Isnin, 8 Ogos 2011

RAKYAT BUKAN SENTIASA BODOH...DAN KITA BUKAN BOLEH SENTIASA DIATAS.PENIPU BUKAN BOLEH SOROK SAMPAI BILA2..AKHIRAT ESOK JAWAB SEBAB BUAT KERJA2 KOTOR

PAS mahu dengar sendiri dari JAIS dan DUMC
Ogos 7, 11 4:10pm

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

PAS Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat hari ini mendengar versi penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa yang berlaku.

Presiden PAS itu menegaskan bahawa Dr Hasan hadir kerana beliau merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat dan bukan dipanggil khusus berhubung perkara itu.

Katanya, mereka telah mendengar penjelasan Dr Hasan dan demi keadilan, pihaknya perlu juga mendengar penjelasan dari pihak lain yang terlibat.

Walaupun dihujani pertanyaan pemberita, Abdul Hadi bagaimanapun enggan memberitahu sama ada laporan dari Dr Hasan (kiri) tidak mencukupi atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Mustafa Ali, berkata beliau akan menghubungi JAIS dan pihak gereja berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan itu dalam masa terdekat ini.

Malam Rabu lalu, pegawai penguatkuasa JAIS menyerbu dewan yang terletak dalam kawasan DUMC - tempat majlis makan malam itu diadakan - serta mengambil kenyataan dari orang Islam yang hadir serta mengeledah premis tersebut.

azlanBercakap dalam kapasitinya sebagai exco hal ehwal agama Islam
Selangor, Dr Hasan menjelaskan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin gereja. Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip juga menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Beberapa akhbar Melayu telah melaporkan bahawa JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis seumpama itu.

Bagaimanapun, Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids.

Dr Hasan juga dilaporkan oleh sebuah akhbar Melayu sebagai berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai exco demi mempertahankan akidah Islam.

VIDEO | 3.06 min

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Ini dia PAS.
    cara ini lah cara yang paling adil ,
    Cara ini lah tidak memihak kepada sesiapa.
    Tapi jangan lupa , Bila siasat Jais , dapat tahu bahawa provokasi ini datang dari umno. tolong sebarkan kepada masyarakat.
    Rakyat akan buat keputusan, sekirannya main politik umno ini.
    Balin batu sembunyi tangan , maka rakyat akan bangkit sepak , tendang , sehingga runtuhkan unmo di malaysia.
    Ok...PAS uruskan perkara sensitif ini dengan hati terbuka.
  • Jauhar Muhammad Dawi · Top Commenter · Politeknik sultan ahmad shah
    ko rang komen mcm korang pratik islam yg terbaik, bila klantan nak kna saman dr cina psl berjudi dan disokong oleh MCA ko diam, hiburan yang melampau2 masuk dlm rmh melalui tv ko senyap, pemimpin g bertafakur kat tugu ko senyap. Ni apa barang korang bela ni? aku tak faham tgk korang ni. Yg pemimpin Umno g rasmi dan luluskan kilang carlsberg kat bt 3 dulu satu haprak umno tak bising. Ko dah tnjukan Islam tu mcm tu dr thn 1957 smpi la ni islam yang terpilih dan kelirukan org bukan islam lpas tu ko nak bising dgn Ulamak2 (didalam PAS) utk tnjukan islam sebenar ko bising. Apa smbngan ko dlm islam, berdakwah budak2 remaja yang majoritinya tak solat. Haprak. Stakat kata aku wat masjid banyak kat perancis pun dah banyak. Masjid banyak anak luar nikah org islam pun bnyak. Sebab apa antara sebabnya perkara2 maksiat baik hiburan dan undang yang bermiripkan barat dan mainan yahudi. PAS nak cari keadilan untuk kedua2 pihak apa yang ko nak bising daripada umno ambik kesempatan nak gaduhkan antara satu sama lain tu yang ko suke. Bab murtad ni dah beribu sejak 20 thn apa ko bising. PAS dah lama bising apa ko kisah pada mase tu.
    • Jauhar Muhammad Dawi · Top Commenter · Politeknik sultan ahmad shah
      ok masing2 yg beragama islam yg sgt cntakan islam tunaikan lah kewajipan anda. Smpena ramadhan ni bykan solat sunat taubat dan tahjud jmpa lg dilain isu. Kpd pencacai2 aku doakan mu slalu klu nak jwp cerminkan umco tu dulu baru tlis nnti korang tulis sndiri yg kena. Kpd yg bkn beragama islam aku ucapkan terima ksh krana percaya pada PAS insyallah PAS akan tnjukan islam sebenar pd kamu semua bkan pada kata2 shj tp pd perlaksanaan. Manusia bukan mahu berhibur dan hendak lakukan maksiat setiap saat. Mana ada ibu bapa nak suruh anak dia kerja klab mlm, jd bar attender, jd GRO takde baik islam atau bkn islam tp kita telah didakyah oleh yahudi. Berhibur blh berhibur nabi pun benarkan tp berpada2lah. Konsert pun ada di klantan tp kena ikut syaratnya baru blh buat.
    • Jauhar Muhammad Dawi · Top Commenter · Politeknik sultan ahmad shah
      Pasal mcm org mcm ko lah hulublng islam dimain2kan, islam kutuk islam cth Umno luluskan judi,arak bwh 5% blh jual dikedai2, hiburan yang melampau2 ko sokong sedangkan PAS dh crita bnda ni sejak 1951 lg apa yg ko merpeke ni. Pasal ko rang taknak sokong terutama org2 melayu pada PAS umco suka2 buat perkara2 maksiat dn krana pekara2 maksiat ini lah org islam terutama melayu terlalai dan terkeliru dgn islam tu sndiri disebabkan pemerntah tdk mahu laksanakan amal maaruf nahi mngkar secara serius menyebabkan rmi anak melayu jd murtad. Perkara2 maksiat ni ada ke org kristian suruh buat takde pun tp pemerintah yang luluskan so lpas tu ko slhkan PAS plak gile ke apa tak tahu nak bezakan mana realiti dan fantasi
    • Jauhar Muhammad Dawi · Top Commenter · Politeknik sultan ahmad shah
      Islam memang agama rasmi tp klu pemerintah dh perangai mcm org tak betul mcm mana nak jaga perlembagaan,cerita pasal islam degar2 pemimimpin umno bertafakur dpan tugu sejak tugu tu dibina smpi skrg puas ulamak PAS tegur dlm parlimen smpi dah meninggal cth arwah ust fadhil nor mcm mana nak crita islam. Mufti slangor kna pecat pasal halang atau tngkp wanita islam masuk prtndngan ratu cantik (pki bikini) nak jaga islam. Blh cnfuse lah anak2 muda skrg ko tak terasa ke. dato hasan ali pernah wat kajian bahawa 90% anak muda tidak bersolat. Aku tkut ko duduk hnya dikalangan kamu shj ko joint la budak2 yg bermasaalah bru ko tau. Aku dh joint dh bdk2 jalanan baik mat mtr, mat rock, mat dadah semuanya mmg dr mak bapak, persekitaran dan undang2 yang jauh dr islam. Kalau nak crita islam ia mcm sistem MLM. Kalau kpala dah rosak sampi bwh ia akan rosak walaupun dibawahnya kerja secara jujur tak caya g lah joint budak2 jalanan bru ko tau
  • Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islam
    PAS jangan pulak menyebelahi pihak Kristian kerana nak sokongan dan undi mereka. Adillah dalam membuat keputusan. Kami umat islam menunggu....
    • Tebuan Tanah · Top Commenter · UTM
      Pihak Pas hendaklah adil dalam perkara ini,jagan buat hanya untuk kepentingan politik,ini soal akidah
    • Ken Kong · Top Commenter · Sitiawan
      isu rasuah,inflasi,jenayah bila nak selesaikan
    • Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, Malaysia
      bro Ken Kong, dalam islam,
      Isu aqidah adalah paling pokok sekali.
      jika tiada aqidah, perjuangan u hanya perjuangan Perut sahaja.. memikirkan soal periuk nasi sama macam org2 tertentu tu... ha ha
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    Bijak...dgr dua belah pihak baru blh dpt kebenaran, syabas pas.
    • Amil Lai · Top Commenter
      begitu lah org nak mengambil kesempat di atas kemiskinan dan ke jahilan org lemah. Bayangkan di sarawak brapa banyak yang telah murtad . Taka kira orng tu pada asalnya islam atau yang telah memeluk islam kembali ke agama asalnya setelah di biar kan tanpa pengawasan dan tidak di ambil berat.
    • Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, Malaysia
      Kt sabah apabila d mainkan isu PATI, yg dihentam habis2an adalah majoritinya org2 Muslim Suluk dan bugis. Pihak yg selalu memanaskan isu ini adalah cauvinis kristian yg dipelopori PBS dalam BN dan PKR dulu dibawah Jeffrey Kitingan. Sebaliknya org2 Cina yg dtg drpd China dan mendapat IC drpd jalan blkg hanya didiamkan. Mereka masuk menggunakan Identiti org kadazan dan mengaku penduduk tempatan. ini tidak didedahkan oleh media. Tidak ramai yg tahu bahawa Sabah suatu masa dahulu adalah majoriti Muslim dan merupakan bekas Jajahan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Namun sekarang Sabah bertukar menjadi majoriti Kristian dan menjadi pusat kristianisasi yg kuat di Malaysia. Sekarang mereka hentam habis2an isu PATI yg sebenarnya menghentam Muslim di sabah. Semasa puak2 ini berkuasa mereka juga menafikan hak org2 muslim utk mendapat ...See More
    • Johar Abu Samah Johar · Top Commenter · Buisness Executive at Business executive dibuss melaka
      mohd faizal babh,maaf ckp lah klu sy nak komen sikit kot2 ada pihak2 yg tersinggung,klu dr hasan ali buat tu mmg baik,klu majlis rumah sesape pun tetamu x dijemput x rasa bersalah ke kita saje2 nak masuk umah dan majlis org lepas tu nak geledah mcm hak kita,muhammad SAW agak2 ada ajar kita mcm tu ke? 50 thn lebih sudah malaysia merdeka,agak2 kat negara kita ni,arak,judi,rumah2 urut kasino,pub,genting highland,kerajaan mana yg kluarkan lesen,duit2 cukai judi sape amik?pakai kat mana?bayar gaji sape?tak murtad ke ajaran atau amalan tu?knp sampai skrg takde satu mufti atau penjihad2 tegar x istiharkan perang habis2an kat kepala2 pemesong2 akidah ni?pijaklah diatas bumi yg nyata,jgn terawang2 nanti ada yg pengsan dan terperanjat tengok kita x jejak bumi.
  • Hanapiah Hanapi · Top Commenter · Kebansaan manir
    syabas pas..itulah cara gerakan islam nak selesai masaalah negara bila memerintah malaysia nanti insyaallah, dgr dulu 2 belah pihak walaupun drp agama lain, sepatutnya umno yg rasa malu memerintah negara 50 tahun lebih ada lg rakyat yg mintak sedekah d gereja2 tokong2 cina, menteri yg jaga agama apa kamu buat? patut kamu yg selesai masaalah ini, kpd dr hasan sabar, jamaah akn selesai masaalah ini, itulah untungnya bila kita brjamaah, ada masa kita dpt selesai sndiri ada masa pula kita pelukan kpd jamaah tolong selesaikan.
    • Suladi Adys
      lps ni ramailah bangsa melayu msuk gereja krana rmai hulu balang pembela
    • Samseng AT · Top Commenter · Chief Samseng at Malaysian Samseng Association
      masih ada yang tak sedar tentang dakwah halus gereja/.... adoiii
    • Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, Malaysia
      Kt sabah apabila d mainkan isu PATI, yg dihentam habis2an adalah majoritinya org2 Muslim Suluk dan bugis. Pihak yg selalu memanaskan isu ini adalah cauvinis kristian yg dipelopori PBS dalam BN dan PKR dulu dibawah Jeffrey Kitingan. Sebaliknya org2 Cina yg dtg drpd China dan mendapat IC drpd jalan blkg hanya didiamkan. Mereka masuk menggunakan Identiti org kadazan dan mengaku penduduk tempatan. ini tidak didedahkan oleh media. Tidak ramai yg tahu bahawa Sabah suatu masa dahulu adalah majoriti Muslim dan merupakan bekas Jajahan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Namun sekarang Sabah bertukar menjadi majoriti Kristian dan menjadi pusat kristianisasi yg kuat di Malaysia. Sekarang mereka hentam habis2an isu PATI yg sebenarnya menghentam Muslim di sabah. Semasa puak2 ini berkuasa mereka juga menafikan hak org2 muslim utk mendapat ...See More

Dr Hasan: Saya rela dipecat
Ogos 7, 11 12:32pm

Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sanggup dipecat jika diminta melepaskan jawatannya berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis di sebuah gereja beberapa hari lalu.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Mingguan Malaysia melaporkan Dr Hasan sebagai berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan apa-apa jawatan sekali pun "demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Dr Hasan berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya Rabu lalu kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaiamanapun, presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu memberitahu Mingguan Malaysia demikian sebagai mengulas tulisan terbaru blog ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bertajuk 'Genggam Bara Api!'

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong JAIS menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Menurut Dr Hasan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya dalam laporan Mingguan Malaysia itu.

Bagaimanapun, Dr Hasan enggan mengulas lanjut tentang isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) PAS akan meneliti isu serbuan ke atas gereja tersebut dalam mesyuarat bulanan hari ini di mana dr Hasan dijangka menjelaskan perkara itu.


  • Md Zulaimi Kazin · Top Commenter · CEO/Owner at Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn, Bhd dan Janda Product Marketing
    Jangan dok ikut rentak ZulNordin9/10...gelaran Almarhum ust Fadhil bg pd Zulnordin...iaitu cakap 9 perkara 10 tak blh percaya.
    • Ariff Wan · Top Commenter · Works at Bekerja sendiri
      dlm hal ini, sebelum serbuan JAIS kena siasat dlu, buat pemantauan, buat laporan, bentangkan fakta kepada pihak yang berwajib..bila dh ada bukti n fakta, maka wat lah serbuan, maka isu ini tidak akan ada yg mempertikaikan...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Hangtuah: Apa yg ko x puas ati dgn aku, cuba xplain sikit bro, jgn main tuduh pastu cabut. Cuba hang xplain kat aku...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Ipoh Mali: Tolong jelaskan perenggan ini, "gua dari dia dlm PKR.. masa dia dok bagi kuliah pasai Murtad gua dah naik menyampah.. benayak kelentong nye... biaq semua org tahu.. bapak dia SB Balao Polis Sg Senam.. balai paling teruk makan rasuah dlm Ipoh..". Sape tu yg awk mksudkan 'dia' tu..?
  • Mohd Nadzmi Yusoff · Top Commenter
    Dalam soal ini, sya tabek kepada Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Syabas dato'
    • Rasman A Karim Rasman · Top Commenter · MPTI
      ipoh mali wa tengok lu banyak garang......tahniah lu penyokong setia...... tapi ... fikir sikit ja......... jangan macam babi buta ...nanti dap sembelih
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Rasman : DAP sdh mula ambil tahu hal Islam yg selama ini di gembar gembur sbg ekstrim/fanatik oleh pejuang kebangsaan. SEBALIKNYA mengapa pejuang kebangsaan masih selesa dgn agenda kebangsaannya wlpun mereka mengaku Islam??
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Rasman A Karim Rasman : yg kena sembelih tu org UMNO..kena sembelih hidup dgn MCA,MIC.. habih tergadai tanah melayu5otahun..siap bagi gunung genting kt tauke judi CINA.. kena pulak sembelih dgn APCO Yahudi.. bayaq sampai 77juta... Belum lagi kena sembelih dgn Rosmah.. beli cincin 24juta..kah kah kah
  • Mohamad Shukri · Top Commenter
    Aku pun masih hairan siapa yang buat laporan pada JAIS nie...Orang yang buat laporan tu kena soal siasat terlebih dahulu...
    Takkan suka2 JAIS dengan Polis nak pergi serbu...Kalau tanya pihak Gereja dengan JAIS pun tak akan selesai juga..masing2 akan mempertahankan hak mereka....Kita perlu cari BATU API...samada benar atau Laporan Palsu...
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      MI, Kalau kita sayangkan Islam mengapa perlu ada kebangsaan, perlu ada Islam Hadhari, perlu ada 1 Malaysia. Tak cukupkah lg AlQuran AlHadith Ijmak Qias, alim ulamak di malaysia ni. Apakah org yg mengaku Islam masih tak yakin Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Adil
    • Alan Chew · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Tak payah siasatlah, kalau begitu senang nak pengaruhi umat islam, haramkan saja umat islam ke tempat org2 bukan islam, tosalah lawat negara2 bukan islam spt australia,NZ,Norway,switze​rland, Europe, India, CHina, Japan. Jagan hantar anak2 berlajar kat sana pun ..
      Lebih baik klau boleh pulangkan semua peruntukan yang diberikan sama sekali dari bukan islam ..
      Bodoh punya Hasan ... serbulah disko2, magnum, toto,big sweep,karaok2, ...klau mampu, tutup semua tu dulu ..
      jangan kacau yg tak buat salah disisi undang2 dan agama ..
    • Razali Abdul · Top Commenter
      Shukri,,,ko ni betul benggap dan batu api yang sebenar...biar siasat dulu..nak salahkan orang je...kalu betul gereja nak murtadkan orang cam na...biar je...
  • Adam AndMuch More · Top Commenter · Sukabumi
    Org yg suka 'provoke' agama lain sehingga menimbulkan perpecahan perpaduan dalam negara x perlu disokong. Nabi SAW x pernah ajar sikap seperti ini. Wallahualam.
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Hulubalang : renungilah firman Allah ....Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An-Nisaa' 4:61). MURTAD SENANG DILIHAT TETAPI MUNAFIK IBARAT API DLM SEKAM, KEDUA2 NYA SAMA BAHAYA
    • Zila Nur · Universiti Sains Islam Malaysia
      betul tu..islam yang baik adalah mreka yang seimbang dunia dn akhrt nya...beribadah,,and try ti stand and prpagate our religion
    • Arjunan Aman Arjunan · Top Commenter

      Mr. hulu balang, kefahaman tentang agama amat cetek. Kau hanya tau benci Ambiga..!Betulpun ! Bacalah komen saya ini.Tuhan hanya minta kasih sayang dari kita, Tuhan minta kita mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa,agama dan kekayaan. Tuhan suruh menghormati semua agama. Tuhan menyuruh kita mengagihkan kekayaan secara samarata. Tuhan berikan cahaya matahari kepada semua bangsa. Tuhan tidak pilih bangsa. Tuhan mau kita menjadi manusia yang amat mulia. Segala sifat-sifat mulia harus kita tanamkan dan dipraktikan. Tuhan tak suruh kita benci-membenci disebabkan perbezaan fahaman . Kalau benar kita menyayangi TUHAN, MAKA KITA AKAN MELIHAT UMAT MANUSIA DALAM DUNIA INI SEBAGAI SAUDARA-MARA KITA. Kita tak curiga bila rakan kita beragama lain membuat Kebaikan kepada kita. Kita rasa tak curiga bila rakan kita mengajar lagu kristian kep...See More
  • Peace All · Top Commenter · UUM
    "demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam" -kata Dr hasan- Saya setuju dgn beliau, dari sudut melayu kita dah HANCURR dikejakan selama 54 thn... DTangan BANGSA SENDIRI! Dalam BAB AGAMA lebih baik kita berhati2! kuatkan ENAKMEN ISLAM BG MJAMIN UMAT ISLAM DI MALAYSIA... Saya berpendapt perkara ini wajib diteliti oleh semua pihak! Dr hasan seorang yg peka dgn ajaran yg cuba untuk memurtadkan islam.. harapan saya Kpimpinan PAS pusat dapat mengadili beliau dgn seadil2nya...
    • Antanom Ontoros · Top Commenter · Universiti Malaysia Sabah
      hehehe..rupanya 'iman' korang ni perlu ada enakmen dan jais baru bertahan, rapuh iman korang ye...
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Peace All & AO : Hulubalang ni menyokong perjuangan kebangsaan, mana lah dia tahu nak mengulas secara terperinci bab jenayah dlm islam
    • Peace All · Top Commenter · UUM
      jgn buat tduhan swenang2nya Hulubalang....

Seorang terkorban tanah runtuh di Cameron Highlands
Ogos 7, 11 11:13pm

Seorang wanita terkorban manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, lewat petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang tersebut melibatkan lima buah rumah penduduk kampung.

"Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu, jika berlanjutan, nampaknya perlu diteruskan dalam keadaan hujan dan ribut petir yang diramal di Cameron Highlands tengah hari esok.

Menurut ramalan kaji cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya hari ini, tiada hujan pada sebelah pagi bagaimanapun, hujan dan ribut petir dijangka melanda tengah hari esok.

Hujan turut diramal pada sebelah malam, dengan suhu antara 17 dan 24 darjah celsius sepanjang hari.

Purata taburan hujan di kawasan Cameron Highlands dalam tempoh antara 8 pagi semalam dan 8 pagi ini berada pada tahap 10mm.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama malam ini berkata bahawa purata taburan hujan antara 50mm dan 70mm dalam tempoh 24 jam merupakan tahap amaran hujan lebat.

Sehingga kini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang perempuan cedera parah dalam kejadian tanah runtuh itu yang punca kejadian belum diketahui.

- Bernama

MB minta media henti bincang kontroversi serbuan JAIS
Ogos 7, 11 8:17pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta pihak media menghentikan perbincangan mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada malam Rabu lepas, sehinggalah laporan lengkap diberikan oleh jabatan itu.

Beliau berkata ini kerana soalan media kadang-kadang agak mengelirukan sehingga boleh menyebabkan timbulnya spekulasi berhubung perkara tersebut.

"Oleh sebab itu saya suruh ia tidak payah dibincangkan, kita hanya akan bincangkan selepas fakta yang lengkap sudah ada dan keputusan dah dapat dilakukan.

"Inilah yang akan menjadi kesibukan yang tidak akan dapat selesaikan masalah sebab fakta tidak ada dan yang ada hanyalah spekulasi," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek sumbangan berjumlah RM7,000 kepada 298 bekas peneroka bandar Kampung Rimba Jaya, Seksyen 16 di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata isu yang penting ialah JAIS telah pergi ke gereja tersebut dan jabatan itu bersetuju untuk membuat laporan lengkap tentang apa yang dilakukan supaya ia dapat dibincangkan.

Justeru beliau menjangka JAIS akan mengambil masa yang panjang untuk menyediakan laporan yang lengkap dan teratur berhubung serbuan itu.

"Saya tidak menjangka laporan akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Pada pandangan saya apapun pengumuman yang akan dibuat ialah selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai bantahan mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) terhadap keputusan Lembaga Pengarah universiti itu melantik Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai pemangku Naib Canselor Unisel, Abdul Khalid berkata semua pihak boleh membantah tetapi itu adalah keputusan yang telah dibuat oleh lembaga pengarah universiti itu.

Profesor Dr Anuar dilantik selepas jawatan berkenaan dikosongkan Datuk Dr Rosti Saruwono berkuatkuasa 2 Ogos lepas. Rosti mengesahkan peletakan jawatan beliau atas alasan tidak sanggup melaksanakan arahan melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya.

- Bernama


  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Belajar Cara PAS dan Tok Guru Haji Hadi bertindak sebagai pemimpin.. Jumpa semua Pihak termasuk JAIS dan Gereja.. baru tahu hal sebenar... ini tak.. baru org report sikit.. serbu.. main terjah tempat orang... dlm Perang pun Rumah ibadat dilarang untuk diceroboh.. inikan bukan waktu Perang..kenapa JAIS tak hantar Spy..rakam.. dan Record percakapan.. menyamar..lepas tu ambil tindakan undang2.. buat kerja macam askar Israel.. main ceroboh je...
    Video kenyataan Hj Hadi : http://www.youtube.com/wat​ch?v=D-3_VOs6fdw.
    • NanAg Ag · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Bila media jawab kata saja tunggu laporan, kalau yanya lagi kata belum siap. kalau tanya lagi kata kerpada pemberita tu tak faham bahasa ke. kerana pemberita yang tanya itu memeng berniat buruk. jangan layan lebih elok.
    • Ali Karim · Top Commenter · Yanbu Al Sinaiyah, Al Madinah, Saudi Arabia
      haiya....mesti mau sama la..itu apco punya cikgu mali ajar ma...
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Zaki Othman : awat bingai sangat?? bapak lu dulu kuat makan rasuah kut... Bab tuduhan Zina bercampru dgn bab lain.. kalau jahil agama..jgn tunjuk sgt.. malu diri sendiri..
  • Mohamad Shukri · Top Commenter
    Akhir sekali yang paling bersalah ialah UMNO kerana gagal mewartakan Undang2 Murtad terhadap orang Islam..Penyokong UMNO ada berani sokong kenyataan ini ka.....mana mungkin Islam hanya pada IC..
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Setuju dg M Shukri, Selama 50 tahun memerentah mereka sebagai sebuah party yang ahlinya orang Islam gagal memberi kefahaman kepada penganut ugama lain mengenai Islam, mengenai murtad, mengenai halal haram. Ada suatu masa dulu penyokong UMNo menakut nakutkan rakyat jika undi PAS pencuri akan dipotong tangan.
  • Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online Commentator
    Betul kata MB TSKI. Dapatkan fakta dulu baru bertindak. Jng mcm org yg kurang bejaksana tu... belum pasti, dah serbu. Tak bawak waran lagi tu. Nyusahkan org aje...
  • Mickey Mack Odong · Top Commenter · =
    kalau benarla mau jaga umat islam murtad atau dimurtadakan kenapa tak serbu pusat2 karaoke, dangdut, disko dan pusat2 hiburan yamg sangat banyak di malaysia....masuk saja dimana pusat hiburan mesti ada orang islam..gereja kadang2 saja ada islam masuk dan bukan untuk murtad..p sajala JAIS di pusat2 karaoke...apa macam ada barannn....
  • Muhd Hanapi · Manager at HANAPI ENTERPRISE
    Tak tahulah apa nak jadi dengan negara malaysia.Yang masalah media banyak tambah4 yang kecil jadikan besar2kan biasalah negeri yang dijaga oleh Parti PKR.kalau betul2 nak serbu pergilah ke kedai nombor disitu ramai orang Islam.
    • Mickey Mack Odong · Top Commenter · =
      aku sokong 100% bro...pencegahan itu perlu.
    • Arjunan Aman Arjunan · Top Commenter
      Betul,,,, sekarang ramai orang islam mula beli nombor 4 digit. tapi nak marah mereka memang tak baik juga.Mereka tarung nasib . Mereka mungkin nak kaya dgn cara yang cepat. kita tak boleh salahkan mereka . Orang atasan tak ada masalah wang. Masuk kiri,kanan,depan dan belakang.Orang miskin memang cuba cari duit dalam bentuk 4 digit.
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Setuju dg MM Odong


Tee Boon Hock tanding ketua Kampung Pandamaran
Ogos 7, 11 5:03pm

Tee Boon Hock - yang telah disingkir daripada DAP - bertanding jawatan ketua kampung Pandamaran yang menyaksikan perebutan enam penjuru - dalam usahanya untuk meneruskan karier politiknya.

pandamaran village nomination 070811 tee boon hock"Saya berharap penduduk kampung akan memberi keadilan kepada saya. Jika mereka menolak saya, ia boleh menyebabkan berakhirnya karier saya," umum bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu yang berpakaian baju-T kuning dengan potretnya dan slogan meminta penduduk mengundi beliau.

Tee (kanan) dipecat daripada menjadi ahli MPK, dan kemudiannya sebagai ahli DAP tahun lepas, selepas didapati bersalah memalsukan kepala surat bekas pegawai atasannya, Ronnie Liu untuk mendapatkan kontrak MPK untuk anaknya.

Sehingga hari ini, Tee tetap mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Mereka tidak membuktikan bahawa saya mencuri kepala surat itu, mereka hanya berkata saya terlibat," dakwanya.

Calon lain termasuk penyandangnya Yap Hock Siew, aktivis sosial Yap Kim Huat, ahli DAP Tee Kim Huat, ahli PKR dan calon wanita tunggal Low See Mee, dan seorang penyelia pasaran, Tan Yu Tiam.

Tarikh pengundian ditetapkan Ahad depan di Stadium Pandamaran dan dewan JKKK.
Medan perang politik M'sia beralih ke internet
Ogos 7, 11 3:55pm
Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.

Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

NONEBenarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

"Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, katanya lagi.

"Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," katanya lagi.

Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum."

NONEBeliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan
khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

"Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

"Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh.

"Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN," katanya.

Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

"Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh," katanya.

Ahli akademik ini berkata "medan perang" Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu.

"Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri," katanya.

Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanBeberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula.

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar
menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur.

"Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka.

"Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya," katanya.

- Bernama

  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    Takkan baru tau kot...budak sekolah tahun satu pun dah pandai bermain politik di internet lah.bukan semua orang di internet ni yang bijak berkata-kata politik yang mencukupi usia 21 tahun, tapi di sebalik nya mereka yang bawah umur pun lagi dahsyat berpolitik di akam cyber tau... PRU13 ini orang kimpin guna laptop dan hp saja, takkan ramai yang berjalan seperti yang lalu...percaya lah...ini kerana internet lebih berpengaruh dari TV, RADIO, dan SURAT KABAR. dan kita rakyat malaysia harus mengakui perkara ini.
    • Fiz Fizan · Top Commenter · PE at Metronic global berhad
      haha...aku salah seorang yg myampaikan kebenaran itu kpd keluarga di kg.
    • Andaz Muhammad · Top Commenter · Kolej
      Khabarkan, sedarkan kepada yg masih tak sedar...yg pening2 lalat,yg d atas pagar...PRU 13 harus berubah dasar!!!!
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Pemimpin pejuang kebangsaan menjangkakan rakyat yang beragama islam tdk menimbulkan banyak pertikaian sekiranya AGAMA ISLAM DI NOBATKAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA... walaupun...tadbir urus mereka tidak mengutamakan pendidikan utk membentuk keperibadian Islam kpd rakyat. MEREKA KIRA rakyat akan menimba ilmu agama dr kenyataan2 mereka dgn menadah program2 di TV3 / RTM. APABILA rakyat pertikai, mereka melebalkan di hasut pembangkang. MEREKA LUPA periuk yg sedang mendidih kalau terlampau ditutup rapat ianya akan mengancam keselamatan mereka
  • Khumaini Kuzaiman
    kalau tiada Internet dan rakyat Malaysia cuma mendapat info dari RTM, Media Prima dan Kumpulan Utusan..sampai kiamatlah BN berkuasa..haha.
  • Mohammad Annuar · Friends with Yana Zulkifli
    INI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEDIA PRO KERAJAAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DRP RAKYAT MALAYSIA KERANA KERAP MERAPU DAN BERAT SEBELAH...PASAL KLIP VIDEO PULAK DIA KATA RAKYAT YANG MENIPU SEDANGKAN KLIP TERSEBUT DIMUAT TURUN KE YOUTUBE SEJURUS SAHAJA BERLAKU PERISTIWA..SEDANGKAN KLIP VIDEO DARI PDRM MENGAMBIL MASA SEMINGGU UNTUK DI PERTONTONKAN KEPADA WARTAWAN..HAHAHA...GUA MALAS MAU CAKAP BYK..LU PKIR LA SENDIRI... :)
    • KhaiRul SyaFiq · Top Commenter · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Parti Bn syok sendiri... udah2 ler tu menipu rakyat dgn RTM,Utusan msia...
    • Andaz Muhammad · Top Commenter · Kolej
      BIARKAN MEREKA HANYUT, LEKA DENGAN AGENDA MEREKA..BIARKAN MEREKA SIBUK DENGAN MENCARI ALASAN DAN KEBENARAN MEREKA SENDIRI...BIARKAN MEREKA TERMAKAN UMPAN SENDIRI...BIARKAN MEREKA TERJERAT SENDIRI...BIARKAN MEREKA...
    • Justin Lodukim · Top Commenter
      mengambil masa seminggu untuk ditayangkan, bermakna mereka tu tertinggal jauh ke belakang dalam soal ict, dalam erti kata lain bukanlah pakar sangat, ha ha ha ha........................
  • Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at God
    We, the busybody of Facebook and Twitter in Malaysia, always telling and sharing the truth with friends around the world. Only BN goons and those being paid by them will tell lies? Freedom of expression, freedom of speech. Down to those who lie! Truth will prevail!
    • Yong Tony · School of Hard Knocks, University of Life
      BumNo doesn't realise it yet, they still think that they can bluff their way by giving grants, cash incentives, promise projects, supply stadiums build bridges upgrade raods...etc etc like in the past, they don't realise that even elders ^ youngsters of today only read what is happening ...ON THE INTERNET & not the BumNoputra's censored versions of the new in their controlled Media.
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    tiada yang palsu dalam klip vedio yang di rakam dengan kamera vedio hp lah...sebab tak boleh di edit labih2... apa lah cakap macam tak pernah guna hp saja....
    • Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
      Betul tu Malvin Rokilin Mahuda....otak kau boleh dipakai sepanjang zaman....hidup BERSIH 3.0. I LOVE YOU..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kalau hidung sudah di ikat dgn tali mcm lembu, manakan nampak klip video siang berlaku malam dah di tayang kat youtube dikatakan pelsu?, manakala klip video sudah dua minggu baharu di tayang itu pun tersekat-sekat di katakan betul. kalau mata tu rabun pakai cermin mata pun tak nampak, pakailah teropong..
    • Justin Lodukim · Top Commenter
      mereka tiada teropong tu yang ada gas pemedih mata saja, apa lagi kalau soal rakaman, langsung tiada kot, kalau ada pun seminggu kemudian baru keluar kat tv 3 suku itu pun dah edit labih2, tertinggal jauh ke belak
Ambiga: Terima kasih PSM6
Aidila Razak
Ogos 7, 11
12:24pm
Pengerusi gabungan menuntut pilihan raya adil dan bersih, BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berterima kasih kepada PSM6 - yang baru dibebaskan selepas ditahan selama 28 hari di bawah Ordinan Darurat - kerana kekuatan dan ketabahan mereka telah meniup semangat gabungan tersebut menjadikan perhimpunan 9 Julai satu kenyataan.

psm thanksgiving dinner 060811 s ambigaBerucap di majlis kesyukuran PSM di ibunegara malam tadi, Ambiga
berkata, pihaknya begitu sedih di atas penahanan mereka menjelang perhimpunan tersebut diadakan.

"...dan ketika itu kami menerima mesej dari mereka yang ditahan: "Teruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kami tetap bersama anda, kami tidak takut ".

Ambiga berkata, PSM6 menanggung bahang perhimpunan BERSIH tetapi tegasnya semangat mereka tidak pernah luntur dan sentiasa memperlihatkan ketabahan mereka dalam yang kritikal itu.

Kira-kira 300 hadirin memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) untuk meraikan 'superhero' mereka - ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar; timbalan presiden PSM, M Sarasvathy; ketua pemuda, R Saratbabu, ketua PSM cawangan Bayan Baru, Choo Chon Kai, pemimpin PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan setiausaha cawangan tersebut, A P Letchumanan.

Bermula dengan nyalaan lilin selama sejam, menuntut pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan dari wakil masyarakat sivil.

psm thanksgiving dinner 060811 Sugu and choo chon kaiMeraih sorakan gemuruh ialah persembahan petikan gitar pengarah Suaram, Kua Kia Soong, dengan para hadirin mengiringi beliau menyanyikan lagu yang diadaptasi dari Sepanyol, dengan korusnya yang berbunyi: "Rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan" .

Jelas 'kuasa rakyat' menjadi tema majlis tersebut dengan para penceramah mengingatkan hadirin bahawa tekanan rakyat terhadap kerajaan telah membawa kepada pembebasan PSM6 pada 29 Julai, selepas 28 hari dalam tahanan.

Bagi pengerusi PSM Dr Nasir Hashim, sokongan rakyat menjadi inspirasi dan satu penegasan terhadap kuasa aktivisme akar umbi yang menjadi asas penubuhan parti sosialis itu.

"(Pihak berkuasa) gagal untuk menahan (PSM 6) lebih lama, kerana mereka telah membuat kesilapan. Mereka sangka kita sebuah parti kecil, tetapi kita mempunyai sejarah aktivisme dan kita mempunyai rakan-rakan yang baik.

"Ikat jamin (untuk 24 yang ditangkap pada 24 Jun) adalah RM8,000,
(berjumlah RM192,000), tetapi kita berjaya mendapatkan wang untuk mengikatjamin mereka kerana adanya perpaduan... Kita kini bersatu, dan jika anda sentuh kita, kita (semua) akan bertindak balas," katanya disambut tepukan gemuruh.

Turut berucap ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang naik ke pentas bertongkat ekoran kecederaan yang dialami semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

psm thanksgiving dinner 060811 s arutchelvanSambil mendakwa wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan
polis, Mohamad berkata, tiada seorang pun guru silat ditangkap sedangkan mereka telah berikrar sanggup "menumpahkan darah" menentang BERSIH 2.0.

"(PSM 6) dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong... dan apa senjata mereka? baju-T," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Turut mendapat pujian ialah setiausaha agung, S Arutchelvan (atas) "yang tidak pernah mengenal erti takut".

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    PSM tak perlu hujah panjang lebar.
    ambiga pun tak payah cakap banyak.
    Rakyat sudah lama faham perjuangan mulia anda semua.
    Rakyat hanya tunggu masa bangkit mengodam dalam PRU13.
    kutu kutu puak umno amat risay dan takut kuasa rakyat.
    anak anak syaitan puak umno mula gentar.....
    • Panglima Jowo · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
      Betul kata Safia, kalau Rizal tak suka dgn komen Antimamak jg baca dan tak yah like, saya dan rakan2 yg lain suka. Setakat inilah saya tak nampak komen Antimamak telah terpesong dari ajaran Islam atau telah lari akidah.
    • Zaki Othman · Top Commenter · Works at Environmental Protection Agency (EPA)
      nah..antimamak..ko dah dpt partner sebetoinya...
    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      Isu ambiga bersama PR dlm bersih 2 ni sebenarnya telah diterangkan oleh org yg arif bab hukum agama ianya tidak ada masalah berdalilkan sejarah Rasulullah. Isu murtad pula sepatutnya dipertanggunjawabkan kpd pemerintah utk jalankan undang2 murtad yg Allah telah tetapkan. Selain secara terang2 seseorang itu nak jadi murtad ianya juga boleh jadi murtad tanpa disedari kerana tiada ilmu mengenainya.
  • Kyototan Abdul · Top Commenter
    Saya amat menghargai semua golongan rakyat yang telah mengorbankan untuk masa depan yang adil sesama. Terima kasih kepada semua pejuang terutama kepada yang telah diseksa, hina serta kehilagan kebebasan berpupuluh hari.
    • Mat Mamat · Top Commenter
      KALO KO JUMPA SETIAP PEREMPUAN, KO NAK KAWIN DGN PEREMPUAN TU KE....
    • Ravin Kunjithapatham · Top Commenter · Maintenance Engineer at Intel Malaysia
      Yes, pi tanya Najib lah nape dia pi jumpa POPE? Ambiga tak jupa POPE pun? Jgn takut Islam takkan hilang begitu saja lah.
    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      kena faham murtad ni bukan sahaja declair keluar Islam sahaja,byk lagi perkara2 yg menjadikan seseorang itu murtad yg boleh berlaku samada dlm hati,lafaz,atau perbuatan, adalah wajib pihak kerajaan jalankan hukuman ikut undang2 Islam kpd org yg murtad,barulah terpelihara org Islam drpd murtad.
  • Sam Kulian · Top Commenter
    saya sokong Antimamak Mamak =>.

    PSM tak perlu hujah panjang lebar.
    ambiga pun tak payah cakap banyak.
    Rakyat sudah lama faham perjuangan mulia anda semua.
    ...See More
  • Suresh Paramasavaran · SM Clifford Kuala Kangsar Perak Malaysia
    Still there is one unwanted fly among the comments repeating again. It has been brainwashed since childhood and has no ability to see the truth. If you think yours is the best then why worry about others. Truth always prevails by itself without human intervention....So scared of everything until you need law to protect what you believe? ban website etc....its funny sometimes..... tapi. EGO memuncak macam gunung everest. whatever it is Ambiga has mobilised a huge crowd for the goodness of all. can you even get 20 people to walk in the streets for you? can you? its easy to complian complain complain.......orang yang complain and kutuk orang lain will not achieve anything big in life other than being a parasite in the society. Even what you are now probably because of goverment special policies and that is nothing to be proud of. Good luck in your journey. Hope you will realise on day that living together in harmony with others is the way of life....don't even reply this comment cause that will show even more of your ego and ignorance.
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    LAWAN TETAP LAWAN ... apa macam?
    • Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, Malaysia
      ya..kita tolak semua org yg mempermainkan islam.. jangan pilih bulu, MCA ke AMbiga ke.. siapa pun dia..
    • Chong Guan · Top Commenter
      adam, sorry jika i silap. gua tau org cina dan india tak pernah cabar kesabaran org melayu, setengah puak melayu yg ada kepentingan membakar semangat cabar mencabar. cuba siasat dan renung. contoh terbaik, kawan i melayu penang. org nya alim, dia kata DAP bagus jaga org melayu kat penang, ng yen yen masuk paper kata lim guan eng anti cina, bagi semua kontrak kerajaan kepada melayu. so pls renung dan siasat betul apa yg i cakap. ada puak yg pergi depan komtar demo lim guan eng kroni kontrak kerajaan pulau pinang, mana betul, umno dema. mca kata org melayu sapu habis kontrak, apa nak jadi kat bn. so pls la.. sorry jika fakta i silap.
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      penangkapan 6 anggota psm untuk menggertak dan menakutkan rakyat untuk menyertai perhimpunan BERSIH tapi rakyat tetap tabah dan keluar berhimpun untuk menunjukkan kesepakatan rakyat menentang undang2 zalim.

Tiada ulasan: