KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Mohamad Hanipa Maiden berkata, beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan ekoran penolakan saman Mohamad Sabu ke atas akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Ini kerana, penolakan saman oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah isu teknikal yang sebelum ini tidak menjadi kesalahan kepada kes yang lain.
"Apa yang berlaku adalah mahkamah menyalahkan permohonan saman itu kerana saya tidak masukkan sebab penuh saman itu dalam saman tetapi memasukkannya dalam afidavit yang dikepilkan sekali.
"Semasa saya failkan kes Khalid Samad terhadap Utusan, saya menang kes itu walaupun cara yang saya buat sama sahaja.
"Jadi ia soal tafsiran yang saya rasa saya betul dan tidak menjejaskan permohonan Mohamad dan tidak menjejaskan hak pihak defendan kerananya. (Hanipa bercakap dengan A Samad selepas pelancaran buku Subky, Anak Apak di Mid Valley Megamall) "Oleh itu, saya akan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan ini," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Hanipa ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Megamall hari ini.
Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Disember lepas menolak Mohamad terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.
Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.
Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.
Muhammad Faizal | KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi mendakwa ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II.
Tindakan itu juga ujarnya bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat. Sementara itu, Anwar yang ditemui juga turut menyatakan pendirian sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian berhubung perkara itu.
"Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mencukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut.
"Tetapi apa yang dilakukan tadi Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong Umno yang lalu telah menyerang saya secara terus," kata Anwar ketika mahkamah berehat seketika tengah hari tadi.
"Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat dapat mempengaruhi rakyat serta keputusan yang akan dibuat nanti," katanya yang juga ketua pembangkang.
Selain itu, pada penggulungan pagi tadi, Karpal turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.
Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.
Dalam pada itu, perbicaraan liwat II yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak.
Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Turut hadir mendegar penghujahan hari ini adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran, dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Aslani M | KOTA BHARU, 12 Dis: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menolak andaian peguam, nama Faisal Rohban dan Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad adalah orang berlainan. Beliau berkata, blogger terbabit yang menggunakan nama Ruang Bicara Faisal (RBF) adalah orang yang sama biar pun memaparkan nama berlainan dalam blognya. Sebelum itu peguam Adly Abdul Manas mewakili Mohd Faisal cuba menimbulkan keraguan tersebut pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Ketika awal perbicaraan Adly membantah peguam plaintif, Hisham Fauzi mahu memanggil semula saksi pertama dan kedua kes saman Husam terhadap blogger terbabit. Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan peguam plaintif memanggil semula saksi pertama, Husam dan saksi kedua Mohd Syahfarin Ali Rajkumar Abdullah, 40 pada prosiding berkenaan. Hisham turut dibantu peguam Zainal Abidin Mustafa dan Hazalawati. Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya. Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000. Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut. Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada awalnya tulisan memfitnahnya turut dipetik dalam banyak blog proUmno yang juga memuatkan gambar Faisal. Bagaimanapun selepas fail saman dikemukakan Husam memberitahu gambar Faisal dihilangkan dalam blognya dan milik group Umno. Bagaimanapun hakim menegur peguam defendan kerana cuba menimbulkan kekeliruan mengenai siapa sebenarnya pemilik blog terbabit.
Harakahdaily | ALOR SETAR, 12 Dis: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang akan melaksanakan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula adalah sebagai satu penghormatan bersejarah kepada baginda. “Sesungguhnya, penghormatan bersejarah bagi kali kedua kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini, adalah satu kebanggaan bagi patik-patik sekalian dan patik berdoa agar Ke Bawah Duli Tuanku berdua, sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi. Sehubungan itu, beliau yang mewakili semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikann Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu. Bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang tercinta itu terus kekal dan terpelihara, beliau mewakili kerajaan negeri, kakitangan awam dan rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri terus terjamin.
“Agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong, hubungan baik kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini,” ujarnya. Pastinya, kata beliau pesanan serta pandangan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.
Beliau dan seluruh hamba turut berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mempermudahkan segala urusan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong serta mendapat hidayah-Nya. Pada istiadat tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan. Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun. | Mohd Syahfarin ketika tampil di kandang saksi bagi kali kedua juga memberitahu mahkamah, beliau cam penulis blog terbabit dan ada dalam mahkamah. Pihak plaintif juga akan memanggil seorang lagi saksi, Dr Ahmad Sharwan Mohd Sidek yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perbicaraan bersambung pagi esok.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyambut baik inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan integriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih terhadap negeri tersebut. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, antara langkah tersebut adalah setiap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikehendaki membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet. Katanya, DPP Malaysia menganggap deklarasi aset exco sebagai langkah baik dan penting bagi membuktikan bahawa setiap exco kerajaan negeri bekerja dengan penuh amanah, tanggungjawab, telus serta menunjukkan bahawa mereka bekerja untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Beliau berkata, apa yang berlaku di negara ini adalah, ramai dari kalangan pemimpin negara atau pemimpin kerajaan negeri gagal mengisytiharkan aset mereka. “Ini mungkin disebabkan pemimpin ini bimbang kerana mereka mempunyai banyak kepentingan terhadap harta yang boleh dipersoalkan rakyat dan jika diisytiharkan harta mereka mungkin bernilai jutaan ataupun billion ringgit yang jauh daripada kemampuan sebenar mereka,” katanya kepada Harakahdaily. Bagi DPP Malaysia, ujarnya pemimpin seperti itu bersikap tidak jujur kepada rakyat kerana mengambil kesempatan daripada kuasa dan pengaruh yang mereka miliki untuk mengaut sebanyak mana harta sama ada melalui perniagaan mahupun melalui rasuah. Baginya, agak mengejutkan kerana ada ada pemimpin negara atau pemimpin kerajaan negeri yang mempunyai aset bernilai berbilion ringgit, hasil dari pemerintahan selama bertahun-tahun lamanya. Persoalan yang timbul, ujarnya bagaimana mereka mendapat harta yang begitu banyak jumlahnya yang jauh daripada pendapatan mereka. Katanya, sudah tentu perkara sebegitu akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, adakah pemimpin itu bekerja untuk rakyat atau hanya untuk diri mereka sendiri. Katanya, kesan daripada itu akan menyebabkan berlakunya pelbagai ketirisan dalam pentadbiran. Beliau menambah, Laporan Ketua Auditi Negara 2010 menyaksikan berlakunya pelbagai masalah yang berpunca dari kecuaian dan ketirisan dalam pentadbiran di pelbagai agensi kerajaan. Selain itu, kata beliau rakyat pula merasa kecewa kerana hasil kekayaan negara ini tidak dapat dikongsikan bersama. Malah, katanya lagi masih ramai rakyat yang menderita kemiskinan serta terhimpit oleh kenaikan harga barang yang semakin meningkat di negeri yang kaya dengan hasil petroleum. Oleh itu, ujarnya DPP Malaysia menyarankan kerajaan negeri-negeri lain agar mengambil kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh terbaik dengan setiap pemimpin kerajaan mengisytiharkan asset mereka bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran dapat dijaga bahkan boleh dipertingkatkan. “Tidak hairanlah jika kerajaan Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion,” katanya. Menurutnya, dengan hanya memerintah negeri selama tiga setengah tahun kerajaan negeri Pulau Pinang berupaya bangkit sebagai negeri terbaik dari sudut pentadbiran mengalahkan negeri yang diperintah Barisan Nasional yang telah memerintah selama berpuluh tahun lamanya. Katanya lagi, ketelusan dalam pentadbiran adalah jawapannya dan wajarlah negeri lain mencontohi Pulau Pinang. | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan