Jumaat, 2 Disember 2011

YANG JELAS MENIPU ITU 'HARAM' SERTA ORANG SOKONG DAN BEKERJASAMA UNTUK MENIPU ITU JUGA 'HARAM'..MENANG MENIPU ELAUN PUN HUKUMNYA HARAM..TANYA MUFTI2

Kewangan Islam tangani krisis ekonomi global | Print |
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 1 Dis: Kegawatan ekonomi yang kini melanda negara-negara kapitalis termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah angkara sistem ekonomi ciptaan sendiri yang mengenepikan nilai-nilai agama.

Profesor Fakulti Perniagaan dan Akaun Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, akibat menolak sistem kewangan Islam negara-negara barat kini menjadi mangsa kepada keadaan.

“Kita seharusnya bersyukur apabila melaksanakan syariat Allah dijanjikanNya kehidupan manusia lebih selamat,” katanya pada Syarahan Perdana Ekonomi bertajuk “Krisis Ekonomi Global: Kesan dan Penyelesaiannya di Kota Darulnaim hari ini.

Program itu dianjur kerajaan negeri dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri.

Dr Mohd Nazari berkata, rakyat Amerika kini berdepan krisis kewangan yang tenat, di mana berpuluh ribu dibuang kerja dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta.

Katanya, sebanyak 16 peratus atau 49 juta rakyat Amerika sekarang berada di bawah garis kemiskinan.

“Krisis ekonomi bermula sejak 2008 sehingga sekarang belum ada jalan penyelesaiannya. Ini menyebabkan Amerika menanggung hutang negara pada tahap yang teruk,” ujarnya.

Tambah beliau fenomena itu menyebabkan ada rakyatnya terpaksa mendirikan khemah di pinggir hutan atau di tempat yang dikira sesuai untuk berteduh.

Malah katanya, Jepun juga sebelum ini terkenal sebagai negara maju turut menghadapi krisis di mana ramai pekerja kilang dibuang kerja.

Menurutnya beliau ekonomi global hanya akan kembali berada di landasannya apabila sistem kewangan Islam diterima secara menyeluruh.


Ubah polis, tentera mengundi di tempat awam | Print |
Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah tempat pengundian bagi anggota polis dan tentera ke tempat awam.

Mahfuz memperlihatkan pemindahan tempat pengundian undi awal itu sangat penting kerana ia dapat mengelak berlakunya tekanan kepada anggota tentera dan polis yang mengundi.

"Saya menggesa perubahan tempat pengundian bagi undi awal diubah dari kawasan disiplin tentera atau balai polis dilakukan di kawasan sekolah seperti apa yang dilakukan oleh pengundi awam biasa.

"Perkara ini penting kerana ia dapat mengelakkan tekanan ataupun ketakutan kepada anggota tentera serta polis yang ingin membuang undi yang merasakan ada pegawai sedang memerhati mereka membuang undi.

"Kebebasan perlu diberikan kepada para undi awal dan kita mahukan keselesaan kepada mereka untuk mereka membuang undi dan cara ini dapat menjadikan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas," jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau ketika membahas laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung syor penambahbaikan proses pilihanraya, berkata apa yang dicadangkan itu tidak satu pun dilihat mengikat kerajaan dalam perlaksanaannya.

"Cadangan yang baik telah dikemukakan oleh PSC tetapi bagaimana kita ingin memastikan SPR dan juga agensi terbabit mematuhi syor yang dicadangkan.

"Dalam pada itu apa yang saya lihat syor-syor yang dicadangkan itu tidak mengikat langsung kerajaan untuk melakukannya seperti tempoh masa perlaksanaan malah bila cadangan perlaksanaan.

"Saya melihat seolah-olah tiada kesungguhan dari kerajaan untuk melaksanakannya dan saya tidak mahu pembaziran berlaku seperti mana cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja sebelum ini, tiada perlaksanaan tetapi wang habis dibelanja dan ini satu pembaziran.

"Saya mahu pada penghujung perbahasan ini akan ada satu ikatan yang dibuat oleh Parlimen agar ia menjadi tanggungjawab kerajaan serta SPR untuk melaksanakannya," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Mahfuz juga mahu wujud ketelusan media diwujudkan dengan mewujudkan satu stesen televisyen khas untuk setiap kali pilihanraya yang dikendalikan terus oleh SPR.

"Wujud media yang telus dengan menyediakan media khas bagi membolehkan parti-parti yang bertanding dapat menyampaikan maklumat mereka kepada rakyat dan ia secara tidak langsung mewujudkan keadilan dalam media," kata beliau lagi.


Tubuh s'jaya bebas siasat pendatang jadi pengundi | Print |
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Kerajaan BN didesak menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dengan terperinci warga negara asing turut didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihanraya di negara ini.

Tindakan tersebut dikesan dilakukan dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu sehingga menjadikan negara ini berada dalam bahaya apabila masa depan negara berada dalam tangan warganegara asing.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut amat dikesali kerana ia jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit terhadap negara.

Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit bagi mencapai kemenangan dalam pillihanraya untuk terus kekal berkuasa demi keuntungan dalam jangka masa pendek mereka.

Katanya, sebagai warganegara, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya masing-masing mestilah berfikir dan bertindak secara rasional untuk jangka masa panjang demi keselamatan negara.

"Untuk mengatasi masalah itu, perlu ada satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat sepenuhnya tentang warganegara asing yang turut didaftarkan sebagai pemilih," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ketika berucap membahaskan usul penambahbaikan proses pilihanraya yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, beliau berkata, penyata yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh kerajaan.

Menurutnya, dalam penyata jawatankuasa itu dicadangkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, manakala cadangan itu pula menepati salah satu dari 8 tuntutan Bersih untuk dilaksanakan oleh SPR.

"Cadangan itu jelas menafikan kenyataan SPR dan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan penggunaan dakwat kekal sebagai kolot dan tidak sesuai dilaksanakan dalam pilihanraya," katanya yang juga Naib Prtesiden PAS.

Sejajar dengan perkembangan masa, beliau turut mendesak kerajaan menerima sistem dua parti untuk dilaksanakan di negara ini.

Beliau juga mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini bagi kepentingan rakyat, setelah Kerajaan BN sekian lama membelenggu pemikiran orang ramai dengan ketidakadilannya terhadap laporan-laporan media.

"Suara generasi muda mesti didengar oleh kerajaan. Kita harap media dalam pilihanraya umum ini bebas dan tidak lagi dibelenggu dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh kerajaan," tambahnya.

PAS dan Pakatan Rakyat, tegasnya, boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya sekiranya itulah yang dipilih oleh rakyat, dengan syarat kerajaan tidak menyekat kebebasan media dan pilihanraya dilaksanakan dengan bersih dan adil.

Beliau menyarankan kerajaan turut mencontohi sebahagian langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan Singapura berhubung perkara itu, sehingga menjadikan pilihanraya terbaru di republik itu lebih baik berbanding sebelumnya.

PAS heret bil Perhimpunan Awam ke mahkamah

PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.

SPR sedia guna dakwa kekal jika dilulus Majlis Fatwa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

NONE"Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.



Tiada ulasan: