Ahad, 4 Disember 2011

BIAR RAKYAT NILAI...NILAI SENDIRI...AKAN FIKIR BAIK2 AJE...YANG BURUK DILENYAP2KAN...KURANG2 KATA DALAM HATI..'BUKAN AKU SORANG BUAT'...

Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.

"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam.

"Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka

"Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya.

Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

"Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.


Felda tempah maut masuk pasaran saham? | Print |
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut.

Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini.

Menurut beliau, kesemua skim itu pada mulanya diyakini akan memberikan pulangan besar kepada para pelabur, tetapi akhirnya kesemuanya menjadi di sebaliknya sehingga para pelabur sendiri yang menanggung akibatnya.

Katanya, sekiranya skim-skim yang diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit boleh menerima nasib malang itu, amanah saham yang melibatkan Felda Global Vantures diyakini akan menerima nasib jauh lebih malang daripada itu.

"Jika amanah itu diperkenalkan, di hadapan dan belakangnya tentunya Isa Samad, sedangkan rekod buruk Isa Samad telah terbukti sejak beliau mula menjadi Pengerusi Felda, malah sebelum itu lagi," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Kini, demi kepentingan peribadinya, menurut beliau, Isa sanggup menggadaikan kepentingan Felda sehingga boleh menggelapkan masa depan seluruh warga peneroka di seluruh negara dengan pelbagai tindakannya yang tidak masuk akal.

Katanya, antara langkah jelas Isa ke arah itu boleh dibuktikan dengan kesanggupannya memetrai perjanjian pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Vantures.

"Sekiranya sistem pajakan sehingga 99 tahun itu berjaya dilaksanakan, Felda Global Vantures dengan kerjasama Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mengatur langkah lebih jauh untuk memasuki pasaran saham dengan penyenaraian ke dalam Bursa Saham Malaysia nanti," tegasnya.

Sekiranya skim amanah saham itu mendatangkan keuntungan, tambahnya, pihak yang menikmati keuntungan itu bukannya warga peneroka, tetapi Isa dan koncu-koncunya serta kroni-kroni Umno BN.

"Itu kalau untung, tetapi kami di pihak Anak tak nampak pun saham itu akan mencatatkan keuntungan. Malah, nasibnya nanti samalah juga dengan Asdi dan amanah-amanah saham lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini," katanya.

Kalau saham yang melibatkan Felda Global Vantures itu rugi pula, tegasnya, Isa dan koncu-koncunya tidak akan menanggung sebarang kerugian, tetapi para peneroka di seluruh negara juga yang akan menanggung akibatnya kerana langkah yang dibuat itu bukannya untuk kepentingan para peneroka, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, langkah jahat Isa itu sememangnya sudah dapat dikesan sejak awal oleh para peneroka yang faham dan dapat membaca mesej yang tersirat, sehingga menyebab Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman menentangnya habis-habisan.

Shamsuddin, tambahnya, yang telah 15 tahun menjadi ketua peneroka yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu, sememangnya sudah cukup faham perkara itu dan tidak mungkin dapat ditipu oleh Isa dan koncu-koncunya.

"Anak sememangnya akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada beliau dan kepada para peneroka. Kami telah sama-sama berusaha menyedarkan para peneroka mengenai perkara itu sehingga kebanyakan peneroka telah pun memahaminya," ujarnya.

Jika sebelum ini Umno BN telah berjaya mendapat undi yang cukup banyak daripada para peneroka sehingga berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu, tegasnya, dalam pilihanraya akan datang, para pemimpin Umno BN janganlah lagi menaruh harapan daripada undi para peneroka.

"Para peneroka di seluruh negara telah pun sedar dengan penipuan para pemimpin Umno BN terhadap mereka selama ini. Mereka telah pun bangun untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Tahulah nanti para pemimpin Umno BN diajar oleh para peneroka sendiri," ujar beliau.

Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN.

50 peratus kemenangan jika selesaikan masalah rakyat
Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid Umno VPBeliau berkata, jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai.

"50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, justeru itu ketiga-tiga naib presiden Umno diberi tanggungjawab untuk memantau setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dalam tempoh yang segera.

NONEBeliau turut berharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih.

Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang, katanya.

- Bernama

  • Ewan Sn · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Wahai YG Zahid Hamidi...Zaman letak tunggul kayu mewakili UMNO pasti menang dahpun berlalu. Dalam keadaan sekarang, berkhidmat dengan baik sekalipun pun belum tentu menang kalau atas nama UMNO. Letak bekas Imam Negara mewakili UMNO pun kalah teruk.. UMNO@BN kehilangan sokongan, dibenci, semakin ditolak dan hilang banyak kerusi adalah disebabkan UMNO itu sendiri yang telah dirosakkan bukannya oleh DAP, Pas atau PKR, tapi telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang sombong, rasuah dan menghimpun harta secara tak sepatutnya tak sudah-sudah..
    • Hisyam Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Polytechnic Ungku Omar
      jgn cerita pasal 50%. kalau 50% lagi sapu duit rakyat, terima fitnah bulat2, kerja tak ikhlas, menyombong diri, mengumpul harta ratusan ribu malah jutaan , mengumpul berpuluh keta & motor dpn rumah, membina rumah bah istana...fikirlah sendiri..rakyat nilai semua ini..
    • Lvly Altye · Pengulas Tertinggi
      Yb Zahid Hamidi cuba bagi tau kat rakyat malaysia ni kita boleh mng seratus peratus kan cantek jni lima puluh saja mana nak cukup dan lagi cuba survey berapa orang rakyat malaysia yang tutup tv x mau dengar ucapan berapi-rapi pm,tpm dan yang lain-laintu ,kalau rakyat tengok rakyat pun dapat dosa percuma.. tumpang ketawa tepuk tangan bila mereka hentam puak satu lagi fitnah kawan lain yang seagama ..kita jangan jadi bapak ayam berkokok setiap pagi last-last kena sembelih atau pun keha jual dipasar..
    • Ismam Mahad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Studioukur Geomatics
      Ewan Sn, betul tu. Dahulu kawan saya selalu berkata, kalau letak LEMBU jadi calon BN pun boleh menang. Hari ini perkataan 'lembu'lah yang sering diperkatakan oleh mereka
  • Kamaru Zaman · Pengulas Tertinggi · Melaka
    Zahid Hamidi lebih baik awak betulkan diri awak Awak amek tanah orang kampung tanpa izin nak buat mahad tahfiz, adakah ini cara betul seorang wakil rakyat Awak cakap lebih dari tin kosong aje Sampai masalah tu pun tak selesai Kalau orang Bagan Dato tahu apa yang anda lakukan ini sangat memalukan. Janganlah dengan kuasa awak rampas hak rakyat melalui apa cara pun Ingatlah ikhlas jujur amanah takwa dan iman itu sangat lah penting Tolong lah Zahid Hamidi jangan lah jadi BURONG KAKAKK TUA.
    • Mohd Noh Karim · Pengulas Tertinggi · Sultan Ibrahim School
      zahid hamidi ni bukan setakat rampas tanah malah pukul orang hinga masuk hospital dan cacat angota badan dia hinga hari ini buat laporan polis pun polis tak buat apa2
    • Bogo Indra Gonzales · Pengulas Tertinggi
      Mohd Noh Karim Hebat betul wakil rakyat perlemen bagan datuk kaki pukul orang..baru saya tahu..bagus biar rakyat tahu peragai wakil rakyat dari umno.
    • Hisyam Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Polytechnic Ungku Omar
      Inilah org yg melaungkan Reformasi smasa bersama DSAI..esok2 terus senyap..mana jati diri Dato'..ini cerita lama ..anak muda kebanyakkan bersama DSAI masa tu..takkan lupa..inilah manusia yg tak berbudi & seumpama kacang lupakan kulit..
    • Imran Rahim
      Bogo Indra Gonzales Setahu saya zahid orang yang baik. dia ketua pemuda saya dulu.isu tu dah dimanipulasi barangkali
    • Lvly Altye · Top Commenter
      Hisyam Ibrahim ..orang begini kalau zaman sabelum merdeka dah lama kena pancung penaya kawan takut x dapat kesenangan dunia
    • Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Bila nak mulakan selesaikan masaalah tu.PR13 dah nak dekat.Kebanyakan pengundi dah set nak pangkah selain BN,termasok dari yang dikatakan ORANG UMNO tu.Mereka kebanyakan nya bermuka2 begitulah jawaban mereka yg sering dapat" payung besar".
    • Lvly Altye · Top Commenter
      Mohd Noh Karim ..samseng juga sizahid niye sampai patah riok kawan tu dipukulnya mana ke tidak keturunan nya dari mana..si pitung
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Hisyam Ibrahim kerana pangkat dan kedudukan lembu sekor ni si Zahid sanggup jadi pembelot terhadap DSAI...
    • Hisyam Ibrahim · Top Commenter · Polytechnic Ungku Omar
      Lebih baik org umno yg dulu kini selamanya yg mati dlm parti umno , dari org umno yg dah keluar tapi msk balik hanya ingin mati selamanya dlm umno. Sbb tu le Najib ckp jadi org umno jgn jd ahli umno..sbb dia tahu ahli umno memang ada lebih 3 juta tapi tu hanya atas kertas..umno lama yg benar2 berjuang telah lama mati..kini hanya ada umno baru ciptaan mantan PM. Mana letaknya maruah dgn rm2 utk jilat balik keris umno...
  • Muhammad Siddiq Nazri · Top Commenter · University of Malaya
    Kenyataan ini menunjukkan bahawa wakil rakyat UMNO tidak pernah menyelesaikan masalah rakyat..
    Yang lebih menghairankan, bagaimana masyarakat yang tahu/melihat bahawa wakil rakyat UMNO ini tak pernah menyelesaikan masalah mereka, tetapi tetap mengundi wakil rakyat UMNO ini..
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    DAN 50% KEKALAHAN CALON ITU ADALAH DISEBABKAN CALON UMNO(BN). ORG DAH MUAK TENGOK MUKA CALON UMNO(BN)...HEHEHE
  • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
    Macam mana BN nak menang kalau peragai wakil rakyat bn tak berubah..rakyat datang pejabat DUN nak mengadu masaalah dia tak ada jumpa kaki tangan penyelaras DUN punya lah boduh sombung..lebih dari wakil rakyat..maka kita gulingkan bn pru ke 13 ini.
  • Abdullah Chik · · Top Commenter · Sek Men Alor Janggus
    hari ini rakyat semakin celik tidak terraba raba lagi ..tugas dan tangunng jawab yang memerintah hendaklah meyediakan kemudahan tak kiralah siapan yang menerajui negara..jangan jadikan kemudahan yang diberi sebagai alasan untuk memelih kerajaan yang ada hari ini dengan rekod yang buruk.kita lihat negara luar tak kira siapa memimpin kebajikan rakyat tetap dilaksanakan ..bukan hampir pilihan raya baru nak sediakan keperluan yang sepatut dah lama dilaksnakan...
  • Putra Buluh Betongg · Works at PDRM
    time nk mgundi bru dtng umh org kg.bawk brs bw susu bg rm50.bg zink.slama ni ada rkyt y ssh nk mkn wlaupn ikn skor ada yb ksh? dpt jd yb 6blan dh kya rya.jnji ntah kmana.hanyut bsma ank pinak d lautan madu.prut pn mkin boroi xtaulh kembung ke or duk mkn duit rkyat.
  • Jabal Nur · Top Commenter · Works at Penoreh getah
    rupa2nya selama ni umno tak buat kerja tapi kerjakan duit rakyat sahaja. malang sungguh nasib kita rakyat malaysia ni.....
  • Jawa Kelate · Universiti al-azhar
    tunjuk kepimpinan yg benar hbaru menyakinkan rakyat\ bkn sekadar myelesai masalah setempat. Pihak dun yg patut selesai masalah setempat. tugas yb selesai masalah negara.
  • Balqis Waheeda · Top Commenter
    Salah..50% kemenangan klau selesai masalah rakyat..
    Betul.. 50% kemenangan klau BN x sapu diut rakyat...
    • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
      Kerajaan BN 85% kalah PRU KE 13 yang akan datang.tak percaya sama sama kita saksikan dan tunggu lihat.
    • Balqis Waheeda · Top Commenter
      klau PR bersatu,insyallah PRU13 BN akan pembangkang...
  • Bill Klentong · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    50% dapat menyelesaikan masalah rakyat + 20% perkaumant + 30% menipu
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    tiada jalan lain,,, kembalilah kepada islam sebenar...ini janji allah bagi orang2 yang yakin
  • Mutalib Ahmd · Top Commenter
    Yb Zahid... krajaan yg trhebt yg prnh dikurniakan oleh ALLAH S.W.T ialah krajaan nabi ALLAH, SULAIMAN A.S.rkyt dn bala tnteranya meliputi smua mkhluk ALLAH ttpi dimne krajaan itu skang? adakah ngn slogn UMNO ''dulu kini dn selamanyer" akn tros bertahan tnpe penghujung.jadikan PRU 13 sebagai titik penamat buat kerajaan korup.
  • Pandang Ke Kuala Pilah · Top Commenter · Observer at Victoria's Secret
    Bak kata Aisyah, 'Janji Manismu'...
  • Jeesmi Mohamed · Top Commenter · German - Malaysian Institute
    Orang yang lari dari perjuangan dia ni la, esok andai kata PR tawan Malaysia ntah-ntah dia puji anwar semula, kalau aku jadi dia ni aku diam je.
  • Atas Pagar
    Memang sah Ahli UMNO kuat sabotaj...:)
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    Pembangunan di malaysiakuku ini seperti pelangi yang indah di langit tetapi ia tidak dapat dicapai tangan hanya dapat dilihat mata dengan mulut ternganga air liur meleleh... jadi projek lembu ini hanya tayangan untuk rakyat melihat banyaknya pembangunan tapi bersepah untuk kroni. kita mohon debat isu lembu syahrizat ini diadakan segera dengan pihak umno vs PKR/PAS;m aku sepanjang dalam askar nayu menjaga negara tapi rupanya jaga menteri nak rasuah2 jua adanya; diperbodoh sana sini olih umno dan pimpinannya.
  • Tengku Adlin Ku Mat · Birmingham, United Kingdom
    umno tak selesaikan masaalah rakyat, membenankan rakyat memang banyak. jd umno dah kalah 50 pratus dah. untuk capai 50 peratus lagi kemenangan melalui pilihan raya memangsusah. hari mendatang anda sangat suram
  • Zulkiflinordin Pak Uda · Top Commenter · Works at Kastam
    pulak dah! 50% keuntungan sekiranya umno menang itulah maksudnya? rakyat jgn tak paham cakap orang umno ni depa cakap ada 2 makna..dlm kepala duit duit duit..bulih pecaya ka sizahid ni....depa dah ada hint yg umno akan bungkus tu yg cakap bukan2 tu.....mimpi ngeri.
Mustapa: Wakil rakyat BN perlu menilai diri
Semua pemimpin terutama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon baharu menggantikan mereka, pada pilihan raya umum akan datang, jika merasakan rakyat sudah menolak mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ada kalangan mereka yang telah bertanding sebanyak tujuh atau lapan kali (pada pilihan raya) masih lagi diterima rakyat dan sebab itu mereka perlu menilai diri mereka kali ini sama ada mereka calon yang boleh menang atau sebaliknya.

manrek urai umno ceramah mustapa and annuar 060709 03"Kalau kita sudah ditolak kita buat penilaian sendiri sebelum pucuk pimpinan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Agrobank Cawangan Kubang Kerian dan Penyerahan Zakat Negeri Kelantan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (MAIK) di Kota Bharu, hari ini.

Pada majlis itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman menyerahkan cek untuk zakat bank itu bernilai RM47,863 kepada wakil MAIK.

Mustapa berkata Umno kini perlu mencari bakat baharu dalam arus politik negara terutama golongan muda bagi menggantikan calon lama yang suatu hari nanti pasti berundur untuk memberi laluan kepada orang lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan juga berharap anggota Umno Kelantan menjadikan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk berjuang pada pilihan raya umum ini.

"Di Kelantan saya lihat semangat anggota Umno sangat kuat walaupun ada sedikit masalah yang bagi saya adalah lumrah dan tidaklah memberi kesan," katanya.

Menurutnya antara kelemahan Umno Kelantan sebelum ini adalah kerana pemimpin yang ada bercakaran sesama sendiri menyebabkan Umno menjadi lemah dan ditolak rakyat.

- Bernama


  • Shy-dEi MoHd · Unimap
    aku duk d jeli, kelantan..aku sokong pas..tp aku suka dato' pa jd ahli prlimen jeli wlopun ak bnci umno..tp dun d jeli ttap mjoriti pas yg pgang..:)
  • U Chang Eng · Pengulas Tertinggi · Monash University
    Dato Pa, orang betoi yang terakhir dalam UMNo!
    • Hisyam Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Polytechnic Ungku Omar
      Apa guna dok dlm UMNO , klau tak berani membetulkan dan menegakkan kebenaran!!
    • Jafry Jaff · Pengulas Tertinggi
      Saya pun nampak tok Pa ni orang yang lembut dan bertertib percakapan, kita faham dgn kerja dia. Masaalah dalaman parti dia tahu.. baik buruk Umno dia tahu.itu sbb dia tak banyak komen pada Pas..Dia tahu perjalanan Pas betul. lihat saja pada Tg Razali...akhirnya kemana perjuangannya sekarang.
    • U Chang Eng · Pengulas Tertinggi · Monash University
      Jafry Jaff Bak kata bagaikan teratai, hidup d dalam lumpur, enggan dicemari kekotorannya.
    • U Chang Eng · Top Commenter · Monash University
      Tuhan tangguh musnahkan Gemurrah kerana d situ masih adanya seornag insan yang baik...
  • Putra Buluh Betongg · Works at PDRM
    dh kalah bru nk crminkn dri.spatutnya sblm mjdi yb n sblm msk btanding kn cermin dri dlu.kna fkir aku ni bkal jd wkil suara rkyt.kna btul2 bntu rkyat.bkanya duk fkir lpas jd yb ni aku nk bli bmw ke umw.ssh sgt ke nk tlng rkyt mskin? pdahal pruntukn 1 bln 1jta.oh lupa....klau dh jd yb mesti nmpk bgaya n kya raya.
  • Alif Haikal · Top Commenter
    Datuk Pa menilai diri yelah dah kaya ke belum cukup tak duit yg kita semua gasak?Kalau tak cukup nak pru 13 ni kena cari idea baru untuk lembukan rakyat
  • Zulkiflinordin Pak Uda · Top Commenter · Works at Kastam
    haha tu yg nak habag bagi tok pa ooii! suruh depa org umno cermin dulu muka depa kat cermin..bulih menang ka atau bungkuih klu bunkuih..mmm tak payah buang duit nanti ilang wang deposit..apa tidaknya dapat bawah 100 undi tungging buyunglah...meraung siang malam pun tak kan dapat balik jawatan kih kih...klu umno bn kalah kali ni jangan haraplah dapat balik memerintah negara...silap2 umno bekubug tak bernisan....
  • Mat Pedas · Top Commenter · 17 years old
    Klu pemimin bercakaran maknanyer umno x kuat..
  • Putra Buluh Betongg · Works at PDRM
    umno klntan memg lmh pun.peruntukan blori lori untk kroni.untuk rkyt gula sekati.itupn time nk ngundi.mmg dh ptut crmin dri..gji yb bkan bank umno y bgi...
  • Zahman Za · Top Commenter · 63 years old
    Orang-orang betul, sertai Pakatan Rakyat atau bergabung dengannya.
  • Ewan Sn · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Yang baik dan yang tak rasuah memang susah nak naik jadi pemimpin utama dalam UMNO..tauke jadi Judi jadi Setiusaha Agong UMNO, kaki rasuah dilantti jadi pengerusi Felda, kaki rasuah juga dilantik jadi Pengerusi Risda, enjoy dgn duit rakyat RM250 juta dapat jadi Ketua Wanita UMNO, yg bg RM500 juta komisen kapal selam makin tinggi kedudukan dalam UMNO, 3 Ketua UMNO Bahagian yg dapat kontrak Makmal Sekolah yg terbengkalai rosak tak sudah-sudah terus hidup senang lenang...
  • 杨摇摇 · Temasek Polytechnic
    Wahai Mustapa, tak payah nilai diri lah. Bila rasa sudah kenyang, berundur saja. Itu prinsip kutu BN. Faham faham saja lah.
  • Shasir Ab Rahman · 52 years old
    jika hanya memerintah negeri hanya sebagai retorik semata2, aku pun jemu apatah lg sudah memerintah lebih dr 20 thn, tiada apa2 yg dibuat hanyalah berretorik semata2, wakil rakyat dapat gaji & elaun - rakyat kelantan dapat apa.....???.Wakil rakyat pandai memainkan isu ugama sehingga rakyat kelantan keliru & kelabu.Dlm konteks ini pas pandai memunipulasi minda rakyat kelantan, kononnya produknya yg trbaik utk dunia d akhirat.mereka menjaja produk ini sehinggakan rakyat kelantan jadi keliru d kelabu.mereka guna produk dosa d pahala, zalim, rasuah dsb.wahai rakyat kelantan jgn takut d gusar taktik yg digunakan ini, sesungguhnya Allah swt maha berkuasa lg maha mengentahui bukanya makhluk ciptaannya. tkasih.
  • Aziman Shaary · Top Commenter · Binary Business School
    ckp mcm tuh ada betul la...tapi berapa ramai pemimpin UMNO yg sedar..yg byk asyik nak kumpul harta dan duit..
  • Jari Kelingking · Maktab Perguruan Jalan Raja Muda (KL)
    Betul tu Dato'Pa.Klo dh taktahan sangt lompat je ke sebelah.PAS dh lame tahu.
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Tok Pa..bukan umno kelantan saja yang diketahui bercakaran sesama sendiri, malah dimana negeri pun sama juga kalau disebut UMNO. Tok Pa tidak terima hakikat ke? atau Tok Pa saja tutup mata buat2 tak nampak? kita pun faham dgn status Tok Pa..tp Tok Pa tidak suka kata mengata pada PAS.
    • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
      walau pun saya bukan rakyat kelantan..tapi saya sanjung cara tok pa..tak pernah marah marah pada parti lawan.dia sentia buat pendekatan pada musuh lawan nya..kepada rakyat kelantan untok perlemen beri lah kemenag pada tok pa..tapi yang lain tetap Pas dan Pkr punya.
    • Jafry Jaff · Top Commenter
      Bogo Indra Gonzales ..aik! kita cuma sanjung dia atas peribadi saja tau.. atas parti tidak sama sekali selagi dia bernaung dibawah lambang UMNO BN..apa tah lagi Untuk Perlimen.
  • Anuari Al Sembilani · Top Commenter
    pie suruh najibtuya nilai biri dia dulu tok paaaaaa oiiiiiiii......
  • Zulnasri Khalid · Top Commenter · Maktab Perguruan Besut Terengganu
    Tak perlu nilai dah, wahai ahli umno sedarlah perjuangan dah tak relevan. Mai jom masuk pas.
  • Nafa Seni · Pengurus Artis at Nafaseni enterprise
    Hari ini, menyorot kepada perhimpunan agung Umno di PWTC… seolah-olah mereka berada ditahap sakarat al-maut. Mungkin ajal bagi Umno semakin hampir. Dua tiga bulan ini, akan lebih bercelaru. Orang takut nak mati, macam banduan tunggu tarikh nak dihukum gantunglah tu. Apatah lagi, sudah lama parti-parti politik teman rapat yang seusia mereka dinegara-negara jiran telah berkubur. Indonesia, Filipina, Thailand. Apatah lagi kini dengan perkembangan Arab spring yang telah menobatkan Parti & gerakan Islam mula diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara.
  • Tok Kenali
    akum dato pa... tlg jgn bagi ibrahim ali brtanding.... bukak pondok seluas 1000 ekar bagi dia jaga....
    • Jafry Jaff · Top Commenter
      Hahahahahaha...ketawa sungguh sya dgr nama Brahim keluar dlm komen ni. Katak mana boleh tanding, keja dia panggil hujan je lepas ni. setakat ni tiada apa2 lagi kenyataan dari Ibrahim ali...kita tunggu kenyataannya keluar.. Sabar ya Tok Kenali..assalamualaikum
    • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
      Jafry Jaff patut merta merata negeri sekarang ini hujan rupa nya tugas katak panggil hujan....kahkahkah
  • Mutalib Ahmd · Top Commenter
    bagi pndpt aq, skirnyer UMNO mletakkan winnable Candidate sbagai calon bertambh bankrup lah ngara karna tuk mnutup mulut Yb lama.mcm2 projek akn diberikan. mungkin mncuci taik lembu pon mneln ratusn juta.. klau x, calon boleh mng tadi akn disabotaj. bala2... apalah nk jadi lps ni..

Tiada ulasan: