"Tidak ada yang pasti dalam politik. Saya tidak 100 peratus pasti bahawa kita akan menang di Pulau Pinang sekali lagi. Saya ingin berfikir demikian, tetapi saya fikir kita harus berhati-hati.
"Meskipun ramai yang berkata kita akan menang di Pulau Pinang, kita mesti berusaha lebih gigih, rendah diri dan jangan terbawa-bawa, pastikan kita menunaikan apa yang diharapkan oleh rakyat," katanya.
Lim berkata demikian pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk DAP Selangor di Petaling Jaya malam tadi yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP dari negeri dan juga lebih seribu penyokong parti itu.
Hadir sama memberi sokongan adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli-ahli exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Dalam rayuannya untuk mendapatkan dana, Lim berkata sumbangan penyokong amat diperlukan kerana Pakatan Rakyat tidak menggunakan sumber negeri untuk tujuan parti.
"Walaupun kami adalah kerajaan (di Selangor dan Pulau Pinang), tetapi kami terpaksa meminta bantuan (sumbangan) dari kamu (untuk wang) kerana kita tidak mencuri dari kerajaan.
"Jika kamu pergi ke majlis makan malam MCA, mereka tidak meminta wang daripada kamu, sebaliknya mereka membayar kamu untuk datang,” sindir Lim.
Lim, yang memendekkan ucapannya supaya sesi soal-jawab dapat diadakan menggunakan kesempatan itu untuk menjawap pertanyaan dari para hadirin yang ingin mengetahui dasar-dasar Pakatan jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan BN.
- Aroma Kasih · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARABegini la pemimpin contoh, walaupun bukan muslim, tetapi sentiasa merendah diri, tidak bongkak, sentiasa cuba berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat, amanah (tidak guna duit rakyat untuk kepentingan parti) dsb... malu pemimpin muslim yang tidak ada ciri-ciri sepeti beliau ni..
- Ali Buja · Pengulas Tertinggi · Cape Town, Western Cape
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
- Khirrudi Kajaga · Pengulas Tertinggipemimpin yg tahu wang rakyat dan wang parti, bkn macam UNO, semua wang negara bapak dia punya, bagi rakyat RM500, heboh satu dunia, beli 24 juta cincin, diam diam pasang kat jari, kalau betul itu duit rakyat saya doakan jari nya KUDIS.
- Ela Ibrahim · Pengulas Tertinggi
- Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
- Pemuda Pewaris Malaya · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
- Midnite Hunter · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan LumutGambar yang BN tak sangup tengok dan tak boleh terima kenyataan.....Mat Sabu dan LGE duduk semeja dan bersebelahan....Nasib baik Pejabat Agama Islam tak buat serbuan di majlis ini...nanti Mat Sabu di tuduh murtad pulak.....Pakatan Rakyat tak akan menang 100% saya setuju...pasal Pakatan Rakyat akan menang 101% dan saya tau RAKYAT Pulau Pinang akan pasti kan perkara ini....
- Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Azmy Othman · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
- Kemmy Marcus · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor Ra
- Sophy Sufian Sulaiman · Business Owner di Visi Sufi EnterpriseSubahanallah... Kalau lah LGE ni seorang muslim... alangkah indah kata2 beliau... Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua melalui kata2 dari seorang non-muslim seperti LGE ini...
Sepatutnya kata-kata seperti ini diucapkan oleh pemerintah muslim tapi sekarang ni dah jadi sebaliknya... ada pemimpin muslim yg seolah-olah bumi ini adalah milik mereka tanpa mereka sedar bumi ini sebenarnya milik Allah dan kita di sini hanya sekadar menguruskan sahaja... mereka dengan bongkak dan angkuh bersuara "kita lihat bumi ini milik siapa".- Kairiel Amree · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
- Karuppu Cat · Pengulas Tertinggi · Ayer Itamkalau LGE ni bukan muslim, kata2 dia tak indah ke,... dia ikut apa yang dia belajar dari agamanya.. iaitu agama buddha....
jgn la asyik2 islam je...agama lain pun mengajar nilai2 yg baik kepada penganut nye.... hayati la agama lain pun... kita ni tinggal sebumbung (awan), kita ni duduk serumah (bumi)...hmmm.. bertaubat la.. buka la mata tu skit.. tengok la dunia ini..... - Kairiel Amree · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
- Yusoff Alias · Top Commenter · Owner at Self Employed and Loving It!saya akan balik ke penang untuk mengundi PR.
- Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at God
- Azman Shah · Top Commenter · Friends with Mohd SapineLGE, seorang pemimpin yang low profile, very humble & mesra rakyat unlike AMNO!
- Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at GodHanya satu Pemimpin yang usaha untuk semua. Ini lah dia, Lim Guan Eng yang kami rakyat Malaysia boleh rasa berbangga.
- Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at God
- Deen Musin · Top Commenter · IKML/GMImengapa UMNO bakal telungkup adalah kerana mereka ketandusan pemimpin spt Lim Guan Eng
- Steve Lee · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Azmy Othman · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
- Grandlivina Miormila · Top Commenter · Institut kejuruteraan tentera daratbagus lim kita harus merendah diri, jangan mendabik dada EGO , BONGKAK SOMBONG , DUDUK DALAM KERETA CERMIN GELAP , ORANG ANGKAT TANGAN BUAT TAK TAU JE, BILA PILIHANRAYA TIBA BARU NAK MAKAN NASI SETALAM.
- UwanZz Ra' MoneSs · Top CommenterSyabas Lim Guan Eng!
pemimpin sperti anda layak menjadi contoh kepada smua pemimpin yg ada d Malaysia ini...truskan usaha, tingkatkan pencapaian, martabatkan P.Pinang, daulatkan Malaysia~. - Mohamad Shukri · Top CommenterBerbeza sungguh dengan Pemimpin UMNO Selangor yang beragama Islam tapi sudah mendabik dada akan berjaya menawan Selangor pada PRU13 akan datang...malulah sikit orang2 UMNO...dari segi moral sudah jatuh kepada orang bukan Islam...
- Zai Ham · Top Commenter · Works at FreelanceInilah sifat ciri2 hdk jadi muslim. Mudah2an beliau akan dpt taufik hidayah dari Allah. Sifat mrendah diri beliau amat baik sekali. Walau bagaimanapun kata2 itu memang betul juga sbb kebanjiran PATI mendapat Mykad yg telah kenal pasti di Pulau Pinang...
- Nageena Kaur · Top Commenter · Works at Lowyer
- Ming Charlsen · Top Commenter · Friends with Selamanya Abbs Benci BnThis kind of good leader wont found in BN.. also same this kind of supporter wont found in BN 2.. PR supporter gv their own money 4de better country bt BN supporter corrupt all the money 2destroy de country..
- Mohd Firdaus Zainolni btui2 aku sokong...beza duit kerajaan n duit parti...time pru ka prk bkn main lg labuq duit...tp guna duit kerajaan..xtau nk beza mn 1..parti n kerajaan xsama.
i - Jenny Oo · Works at Kerani pentadbiranpakatan rakyat yg mempunyai pemimpin berjiwa rakyat....ha..sokong pemimpin2 PR yg berjiwa rakyat..
- Mohdnor Bj · Top Commenter · Bukit Mertajampemimpin umno makan duit rasuah, duit petronas habis dibedal, mati hidup balik saya takkan pangkah umno apco.
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengaiini contoh pemimpin yang di sayangi semua raayat, bersikap merendah diri.
- Azrul Hafiz Shahdan · Top Commenter · Segamatmcm ni la...jgn sombong...ini kalau tanye pak2 menteri mesti jawab 'kita yakin, pasti menang...sekian2 kerusi pasti milik kita'. sesungguhnya hanya Allah yg tau ape yg akan berlaku...Allah jua lah yang berkuasa memberikan kuasa pemerintahan dan Dia lah jua yg berkuasa mencabut kuasa pemerintahan....
- Rizalazmi Abdullah · Top Commenter · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perakHanya satu kerusi saja yg tak boleh diambil org lain di penang...kerusi karpal , kalau org lain ambil dia tak boleh pergi makamah jd peguam anwar....puak2 pr nie baru KM penang kata gitu dah diagong2kan, siap firman Allah lg...aku kalau hang azrul cita pasal Allah gan sesama islam boleh lah diterima , ini pada kafir laknat tu pun nak masuk fiman Allah untuk menegakan dan menyokong dia...
- Azrul Hafiz Shahdan · Top Commenter · Segamat
- Mat Rahim Ibrahim · Top CommenterSemoga Allah memberi Hidayah. Semoga Allah Panjang umur. Semoga Allah mengekalkan kuasa Anda. Saya Suka Lim Guan Eng
- Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years oldrm yakin pr akan dapat kekal di p.pinang...berdasarkan rekod undi cina 70-90 kpd pr maka dap dijangka dpt majoriti mudah dgn senang. tetapi pas pkr dijangka kalah teruk di kerusi majoriti melayu p.pinang.
- Silversempoi Kl · Top CommenterBiar kurang makan kurang berucap janji dapat mendengar dan berbalas pandangan dengan rakyat jelata.Itu yang kita mahu.Bukan sogokan projek semata2..
- Zxrians Ady · Top Commenter · UITMwahh...ayat LGE...membuatku ketawa sendiri....sy lg suka saudara yg mentadbir-urus Pulau Pinang selepas ini..
- Saiful Imran Mohamed Yusof · Top Commentermesti menang punya, mael boom aka mael rock (from PD*C) nnti bgi undi sangat percaya kt PR, begitu jugak brader dia...semua jaga buntut masing2...
- Hadi Rosli · San Salvador, EL Salvadorslama printah PP, xde lgi aku dgr crita psal bini Lim ni..klau rosmah, hari2 dgr...
- Ahmad Kamal · Top Commenterkita orang Islam ni, janganlah mudah sangat percaya dengan kata2 mana pemain2 politik dap tu, buatlah siasatan dulu, jangan paakt duk ambil sambrono je, kucing liar bila dudok dalam rumah besar, mesti makn sedap punya, dia tak makan doh ikang punyu dibatang kali yang dulu dia pernah makan.
- Kem Mh · Top Commenter · University of Oslo, NorwayJangan takut PKR, Anwar & Lim Guan Eng, undi kami tetap untuk kamu...tapi kamu mesti menjaga rakyat pulau pinang khususnya orang orang islam dengan lebih baik. Bantu kami dalam pembangunan pulau pinang.
- Oddiey Fethrasya sangat mengagumi LGE...kerana tegas dan tak bg muka dengan rakyat pulau Pinang yang xnak berusaha......Bravo LGE.....God Bless You....
- Syed Hood Alhadi · Top Commenter · GENERAL MANAGER / ADVISOR TO MD at Travel 360Cakap boleh lah, sume orang boleh cakap mcm tu....
- Cip Fulan · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
- Rizalazmi Abdullah · Top Commenter · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perak
- Abdullah Chikkita kena ingat apabila kita diangkat oleh rakyat..kita telah berjanji pada rakyat ..kita hendaklah menunaikan janji itu..jika tidak janganlah berjanji.salah satu penhuni negara adalah orang berjanji tetapi tidak menunaikan janji.
- Iqbar Maliki · Top Commenter · UTHMJika kamu pergi ke majlis makan malam MCA, mereka tidak meminta wang daripada kamu, sebaliknya mereka membayar kamu untuk datang,” sindir Lim...betol sngt.
- Harusainee Tayazi · Top Commenter · 24 years oldsecara jujurlah.antara pemimpin bukan melayu Lim Guan Eng yang paling saya respect n tabik.susah nak dapat pemimpin mcm nie.
- Shahir Faiz Farhanpemimpin seperti ini perlu dipertahankan.
- Izham Ishak · Top Commenter · Barber/Stylist at Self Employed (Business)INILAH CIRI2 PEMIMPIN SEORANG MUSLIM ISLAM WALAU PUN BELIAU BUKAN SEORANG MUSLIM.BELIAU SEORANG PEMIMPIN YG PATUT DICONTOHI SEMUA PEMIMPIN DLM MALAYSIA KITA NI.GUA TGGAL KT PENANG GUA TAULAH, I BELIEVE U 100% LIMGUAN ENG...........
- Diana Maximus · Top Commenter · USM Penangini cerita dlm script maaa... semua olang lu kaki kelentong punya apek.. lu bapak lu.. bini lu sudah songlap itu wang tara org tau maa.. sendili makan sendili senyapp...
- Krul Zmin · Top Commentermelayu bodoh sombong lagi bengong !!... klu nak bangga sangat dgn bangsa... siapa kita disisi Nabi Muhammad ?
- Pemerhati Senyap · Top Commenter · Kota BharuYB Lim, kalah menang rakyat membuat keputusan, kepada semua pemimpin PR ingat janji sebelum menang, laksanakan tugas sebaik mungkin...
- Mazrab Kanan · Top Commenterbetul lah lim u jgn over confidence, bn siang malam fikir macam mana mahu rampas balik tau
- Azlisharifudin Bin Ali · Friends with Sahrul Azmi
- Jom Belajar Al-Qurankenyataan yang patut di teladani oleh pemimpin ISLAM. merendah diri. bukannya bongkak dan angkuh dengan mendabik dada hanya melayu dapat perintah Malaysia. kenyataan seolah2 tidak beriman dengan al-Quran.
- Boy Yap · Top Commenterpemimpin atasan pakatan kebanyakan rajin pejuang......yg bawah tu macam ketua kampung dan sebagainya macam juga org org umno juga....tu yg saya sakit hati itu.
- Ashiya Mizuki · Top Commentertime PRU-12 pun beliau kata x mungkin kalahkan BN...tp, PR menang...dlm PRU-13 PR berhadapan bukan saja BN tetapi SPR dan juga JPN...
- Abdullah Chikkepada yb lim..teruskan berhikmat untuk rakyat..
- Aleem Obertan · Top Commenter · Friends with Ezzy FreemanHaha ini mcm la baru btol. MCA pon dpt 'ubat' jugak..
- Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaBetul, kita perlu bekerja lebih kuat untuk menang. Mereka (BN) akan guna apa saja untuk melemahkan PR. Ramadhan........bulan jihad.
- Steven Lee · Top Commenter · UTMPemimpin beginilah yg kita duk tunggu2. X kira sesiapa sj , apa bangsanya dan dari apa partinya, sifat yg sebegini tetap kita sokong.
- Max Lam · Top Commenterjikalau PAKATAN tak dapat 100%, BN lagi jangan harap dapat 10% pun....setuju?
- Hamdan Bin Daharee Hamdankami pun ada pemimpin mcm tu..malah lg pandai dari tu..kami tak menyusahkan rakyat dgn meminta-minta..tp kami berikan mereka wang..
Sifat-sifat Mahmudah..
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.
Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”
Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-
1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
5. Sabar
6. Syukur -
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
9. Redha dgn Qadak dan Qadar
10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.
Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.
-ustazah azimah-
CIRI2 AKHLAK MAHMUDAH
DALAM ISLAM, AKHLAK YANG MULIA AKAN DAPAT MENGHILANGKAN KEJAHATAN SESEORANG. DENGAN MENGUMPUL AKHLAK YANG MULIA, ILMU KEMANUSIAAN SESEORANG ITU DENGAN SENDIRINYA TURUT BERKUMPUL.
SABDA RASULULLAH SAW :
"BAHAWASANYA BAIK AKHLAK DAN BUDI PEKERTI ITU AKAN MENGHANCURKAN KESALAHAN, IAITU SEGALA KEJAHATAN SEPERTI MATAHARI MENGHANCURKAN AIR BEKU."
AKHLAK MEMPUNYAI TALI PERHUBUNGAN YANG AKRAB DENGAN IMAN DAN TAQWA. TANPA AKHLAK BERMAKNA IMAN DAN TAQWA MANJADI GERSANG. AKHLAK YANG BAIK DISARANKAN OLEH AL-QURAN BANYAK SEKALI SEPERTI IMAN, TAQWA, AMAL SOLEH, IKHLAS, SABAR, AMANAH, ZUHUD, ADIL, SUKA MENOLONG, SUKA MEMAAF, PEMURAH DAN SEBAGAINYA.
ANTARA SIFAT2 MAHMUDAH YANG DISARANKAN DALAM ISLAM BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BAIK DAN BERAKHLAK TINGGI SEJAJAR DENGAN AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW IALAH :
1. KASIH SAYANG (AR-RAHMAN)
SIFAT KASIH SAYANG KEPADA SEMUA MANUSIA TERUTAMA ANTARA MANUSIA YANG SEAGAMA SANGAT DIPANDANG TINGGI DAN DIGALAKKAN OLEH ISLAM .
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
"MEREKA SALING BERPESAN DENGAN KESABARAN , MEREKA SALING BERPESAN DENGAN KASIH SAYANG ". (SURAH AL-BALAD :17)
NABI MUHAMMAD SAW JUGA PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :
"SESIAPA YANG TIDAK BERSIFAT BELAS KASIHAN KEPADA YANG ADA DI BUMI, DIA PUN TIDAK DIKASIHI OLEH YANG ADA DI LANGIT ". (SURAH AT-TABRANI)
DALAM USAHA MENJALANKAN DAKWAH KITA SEHARUSNYA MEMPUNYAI HATI YANG LEMBUT YANG PENUH DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG, SABAR DAN BERSIFAT PEMURAH, SEMOGA MANUSIA YANG DISERU DENGAN RISALAH ITU TIDAK MELARIKAN DIRI.
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
"MAKA DISEBABKAN RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT KAMU BERLAKU LEMAH LEMBUT TERHADAP MEREKA. SEKIRANYA KAMU BERSIKAP KERAS LAGI BERLAKU KASAR, TENTULAH MEREKA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SEKELILINGMU." (SURAH AL-IMRAN : 159)
ANTARA HADIS YANG MEMBERI PENEKANAN SUPAYA MENGHAYATI SIFAT INI IALAH DARIPADA RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM YANG BERMAKSUD :
"ALLAH SWT TIDAK MENGASIHI MEREKA YANG TIDAK MENGASIHI MANUSIA ".
JUGA DALAM HADIS YANG BERMAKSUD :
"ORANG YANG BERKASIH SAYANG ITU DIKASIHI ALLAH SWT, MAKA KASIHANILAH ORANG YANG ADA DI PERMUKAAN BUMI NESCAYA KAMU DIKASIHI OLEH YANG DI LANGIT,"
2. ADIL
NILAI UTAMA AKHLAK IALAH BERLAKU ADIL. ADIL IALAH MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA, MEMBERI HAK KEPADA MEREKA YANG MEMILIKI HAK, MEMBEBANKAN KEWAJIPAN BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI KEWAJIPAN. HAK YANG DIBERIKAN ITU TIDAK LEBIH DAN JUGA TIDAK KURANG.
KETIDAK ADILAN ADALAH SUMBER DARIPADA KETIADAAN KESENANGAN DAN KETIADAAN KESEDARAN. KEZALIMAN MERUPAKAN SUMBER DARI KECELAKAAN, PENDERITAAN DAN SEKSAAN. KEADILAN MENEGAKKAN KESEJAHTERAAN YANG MENJADI RISALAH ISLAM.. KEZALIMAN MENCEGAH TERWUJUDNYA KESEJAHTERAAN ITU.
OLEH SEBAB ITU KEADILAN MENJADI KAEDAH UTAMA DALAM MASYARAKAT ISLAM , DAN WAJIB MENJADI PAKAIAN AKHLAK SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT :
"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENYURUH BERLAKU ADIL DAN BERBUAT BAIK". (SURAH AN-NAHL : 90)
SETIAP MUSLIM DITUNTUT SUPAYA BERLAKU ADIL KEPADA DIRINYA SENDIRI DAN JUGA KEPADA MANUSIA LAIN. SIFAT ADIL INI HARUS DIAMALKAN DALAM SEMUA ASPEK PENGHIDUPAN . MISALNYA ADIL DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT, PENGAGIHAN KERJA, PEMILIHAN CALON UNTUK PEKERJAAN, MENJATUHKAN HUKUMAN, MEMBERIKAN KASIH SAYANG KEPADA ISTERI2 DAN ANAK2 DAN SEBAGAINYA.
3. BERANI DAN SABAR
KEBERANIAN IALAH MENGHADAPI BAHAYA DAN PENDERITAAN DENGAN TABAH. ORANG YANG BERANI IALAH ORANG YANG DAPAT MENGUSAI JIWANYA DAN BERTINDAK MENURUT SEMESTINYA. SYARAT BERANI IALAH SABAR IAITU TABAH MENAHAN PENDERITAAN (SAKIT , SUSAH), TIDAK PUTUS ASA, TENANG MENGHADAPI KEMUNGKINAN YANG MENGKHUATIRKAN DAN BERPENDIRIAN TEGUH. OLEH ITU SABAR JUGA ADALAH NILAI AKHLAK YANG UTAMA.
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :
"SABAR DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT ADALAH PANGKAL KEMENANGAN" . (SURAH AN-NAJM: 121)
"ORANG YANG BERSABAR DALAM KESEMPITAN, PENDERITAAN DAN DALAM PEPERANGAN MEREKA ITULAH ORANG YANG BENAR DAN MEREKA ITULAH ORANG YANG MUTTAQIN ". (SURAH AL-BAQARAH l 177)
"HAI ORANG YANG BERIMAN, BERSABARLAH KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA ." (SURAH AL- IMRAN :200)
ORANG YANG SABAR MEMPERLIHATKAN SIKAP BERANI, KERANA NILAI AKHLAK INI DIDIDIK KEPADANYA. IMAN YANG DIMILIKINYA MEMBAWA DIA TAKUT KEPADA ALLAH SWT. IMAN YANG SEBENARNYA HANYA TAKUT KEPADA ALLAH SWT SEMATA-MATA DAN TIDAK TAKUT KEPADA SESUATU SELAIN DARIPADA ALLAH SWT.
4. KEJUJURAN
JUJUR IALAH MEMBERIKAN SESUATU YANG SESUAI DENGAN KENYATAANNYA. TIDAK MENAMBAH ATAU MENGURANGI FAKTA2 KENYATAAN SEHINGGA PENDENGAR MEMPEROLEHI GAMBARAN YANG BENAR TENTANG PERKARA YANG BERKENAAN.
BENAR IALAH PENGETAHUAN YANG SESUAI DENGAN OBJEKNYA. KEJUJURAN ITU BUKAN HANYA MENGENAI UCAPAN SAHAJA TETAPI JUGA TINDAKAN. PERBUATAN YANG JUJUR IALAH TINDKAN YANG SESUAI DENGAN KEBENARAN YANG DIYAKINI ATAU SESUAI DENGAN PENGETAHUAN YANG BERASASKAN FAKTA.
PERTAMA IALAH KEBENARAN MORAL, IAITU SESUAI DENGAN PENGETAHUAN ROHANIAH.
KEDUA IALAH KEBENARAN FAKTA (BERDASARKAN KENYATAAN), SESUAI DENGAN PENGETAHUAN PANCAINDERA.
FIRMAN ALLAH SWT :
"WAHAI ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU JADI ORANG YANG MENEGAK KEADILAH , MENJADI SAKSI KERANA ALLAH ." (SURAH AN-NISA' : 135)
JUJUR ADALAH KEWAJIPAN YANG DIBEBANKAN OLEH TUHAN PADA MANUSIA DALAM HUBUNGANNYA DENGAN TUHAN, DENGAN DIRINYA SENDIRI DAN DENGAN SESAMA MANUSIA. WALAUPUN MANUSIA ITU DIBENCINYA, MUSUHNYA, NAMUN KEWAJIPANNYA UNTUK JUJUR TIDAK TERHAPUS LANTARAN KEBENCIANNYA TERHADAP MANUSIA ITU.
FIRMAN ALLAH SWT :
"DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL." (SURAH AL-MAIDAH : 8)
DUSTA MENIMBULKAN KEKELIRUAN, FITNAH DAN KEZALIMAN. SEMUANYA INI MENGAKIBATKAN KEROSAKAN. TIAP2 YANG MEROSAKKAN ADALAH DIHARAMKAN OLEH ISLAM, KERANA ITU DUSTA ADALAH DILARANG KERAS OLEH ISLAM. JUJUR MERUPAKAN PENCEGAH KEKELIRUAN , FITNAH DAN KEZALIMAN, KERANA ITU JUJUR DIWAJIBKAN SEBAGAI NILAI UTAMA AKHLAK.
5. KESYUKURAN DAN BERPUAS HATI
KEDAMAIAN DAN KETENANGAN FIKIRAN ADALAH MILIK ORANG YANG SENTIASA MENGERJAKAN SOLAT. ORANG YANG SEMPURNA SOLATNYA AKAN MENGALAMI KEPUASAN YANG HAKIKI. MEREKA AKAN TENANG DAN REDHA APABILA DITIMPA BENCANA, MASALAH ATAU SEBARANG KESUSAHAN .
BANYAK MASALAH TIMBIL DISEBABKAN MANUSIA TIDAK BERPUAS HATI DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA. ORANG INI SENTIASA MEMANDANG KE ATAS ( KEPADA ORANG YANG BERJAYA, MEWAH DAN SEBAGAINYA). ORANG YANG BERPUAS HATI SERING MENJADIKAN ORANG LEBIH DAIF DARIPADANYA SEBAGAI PERBANDINGAN. ADALAH SUKAR BAGI ORANG TIDAK BERPUAS HATI ITU UNTUK BERKHIDMAT DENGAN JUJUR.
Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..
Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah
Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat2 Mazmumah/ sifat2 yg tercela”
Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.
Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:
1. Gemar Makan dan Minum:
Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.
2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):
telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114
3. Marah:
Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
4. Hasad dengki, dan iri hat:
Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.
Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
5. Kasih kepada harta:
Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
6. Takbur:
Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
7. Riyak ;
Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
8. Ujub;
Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
9. Kasih akan Dunia:
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:
Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.
Kesimpulannya dari catatan ini semoga kita semua termasuk ustazah dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat2 mazmumah ini.
Wassalam
-ustazah azimah-
Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
* Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
* Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
* Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
* Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
* Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
* Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad (dengki)
* Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
* Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
* Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
* Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
* Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
* Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
* Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
* Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
* Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
* Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
* Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
* Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
* Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
* Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
* Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
* Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
* Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
* Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
* Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
rujukan: http://www.al-azim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan