Isnin, 5 Disember 2011

TAKUT CALON2 MUDA2 TAK MINAT KEPADA PERJUANGAN YANG MERAGUKAN....SEGI MORAL DAN AGAMA

Dr Mahathir saran Umno letak ramai calon pelapis
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

NONEBeliau berkata wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam Umno.

"Kita masuk Umno bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk Umno adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang," katanya kepada pemberita pada "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

azlan"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.

"Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh," katanya.

Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.

azlan"Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur," katanya.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.

"Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan," katanya.

- Bernama
Projek parkir Bkt Bendera: Lim, Dr Ng berperang mulut
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dibidas kerana tidak menyemak faktanya apabila mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata menteri MCA itu suka “mempersalahkan diri beliau” bagi kegagalan projek berkenaan sedangkan ia diluluskan di bawah kerajaan negeri terdahulu.

Lim berkata, selepas diluluskan, projek berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kemudian ke PDC Consultancy untuk rundingan reka bentuk.

Justeru, beliau menggesa Ng, supaya menghormati rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh panel khas Lembaga Siasatan yang telah ditugaskan untuk menyiasat masalah yang melanda tempat parkir itu.

Lembaga itu baru-baru ini mencadangkan supaya tempat letak kereta itu dirobohkan dan dibina semula bangunan baru bagi menampung keperluan pengunjung ke Bukit Bendera itu.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1"Beliau (Dr Ng) seorang doktor, bukan seorang jurutera, arkitek ataupun juruukur. Jadi beliau harus menghormati kesimpulan dan cadangan yang dibuat oleh Lembaga Siasatan," kata Lim pada sidang media hari ini.

"Jika beliau mahu membidas (kami), periksa fakta dengan betul, cermin diri dulu. Beliau boleh mengkritik lembaga itu jika mungkin beliau lebih bijak daripada seorang profesor dan seorang jurutera," sindir Lim.

"Tetapi saya tidak berani (mengkritik lembaga itu) kerana saya bukan seorang jurutera atau arkitek, beliau lebih berani mungkin kerana beliau lebih bijak (daripada Lembaga Siasatan).”

Tiada ulasan: