Ahad, 14 Ogos 2011

BAB BERSANGKUTAN AGAMA BIAR GULUNGAN AGAMA MENJAWAB SERTA MENGULAS..BERILAH YG ARIF DAN MEMANG BIDANGNYA...JANGAN ULAS KALAU BUKAN BIDANG KITA......

Jangan manipulasi isu akidah
Harakahdaily

SHAH ALAM, 14 Ogos: NGO Islam mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Demikian antara resolusi Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam bertajuk Isu Aqidah Ummah: Apa Sikap Kita anjuran Ikatan Ilmuan Malaysia (Ilmuan) yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam.

NGO yang terlibat ialah PIMPINAN, ILMAM, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro – Guam, Perubatan Islam Darus Syifa’, PAPISMA, GAMIS, INTELEK, BISA - Belia Islam Ampang, IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia, IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional, Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim, MPM - Majlis Perundingan Melayu, GAGASAN, PMRAM, UKP - Usrah Kebajikan Profesional, FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad, Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Berikut adalah resolusi penuh sidang meja bulat berkenaan.

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Larang guna pembesar suara selaras syarak
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.


Adilkah tindakan PTPTN?
Yang kecewa

Isunya bermula apabila surat peguam dari pejabat guaman yg dilantik oleh PTPTN kerap kali sampai ke rumah bekas-bekas pelajar yang sudah tamat pengajian sama ada berjaya menghabiskan pengajian ataupun gagal di separuh jalan dan belum lagi melunaskan bayaran untuk mebayar balik pinjaman tersebut (ada beberapa sahabat mengalami situasi sama). Kerisauan dari kedua ibu bapa saya mula terlihat. lalu saya susuli degan surat penangguhan bayaran.

Untuk beberapa ketika surat-surat saman dari pejabat guaman berhenti diterima. Baru-baru ini kebanyakkan peminjam seperti saya menerima 1 lagi surat saman dari firma guaman tersebut, dan kali ni lebih mengejutkan kerana saya perlu hadir ke mahkamah utuk kes ini disebut. Saya sangat kecewa dan terus menelefon pejabat guaman tersebut dan bertanya.apa juga soalan yg ditujukan dan ini jawapannya "kami cuma diarah utk menyaman klien-klien yang berkenaan".

Apabila tiba hari sebutan kes, peguam yg mewakili firma guaman tersebut hadir sebagai wakil plaintif (PTPTN). kes saya disebut dan saya cuma perlu mengaku amaun yg saya telah terima dan seterusnya berbincang mengenai pelan bayaran dengan pihak perundangan PTPTN. Satu yg pernah saya fikirkan, lalu diungkap oleh peguam itu "PTPTN dah tak terlayan kalau setakat surat-surat ni...dah banyak sangat dah..."

Maksudnya, setiap pelajar yang telah berhenti meminjam (tak kira sebelum atau sesudah tamat pengajian ataupun gagal) dan masih belum berupaya bayar (atas sebab-sebab tertentu sepert belum capai gaji minimum,belum bekerja) akan melalui proses seperti saya sebelum masalah ini dapat diselesaikan. persoalannya, adakah wajar proses seperti yang saya alami adalah proses paling efektif sebelum semua masalah ni dapat diselesaikan sedangkan pada awalnya saya telah mengikut prosedur yang digariskan???Kita semua maklum bukan semua pelajar yang memasuki Universiti berjaya mendapat gaji besar dan kerja yang diidamkan.Apatah lagi yang terkandas pelajarannya dan hanya bekerja biasa sahaja memang tidak akan mampu untuk membayar maun seperti perjanjian asal.Apabila telah bekerja terpaksa membelanjakan wang untuk sewa rumah,kenderaan,makan minum dan pelbagai lagi.Apatah lagi yang telah berumahtangga? Saya kebingungan melihat tindakan PTPTN dan kerajaan sedangkan banyak lagi penghutang penghutang korporat,ahli ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang boleh dilepaskan kerana mereka tidak mampu atau muflis.Patutkah mereka mengejar peminjam-peminjam kecil seperti bekas pelajar ini tanpa budi bicara?Ditambah lagi dengan kos hidup yang begitu tinggi sekarang maka tolong lah kami rakyat yang tidak berada ini.

Tidak banyak yang dapat dinyatakan secara jelas dengan sekadar luahan melalui surat ini. ni...Tapi saya merasakan halaman ini merupakan platform yang paling sesuai untuk bagi topik seperti ini untuk diketengahkan... Terima kasih atas perhatian pihak-pihak tertentu..with these tiny problem, u are a good leader. but without these matter u will be the best leader ever...

Disini saya lampirkan jawapan PTPTN kepada editor untuk direnungkan bersama.Wajarkah setelah kes dibawa kemahkamah tetapi yuran pengurusan daripada 3% dinaikkan kepada 8% sekiranya tidak mampu membayar sekaligus amaun yang diminta.Bukankan ini mencekik darah dan menambahkan hutang bekas-bekas pelajar tersebut.


P Pinang sambut baik tuan rumah 60 tahun PAS
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 14 Ogos: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) menyambut baik cadangan PAS Pusat untuk mengadakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di negeri ini.

katanya, cadangan itu nanti bukan sahaja boleh mengembalikan nostagia penubuhan PAS sebaliknya boleh menyemarakkan semangat para pejuang kini untuk bekerja lebih keras memenangkan beberapa kerusi lagi yang PAS tandingi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Beliau juga turut setuju agar sambutan berkenaan diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth yang dulunya dikenali sebagai padang bandaran yang juga merupakan tapak asal penubuhan PAS tahun 1951.

"Kami di sini amat bangga cadangan tersebut sebab ia merupakan sejarah yang terpahat," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Namun begitu katanya, memandangkan masa yang agak suntuk sebab tarikhnya ditetapkan pada 1 Oktober 2011 maka mesyuarat berkaitan perlu diadakan segera untuk membincangkan beberapa kaedah yang patut diatur sebagai tuan rumah.

Baginya, peluang berkenaan akan digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan semangat para ahli PAS di negeri ini agar belajar dari pengalaman orang dahulu yang senantiasa mengasak pemerintahan yang tidak mahu mendaulatkan Islam.

Tambahnya, tanpa penyatuan hati ahli PAS waktu itu semuanya tidak menjadi kenyataan kerana PAS berpecah dengan Umno demi Islam.

"Para ulamak terdahulu melihat Umno dah menyeleweng dari sasaran maka mereka keluar menubuhkan PAS untuk selamatkan Islam daripada diperkudakan oleh musuhnya," ujarnya.


Lelaki tertinggi jadi tetamu di Qaryah Ramadhan
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 14 Ogos: Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin.

Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dab Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu.

Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian hadiah pameran auto show, petang kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Mohd Nasir Mat Soh.

Tiada ulasan: