah Solihin tindakan bodoh
Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan keputusan kerajaan negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.

Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukan memusnahkannya demi tujuan komersial.

"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di Kepala Batas hari ini.

Terdahulu, Reezal dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan sijil dan hadiah kepada 288 murid Tahun Enam SK Bertam Indah yang mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Reezal Merican berkata Pemuda Umno Kepala Batas sedang menganjurkan program gunting rambut secara percuma di sekolah berkenaan mulai semalam hingga 3 Januari depan.

Katanya program itu sebahagian daripada usaha Pemuda Umno mengurangkan beban kewangan ibu bapa menyediakan persiapan sekolah anak masing-masing.

- Bernama

DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.

Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.

"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: