Rabu, 31 Ogos 2011

BOLEH PINDAH KE...SINI PUN MACAM PAYAH NAK BAGI JE....


BOLEHKAH ZAKAT PINDAHKAN KE NEGARA YANG MEMERLUKAN...SEPERTI SOMALIA...KAT SINI PUN TAK GUNA@TAK HABIS....

Beraya dengan perut kosong



TUNGGU...ribuan penghuni kem IDPs menunggu di luar masjid untuk minta sedekah.
TUNGGU...ribuan penghuni kem IDPs menunggu di luar masjid untuk minta sedekah.
MOGADISHU: “Kami sudah beberapa hari tidak makan. Harap-harap di pagi Syawal ini ada pihak yang bermurah hati menghulurkan sedekah untuk membolehkan kami membeli makanan.”
Itu rintihan sayu seorang ibu muda bersama dua anak kecil sambil menghulurkan tangan kepada umat Islam yang keluar dari Masjid Isbahaysiga, di sini, selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi semalam.

Keadaannya yang lesu, mata berair dan kesan air mata yang sudah kering di pipi menambah syahdu wartawan Harian Metro ketika menembualnya.
Ibu muda dikenali sebagai Munah Adam, yang baru berusia 25 tahun itu adalah seorang daripada ribuan mangsa kebuluran di Somalia yang bergolak.

Wanita seperti Munah terdapat di mana-mana di jalan raya Mogadishu sejak penulis menjejakkan kaki ke bumi bergolak ini mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sejak 25 Ogos lalu.

Aidilfitri di Somalia disambut dalam suasana serba kekurangan dan lebih menyayat hati ketika golongan lelaki menunaikan solat sunat Aidilfitri, ribuan kanak-kanak serta wanita berkumpul di luar masjid untuk meminta sedekah.

Sejurus saja tamat khutbah raya, semua yang berada di luar masjid berpusu-pusu menyerbu jemaah yang keluar untuk meminta sedekah.



1. Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali
Soalan:
Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau berzakat harta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan, bagaimana pula dengan akadnya?
Termizi, KL
Jawapan:
Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang ringgit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya berdasarkan kebijaksanaan
pihak pemerintah.
Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar dari kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal, sebaliknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih berhak menerima zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan pembahagian zakat itu sendiri.
Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk tahun ini". Sesetengah ulamak mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara yang dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran zakat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan pengagihannya akan dapat dilakukan dengan baik.
Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang saudara kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat. Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun memberikan wang zakat kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas itu saudara pula mengeluarkan kepadanya . Di sini menampakkan wujud pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, kerana maslahah umum.

Radhi kembali kepada fitrah

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

RADHI...beraya di Rumah Pengasih.
RADHI...beraya di Rumah Pengasih.
KUALA LUMPUR: “Lebaran kali ini terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Ia bakal menjadi lebaran paling sempurna buat saya selepas sekian lama saya mengambil barang itu (dadah),” kata Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi, 34, vokalis kumpulan OAG ketika ditemui di Rumah Pengasih di sini, semalam.
Radhi yang memasuki pusat itu sejak 11 Januari lalu kini sedang menjalani proses pemulihan bagi membuang ketagihannya terhadap dadah yang diambil selama kira-kira 10 tahun selain mahu mendalami ilmu agama.

Menurut Radhi, hari raya Aidilfitri tahun ini bakal memberi seribu makna kepadanya kerana dia kini lebih menghayati erti Ramadan selepas berjaya melengkapkan ibadah puasa serta solat sunat Tarawih berbanding sebelum ini dan tumpuannya hanya kepada menyambut perayaan Aidilfitri.
Radhi bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kesukaran untuknya meninggalkan najis itu secara 100 peratus pada peringkat awal namun keberkatan solat fardu yang ditunaikan mampu menghindari dirinya daripada terjebak semula.

“Selepas bertahun-tahun, saya kini benar-benar menemui jalan yang sepatutnya saya pilih dari dulu lagi dan di sinilah tempatnya. Memang dulu saya pernah cuba berubah, tapi gagal kerana saya tidak begitu kuat apatah lagi tiada sokongan jemaah (masyarakat) seperti sekarang.

“Saya bercadang meraikan hari raya pertama di sini (Rumah Pengasih) bersama penghuni lain. Ibu dan anak saya mungkin akan,” katanya.

Mengimbau kenangan lampau ketika masih dipengaruhi dadah suatu ketika dulu, Radhi berkata, najis itu sebenarnya banyak mencetuskan perkara negatif dalam hidupnya termasuk pergolakan rumah tangga yang dibina selama lebih lima tahun.

Malah, menurut Radhi, setiap kali menjelang raya, hanya jasadnya yang berada bersama keluarga namun pemikirannya lebih ke arah khayalan disebabkan pengaruh dadah.
“Saya memang selalu memikirkan apa akan berlaku pada saya jika saya ditangkap kerana dadah. Ia memang sering terlintas di fikiran saya namun saya masih tidak mampu berhenti kerana terlalu mengikutkan nafsu dan pengaruh kawan yang turut sama menagih.

“Disebabkan itu, sekarang saya tak nak lagi ada kereta atau rumah yang pernah memberi kemudahan kepada saya untuk memperoleh dan menghisap dadah. Paling penting, saya kini sudah berjaya berhenti menghisap rokok pada 20 Mei lalu sempena hari lahir keenam anak saya, Muhammad Rifdhi Muslim.

“Sekarang ini, saya lebih mengabdikan diri saya kepada Allah bersama kawan lain di rumah ini (Pengasih) supaya kehidupan saya kelak lebih sempurna demi Rifdhi,” katanya.

Radhi berharap pemulihannya pada kali ini akan menemui kejayaan di samping mengharapkan penghijrahan itu mampu menyedarkan rakan sealiran yang turut mengambil barang terlarang berkenaan.

Di samping menjalani proses pemulihan, Radhi juga berjaya menyiapkan beberapa lagu untuk album terbarunya dan sekiranya pemulihannya berjalan lancar, dia akan kembali memulakan karier seninya pada awal tahun depan.

Pada 1 Syawal semalam, masjid utama di negara yang mengalami krisis kebuluran paling teruk sejak 60 tahun itu, dikunjungi kira-kira 5,000 orang.
Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 yang menunaikan sembahyang raya, selebihnya adalah penghuni kem IDPs yang datang untuk meminta bantuan.

Munah yang menghuni kem penempatan ‘Internal Displace Persons’ (IDPs) datang ke Masjid Isbahaysiga bersama dua anaknya jauh lebih awal sebelum solat Aidilfitri dilakukan.

Menurut ibu malang itu, Aidilfitri baginya sama seperti hari-hari biasa dalam kehidupan yang penuh penderitaan akibat dari peperangan yang berlaku lebih 20 tahun lalu.

“Kami lima sekeluarga termasuk suami, bapa dan dua anak perempuan sudah lebih sebulan menetap di kem IDPs. Aidilfitri tiada makna istimewa buat kami, hanya pada kebiasaannya ramai umat Islam bermurah hati menghulurkan sedekah.

“Tiada apa pun dalam hidup kami. Tiada rumah, tiada pekerjaan dan lebih teruk tiada makanan hingga kami sekeluarga kebuluran. Setiap hari kami hanya meminta belas ihsan dari orang untuk hulurkan sedekah makanan bagi mengalas perut,” katanya.

Munah berkata, dia dan keluarganya berjalan kaki sejauh kira-kira 250 kilometer dari luar Mogadishu ke kem IDPs untuk memastikan mereka mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan kerana di kampung halaman sudah tiada apa-apa lagi.

“Setiap hari kami terpaksa keluar mencari makanan dengan meminta sedekah, namun ia tidak menjanjikan apa-apa kerana kebanyakan masyarakat di sini juga mengalami nasib seperti kami,” katanya.

Iktiraf tanpa dikenang

Oleh Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my

DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.
DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.
JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.
Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.
Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.

Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.

“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.
Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.

Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.

Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos
2007.



Zakat, Korban, Aqiqah Dan Wakaf : Soal Jawab
...
Edirossa
Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali


Soalan:
Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau berzakat harta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan, bagaimana pula dengan akadnya.?

Termizi, KL



Jawapan: Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang ringgit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya berdasarkan kebijaksanaan
pihak pemerintah.

Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar dari kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal, sebaliknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih berhak menerima zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan pembahagian zakat itu sendiri.

Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk tahun ini". Sesetengah ulamak mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara yang dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran zakat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan pengagihannya akan dapat dilakukan dengan baik.

Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang saudara kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat. Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun memberikan wang zakat kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas itu saudara pula mengeluarkan kepadanya . Di sini menampakkan wujud pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, kerana maslahah umum.


Edirossa
Zakat simpanan adalah 2.5 peratus
Utusan Malaysia


SOALAN:
Saya ada menyimpan wang di bank, jadi apakah ia wajib dizakatkan? Bagaimanakah mengira zakat wang simpanan?




JAWAPAN:

Maksud wang simpanan ialah wang yang disimpan sama ada dalam akaun simpanan di mana-mana institusi kewangan seperti bank mahu pun institusi lain seperti Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera. Ia meliputi akaun simpanan tetap mahu pun simpanan biasa.

Zakat dikenakan ke atas baki terendah simpanan di dalam tempoh setahun. Contoh, Ahmad mempunyai simpanan pada awal tahun 2007 sebanyak RM10,000 dan sepanjang tahun itu berlaku keluar dan masuk wang simpanan sehinggalah ke akhir tahun 2007 simpanannya berjumlah RM50,000.

Ahmad hendaklah melihat pada tarikh bilakah di dalam tahun itu, wang simpanan beliau berada pada baki terendah.

Katakanlah pada 15 Julai 2007, baki terendah simpanan Ahmad ialah RM7,000 dan nisab pada tahun 2007 ialah RM6,000 (maknanya wang simpanan itu melebihi nisab zakat), maka Ahmad hendaklah menggunakan nilai RM7,000 itu untuk dikirakan zakat.

Maka, RM7,000 X 2.5% > RM175 wajib dizakat sebagai zakat simpanan Ahmad pada tahun 2007.

Nota: Seandainya Ahmad mempunyai lebih dari satu akaun, maka beliau hendaklah mencampurkan semua baki terendah pada setiap akaun simpanan dan mendarabkannya dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat simpanan beliau.

Jika Ahmad menyimpan di simpanan yang berfaedah, maka Ahmad hendaklah terlebih dahulu menolak jumlah faedah tersebut sebelum dikirakan zakat.
Edirossa
Kesan zakat perniagaan ke atas cukai syarikat


SOALAN:
Bolehkah diterangkan secara ringkas tentang zakat perniagaan dan kesannya ke atas cukai syarikat?


JAWAPAN
Pada masa ini bagi mana-mana syarikat yang menunaikan zakat ke atas pendapatan syarikat mereka tidak mendapat pelepasan cukai seperti mana cukai pendapatan. Namun begitu, bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan mereka, pihak kerajaan telah membenarkan bayaran zakat perniagaan oleh syarikat boleh digunakan untuk tujuan pemotongan bagi pengiraan cukai perniagaan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat syarikat berkenaan.

Ada dua kaedah mengira zakat perniagaan. Kaedah pertama dinamakan Kaedah Model Berkembang (Growth Model). Ia mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan ditambah sumber kewangan dan dibuat pelarasan. Ringkasnya, modal dicampurkan dengan keuntungan.

Formulanya: Ekuiti pemilik + Liabiliti jangka panjang - Aset tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan > Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat

Kaedah kedua ialah Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital). Ia mengambil kira harta semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.

Formulanya: Aset semasa - Liabiliti semasa +/- Pelarasan > Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat.

Nota: Bagi memudahkan urusan pengiraan, biasanya para peniaga dinasihatkan memberikan Kunci Kira-kira Syarikat kepada pegawai zakat kami untuk dikirakan zakat perniagaannya.

lUntuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat.com.my
Edirossa
Hutang bukan alasan tidak berzakat


SOALAN:
Apakah orang berhutang wajib membayar zakat. Saya pernah mendengar, orang yang berhutang tidak diwajibkan menunaikan zakat.

Ini kerana, sudah menjadi satu kewajipan bagi dirinya menjelaskan hutangnya terlebih dahulu. Jadi, apakah orang yang berhutang tidak wajib berzakat?



Jawapan:

Hutang adalah suatu yang lumrah dalam dunia hari ini. Jarang benar kita menemui orang yang tidak berhutang. Ada orang berhutang untuk belajar, berniaga, berkahwin dan pelbagai tujuan lagi.

Maknanya, seandainya kita mengambil pendapat orang berhutang tidak diwajibkan berzakat, maka apa akan jadi kepada nasib umat Islam secara keseluruhannya, khususnya kepada fakir dan miskin.

Ada orang yang mampu membayar ansuran rumah dan kereta ribuan ringgit setiap bulan, maka apakah alasannya untuk tidak menunaikan zakat yang mungkin berjumlah puluhan ringgit sahaja sebulan.

Sebab itulah, Imam As-Syafie menyatakan: “Sesungguhnya hutang tidak menghalangi kewajipan untuk mengeluarkan zakat.”

Maknanya, hutang yang dibuat oleh seseorang itu tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan zakat, selagi mana kekayaan yang dikuasainya itu sendiri mencukupi nisabnya.
Edirossa
Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie
Izwan Abdul Halim
Fri | Sep 26, 08 | 11:02:48 am MYT


SIK, 26 Sept (Hrkh)- Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini. Iklan



Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Bantuan Makanan Dan Sumbangan Duit Raya Untuk Penduduk Miskin, Warga Emas Serta Ibu Tunggal Dan Pelajar Sempena Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik, di sini 14 September lalu.

Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.

Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.

"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.

Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.

"Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan....itu bolehlah kerajaan nak ambil.

"Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah," ujarnya melanjutkan hujah.

Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).

"Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.

"Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair," terangnya.

Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.

"Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri)," ujar beliau. -


Edirossa
Hukum Zakat bagi Pelajar

Soalan :

Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa membayar zakat sepertimana zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja?

Abdullah, Germany


Jawapan:

Wang biasiswa tidak diwajibkan ke atasnya zakat kerana melibatkan wang perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul atau tidak cukup setahun yang telah ditetapkan oleh ulama untuk melayakkan ianya dikeluarkan zakat. Apalagi saudara yang bertanya sedang menuntut di negara Germany, yang mana situasi ini amat-amat memerlukan kepada bantuan kewangan dari pihak berkuasa dan umat Islam.
Edirossa
Wang peraduan tidak wajib zakat


SOALAN:

Saya memenangi sebuah peraduan dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Adakah ia dikira sebagai pendapatan dan saya wajib menzakatkannya? Bagaimana pula jika saya memenangi kereta atau rumah?

JAWAPAN:

Wang hadiah itu tidak boleh dikira pendapatan kerana ia didapati secara mengejut dan tidak berkala atau tetap. Jadi, saudara tidak perlu mengeluarkan zakat ke atasnya.

Walau bagaimanapun, ia akan menjadi zakat simpanan jika saudara tidak menghabiskannya dan menyimpannya di dalam mana-mana akaun (sebaik-baiknya tahun hijrah), misalnya saudara dapat wang hadiah itu pada bulan Ramadan tahun ini, saudara guna dan pada bulan Ramadan tahun hadapan, yakni genaplah setahun hijrah, jika masih berbaki maka ia dikira zakat simpanan. Itu pun jika baki selepas setahun itu masih melebihi nisab semasa (katakan nisab ialah RM6,mega_shok.gif0), maka barulah dikirakan zakat ke atas wang hadiah itu.

Adapun hadiah dalam bentuk lain seperti rumah dan kereta tidak perlulah dizakatkan.

Wallahua'lam
Edirossa
Kadar zakat simpanan 2.5 peratus


SOALAN:
Saya telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000. Kemudian, RM30,000 saya masukkan ke dalam akaun simpanan tetap yang mempunyai tempoh matang tiga tahun. Sebanyak RM20,000 lagi saya masukkan ke dalam akaun simpanan biasa yang sering saya gunakan. Adakah wajib saya berzakat ke atas

nilai RM50,000 itu dan bagaimanakah cara mengiranya?


JAWAPAN:

Pertamanya, harus dikenal pasti adakah pinjaman itu daripada sumber Islamik atau konvensional. Jika dari sumber Islamik, baru dikira zakat. Jika konvensional, maka wang itu tidak harus dizakatkan.

Keduanya, saudara harus memastikan adakah saudara mempunyai sempurna milik ke atas wang tersebut.

Apabila saudara memasukkan RM30,000 ke dalam simpanan tetap, dan tempoh matangnya adalah selepas tiga tahun, maka selama itu saudara tidak boleh mengeluarkan dan menggunakan wang tersebut. Maka, selama tiga tahun itu tidak ada sempurna milik kepada saudara.

Maka, saudara hanya wajib berzakat setelah dikeluarkan tiga tahun kemudian dengan mengambil kira jumlah keseluruhannya dan dikeluarkan sebanyak 2.5 peratus.

Nilai RM20,000 yang saudara masukkan ke dalam akaun simpanan biasa, maka cara mengiranya sama seperti wang simpanan lain.

Dalam tempoh setahun ambillah baki terendah simpanan dan darabkan dengan 2.5 peratus. Saudara tidak wajib berzakat atas nilai RM50,000 semasa saudara baru mendapatkannya, kerana pada masa itu wang saudara masih belum cukup haul.

* Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau e-mel kepada hamizul@e-zakat.com.my

Edirossa
Persoalan Zakat Di Zaman Ini.



DR.HASANAH ABD.KHAFIDZ

--------------------------------------------------------------------------------

Kewajipan berzakat ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Dirikanlah solat dan tunaikan zakat (al-Baqarah: 43).

Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, sudah tentu bilangan fakir miskin dan yang kurang mampu secara relatifnya bertambah.

Islam melalui institusi zakat boleh membantu meringankan beban golongan ini. Adalah sesuatu yang mendesak untuk memastikan sistem zakat dapat berjalan dengan baik seiring dengan perkembangan semasa.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, SAZALI CHE DIN menemu bual pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Dr. Hasanah Abd. Khafidz bagi mengupas persoalan ini.


Apakah konsep zakat sebagai sistem jaminan sosial:

DR. HASANAH: Zakat secara literal bermaksud peningkatan, pertambahan, kesuburan, keberkatan dan kesucian.

Dari sudut terminologi pula, ulama dan fuqaha mazhab memberi maksud yang agak berlainan tetapi saling berkaitan. Menurut Mazhab Hanafi, zakat adalah satu istilah bagi pelaksanaan hak yang diwajibkan ke atas harta yang ditentukan kewajipannya oleh haul dan nisab.

Dalam Mazhab Syafie pula, ia ditakrifkan sebagai kadar tertentu daripada harta tertentu yang wajib diberikan kepada golongan tertentu.

Menurut Mazhab Maliki, zakat adalah juzuk tertentu daripada harta tertentu yang dikeluarkan apabila cukup nisab dan diberi kepada yang berhak sekiranya harta itu dimiliki sepenuhnya dan cukup haul kecuali harta galian (ma’dan).

Kewujudan sistem jaminan sosial dalam zakat boleh diperhatikan melalui beberapa contoh. Dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW melantik Muaz bin Jabal sebagai Gabenor di Yaman.

Baginda SAW bersabda kepada Muaz: Berdakwahlah (serulah) kepada mereka supaya mengucap bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Jika mereka mentaati kamu pada perkara tersebut maka khabarkanlah bahawa Allah mewajibkan mereka solat pada setiap siang dan malam. Jika mereka mentaati kamu dalam perkara tersebut, maka khabarkanlah bahawa Allah mewajibkan kepada mereka supaya bersedekah iaitu yang diambil daripada orang kaya di kalangan mereka dan diberi kepada orang fakir di kalangan mereka. (riwayat Bukhari)

Hadis ini menunjukkan satu jaminan ekonomi bagi golongan fakir dan miskin yang tinggal dalam sesuatu kawasan. Arahan supaya agihan zakat tersebut dibuat dalam kawasan di mana ia dikutip mempunyai signifikan tersendiri. Antaranya mewujudkan keseimbangan taraf hidup antara yang kaya dan miskin.

Selain itu, dapat juga difahami daripada hadis ini bahawa zakat boleh membantu menguatkan keimanan pihak-pihak yang baru diseru memeluk Islam. Ini kerana, mereka akan melihat betapa Islam telah menyediakan satu sistem jaminan sosial yang sangat menarik dan memberikan faedah kepada masyarakat setempat.

Selain itu, Islam tidak menafikan golongan lain yang turut berhak menerima wang zakat yang dikhususkan kepada lapan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, orang yang berhutang, fisabilillah dan orang musafir yang keputusan belanja. (at-Taubah: 60)

Sebilangan umat Islam suka membayar terus zakat kepada asnaf yang berkenaan. Adakah tindakan ini tepat?

DR. HASANAH: Bagi menjayakan sistem zakat, aspek pengurusan amat penting. Sebagai satu unsur penting dalam sistem kewangan Islam dan penting untuk memberi jaminan sosial kepada masyarakat Islam, zakat pastinya memerlukan satu bentuk pentadbiran dan pengurusan yang cekap.

Ini termasuk diletakkan di bawah kuasa pemerintah. Dalam ayat 60 surah at-Taubah tadi, Allah telah menentukan bahawa amil merupakan golongan yang layak terima zakat. Apa yang perlu difahami di sini ialah bukanlah tentang amil layak terima zakat tetapi lebih daripada itu, mereka perlu wujud dan diwujudkan dalam sistem zakat.

Kedudukan amil dalam sistem zakat agak berlainan dengan tujuh asnaf yang lain iaitu zakat diusahakan untuk menangani masalah tujuh asnaf itu tadi.

Malah, amil pula bertugas bertanggungjawab memastikan matlamat ini dapat dicapai melalui pengurusan zakat yang berkesan.

Ibn Umar pernah ditanya oleh seorang lelaki yang hendak membayar zakat. Beliau menjawab: “Bayarlah zakat kepada para pemimpin”.

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa pemberian zakat perlu dibuat kepada pemerintah sekalipun mereka melakukan kezaliman dan penyelewengan.

Ini berdasarkan kisah Qaz’ah, katanya kepada Ibn Umar: Sesungguhnya aku mempunyai harta maka kepada siapakah harus aku membayar zakat? Umar berkata: Bayarlah ia kepada mereka, iaitu para pemimpin. Aku berkata: Mereka akan menggunakannya untuk membeli pakaian dan wangian. Umar berkata: Sekalipun mereka menggunakannya untuk membeli pakaian dan wangian tetapi pada harta kamu ada hak lain selain zakat. (Abu Ubayd al-Qasim dalam kitab al-Amwal)

Adakah mungkin asnaf lain diabaikan jika masyarakat terus cenderung membayar zakat kepada golongan fakir, miskin dan ‘orang agama’ tanpa melalui pemerintah?

DR. HASANAH: Inilah yang menjadi kebimbangan kita. Hal ini akan menyebabkan ketidakadilan dalam sistem agihan zakat.

Tambahan pula, mana-mana golongan fakir miskin yang agak menonjol dengan pakaian compang-camping dan tempat tinggal yang tidak terurus akan mengundang simpati segera kepada pembayar zakat. Lebih-lebih lagi jika kisah mereka disiar melalui media massa.

Apa yang mengecewakan, bantuan kewangan hanya mencurah-curah apabila tiba Ramadan dan menjelang hari raya.

Fenomena ini menyebabkan nasib penerima zakat terutama golongan selain fakir dan miskin akan terabai.

Atas dasar keadilan, maka zakat harta dan fitrah perlu diserah kepada pemerintah. Dengan harapan pemerintah dapat mengumpulkan harta tersebut sehingga menjadi dana yang besar. Seterusnya disalurkan kepada penerimanya dengan adil, terancang dan sesuai dengan keperluan semasa.

Menjadikan pemerintah sebagai orang tengah antara pembayar dengan penerima zakat dapat menghindarkan pembayar zakat daripada perasaan bongkak dan angkuh. Ini mungkin timbul jika seseorang membayar zakat terus kepada penerimanya.

Malah penerima zakat juga tidak akan terasa terhina atau direndahkan maruahnya oleh pemberi zakat. Selain itu, individu yang tergolong dalam lapan asnaf tadi mempunyai saluran yang mudah dan terjamin bagi mendapatkan bantuan. Mereka tidak perlu tercari-cari orang yang boleh memberikan bantuan. Sebaliknya boleh terus memohon daripada pemerintah.

Punca pendapatan masyarakat kini sudah dipelbagaikan termasuk melalui perniagaan maya. Oleh itu adakah perlu pemahaman tentang sumber zakat ini disesuaikan dengan keadaan semasa?

DR. HASANAH: Saya berpendapat, semakan semula tentang sumber zakat ini perlu dibuat. Ia perlu bagi meningkatkan kemampuan sistem zakat dalam memberi jaminan sosial kepada umat Islam.

Berbanding pemahaman umum bahawa sumber zakat harta adalah daripada harta yang berbentuk tanaman dan perniagaan semata-mata, sudah tentulah realiti bahawa sumber kewangan semasa bagi rakyat Malaysia adalah daripada perkhidmatan yang dibayar gaji bulanan dan sewaan perlu diberi perhatian. Ertinya, sebarang bentuk dapatan kewangan yang melebihi nisab hendaklah dikenakan zakat.

Di Malaysia, usaha menyedar dan menggalakkan umat Islam membayar zakat gaji telah bermula dan sambutannya amat menggalakkan.

Selain zakat gaji, adalah wajar jika hasil sewaan turut dikenakan zakat. Walaupun sewaan jarang dijadikan satu sumber zakat, namun realiti hari ini didapati semakin ramai umat Islam yang menyara hidup melalui hasil sewaan. Malah ia dianggap satu industri yang sangat menguntungkan.

Oleh itu, usaha yang menyedarkan pihak pengurusan zakat dan juga orang awam tentang zakat hasil sewaan perlu dilakukan.

Bentuk-bentuk sewaan ini boleh terdiri daripada sewaan tapak bangunan, tanah untuk pertanian yang banyak diamalkan di utara tanah air, sewaan rumah dan kedai, sewaan tapak meletak kenderaan, peralatan jentera dan juga kenderaan.

Malah dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terdapat sewaan berbentuk online seperti hosting, webspace, perisian, program yang dilanggan, program berbayar dan lain-lain.

Sewaan hosting misalnya boleh ditawarkan oleh sesiapa sahaja sama ada menggunakan server sendiri atau melalui program reseller. Pendapatan daripada penyewaan ini amat lumayan dan tidak dinadikan ia adalah satu bentuk sumber pendapatan yang wajar dikenakan zakat.

Suka saya tekankan di sini bahawa apabila timbul suara-suara supaya sumber zakat diperluaskan, bukan bermakna kita hendak memerah hasil usaha orang ramai. Tetapi cetusan pandangan ini hendaklah dilihat dari perspektif sumbangan yang dapat kita beri bagi meningkatkan tahap sosial umat Islam hari ini. Mereka yang ingin berkongsi pandangan dalam hal ini boleh menghubungi saya melalui e-mel hasanah@ ymail.com atau laman blog www. drhasanah.com

Edirossa
Tunai zakat melalui amil

SOALAN

SAYA mahu berzakat secara terus kepada penerima. Adakah boleh saya melakukannya dan bagaimanakah amalan pada zaman nabi sendiri?


JAWAPAN

Zakat hendaklah ditunaikan kepada amil yang dilantik oleh pemerintah. Ini sesuai dengan kehendak Islam, kerana jawatan amil memang jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan disebutkan di dalam al-hadis.

Orang yang berzakat terus kepada penerima biasanya akan melakukan beberapa kesilapan secara tidak sedar. Iaitu, adakah wang zakat itu sampai kepada asnaf sebenar, kerana di dalam zakatnya ada lapan asnaf yang berhak.

Adakah sempurna zakatnya jika hanya diberikan kepada satu asnaf sahaja? Di samping itu, zakat hendaklah bersifat memenuhi keperluan asnaf. Maka, jika seseorang mahu berzakat RM800 setahun, kemudian dipecahkan kepada lapan asnaf, maka setiap asnaf hanya mendapat RM100. Adakah RM100 itu mampu memberikan manfaat besar kepada asnaf?

Sebab itulah wang zakat perlu dikumpulkan dalam satu dana. Apabila ia menjadi besar, maka mudahlah ia diagihkan secara sistematik. Maka asnaf akan menerimanya dalam bentuk yang lebih berkesan. Inilah amalan pada zaman nabi dan sahabat.

Mereka mengeluarkan zakat kepada amil-amil yang dilantik, seperti mana nabi sendiri melantik dan menghantar Muadz bin Jabal ke Yaman sebagai amil. Wallahua’lam.

Edirossa
Wajib qada zakat


SOALAN:
BARU-BARU ini saya mendapat keinsafan untuk berzakat. Saya baru sedar, sejak tamat belajar dan memasuki alam pekerjaan 10 tahun dahulu, saya tidak pernah menunaikan zakat pendapatan. Satu-satunya zakat yang saya tunaikan adalah zakat fitrah.

Maka, apakah saya wajib mengqadakan zakat tersebut dan adakah ia dikenakan fidyah seperti puasa?

JAWAPAN:

Hukum mengqadakan amalan puasa, solat dan zakat adalah wajib. Ini sabit daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a dan diputuskan juga wajib oleh jawatankuasa fatwa (rujuk pewartaan fatwa qada zakat oleh Negeri Selangor). Oleh itu, saudara hendaklah mengira berapakah pendapatan pada setiap tahun yang telah lalu dan darabkanlah dengan 2.5 peratus. Itulah zakat pendapatan saudara.

Saudara juga mungkin boleh meneliti lain-lain zakat, seperti zakat simpanan dan zakat saham yang mungkin saudara terlepas pandang untuk menunaikannya.

Walau bagaimanapun, zakat tidak dikenakan fidyah seperti mana puasa. Sila bertanya secara lanjut di pejabat zakat untuk maklumat yang lebih jelas, bagaimanakah caranya melaksanakan qada zakat saudara.

Edirossa
Tempoh mualaf lima tahun


SOALAN:
Mualaf disebut sebagai asnaf zakat. Persoalannya, berapa lamakah mereka dikira sebagai asnaf dan apakah bentuk-bentuk bantuan yang disediakan kepada mualaf?

JAWAPAN:

Mualaf merupakan asnaf yang muqaddam (utama) dalam agihan harta zakat. Allah SWT meletakkan asnaf mualaf sebagai utama, memandangkan golongan ini masih lemah imannya dan perlu dilunakkan hati mereka kepada Islam.

Dalam konteks amalan di Selangor, seseorang itu masih dianggap mualaf sehingga usia keislamannya memasuki lima tahun. Selepas dari itu, mereka dianggap sama tarafnya seperti muslim yang lain.

Banyak bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka, sama ada sara diri, bantuan pendidikan, perkahwinan, modal perniagaan dan sebagainya. Seperkara yang wajar diingatkan, seorang mualaf itu masih berhak menerima zakat biar pun dia seorang yang tidak miskin.

Ini kerana, dia menerima zakat atas asnaf mualaf yang bertujuan untuk mengukuhkan keimanannya, sedangkan fakir miskin dibantu adalah demi keperluan hidupnya.

l Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat.com.my

Edirossa
Zakat saham adalah 2.5 peratus


SOALAN:
Majikan saya baru-baru ini memberikan saham syarikat sebanyak 4,000 unit dengan nilai RM5 seunit kepada semua kakitangan.

Namun begitu, saham itu hanya boleh dijual setelah tempoh setahun dan kakitangan hanya dibenarkan memiliki 50 peratus daripada harga jualan. Persoalannya, adakah saya wajib mengeluarkan zakat apabila menjual saham itu nanti?

JAWAPAN:

Saham itu hendaklah dipastikan saham yang mematuhi piawaian syariah. Jika ia tidak tunduk kepada syariah, misalnya menceburi bidang perniagaan yang haram, maka pengembangan daripada pokok saham saudara itu tidaklah boleh dizakatkan. Hanya pokoknya sahajalah yang wajib dikirakan zakatnya.

Dalam kes di atas, ia bermakna saudara mendapat saham yang keseluruhannya bernilai RM20,000. Secara kasarnya, ia memang telah melebihi nisab.

Namun, katakanlah setelah tamat setahun, harga jualan melebihi daripada harga asal. Andaikan ia berharga RM7 seunit, maka saudara sudah memiliki RM28,000.

Oleh kerana majikan hanya membenarkan separuh dimiliki oleh saudara, maka zakat hanya dikenakan 2.5 peratus ke atas nilai RM14,000.

lUntuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat.com.my
Edirossa
Wang pampasan wajib dizakat


Soalan:
Adakah benar wang ganjaran (graduiti) sempena penamatan kontrak kerja adalah diwajibkan zakat? Untuk makluman, saya pernah mendapat graduiti selepas tamat tempoh perkhidmatan dengan tentera pada 1999.

Seorang kenalan saya menyatakan bahawa wang graduiti tidak dikenakan zakat kerana ia bukan pendapatan tetapi pampasan daripada majikan. Bolehkah dijelaskan hal ini?

Jawapan:

Wang pampasan atau gratuity adalah termasuk ke dalam harta mustafad (al-mal al-mustafad). Ini kerana, wang tersebut diterima atas illat (alasan) daripada pekerjaan yang telah dilakukan.

Jika tidak kerana pekerjaan sekali pun, katakanlah atas alasan dihadiahkan oleh seseorang, maka ia masih tunduk kepada zakat. Ia wajib dikira zakat setelah cukup haulnya, yakni dikenakan zakat ke atas baki wang berkenaan.

Sebuah hadis boleh dijadikan sandaran iaitu, Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (ada zakat sebanyak) 5 dirham, dan tidak takwa ke atas kamu (dalam) sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar”. (riwayat Abu Daud)

Inilah dalil bahawa wang yang diperolehi atas jalan apa sekali pun, maka wajib dizakatkan. Cuma yang menjadi khilaf ialah sama ada perlu ditunggu genap setahun ataupun terus dizakatkan semasa mendapat wang berkenaan.

Maka, di sini pendapat yang aula ialah menunggu sehingga cukup haulnya, dan selepas itu ia dizakatkan kepada apa yang berlebih.

Namun, tidak salah jika mahu terus mengeluarkan zakatnya pada masa ia diperolehi, demi merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang menyegerakan kebaikan.

Edirossa
Sunat wasiat untuk berwakaf


Soalan:
Ibu saya bercadang mewakafkan rumahnya dan sebahagian daripada hartanya melalui wasiat tetapi ragu-ragu adakah ia dibenarkan dalam hukum.


Jawapan:

Wasiat sebegini harus dalam Islam, malahan hukum berwakaf adalah sunat. Lebih-lebih lagi umat Islam yang daif yang amat memerlukan bantuan saudara-saudara Islam yang lain.

Kita juga perlu yakin bahawa salah satu alternatif bagi memulih dan mengekalkan kepesatan kewangan Islam ialah melalui cara berwakaf.

Di awal perkembangan Islam golongan korporat dari kalangan sahabat telah mewakafkan sebahagian besar dari harta mereka untuk tujuan pengembangan Islam. Natijahnya hari ini, terdapaat hampir 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Niat dan tujuan ibu untuk mewakafkan rumah dan sebahagian hartanya adalah langkah yang sangat baik, kerana manfaatnya bukan sahaja di dunia. Malahan pahalanya tidak akan terputus seperti air sungai yang mengalir.

Adalah lebih baik diperhatikan persoalan yang berkaitan dengan wakaf dan permasalahannya seperti berikut:

Apabila ditinjau dari segi bahasa wakaf bererti menahan. Sedangkan menurut istilah syarak, ialah menahan sesuatu benda yang kekal zatnya, untuk diambil manfaatnya untuk kebaikan dan kemajuan Islam.

Menahan suatu benda yang kekal zatnya, ertinya tidak boleh dijual dan tidak diberikan serta tidak pula diwariskan, tetapi hanya disedekahkan untuk diambil manfaatnya saja.

Ada beberapa pengertian tentang wakaf antara lain:

*Pengertian wakaf menurut mazhab Syafie dan Hambali adalah: “seseorang menahan hartanya untuk dimanfaatkan di segala bidang kemaslahatan dengan tetap mewakafkan harta tersebut sebagai taqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT.

*Pengertian wakaf menurut mazhab Hanafi adalah: “menahan harta-benda sehingga menjadi hukum milik Allah. Maka seseorang yang mewakafkan sesuatu bererti ia melepaskan kepemilikan harta tersebut dan memberikannya kepada Allah untuk beroleh manfaatnya kepada manusia secara tetap dan berterusan, tidak boleh dijual, dihibahkan ataupun diwariskan.

*Pengertian wakaf menurut Imam Abu Hanafi pula adalah: “menahan harta-benda atas kepemilikan orang yang berwakaf dan bersedekah dari hasilnya atau menyalurkan manfaat dari harta tersebut kepada mereka yang dicintainya. Berdasarkan definisi Abu Hanifah ini, maka harta tersebut ada dalam pengawasan orang yang berwakaf (wakif) selama ia masih hidup, dan boleh diwariskan kepada ahli warisnya jika ia sudah meninggal samaada untuk dijual atau dihibahkan (hadiah).

Definisi ini berbeza dengan yang diberikan oleh Abu Yusof dan Muhammad, sahabat kepada Imam Abu Hanifah itu sendiri.

*Pengertian wakaf menurut mazhab Maliki adalah memberikan sesuatu hasil manfaat dari harta, dimana harta pokoknya konsisten atas kepemilikan pemberi manfaat tersebut walaupun sesaat.

Daripada definisi itu dapat disimpulkan bahawa wakaf itu termasuk salah satu di antara pemberian, akan tetapi hanya boleh diambil manfaatnya dan bendanya harus tetap utuh.

Oleh kerana itu, harta yang layak untuk diwakafkan adalah harta yang tidak habis dipakai dan umumnya tidak dapat dipindahkan, misalnya tanah, bangunan dan serupa dengannya.

Utamanya untuk kepentingan umum, misalnya untuk masjid, surau, sekolah, rumah-rumah kebajikan, jalan awam, dan sebagainya.

Hukum wakaf sama dengan amal jariah. Sesuai dengan jenis amalnya maka berwakaf bukan sekadar berderma (sedekah) biasa, tetapi lebih besar pahala dan manfaatnya terhadap orang yang berwakaf.

Pahala yang diterima mengalir terus menerus selama barang atau benda yang diwakafkan itu masih berguna dan bermanfaat. Hukum wakaf adalah sunat.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (perkara), iaitu sedekah jariah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak saleh yang mendoakannya. (riwayat Muslim)

Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual, dihibahkan atau diwariskan. Akan tetapi, harta wakaf tersebut harus secara terus menerus dapat dimanfaatkan untuk kepentingan umum sebagaimana maksud orang yang mewakafkan.

Syarat dan Rukun Wakaf

*Syarat Wakaf

Syarat-syarat harta yang diwakafkan sebagai berikut:

1. Diwakafkan untuk selama-lamanya, tidak terbatas waktu tertentu.

2. Tunai tanpa menggantungkan pada suatu peristiwa di masa yang akan datang. Misalnya, “Saya wakafkan bila dapat keuntungan yang lebih besar dari usaha yang akan datang”.

3.Jelas mauquf alaihnya (orang yang diberi wakaf) dan bisa dimiliki barang yang diwakafkan (mauquf) itu.

*Rukun Wakaf

Orang yang berwakaf (wakif), syaratnya:

1. Kehendak sendiri.

2. Berhak berbuat baik walaupun bukan Islam

Sesuatu (harta) yang diwakafkan (mauquf), syaratnya:

1. Barang yang dimiliki dapat dipindahkan dan tetap zatnya, berfaedah saat diberikan maupun dikemudian hari.

2. Milik sendiri walaupun hanya sebahagian yang diwakafkan (bercampur dan tidak dapat dipindahkan dengan bahagian yang lain)

Akad, misalnya: “Saya wakafkan ini kepada masjid, sekolah orang yang tidak mampu dan sebagainya” tidak perlu qabul (jawab) kecuali yang bersifat peribadi (bukan bersifat umum).

*Hikmah Wakaf

Hikmah wakaf adalah seperti berikut:

*Melaksanakan perintah Allah SWT untuk selalu berbuat baik. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (al-Hajj: 77)

lMemanfaatkan harta atau barang bagi tempoh yang tidak terbatas. Kepentingan diri sendiri sebagai pahala sedekah jariah dan untuk kepentingan masyarakat Islam sebagai sebagai tanggungjawab kaum muslimin. Mengenai hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak memperhatikan urusan dan kepentingan kaum muslimin maka tidaklah ia dari golonganku”.

*Mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. Wakaf biasanya diberi kepada pihak berkuasa agama negeri. Kalau di selangor Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Atau di mana-mana organisasi yang berautoriti yang diberi izin oleh pihak berkuasa negeri atau Kerajaan Persekutuan. Kaedah usul fiqh yang bermaksud: “Kemaslahatan umum harus didahulukan daripada kemaslahatan yang khusus”.

Edirossa
Isu Zakat Wang Simpanan Tabung Haji


Soalan


Assalamualaikum Ustaz,
Benarkah wang simpanan yang disimpan didalam institusi Islam (contoh Tabung Haji) tidak perlu dikeluarkan zakat kerana telah diuruskan oleh institusi tersebut? Harap dapat penjelasan dari ustaz
Terima kasih dan wassalam

Hayatey Baharum



JAWAPAN

wa'alaikumussalamm

Ya, benar, demikian yang disebut di awal-awal ketika penyimpanan dibuat.

Penyimpan memberi izin kepada Tabung Haji (TH) untuk menguruskan zakat simpanannya, justeru tiada zakat lagi perlu dikeluarkan oleh penyimpan.

Hal ini dijawab di dalam web tabung haji dengan jelas dengan ayat berikut :-

Pada masa seseorang menjadi pendeposit TH, pendeposit telah pun memberi kebenaran kepada TH untuk wang simpanannya dikelolakan dan diurus, mengikut undang-undang dan peraturannya. Apabila seseorang pendeposit telah mengisi Borang Butir-butir Peribadi dan Borang Pemegang Amanah, ia merupakan akad izin di antara pendeposit dan TH di mana pendeposit bersetuju menyimpan wangnya di TH dan memberi izin kepada TH untuk menggunakan wang simpananya itu untuk tujuan perniagaan dengan mengharapkan menerima keuntungan.

Berasaskan kepada penerangan di atas, TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH selaras dengan fatwa yang dikeluarkan pada 29 Februari 1980 berkenaan ( Rujuk http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THSoalJawabTabungan.htm )

MASALAH MUNGKIN BERBANGKIT

Namun demikian, sedikit masalah Shariah boleh timbul di sini adalah (hal ini juga pernah diberitahu kepada saya oleh Dato' Dr Haron Din pada tahun 2006), berdalilkan kepada hujjah di atas iaitu mandat telah diberi kepada pihak TH, pihak pengurusan TH mengistiharkan bahawa pihak penyimpnan tidak lagi perlu membayar zakat simpanannya. Namun masalahnya adalah aqad perwakilan (wakalah) adalah bersifat ghayru lazim ( iaitu boleh ditamatkan hanya dengan kehendak sebelah pihak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi), [1]

Justeru sekiranya pihak penyimpan tiba-tiba menarik semula mandat yang pada asalnya diberikan di awal kontrak tadi, lalu ingin membayar sendiri zakat wang simpanannya dan bukan zakat perniagaan. Dari sudut hukum Islam, penyimpnan berhak membuat keputusan sedemikian. Manakala pihak Tabung Haji tidak lagi mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak penyimpan kerana mandatnya telah ditarik semula. Pihak tbaung haji masih boleh menggunakan wang penyimpan untuk tujuan pelaburan namun, bahagian zakat bagi penyimpan yang ingin mengeluarkan sendiri TIDAK lagi boleh dipaksa.

Jika ia terus tidak diendahkan, ia sememangnya akan menimbulkan masalah dari sudut hukum Shariah kerana ia akan menyebabkan pembayaran zakat tadi jatuh dalam ‘Tasarruf Fudhuli' iaitu satu tindakan yang dibuat oleh seseorang yang lain tanpa mendapat mandat atau wakilan dari yang meminta. Tatkala itu zakatnya dikeluarkan adalah mawquf atau tidak sah selagi tidak dipersetujui oleh penyimpan, malah jika si penyimpan tidak memberikan persetujuannya, pihak Tabung Haji perlulah membayar semula jumlah yang dikeluarkan. [2]

Perlu diingat bahawa zakat adalah hak peribadi yang mesti ditunaikan oleh individu terbabit, justeru itu, sekiranya pihak individu itu tidak lagi ingin mewakilkan pihak Tabung Haji untuk mengeluarkan zakat bagi pihaknya atau membatalkan mandat wakil (wakalah) kepada TH yang pernah diberi di awal kontrak simpanan dibuat. Pihak Tabung Haji seseungguhnya tidak boleh memaksa, apatah lagi mengeluarkan zakat bagi pihak individu penyimpanan tanpa izinnya.

Pada waktu dan keadaan tertentu, para penyimpan berhak untuk menyalurkannya kepada penerima yang diyakini dan dirasakan lebih dikenali dan lebih utama untuk diberikan. Seperti disalurkan kepada adik beradiknya yang miskin dan memerlukan.

Hasil dari ini, saya menyeru agar pihak Tabung Haji meninjau kembali aspek ini agar ia dapat diperbetul dan diperkemaskan. Namun demikian, sekiranya hal ini telah diselesaikan oleh pihak Tabung Haji, saya ucapkan tahniah dan meminta maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat terbaru berkenaan sebarang polisi baru tabung haji berkaitan hal zakat wang simpanan penyimpanan ini. Namun saya yakin, tiada sebarang keputusan baru.


Sekian

Uts. Zaharuddin Ab Rahman

Edirossa
Memberi zakat kepada orang kaya


SOALAN

Adakah orang kaya layak menerima zakat? Saya keliru memandangkan ada anak-anak jiran yang ibu dan bapa mereka memiliki pendapatan yang besar; namun masih diberikan bantuan zakat?

JAWAPAN
Di dalam perbahasan mengenai agihan zakat, ulama fikah misalnya Dr. Abdullah Nashih Ulwan menyatakan, bahawa orang-orang kaya memang ditegah daripada mendapat agihan zakat.

Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal r.a, iaitu: Zakat itu hendaklah dikutip daripada orang-orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin di kalangan mereka. (riwayat Bukhari)

Walau bagaimanapun, apa yang dimaksudkan dengan tegahan itu ialah, jika diambil harta zakat itu daripada bahagian (asnaf) fakir dan miskin dan diberikan kepada orang kaya.

Sekiranya diambil daripada asnaf yang lain, misalnya daripada asnaf fisabilillah, maka tidaklah disyaratkan penerimanya seorang yang miskin.

Sehubungan dengan itu, amalan zakat di Malaysia, khususnya di Selangor, setiap orang Islam berhak mendapat bantuan zakat walaupun mereka tidak miskin, misalnya dalam kes hutang rawatan dan membantu melanjutkan pendidikan. Mereka dibantu atas nama asnaf fisabilillah, asnaf gharimin (berhutang) atau asnaf-asnaf lain yang sesuai; bukan atas sifat kemiskinannya. Wallahua'lam.
Edirossa
Zakat kepada orang kafir


SOALAN :
Adakah zakat diharamkan sama sekali kepada orang-orang kafir untuk menerimanya?

JAWAPAN:

Di antara golongan yang tidak diizinkan menerima zakat ialah orang-orang kafir. Hal ini adalah jelas di sisi Islam dan ulamak fikah sepakat bahawa orang-orang kafir dan orang-orang ateis (tiada agama) tidak berhak ke atas wang atau harta zakat.

Ketetapan ini thabit kepada pesanan Nabi Muhammad SAW saat mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, agar beliau mengutip zakat di kalangan orang-orang Islam yang kaya untuk diagihkan kembali kepada orang-orang Islam yang miskin di kalangan mereka (riwayat Bukhari).

Walau bagaimanapun, terdapat juga fukaha yang berpendapat, zakat boleh disalurkan kepada kafir zimmi dan mualaf yang belum memeluk Islam.

Zakat fitrah misalnya, boleh diberikan kepada orang-orang kafir dengan syarat, mereka adalah kafir zimmi (yang fakir). Inilah pendapat Imam az-Zuhri, Abu Hanifah, Muhammad dan Ibn Syabramah berdasarkan firman Allah SWT: Allah tidak melarangmu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangimu disebabkan agama, serta tidak mengusirmu dari negerimu. (al-Mumtahinah: dirol.gif

Bagi perbahasan mualaf, ia adalah suatu perbahasan yang panjang untuk dipaparkan di sini.

Sementara itu, amalan di Selangor sendiri adalah tertakluk kepada fatwa agihan zakat sebagai rujukan. Wallahua’lam.
Edirossa
Zakat Menyuburkan Harta


SOALAN :

Bukankah berzakat bermakna mengurangkan harta. Bagaimana pula dengan zakat maka harta makin menambah?

JAWAPAN:

Zakat zahirnya mengurangkan harta; namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta yang dizakat, maka Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki.

Bahkan Allah SWT memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi keberkatan. Maksud doa itu ialah: “Semoga Allah mengganjari terhadap apa yang telah engkau berikan dan semoga Allah memberkati apa-apa harta yang masih berbaki di sisi engkau”.

Apabila zakat ditunaikan, maka Allah SWT akan membuka pintu barakah ke atas kita. Maka, akan datanglah pelbagai rezeki yang tidak disangka-sangka, seperti mana firman Allah SWT: Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. (at-Talaq: 2)

Allah SWT akan mencukupkan keperluan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa dan sesungguhnya inilah hakikat berkat apabila berzakat.

Edirossa
Zakat Menyuburkan Harta


SOALAN :

Bukankah berzakat bermakna mengurangkan harta. Bagaimana pula dengan zakat maka harta makin menambah?

JAWAPAN:

Zakat zahirnya mengurangkan harta; namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta yang dizakat, maka Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki.

Bahkan Allah SWT memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi keberkatan. Maksud doa itu ialah: “Semoga Allah mengganjari terhadap apa yang telah engkau berikan dan semoga Allah memberkati apa-apa harta yang masih berbaki di sisi engkau”.

Apabila zakat ditunaikan, maka Allah SWT akan membuka pintu barakah ke atas kita. Maka, akan datanglah pelbagai rezeki yang tidak disangka-sangka, seperti mana firman Allah SWT: Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. (at-Talaq: 2)

Allah SWT akan mencukupkan keperluan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa dan sesungguhnya inilah hakikat berkat apabila berzakat.

Edirossa
Berdosa tidak bayar zakat fitrah


SOALAN 1:
Ada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya? Saya keliru kerana ada yang kata boleh.

Jawapan:

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hikmah zakat fitrah adalah untuk membersihkan orang-orang yang berpuasa daripada kelalaiannya, Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor". (riwayat Abu Daud).

Ulama fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran.

Namun, jika kerana terlupa, maka hendaklah segera dia menunaikannya walau sudah terlepas waktunya (menjadi qada) dan segeralah memohon ampun kepada Allah SWT di atas kelalaiannya sebelum itu. Wallahua'lam.


Edirossa
Waktu Yang Afdhal Mengeluarkan Zakat Fitrah

Soalan 2:

Adakah zakat fitrah boleh ditunaikan seawal Ramadan atau sebaik-baiknya ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri?


Jawapan:

Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: "Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan".

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Tsuri dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan.

Abu Hanifah, Imam Laits dan Abu Tsaur pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.

Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri.

Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu Syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.


Edirossa
Zakat Fitrah Keatas Golongan Miskin


Soalan 3:

Seorang miskin tidak wajib menunaikan zakat harta tetapi wajib pula menunaikan zakat fitrah, bolehkah dijelaskan keadaan ini?

Jawapan:

Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Abu Hurairah r.a menyatakan: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya - daripada kalangan kaum muslimin. (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, rujuk Hukum Zakat, al-Qardhawi, hal. 927).

Ini kerana, zakat harta mempunyai syarat nisab (batas minima kekayaan) yang berbeza dengan zakat fitrah. Nisab zakat harta adalah 85 gram emas pada harga semasa; sedangkan zakat fitrah meletakkan, mereka yang mempunyai makanan dari malam raya sehingga keesokan harinya (sehari semalam) adalah dianggap wajib menunaikan zakat fitrah. Di samping itu, kadar zakat fitrah juga disandarkan kepada nilai segantang Baghdad makanan asasi (2.7 kg), iaitu kadar yang dianggap rendah dan tidak membebankan golongan miskin bagi menunaikannya.

Jika seseorang itu tidak mempunyai makanan yang mencukupi bagi diri dan keluarganya pada sehari semalam pada hari raya, maka terlepaslah kewajipan zakat fitrah ke atas dirinya.
Edirossa
....Rencana


Jabatan Agama disaran sedia dana berniaga


zakat perniagaan oleh syarikat usahawan Muslim boleh dimanfaatkan untuk membantu golongan asnaf di seluruh negara keluar daripada golongan penerima zakat. — Gambar hiasan.

--------------------------------------------------------------------------------



MEGA: Kita bangga dengan kutipan zakat di sesetengah negeri yang mencecah ratusan juta ringgit. Apakah pula tanggungjawab pengagihan yang perlu ditunaikan?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar pencapaian kutipan zakat di negeri-negeri tertentu yang mencecah ratusan juta ringgit.

Ini adalah berita yang sihat yang sekali gus memaparkan pencapaian ummah dalam beberapa perkara.

Antaranya, pencapaian ekonomi ummah mungkin semakin meningkat selaras dengan jumlah kutipan zakat yang semakin meningkat.

Fenomena ini juga mungkin menggambarkan keyakinan masyarakat kepada pengurusan institusi zakat negeri semakin jitu.

Di samping keceriaan pihak pengurusan zakat negeri menghebahkan jumlah kutipan yang memberangsangkan, pihak penerima dana zakat turut mengharapkan keceriaan dalam mendapat hak mereka.

Perhatian perlu diberi secara seimbang antara keefisienan dalam kutipan dan keefisienan dalam pengagihan. Kedudukan perkara ini merupakan asas penting dalam institusi zakat seperti riwayat Imam Muslim rahimahullah terhadap sabda Nabi SAW kepada Mu'adh bin Jabal r.a yang dihantar ke Yaman agar mengajak masyarakat di sana kepada beberapa perkara termasuk "membayar zakat harta mereka dan diberikan kepada orang miskin".

Demikian juga firman Allah dalam surat at-Taubah seperti di atas.

Berdasarkan dalil-dalil di atas, para pengurus dana zakat perlu memberi perhatian yang seimbang kepada aspek pengagihan seperti mereka memberi perhatian kepada aspek jumlah kutipan.

Elok juga kita menarik perhatian di sini bahawa Nabi SAW turut mengingatkan Mu'adh bin Jabal r.a dengan sabdanya, "takutilah doa orang yang teraniaya kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah SWT tidak ada hijab".

Pengurus zakat perlu berhati-hati agar tidak menzalimi pembayar zakat dengan mengambil harta mereka secara tidak adil dan turut memberi perhatian agar penerima dana zakat tidak dizalimi lantaran tidak mendapat hak mereka.

Bukankah lebih baik jika hasil kutipan zakat ini dikembangkan dalam bentuk pembinaan pusat-pusat latihan untuk melahirkan usahawan Muslim?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Agama Islam menggariskan peraturan yang kemas berhubung dengan perincian pentadbiran zakat sama ada dari segi kutipan mahupun pengagihannya.

Peraturan-peraturan ini berkisar di sekitar petunjuk al-Quran dan al-Sunnah serta ulama membimbing ummah sepanjang zaman sesuai dengan keperluan zaman masing-masing berdasarkan sumber rujukan ini.

Perkara pokok dalam mengagih dana zakat adalah memenuhi keperluan para asnaf seperti yang dinyatakan al-Quran.

Perhatian terhadap para asnaf ini ternyata menunjukkan kelompok warga yang miskin mendapat perhatian istimewa. Bantuan kepada mereka boleh dijelmakan dalam dua bentuk.

Bagi golongan yang tidak mampu bekerja lantaran faktor usia, kecacatan dan sebagainya, golongan ini perlulah dibantu untuk membolehkan mereka memenuhi keperluan asas mereka dengan mencukupi.

Namun, bagi yang miskin dan mampu bekerja serta berpotensi untuk berdikari, golongan ini perlu dibantu dalam bentuk didikan kemahiran dan modal agar mereka dapat berusaha untuk membebaskan diri daripada cengkaman kemiskinan.

Pendekatan ini mengingatkan kita kepada apa yang dianjurkan Nabi SAW kepada seorang sahabat yang meminta bantuan kepada baginda. Baginda bertanyakan kepada sahabat tersebut kiranya beliau mempunyai apa-apa untuk dijual dan apabila sahabat ini menyatakan yang beliau mempunyai sekian-sekian barang, lalu Nabi SAW menjual barangan tersebut.

Hasil jualan barangan itu dibahagi dua yakni satu bahagian untuk kegunaan keperluan segera sahabat berkenaan dan satu bahagian lagi disuruh beli kapak dan tali serta dianjurkan sahabat berkenaan gigih berusaha mencari kayu api. Ternyata usaha murni tersebut memberi ruang kehidupan yang lebih baik kepada sahabat tersebut.

Kisah ini menjadi panduan kepada usaha kita menangani persoalan kemiskinan ummah dengan mengambil pendekatan memberi ikan yang secukupnya kepada mereka yang tidak mampu terlibat dalam sebarang aktiviti ekonomi. Dan memberi alat untuk tangkap ikan kepada mereka yang mampu dan berpotensi bergerak aktif di medan ekonomi.

Golongan ini perlu dibantu dengan alat-alat dan kemahiran yang secukupnya agar mereka dapat menangkap ikan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan mereka malah menangkap ikan dengan kadar yang melebihi keperluan agar lebihan tangkapan itu dapat diberi kepada orang lain yang memerlukan.

Pendeknya, perancangan rapi pihak pengurus zakat dengan pendekatan sebegini berpotensi mencetuskan generasi usahawan dalam kalangan para asnaf.

Usaha sebegini perlu digerakkan dengan menjalin jaringan bersama dengan pelbagai pusat pendidikan dan latihan kemahiran yang sedia ada.

Di negara kita, sudah ada slogan satu produk satu kampung. Adakah boleh kita perkenalkan pula satu jabatan agama dengan satu produk ekonomi?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Ini adalah persoalan yang menarik. Kempen murni satu produk satu kampung ternyata mempunyai kelebihan istimewa dari segi ekonomi.

Di samping ia boleh memperkasakan kemahiran secara pengkhususan, aktiviti sebegini memberi ruang untuk industri menikmati faedah ekonomi bidangan.

Dengan sokongan agensi pemasaran yang mantap, slogan satu produk satu kampung ternyata memberi harapan positif meningkatkan taraf sosio-ekonomi warga kampung.

Konsep murni sebegini tentunya berpotensi juga diterapkan kepada satu jabatan agama dengan satu produk ekonomi. Kedudukan ekonomi ummah berbanding masyarakat lain menuntut kita lebih serius dalam memenuhi keperluan ekonomi ummah.

Semboyan slogan 'Bisnes satu cabang Jihad' telah lama dilaungkan sebagai pemangkin pembudayaan bisnes untuk survival ekonomi ummah.

Langkah awal menyemarakkan 'satu jabatan agama dengan satu produk ekonomi' perlu dikembangkan seterusnya kepada 'satu jabatan agama dengan 10 produk ekonomi' buat beberapa tempoh berikutnya. Demikianlah seterusnya dipertingkatkan lagi kepada pelbagai produk semaksima mungkin. Ini adalah hasrat yang cukup besar.

Pelbagai agensi kerajaan dan usahawan muslim perlu bersama berganding bahu dengan agenda besar ini. Pelbagai kepakaran muslim yang berselerak di semua IPTA dan IPTS seluruh negara perlu tampil bersama berjihad menyumbang idea dan kepakaran.

Aspirasi sebegini perlu menjadi suntikan kepada penyelidik muslim bertungkus lumus mencipta pelbagai produk untuk diwakafkan kepada ummah menerusi produk keluaran jabatan agama.

Jabatan agama berpotensi menjayakan konsep ini kerana beberapa keistimewaan yang ada pada jabatan berkenaan. Pertama, barangan keluaran jabatan agama tentunya memberi keyakinan tinggi kepada pengguna muslim dari segi status halalnya.

Kedua, jabatan agama mempunyai keistimewaan dalam menggerakkan dana sedekah dan wakaf. Dana zakat mungkin agak terbatas untuk dijadikan asas dalam menggerakkan agenda ini lantaran terhadnya kutipan berbanding dengan keperluan asnaf di kebanyakan negeri.

Lagi pun, ruang penggunaan dana zakat untuk tujuan sebegini mungkin masih menjadi perbahasan. Apa pun, dana yang diperlukan untuk produk yang dikenalpasti boleh dikumpulkan dengan semangat jihad setiap muslim.

Bayangkan, jika setiap masjid berkempen setiap minggu pada hari Jumaat dengan slogan 'Sumbanglah sedekah seminimum RM1 seminggu', jumlah yang bakal dikutip tentunya bukan sedikit.

Khutbah Jumaat perlu dijadikan wahana memotivasikan agenda ini.

Kutipan secara kolektif semua masjid di sesebuah negeri untuk tempoh yang berterusan berpotensi mencetuskan modal yang diperlukan. Kutipan ini tentunya akan diperkasakan lagi dengan kehadiran ahli korporat yang berhati mulia seperti dermawan silam Saidina Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.

Pelbagai kepakaran muslim yang meliputi kepakaran syariah mahupun kepakaran pengurusan dan ekonomi yang terdapat di pelbagai IPTA/IPTS serta organisasi lain perlu dimanfaatkan.

Negara sudah 52 tahun merdeka. Namun, usahawan Muslim majoritinya masih belum 'merdeka' daripada pinjaman institusi kewangan untuk berniaga. Apakah penyelesaian dalam hal ini?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Alhamdulillah, kita sudah lama merdeka. Namun, nisbah dengan lamanya kita dijajah, itu jauh lebih lama.

Tempoh 52 tahun itu telah banyak membawa ummah kepada dunia perniagaan. Sebenarnya, persoalan tidak merdeka daripada pinjaman institusi kewangan untuk berniaga bukanlah suatu yang luar biasa.

Yang luar biasanya jika pinjaman itu diperolehi daripada institusi kewangan yang berteraskan riba. Sekarang ini, kita sudah agak selesa dengan kemunculan sistem kewangan Islam yang mantap sekali gus menyelamatkan usahawan muslim daripada bergelumang dengan transaksi riba.

Sebenarnya, jalan keluar kepada masalah itu tetap ada dalam Islam. Nabi SAW dulu ketika berniaga di Syam pun tidak ada modal. Modalnya diperolehi secara mudharabah dengan Saidatina Khadijah r.anha dan baginda berjaya dengan perniagaannya itu.

Hari ini, instrumen pelaburan Islam seperti mudharabah dan musyarakah perlu disemarakkan terutamanya dalam menghubungkan pihak yang mempunyai modal dan pengusaha yang berpotensi menggerakkan modal.

Di samping itu, pihak-pihak hartawan tertentu yang mempunyai dana lebihan dianjurkan bermurah hati menyediakan modal secara al-Qard kepada usahawan yang memerlukan.

Usaha sebegini tentunya menuntut penghayatan konsep amanah yang cemerlang seperti yang ditunjukkan Nabi SAW ketika berdagang dengan modal yang disediakan Saidatina Khadijah r.anha.

Jabatan Agama yang mempunyai dana lebihan mungkin perlu buka ruang mempermudahkan usahawan muslim mendapat modal perniagaan.

Di samping itu, dana wakaf perlu disemarakkan bagi memiliki bangunan atau premis perniagaan strategik.

Setiap premis yang digerakkan secara dana wakaf berpotensi mengekalkan tapak perniagaan muslim secara kekal. Tapak sebegini boleh disewakan kepada usahawan muslim yang berpotensi.

Perlu dinyatakan dalam Islam, peniaga-peniaga yang berjaya perlu membayar zakat perniagaan dan jika dia ditimpa kerugian, dia berhak dibantu dengan dana sedekah.

Kedudukan ini mencetuskan suatu sistem sekuriti yang istimewa bagi para usahawan muslim. Kesemua jalan penyelesaian yang dinyatakan di sini turut menuntut penghayatan konsep ukhuwah sejati sesama muslim.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk pastikan produk usahawan muslim boleh dipasarkan?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Pertama, produk yang dihasilkan perlu memenuhi cita rasa pengguna dan berjaya meletakkan produk itu sekurangnya seiring dengan saingannya di pasaran.

Pelbagai kriteria daripada kualiti produk hingga kepada pembungkusan produk perlu diberi perhatian.

Keduanya, pihak kerajaan perlu memastikan produk usahawan muslim dapat bertapak dalam pasar-pasar gergasi dengan mengenakan syarat-syarat khas.

Seterusnya, produk usahawan muslim perlu diberi ruang untuk diperolehi dengan mudah di kedai-kedai serbaneka milik usahawan stesen minyak dan seumpamanya.

Mungkin sudah sampai masanya untuk memperkasakan ekonomi masjid dengan pelbagai program seperti karnival masjid dan koperasi masjid. Usaha sebegini akan terus memberi laluan kepada pemasaran produk usahawan muslim.

Apakah peranan zakat dalam mengkualitikan pembangunan insan?

DR. GHAFARULLAHHUDDIN: Ibadat zakat jelas memberi kesan besar dalam mengkualitikan pembangunan insan.

Perkara pokok ialah zakat merupakan suatu ibadat kepada Allah SWT di mana seseorang yang menunaikan zakat bererti telah menghambakan dirinya kepada Allah SWT, patuh kepadanya di samping mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepadanya.

Zakat itu sendiri yang bermaksud bersih dan membersihkan berupaya membangun insan yang bersih batinnya daripada unsur-unsur tercela seperti sifat kedekut, tamak dan sebagainya. Al-Quran dalam surah al-Taubah ayat 103 jelas menyatakan yang maksudnya, Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.

Malah penerima dana zakat juga dapat membina diri dengan menyingkir sifat tercela seperti hasad dengki kepada orang berharta.

Edirossa
Harus bayar zakat fitrah dengan wang

SOALAN 1:
SAYA difahamkan bahawa zakat fitrah diwajibkan keatas setiap muslim dengan makanan asasi. Soalannya, kenapa di Malaysia ia ditukar kepada nilai wang?

Jawapan:

Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah ditunaikan sama ada menggunakan tamar kering atau basah, gandum dan biji-bijian.

Imam Syafie dan Maliki berpendapat, zakat fitrah hendaklak dikeluarkan berdasarkan makanan asasi sesebuah negara. Sebuah hadis riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Tsalabah bin Abu Saghir boleh dijadikan sandaran: "Bayarlah zakat fitrah satu sha' gandum atau bur daripada setiap manusia (muslim), anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, lelaki atau perempuan".

Walau bagaimanapun, fuqaha berbeza pendapat mengenai keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang) dan bukannya harta (makanan).

Imam Abu Hanifah dan at-Tsuri memetik pendapat daripada Umar bin Abdul Aziz r.a bahawa dibolehkan mengeluarkan zakat dengan harga (wang) dan pendapat ini turut disokong oleh Hassan Basri.

Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah dan inilah tujuan zakat fitrah, iaitu mencukupkan orang-orang miskin pada hari raya jangan sampai meminta-minta (riwayat Imam Baihaqi). Wallahu A'lam.
Edirossa
Puasa Tanpa Mengeluarkan Zakat


Soalan

Adakah benar pahala orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah maka ia akan digantung (tidak diterima) oleh Allah swt?

Jawapan:

Memang terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: "(Ibadah) bulan Ramadan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah". (riwayat Ibn Asakir).

Walau bagaimanapun, ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, lantaran ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.

Sebenarnya setiap muslim wajib menyedari, ibadah yang wajib dan difardukan di sisi Islam, sama ada solat, puasa, zakat dan haji, masing-masing mempunyai tatacara penunaiannya yang tersendiri.

Apabila ia ditunaikan berpandukan syarat-syarat dan rukunnya, maka sahlah ibadat tersebut. Sama ada diterima atau tidak oleh Allah SWT, maka ia adalah hak Allah swt sendiri yang menentukannya.

Oleh itu, pandangan bahawa 'pahala puasa tergantung' hanyalah merupakan suatu penegasan agar kita benar-benar menghayati ibadah yang sepatutnya dipersembahkan kepada Allah dalam pakej yang sempurna.

Ibarat orang mahu meminang, maka mestilah lengkap segalanya baharulah beradab dan wajar diterima. Maka, apatah lagi ibadah puasa, wajib dijaga kesempurnaannya dengan diakhiri menunaikan zakat fitrah. Wallahu A'lam.
Edirossa
Tiada zakat kepada ibu bapa[/color]


[color="#800080"]SOALAN 1:
Adakah seorang anak boleh memberikan zakat kepada ibu dan bapanya? Begitu juga, adakah seorang bapa atau ibu boleh memberikan zakat kepada anak-anaknya?

Jawapan:

Di dalam perbincangan mengenai siapakah yang layak menerima zakat, maka ulama fikah telah menyenaraikan bahawa mereka yang termasuk ke dalam tanggungan wajib di sisi syarak, adalah tidak dibenarkan menerima zakat.

Ia termasuklah ibu bapa, datuk, nenek, anak, cucu, cicit dan seterusnya. Ini kerana orang yang mempunyai talian nasab keturunan seperti ibu bapa dan anak-anak, memang menjadi kewajipan kepada ahli mereka untuk diberikan kecukupan dalam kehidupan.

Seandainya tidak diberikan kecukupan dengan sengaja, maka boleh jatuh kepada dosa pula.

Maka, seseorang yang mahu berzakat hendaklah memenuhi keperluan tanggungan wajib dan seandainya keperluan mereka sudah dipenuhi, barulah dikirakan zakat ke atas harta yang masih dimilikinya.

Keutamaan menafkahkan harta adalah seperti mana yang difirmankan Allah SWT: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215)
Edirossa
Tiada zakat kepada ibu bapa[/color]


[color="#800080"]SOALAN 1:
Adakah seorang anak boleh memberikan zakat kepada ibu dan bapanya? Begitu juga, adakah seorang bapa atau ibu boleh memberikan zakat kepada anak-anaknya?

Jawapan:

Di dalam perbincangan mengenai siapakah yang layak menerima zakat, maka ulama fikah telah menyenaraikan bahawa mereka yang termasuk ke dalam tanggungan wajib di sisi syarak, adalah tidak dibenarkan menerima zakat.

Ia termasuklah ibu bapa, datuk, nenek, anak, cucu, cicit dan seterusnya. Ini kerana orang yang mempunyai talian nasab keturunan seperti ibu bapa dan anak-anak, memang menjadi kewajipan kepada ahli mereka untuk diberikan kecukupan dalam kehidupan.

Seandainya tidak diberikan kecukupan dengan sengaja, maka boleh jatuh kepada dosa pula.

Maka, seseorang yang mahu berzakat hendaklah memenuhi keperluan tanggungan wajib dan seandainya keperluan mereka sudah dipenuhi, barulah dikirakan zakat ke atas harta yang masih dimilikinya.

Keutamaan menafkahkan harta adalah seperti mana yang difirmankan Allah SWT: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215)
Edirossa
Tiada zakat kepada ibu bapa


SOALAN 1:
Adakah seorang anak boleh memberikan zakat kepada ibu dan bapanya? Begitu juga, adakah seorang bapa atau ibu boleh memberikan zakat kepada anak-anaknya

[color="#008000"]Jawapan:

Di dalam perbincangan mengenai siapakah yang layak menerima zakat, maka ulama fikah telah menyenaraikan bahawa mereka yang termasuk ke dalam tanggungan wajib di sisi syarak, adalah tidak dibenarkan menerima zakat.

Ia termasuklah ibu bapa, datuk, nenek, anak, cucu, cicit dan seterusnya. Ini kerana orang yang mempunyai talian nasab keturunan seperti ibu bapa dan anak-anak, memang menjadi kewajipan kepada ahli mereka untuk diberikan kecukupan dalam kehidupan.

Seandainya tidak diberikan kecukupan dengan sengaja, maka boleh jatuh kepada dosa pula.

Maka, seseorang yang mahu berzakat hendaklah memenuhi keperluan tanggungan wajib dan seandainya keperluan mereka sudah dipenuhi, barulah dikirakan zakat ke atas harta yang masih dimilikinya.

Keutamaan menafkahkan harta adalah seperti mana yang difirmankan Allah SWT: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215)
Edirossa
Tiada zakat kepada ibu bapa


SOALAN 1:
Adakah seorang anak boleh memberikan zakat kepada ibu dan bapanya? Begitu juga, adakah seorang bapa atau ibu boleh memberikan zakat kepada anak-anaknya

Jawapan:

Di dalam perbincangan mengenai siapakah yang layak menerima zakat, maka ulama fikah telah menyenaraikan bahawa mereka yang termasuk ke dalam tanggungan wajib di sisi syarak, adalah tidak dibenarkan menerima zakat.

Ia termasuklah ibu bapa, datuk, nenek, anak, cucu, cicit dan seterusnya. Ini kerana orang yang mempunyai talian nasab keturunan seperti ibu bapa dan anak-anak, memang menjadi kewajipan kepada ahli mereka untuk diberikan kecukupan dalam kehidupan.

Seandainya tidak diberikan kecukupan dengan sengaja, maka boleh jatuh kepada dosa pula.

Maka, seseorang yang mahu berzakat hendaklah memenuhi keperluan tanggungan wajib dan seandainya keperluan mereka sudah dipenuhi, barulah dikirakan zakat ke atas harta yang masih dimilikinya.

Keutamaan menafkahkan harta adalah seperti mana yang difirmankan Allah SWT: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215)
Edirossa
Qada Zakat


Soalan 2:

Saya baru mendapat kesedaran untuk menunaikan zakat pendapatan yang tidak pernah saya tunaikan pada tahun-tahun sebelum ini. Jadi, apakah hukum menunaikan zakat yang lepas-lepas dan apakah yang patut saya lakukan?

Jawapan:
Apabila pintu hati baru terbuka, itu maknanya hidayah Allah SWT sudah mengunjungi diri saudara. Bersyukurlah.

Sesungguhnya, hukum menunaikan zakat yang telah lepas waktunya itu, sedangkan semua syarat wajib zakat sudah cukup pada diri kita, maka hukumnya adalah wajib. Ia dinamakan 'qada zakat'


Edirossa
Zakat kambing


SOALAN 1:

Saya mempunyai 49 ekor kambing, termasuklah dengan kambing yang saya beli dengan Persatuan Penternak sebanyak 15 ekor? Kebanyakan kambing itu umurnya lebih setahun.

Adakah wajib saya mengeluarkan zakat ternakan itu jika 15 ekor kambing itu tidak setahun saya jaga?

Jawapan:

Kambing adalah termasuk kategori al-an'am yang memang wajib dizakatkan, dengan syarat tujuan menternaknya adalah bukan untuk perniagaan. Jika kambing itu untuk dijual, maka ia dikenakan zakat pendapatan atau zakat perniagaan dan bukan zakat penternakan.

Nisab dan kadar zakat kambing sudah diputuskan oleh Rasulullah SAW, iaitu seperti berikut:

l40-120 ekor, zakatnya seekor kambing betina.

l121-220 ekor, zakatnya dua ekor kambing betina.

l221 - 300 ekor, zakatnya tiga ekor kambing betina.

Jika lebih daripada 300 ekor kambing, maka setiap 100 ekor zakatnya satu ekor kambing betina. Sementara itu, umur bagi kambing biri-biri ialah setahun dan untuk kambing biasa dua tahun.

Maka, dalam kes di atas, saudara mempunyai 49 ekor kambing (tidak dinyatakan biri-biri atau kambing biasa, maka andaikan sahaja kambing biri-biri), maka zakatnya ialah satu ekor kambing betina.
Edirossa
Zakat Kontraktor

Soalan :

Saya seorang kontraktor pembinaan. Selalunya selepas menyiap sesebuah projek, pihak kerajaan akan membuat pembayaran dalam jangka waktu tertentu. Andai kata saya sudah dijamin pembayaran sebanyak RM100,000 pada bulan Oktober, maka bolehkah saya menyegerakan pembayaran zakat secara in advance pada bulan Julai?

Jawapan:

Hukum asalnya, zakat hanya dikenakan apabila wang atau harta yang mahu dizakatkan itu benar-benar sudah berada di dalam kekuasaan kita, yakni sempurna milik dan juga mencapai tempoh setahun (cukup haul).

Sabda Nabi SAW: "Tiada zakat harta melainkan telah cukup haulnya". (riwayat Ibn Majah).

Dalam kes di atas, wang itu baharu sahaja dijanjikan dan saudara sendiri belum tentu memilikinya. Maka dalam hal ini, tindakan saudara mengeluarkan zakat sebelum tiba masanya bolehlah dikiaskan kepada tindakan al-Abbas yang telah mendahului syarat cukup setahun dalam mengeluarkan zakatnya.

Sebuah hadis boleh dijadikan sandaran iaitu: "Al-Abbas r.a telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menyegerakan pembayaran zakat sebelum genap tempoh setahun, lalu baginda mengizinkan beliau (Abbas) berbuat demikian". (riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim).

Kesimpulannya, adalah harus bagi saudara mendahului syarat dalam mengeluarkan zakat tersebut. Wallahu a'lam.
Edirossa
...rencana


Bongkar keajaiban sedekah
Oleh ZUARIDA MOHYIN


AMALAN bersedekah seringkali dianggap sebagai hak individu. Bermaksud, sesiapa yang hendak bersedekah, ia dialu-alukan. Bagi mereka yang tidak mahu, tidak mengapa dan tiada paksaan.

Sebenarnya, persepsi sebegini timbul kerana ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, seandainya kita menyelami dan mendalami konsep sedekah ini secara bersungguh-sungguh, ia mampu membuka dan menjernihkan hati dan minda kita.

Hakikatnya, dengan bersedekah ia mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat dalam menarik keuntungan, kekayaan dan kejayaan, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.

Demikian yang cuba dikupas dalam buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya.

Selain menjelaskan perihal jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan di sebalik amalan bersedekah, penulisnya, Muhammad Muhyidin turut membicarakan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumusan matematik sedekah.

Pada bab akhir, juga diterangkan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindari penyakit dan memanjangkan usia.

Buku ini perlu menjadi koleksi peribadi serta hadiah buat orang tersayang, apatah lagi menyedari bahawa orang yang bersedekah dengan bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya merupakan antara satu daripada tujuh golongan orang yang mendapat naungan Allah pada hari akhirat.

Salah satu bab yang menarik diterokai ia kupasan penulis mengenai hukum ekonomi dalam hal rezeki. Seterusnya, bagaimana hukum ekonomi menjelaskan keajaiban sedekah?

Mengikut teori ekonomi mana pun, rezeki itu diperoleh hanya dengan bekerja dan berusaha. Itulah juga syarat yang dipegang oleh teori ekonomi klasik dan moden.

Konsep ekonomi bersifat sekular dan duniawi sementara konsep sedekah pula bersifat spiritual. Ada sumber yang berbeza ketara di sini. Apa lagi, sekiranya dilihat daripada sudut amalan ekonomi hari ini.

Diakui ataupun tidak, teori ekonomi yang kita ketahui adalah teori ekonomi yang berprinsip atau berparadigma matematik. Kebenaran ekonomi adalah kebenaran matematik iaitu 1+1>2 dan 1-1>0.

Oleh kerana ekonomi hanya melihat pada fakta dengan akal yang rasional dam tidak melihat aspek kerohanian sesuatu perkara, maka ekonomi tidak berupaya mencari kebenaran dalam konsep sedekah dan rezeki. Lantas ekonomi menyimpulkan hal ini adalah mustahil, mengada-ada dan tidak masuk akal.

Namun, perkongsian beberapa kisah di zaman Rasulullah dan para sahabat yang turut disertakan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis mampu membuktikan kedahsyatan sedekah dalam kehidupan umat manusia.

Surah al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud: Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang yang dikehendakinya. Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui.
Edirossa
Hukum hebahkan bayar zakat

SOALAN:
ADAKAH membayar zakat secara terang-terangan misalnya disiarkan di media itu suatu yang dilarang? Adakah ia boleh mengurangkan pahala berzakat?

Jawapan:

Di dalam Islam, ada amal ibadah yang dikategorikan wajib dan ada yang dikategorikan sunat. Amal yang wajib, sama ada disukai ataupun tidak, wajib dilaksanakan sesempurnanya.

Jika amal yang sunat, maka kita digalakkan mengerjakannya kerana ia mendatangkan pahala dan kelak mampu lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Oleh itu, sesiapa yang melakukannya amalan wajib dan diikuti amalan sunat, maka pastilah mereka lebih disukai Allah SWT berbanding mereka yang malas beramal.

Menyentuh amalan berzakat, ada ulama fikah beranggapan ia adalah sesuatu yang wajib dan kewajipannya itu menjadi sesuatu yang tidak salah jika ia dilakukan secara terang-terangan.

Samalah dengan wajibnya mendirikan solat, maka seseorang tidak perlu bersembunyi menunaikannya. Ia termasuklah kewajipan menunaikan solat berjemaah (fardu kifayah) di masjid secara terbuka.

Ia wajib ditunaikan demi mengelakkan semua umat Islam di sesuatu kariah itu menanggung dosa. Maka, tidak timbul orang berkenaan mahu menunjuk-nunjuk rajin dengan menunaikan solat berjemaah bahkan dituntut agar memberikan kesan kepada orang yang malas solat berjemaah.

Pandangan ini misalnya dikeluarkan oleh Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Datuk Mokhtar Syafiee.

Bahkan daripada satu aspek lain, zakat yang wajib itu apabila dikeluarkan secara terang-terangan akan mendatangkan aspek yang positif pada dua sudut.

Pertama, ia akan menjadi pemangkin kepada umat Islam yang lain, khususnya golongan yang kaya-raya agar sama-sama bangkit menyahut seruan berzakat.

Apatah lagi apabila seseorang yang menunaikan zakat itu mendedahkan, bahawa beliau menjadi kaya dan bertambah kaya berkat menunaikan zakat pada setiap tahun. Sudah pasti kenyataan ini akan menjadi motivasi pula kepada orang lain.

Keduanya ialah kesan positif kepada orang fakir miskin dan asnaf zakat yang lain. Apabila orang yang kaya-raya memberi zakat secara terbuka, barulah orang-orang fakir dan miskin menyedari bahawa si kaya berkenaan tidak kedekut atau tidak lokek dalam berkongsi kekayaan.

Sudah pastilah orang-orang miskin merasa sayang kepadanya bahkan hormat di atas komitmen yang tinggi orang kaya berkenaan dalam bab zakat.

Kesimpulannya, Islam tidak melarang jika pemberian zakat dihebahkan. Walau bagaimanapun, orang yang menunaikan zakat mestilah meletakkan perasaan tawaduk atau rendah diri yang tinggi di dalam hatinya.

Mereka mestilah menyedari, semua harta yang dizakatkan itu adalah harta Allah SWT, mereka hanya sekadar menjalankan amanah-Nya sahaja. Wallahua’lam.
Edirossa
Bukan Islam boleh makan daging korban ketika darurat


SOALAN
SETIAP tahun umat Islam di negara kita menjalankan ibadat korban. Bolehkah daging korban ini dimakan oleh orang bukan Islam?

JAWAPAN

Pendapat umum dan amalan orang Islam di Malaysia mengatakan daging korban tidak boleh diberi makan kepada bukan Islam. Namun, kita boleh merujuk kepada pendapat dikemukakan ulama mazhab lain dalam isu ini. Kita dapat mengesan pelbagai pendapat dengan hujah masing-masing. Melalui pendapat itu umat Islam mungkin dapat menemui jalan keluar daripada isu ini.

Penulis Kitab Kasyf al-Qina menyatakan mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Laith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.

Ibn Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan Shamsuddin al-Syarbini dalam al-Iqna' menukilkan bahawa mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan al-Basri, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam daripada kalangan kafir zimmi, daging korban sunat. Namun daging korban wajib, seperti korban nazar haram diberi kepada orang bukan Islam.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban, sama ada korban sunat atau korban wajib.

Ibn Hazm daripada Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan bahawa tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

* Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

* Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

* Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

*l Semua ulama mazhab sepakat (ijmak) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie sahaja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib haram diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Manakala ulama dari mazhab lain berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat, tidak harus jika korban wajib.

Jika kita ingin mengundang orang bukan Islam makan kenduri atau ingin menghantar sepinggan lauk daging korban ingin saya sarankan agar beli sekilo dua daging dan dicampurkan dengan daging korban ketika masak. Bila dicedok lauk untuk hidangan bagi yang tetamu kita yang bukan beragama Islam itu, anggaplah daging yang dicedok itu daripada daging yang dibeli dipasar bukan daging korban.

Ini merupakan jalan keluar dan dapat meraikan jiran tetangga dan kawan-kawan yang bukan beragama Islam. Dengan demikian tidaklah orang terasa tersinggung kerana Islam tidak bersifat rahmat kepada mereka.

Melainkan keadaannya darurat seperti di Padang, pada tahun 2004 di Aceh, di mana sahaja sekiranya suasana darurat maka daging-daging korban boleh diagihkan kepada orang bukan Islam. Pengalaman saya di Mekah, pada hari-hari tasyrik 11, 12, 13 Zulhijjah akan berlaku lambakan daging-daging korban di tempat-tempat melakukan ibadah korban.

Keadaan ini mendesak pihak berkuasa tempatan melantik syarikat untuk menguruskan pembungkusan daging-daging tersebut dan dihantar ke negara-negara yang lebih memerlukan terutamanya ke kawasan Afrika, yang pastinya penduduknya tidak semua orang Islam. Daripada membazir dan dibuang lebih baik dimanfaatkan anak Adam. Sekiranya keadaan darurat diharuskan memberi daging korban kepada orang bukan Islam.
Edirossa
Zakat mengatasi hutang


SOALAN

Saya mula bekerja dari tahun 2000 dan berpendapatan tetap sekitar RM3,000 sebulan, itu pun setelah dicampur dengan elaun dan kerja lebih masa.

Tetapi, pendapatan saya itu tidak pernah mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga saya, iaitu seorang isteri dan empat orang anak. Saya kerap berhutang di sana sini. Maka, apakah saya masih perlu membayar zakat?

JAWAPAN

Saudara, tahniah di atas kesedaran saudara untuk berzakat. Mudah-mudahan Allah SWT melorongkan kehidupan yang lebih baik asbab keinginan saudara untuk berzakat, insya-Allah.

Sebenarnya, kaedah mengira zakat pendapatan ini ada tiga, iaitu (1) Tanpa tolakan; (2) Tolakan asas seperti mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan (3) Tolakan sebenar berdasarkan enam keperluan asas manusia. Walau bagaimanapun, amalan di Malaysia adalah pada kaedah kedua, kerana ia tidak terlalu berat dan tidak pula terlalu ringan sehingga seseorang terlepas daripada zakat. (Saya akan memperincikan perihal ini dalam penulisan akan datang, insya-Allah).

Mari kita merujuk kepada kaedah kedua dan kita andaikan seperti mana berikut:

Pendapatan pada tahun 2008 > RM3,000 x 12 bulan > RM36,000.00

Tolakan asas seperti LHDN pula, Diri RM8,000; Isteri RM3,000; Anak-anak (katakan 4 orang) RM4,000; KWSP (11%) RM3,960 ditambah dengan tolakan Tabung Haji (katakan setahun) RM600 dan pemberian kepada emak ayah (katakan setahun) RM2,400, maka jumlahnya RM25,360 setahun. Maka, Pendapatan - Tolakan > RM10,640 x 2.5% > RM266

Nilai RM266 itulah zakat saudara dalam tempoh setahun dan jika dibahagi 12 bulan baharu RM22.10 sebulan. Tidak membebankan, bukan?

Sebenarnya, zakat yang kita keluarkan itulah sebagai taruhan dan jaminan bagi kita demi mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Ini kerana, Allah SWT telah berjanji di dalam al-Quran untuk memberikan keberkatan hidup bagi mereka yang berzakat dan bersedekah, misalnya: Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat daripada langit dan bumi. (al-A'raaf: 96).

Hakikatnya, berzakat adalah bukti ketakwaan maka layaklah Allah SWT datangkan berkat kepada kita.

Begitu juga dengan janji Nabi Muhammad SAW: Asma' r.ha menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma'): Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Wallahu a'lam.
Edirossa
Aqiqah Sesudah Dewasa

SOALAN :

Adakah ibadah akikah hanya dilakukan semasa kecil atau boleh dilakukan selagi hidup?

JAWAPAN:

Ibadah akikah ini hukumnya sunat muakkad (yang dituntut) bukan wajib seperti yang dipercayai oleh sesetengah orang. Ibu bapa diberi kemudahan untuk melaksanakannya pada bila-bila masa dalam tempoh selepas tujuh hari lahir sehingga baligh.

Jika anak-anak sudah baligh tetapi mereka masih juga tidak mampu tidak mengapa tidak melakukannya kerana tuntutan ke atas wali telah gugur dan sunat bagi diri anak-anak itu sendiri melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada diri baginda sendiri setelah diangkat menjadi Rasul (riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani).


Edirossa
Aqiqah Adik-Beradik Perempuan


SOALAN :

Jika kini kami adik-beradik (tiga orang perempuan) ingin melakukan ibadah akikah, bagaimanakah caranya?



JAWAPAN:

Ia ibadah yang mudah. Oleh kerana kalian bertiga perempuan, setiap seorang perlu menyediakan seekor kambing biri-biri (shah) untuk diakikahkan kerana ia adalah yang paling afdal.

Ia bertepatan dengan pedoman hadis daripada Saidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya, 4/266, no. 7595. Jadi tiga ekor kambing biri-biri diperlukan.

Apa yang lebih penting menentukan niat sembelihan untuk akikah dan untuk siapa: si fulanah binti si fulan.

Ia perlulah disembelih oleh seorang lelaki Islam dengan alat sembelihan yang tajam. Tulang-tulangnya dipotong mengikut sendi dan tidak dihancurkan.

Adalah lebih afdal daging tersebut dimasak masakan yang berasa manis. Kemudian diberi makan kepada orang ramai terutamanya fakir miskin.

Terkini, ibadah ini ada diuruskan oleh syarikat-syarikat tertentu dan boleh diupah secara online seperti di http://www.korbanaqiqah.com.my.
Edirossa
Zakat wang pinjaman


Soalan:

SAYA meminjam wang sebanyak RM50,000 daripada sebuah bank dan setiap bulan saya terpaksa membayar RM550. Maka, adakah saya wajib mengeluarkan zakat wang pinjaman tersebut?


Jawapan:

Untuk menjawab soalan ini, pertamanya hendaklah difahami bahawa syarat wajib zakat itu ialah apabila kita mempunyai milikan sempurna ke atasnya.

Maksud milikan sempurna (al-milk at-tammam) ialah, kita boleh berbuat apa sahaja yang kita suka dengan harta itu. Zat dan manfaat harta itu di bawah kekuasaan kita.

Jika zat (fizikal) harta sahaja dimiliki, sedang kita tidak boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, maka ia bukanlah milikan sempurna.

Misalnya, kita memiliki kereta yang diberikan oleh ibu bapa, kita boleh memanfaatkannya tetapi dilarang menjualnya, maka itu bukanlah milikan sempurna. Maka, adakah wang yang dipinjam itu milik sempurna? Jawapannya, ya.

Perkara kedua, harus kita fahami bahawa pinjaman yang dilakukan itu adalah berasaskan syariat Islam, yakni menggunakan produk pinjaman seperti al-Qardhul Hassan dan sebagainya yang diluluskan syarak.

Hanya pinjaman wang dengan kaedah Islami ini sahajalah yang layak untuk dizakatkan. Ini kerana, sedekah dan zakat hanya boleh dilakukan dengan harta yang halal dan baik. Maka, pinjaman secara konvensional, tidak boleh dikenakan zakat, kerana ia masih berbaur dengan masalah riba dan sebagainya.

Maka, merujuk kepada persoalan di atas, adakah si peminjam wajib menjelaskan zakatnya? Maka, jawapannya jika dia meminjam daripada sektor yang halal dan menggunakan kaedah yang patuh syariah, maka wajiblah dizakatkan pinjaman itu. Cuma, zakat apakah yang sesuai dikenakan ke atasnya?

Zakat yang sesuai ialah zakat wang simpanan. Yakni, si peminjam itu apabila mendapat pinjaman maka dia akan menyimpan wang yang dipinjam sehinggalah genap setahun (cukup haul).

Apabila genap setahun, maka hendaklah dilihat berapakah baki wang yang ada, maka dizakatkan ke atas baki berkenaan. Jika bakinya di bawah paras nisab, maka tidaklah wajib zakat ke atasnya.

Timbul persoalan, bukankah ia wang pinjaman dan ia adalah hutang. Bagaimanakah zakat hendak dikenakan ke atas orang yang berhutang sedangkan dia sepatutnya melangsaikan dahulu hutang-piutangnya?

Maka, di sini Imam as-Syafie di dalam kitab Fiqh al-Manhaji telah pun menjelaskan, bahawa hutang seseorang itu tidaklah menghalangnya daripada berzakat, seandainya harta kekayaan yang dimilikinya adalah melebihi nisab dan telah sampai masanya (haul).

Ini kerana, hutang bergantung pada tanggungjawab si penghutang untuk menjelaskannya, sedangkan zakat pula bergantung pada harta yang dimiliki oleh orang berkenaan dan ia adalah kewajipan atas dirinya.

Begitu jugalah pada sisi Hanafi, dan beliau menambah andai harta orang yang berhutang itu melebihi nisabnya setelah ditolak hutangnya. (Fiqh al-Manhaji as-Syafie, halaman 477).

Kesimpulannya, wajib berzakat atas harta atau wang yang dipinjam dengan syarat sumbernya halal dan mencapai setahun ia dimiliki dan sampai pula nisabnya. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: