Sehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.
"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.
Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi.
"Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis).
"Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.
"Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.
Namun, katannya, pihak kementerian belum menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P.
"Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu),” katanya.
Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa hasil siasatan PKR mendapati
kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca 'skrip bersumpah' dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.
Pada skrip itu, tertulis teks "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN".
Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
- Ratu Aida Syawal · Pengulas Tertinggi · Bangkok, ThailandSaman jangan x saman....kalau ko menang pon dah tentu semua hasil sogok pintu belakang mahkamah.Gua talak heran.......lu tunggu PRU13 amcam!
- Papa Perlis · Pengulas Tertinggi · Sekolah pertukangan perantis tentera darat
- Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
- Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
- Mohd Fakrudin Abdullah · Pengulas Tertinggi · Pasir Gudang, Johor, Malaysiaada aje lah.... saman la.... jgn cakap je..... PRU 13 ni malaysia bakal jadi negara pati......
- Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
- King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.JENTERA2 BN MULA "BACKUP" BIG BOOSNYA.SAMA ADA PAKSAAN, DIPAKSA, TERPAKSA SEBAB PERIUK NASI KITA TAK TAHU.
NAJIB : KALAU KITA DIAM.KANTOI KITA SEBAB PATI NI AKAN UNDI KITA NANTI.
SPR : TU LA PASAL DATO! SY DAH TAK LEH COVER LAGI DAH.DIA ORG CEK SENDIRI DAN JUMPA KES MISMAH TU.KALO NAK SETEL..UP SIKIT BONUS KAMI YA DATO!
...Lihat seterusnya..- Amk Kelantan Pasir Mas · Bekerja di PKR PASIR MAS
- Zainuddin Abd Majid · Pengulas Tertinggi · Kemaman, Terengganu, Malaysiasaman jgn tak saman...muka ni dgn pengarah imigresen konfom tak ada lagi lepas PRU13.
- Jamaluddin Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, CicagoHahahaha.... skrip akuan sumpah dah bocor... dorang tak sangka boleh bocor dan sekarang nie dorang cuba menafikan penglibatan dorang pula...
Akhir bicara nanti... YB Zuraida didapati bersalah kerana skrip tersebut direka olih orang PR sendiri..... emmm...
Dah masak dengan jalan cerita seperti nie... emmm - Yusrie Zainol · Top CommenterTak Tumbuh Tak Melata..Kalau Tak sungguh Zuraida tak kata.. Zuraida pun bukan calang2 org..dia Peguam.. dia tau implikasi kalo dia buat berita palsu..
- Apai LambungProjek IC di Sabah bila mau siasat? Al Pashtuni dari Pakistan pun jadi YB...
- Miji Tan · UTM Jalan SemarakAPA MAKNA SEMUA NIE?
JIKA PIHAK BN/UMNO NK MENANG RPU13 PUN JANGAN LAH BUAT SAMPAI BAGI KEUTAMAAN PADA PATI,
JIKA BN/UMNO JUJUR PADA RAKYAT TAK AKAN JADI APE YANG BN/UMNO LIHAT SEKARANG.
MAK CIK BN/UMNO:ALA MEMANG LA KALAU JADI YB MESTI LAH TUNJUK KAN YANG YB TU KAYA BARU RALYAT PERCAYA. - Kholijah Aisyah · Universitydah gelabah..kain terlondeh sendiri kate org londehkan depa...kain dh reut...xpayah londeh pun dh leh nmpk lobang sana lobang sini..gakli lobang tutup lobang...heheheh
- Zahar Ahad · MIPMYg takut PATI jadi pengundi ni bukannye orang Islam. Dia orang sengaja menakut2kan orang Islam. Jgn dengar khabar angin.. nanti kepala pening.. Kita sama kita betekak dia orang jadi penonton.
- Brewin Edward Emprang · Top Commenter · National University of MalaysiaBUKAN KE POLIS DI BAWAH BIDANGKUASA KDN? INI SEMUA DRAMA NAK TIPU RAKYAT! *Rolling On the Floor Laughing*.
- Ishadi Ismail · Politeknik port dicksoncuba la berlaku adil....klu x nescaya kite smua ditimpa musibah akibat perbuatan manusia tu sdiri
- Aminuddin Jusoh · Top Commenter · Friends with Fazidah Ahmadhahahaha.. kerajaan saman rakyat.. bila rakyat komplen.... kah kah kah kah terbaekk!
- Dari S'taluksikit2....nak saman...mentang2 mahkamah dia punya!
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata risalah enam siri "Cerita Kak Wan" itu dicetak sebanyak 35,000 set untuk diedarkan di seluruh negara, khususnya kepada pengundi luar bandar.
"Beliau adalah wanita normal seperti wanita biasa yang lain... Beliau (wanita) yang berdepan dengan menghadapi keperitan hidup," katanya.
Dengan sinis, Zuraida berkata, Wan Azizah bukan wanita yang menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cincin atau beg tangan mahal.
Menurut Zuraida, risalah itu juga sebagai usaha untuk "mengalih pandangan" rakyat daripada bercakap tentang isteri perdana menteri Datin Rosmah Mansor.
Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang turut mengakui wujudnya perbincangan di kalangan rakyat yang membandingkan antara Wan Azizah - yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - dan Rosmah.
"Terlalu banyak (membicarakan tentang) Rosmah, tidak baik kepada PKR, tidak baik untuk negara," celah Pengarah Strategik Rafizi Ramli yang turut hadir dalam sidang media itu.
Zuraida berkata antaranya kandungan risalah empat muka surat itu menceritakan keperitan yang dilalui Wan Azizah dalam perjuangan politik di negara ini.
PKR juga melancarkan CD 'Demi Rakyat' yang diterbitkan secara berfasa untuk ditayangkan kepada rakyat khususnya pengundi di luar bandar.
Rafizi berkata CD tersebut sudah mula diedarkan di cabang-cabang terpilih bermula akhir Julai lalu.
"Dan ceramah kita hadkan dua atau tiga orang (penceramah) dan yang selebihnya kita gunakan wayang pacak dan layar yang besar. Kesannya sangat baik.
"Selepas kita membuat percubaan bulan lalu, orang yang tidak berminat dengan ceramah pun, mereka berminat (hadir)... (Ia mengingatkan) kembali pada zaman 60-an, atau 70-an," katanya.
Selain itu, parti itu turut mengarahkan setiap cabang menyediakan projektor bagi menayangkan CD tersebut sebagai kaedah baru berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Rafizi berkata kini sedang menumpukan bahan-bahan baru untuk didokumentasikan dalam CD seterusnya yang mana dalam fasa kedua - selepas hari raya Aidilfitri - ia akan dicetak dan diedarkan meluas.
PKR turut menayangkan dua video klip, antaranya mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 dan video menceritakan tentang kenaikan harga barang yang diiringi alunan muzik menghiburkan.
Video klip dan kandungan risalah tersebut boleh dimuat turun dari internet.
- John Bin RinggoKak Wan adalah contoh terbaik dari semua isteri isteri vvips di negara kita.
- Eid Srivijaya · Pengulas Tertinggi
- Nuruddin Nik Mat · Pengulas Tertinggi
- Anwar Fithri · Pengulas Tertinggi · Llanfairpwllgwyngyll
- Meor Ahmad Daud · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharomselagi Islam di dahulukan...insyaallah maruah dan martabat seseorang itu pasti terlindung.
- Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin
- Midnite Hunter · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan LumutSatu cadangan yang baik dan pro-aktif yang di guna kan oleh PR.....tetapi jgn laaa buat atas nama PKR tapi buat atas nama Pakatan Rakyat di mana DAP dan PAS juga turut terlibat.....Ingat Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh......(tolong komen kalu ada yang tak kena dgn apa yang saya ckp...tapi make sure tak lari tajuk).
- Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin
- Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gajiwan azizah antara isteri pemimpin rakyat yang sepatutnya diangkat menjadi role model wanita2 negara ini..bgimana beliau bersama suami dlm cubaan hidup yang sgt getir!!..serius, bukan semua orang boleh menghadapi dugaan2 seperti beliau yang hanya insan lemah..semoga ALLAH memberi kekuatan pd beliau
- Omar Lateh · Pengulas Tertinggi · Friends with Norasiah Mahatyang cantik tetap cantik.walau pun di rebus di bakar mau pun jemor, dia tetap kelihatan cantik, allah maha besar
- Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im ProudSuatu pertemuan dengan pemimpin pakatan suatu ketika dahulu..Wan Azizah begitu sopan dan tidak sombong bertemu para penyokongnya, sambil bersalaman dengan memakai sarung tagan putihnya..:).Tabik Datin Sri Wan Azizah' Kami doakan Datin bakal pengganti Rosmah kelak..Ikon Wanita Malaysia sejati.
- Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysiaMALU AKU JIKA ADA YANG HENDAK MEBANDINGKAN DR.WAN AZIZAH DENGAN ROSMAH, IBARAT LANGIT DENGAN BUMI, KALAU ADAPUN MINTA BANGUN DAN BASUH MUKA TAKUT TAKU ANDA BERMIMPI.
- Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, PenangWANITA YG BETUL2 BERJAYA DAN BOLEH DI JADIKAN IBU & ISTERI CONTOH DI MALAYSIA.
- Noor Hariri Sharudin · Top Commenter · Sek Men King Edward VIIOrang Islam adalah penduduk majoriti di negara ini tapi mengapa Kerajaan hari ini takut untuk melaksanakan pentadbiran mereka menurut Islam. Adakah Kerajaan hari ini takut dengan golongan minoriti yang mana kebanyakannya kaya-kaya kerana mereka ini nanti akan memberi wang kepada Kerajaan hari ini supaya boleh disogokkan ketika hari mengundi?
- Diana Maximus · Top Commenter · USM Penangwan azizah adalah contoh terbaik isteri2 VVIp di malaysia ni... TP SUAMINYA ADALAH CONTOH TERBURUK BG VVIP DI MALAYSIA NI... KESIAN CIK WAN.. BERKERAS MEMBELA NASIB SUAMI YG TERANG2 KAKI BETINA N KAKI JUBUR LAKI2 YG COMEL... apalah nasib!
- Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
- Syazwan Kenny Lahati2..nanti jadi mcm komik zunar..akan dirampas. harap semua ahli yg nk hantar risalah nie lebih berhati2....i like!
- Suhaimi Taib · Top Commenter · Manager at Suhaimi Taib Pakar TV SatelliteNak projector boleh order di sini http://bit.ly/rmIcdm.
- Muhammad Aliff Khafifi Alifkhaf · Works at Suke Hati Akulah Nk Tulis Status Apa,yang Kau Sibuk Knp?yela bosan tol cite pasal bik mama tiap2 hari.
- Aiman Tajuddin · Top Commenter · Nurse Trainee at Kementerian Kesihatan Malaysiabetul, sokong kak wan!
"Pendirian saya, Islam agama sebagai rahmat kepada semua orang tidak kira agama dan warna kulitnya.
"Lebih dari itu, rahmat itu meliputi ke seluruh alam," katanya ketika ditanya tentang kepercayaan beragamanya yang dikatakan berbeza prinsip dengan badan kerajaan.
Dalam wawancara dengan Wall Stret Jurnal semalam, Dr Asri mendakwa terdapat penguasaan kumpulan konservatif yang "tidak ramai" tetapi mempunyai pengawalan terhadap institusi agama.
"Ketika kumpulan progresif menyumbang pelbagai pembaharuan yang signifikan tahun demi tahun, mereka dipinggirkan oleh kumpulan konservatif yang mengawal institusi agama dalam kerajaan bagi memastikan aliran dan fahaman mereka diberi peluang (berkembang)," katanya.
Pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata, dalam masa yang sama, pihak kerajaan pula lebih bimbang kepada kumpulan progresif yang selalu mengkritik "apa yang mereka lihat".
'Ingat apa berlaku pada gereja'
Dalam temubual selepas tidak berapa lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Dr Asri sekali lagi menafikan penglibatan beliau dengan aliran itu.
"Jika 'Wahabi' bermaksud menjadikan seseorang itu fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya, saya menentangnya," katanya sambil menyifatkan istilah itu sebagai terma yang "misteri".
"Bila orang muka mengkritik amalan mereka, dengan mudah mereka berkata, 'kamu Wahabi'."
Ditanya sama ada Malaysia menuju situasi politik dan beragama yang betul, Dr Asri berkata, buat masa ini pihak berkuasa agama perlu lebih berfikiran terbuka dan tidak memaksa orang lain berfikir sehala.
"Mereka patut ingat apa berlaku kepada gereja bila mereka enggan berubah dan menekan orang ramai yang mahukan perubahan," katanya lagi.
- Katak Lompat · Pengulas TertinggiAPA. SALAH NYA WAHABI TU , KALAU BETUL IKUT SUNAH NABI..TERIMALAH PANDANGAN MELALUI ILMU..JIKA BENAR MAKA BENARLAH IA..ULAMAK JANGAN MAIN HANTAM SAHAJA..GUA SOKONG PANDANGAN ASRI.
- Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Rasdi Ismail · Pengulas Tertinggi · University of Sunderland, Sunderland, United Kingdom
- King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.UMNO PERTAMANYA..KENA PERBETULKAN DIRI DULU.
PERTAMA : ARAHKAN SEMAH MANSOR BERTUDUNG.
KE2 : MAJORITI ORG UMNO PEMILIK KEDAI2 JUDI KASINO, ISLAM APA INI?
...Lihat seterusnya..- King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.NAJIB.BERHENTILAH BERLAKON..INGIN KAMI LIHAT KAMU BERCAKAP TTG DOSA PAHALA..API NERAKA....INGATLAH..SAAT KAMU DI KEMUNCAK!!AKAN ADA HILIRAN KAMU DUDUK DI PERINGKAT PALING BAWAH!!!ITU DI DUNIA..
DI AKHIRAT KELAK API NERAKA ??
TIDAKKAH KAMU INGAT AKAN DOSA PAHALA?
MENIPU RAKYAT DENGAN BANTUAN GERILA2 UPAHAN.SUDAH SUDAHLAH!!!! - Mohd Ryne Abdullah · Pengulas Tertinggi · UNITEN
- PuYau RockBaguih Juga Drmaza Nie Jais Tangkap Dulu, Kalau Tak Aku Mungkin Tak Tau Kewujudan Seorang Ilmuan Hebat Yg Kini Aku Sayang..
- Aril Shahdi · TADIKA Sungai Ara, Pulau Pinangslalu dengar Wahabi.. Kalo ikut Dr Asri, dia pon xdak masalah org nk kritik dia berdasarkn ilmu.. Masalahnya masyarakat just melabel camtu ja..
Lebih baik diam dr berkata2.. Yg uztaz mengomen psl Dr Asri xpa la.. mereka berilmu n mungkin punya hujah2 tertentu..
Selagi berpegang kpd Akidah Ahlul sunnah n jamaah, Quran & Hadis, pendapat berbeza tu tiada masalahnya... - Syco Analyz · Pengulas Tertinggibile sntuh isu wahabi, tibe2 aku jadi blur.. no komen pun yes jugak, cuma tak perlu la kita nak kritik amal orang lain! zikir tak boleh... talqin, qunut semua tak boleh... wahabi ni, apeee pun tk boleh. dah ape y boleh nye? adeh, stakat pangkat DR, tak hebat lagi.. tk layak lngsung nak kritik2 amal orang... ko tknak buat sudah, tk payah nk kecoh2.. exstreme!
- Rahman Hj Ishak · Smtjsbanyak lagi kalau kita mendalami apa itu wahabi yg sebenar, ini adalah serpihan wahabi saja.... suka ajak berdebat... apa bila berdebat suka menuduh org mengguna hujah lebah dan hadist dhoif... pendek kata mereka saja yg btl... sapa tak sokong bidaah... so simple , memahami bidaah dalam konteks yg sangat sempit..
- Syco Analyz · Pengulas Tertinggi
- Matt Andi · Bekerja di Freelance seafarer
Qunut adalah bidaah terbesar umat islam
« |
|
Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Hari ini menerusi ruangan Info, akhbar itu mendakwa rancangan pemusnahan umat Islam oleh gerakan Kristian adalah dengan menggalakan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.
Sinar Harian turut menyenaraikan empat perkara lain yang didakwanya matlamat kumpulan berkenaan bagi memusnahkan umat Islam.
Ia adalah:
1. Gerakan sosial - galak pergaulan bebas remaja, lelaki dan perempuan.
2. Keruntuhan akhlak - rosakkan moral dengan kegiatan liar.
3. Menghalakan pelacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.
4. Filem dan muzik - menyelitkan unsur-unsur kurang baik/adengan yang keterlaluan dan muzik yang melampau sehingga leka dan lupa diri.
Akhbar itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
PERKEMBANGAN TERKINI Sementara itu, pengarah urusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub dalam twitter menulis akhbar berkenaan telah balik kolum Info pada halaman sembilan itu.
"Sinar Harian dengan ikhlas memohon maaf secara ikhlas kepada pembaca terutama yang menganut agama Kristian," katanya yang juga ketua pegawai eksekutif dan penerbit akhbar tersebut.
Menurut Hussamuddin, akhbar itu akan menerbitkan penjelasannya berhubung perkara berkenaan dalam edisi cetaknya esok.
- Sang Nitham · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MalaysiaKalau freemason aku pecayalah buat camtu.. kiita pun tak patut suka menyalahkan dan sangka buruk org lain je. Berhati2 tu yes. Ajaran kristian tak ajar benda2 camtu, kalau ada org kristian buat, maknanya dia tak ikut ajaran kristian la.
- Abdul Rahman Muhydin · Pengulas Tertinggi · Sekolah pondok je..
- Kawat Duri · Pengulas Tertinggikalu betul prancangan pihak kristion bgitu......cari bukti dakwa la mreka.nak pancung,pancung.....Tp jgn nak melagakan rakyat yg bbilang agama....ni.mngkin angkara sgelintir/atau satu puak...... yg pasti kalu betul ambillah tindakan...
tak kan nak laga rakyat bparang....???
4 matlamat d atas tu ......dah lama aku tngok,dngar...kat mlaysia ni.....Umperno bersama2 muftinya lah mnghalalkannya d pratik, menerap dlm budaya masyarakat org melayu hari ni.mainan fmason/umporno/apco
- Jimmy Udan · Smpojgn tuduh gerakan kristian. Jgn fikir agama kristian mengajar benda2 spt itu. tidak ada agama yg menghalalkan pelacuran. Bodoh dan hina nya manusia yg sanggup buat fitnah spt itu. Ingat la, kalu berlaku murtad pn, bukan sbb di paksa. MUNGKIN sebab mereka menemui kebenaran di sana. Kaji pegangan dan kepercayaan sndiri. Jangan hari2 memikirkan benda yg tidak baik dilakukan oleh agama orang terhadap agama kita. Jangan timbul kan kebencian terhadap agama lain. Jangan HALAL kan nilai kebencian. Bfikiran waras la.
- Deen Musin · Pengulas Tertinggi · IKML/GMI
- Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MalaysiaAku tak salahkan org lain selain daripada pemerintah UMNOGOK... yg halalkan lesen judi siapa? yg bg lesen judi, lesen arak, lesen kelab malam..lesen dangdut... yg buat citer ttg kalu buat hukum Hudud mk akan byklah sup tgn, siapa? Bini pemmimpin mana yg tak tutup aurat dgn sempurna? Yg dok promosikan iklan2 n pgrm2 TV yg merapu n menggalakkan gejala sosial siapa? siapa yg punya? tepuk dada tanya diri sendiri la.. jgn slhkan org len kalu bangsa sendiri lemah...
- Entili Bejang · Pengulas Tertinggi · PENOREH PROFESIONAL di Langkau kebun sdn bhdkenapa sinar harian boleh buat komen camtu? adakah kalau akhbar kristian yang buat kenyataan camtu akan diambil tindakan? semua agama mengajar umatnya ke jalan yang baik...penulis sinar harian ni seperti babi tersepit disangkar..tak tau jgn buat kenyataan yang bodohhhhhh......mana pergiKDN bila media mereka buat kenyataan sebegini. adakah ini permulaan kepada pepcahan kaum dinegara kita?
- Mesee Nyee · Pengulas Tertinggi
- Entili Bejang · Pengulas Tertinggi · PENOREH PROFESIONAL di Langkau kebun sdn bhd
- Azri Sani · International university of africanampak lain macam ja sinar harian laaaa nie ! takkan semua tue nak salahkan gerakan kristian ?
- Shuhaimi Yusop · Pengulas Tertinggi · Beranang
- Muhammad Fauzi · Pengulas Tertinggi
- Junaidi Amir · Pengulas Tertinggi · Institute of Professional Development, OUMAdakah ini sebahagian dari strategi perniagaan bagi melariskan Akhbar Sinar Harian? Bagaimana Sinar Harian boleh mengetahui tentang 4 Perkara Matlamat Kumpulan berkenaan? Adakah maklumat ini rumusan dari pandangan Editor SH, Wartawan SH atau Kumpulan berkenaan? Dulu Utusan Malaysia menghangat suasana dengan membawa cerita tentang " Menjadi Kristian Agama Rasmi " kini giliran Sinar Harian pula dengan cerita " Memurtadkan Umat Islam ".
- Masli Indas · Pengulas Tertinggi · Sabah Theological Seminary
- Antanom Ontoros · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah
- Mexs Ono · UMSKALKepada saudara-saudari Kristian, biarkan mereka berkata-kata. buat apa kita melenting perkara yang tak betul, mereka akan diam juga bila tiba waktunya. seharusnya kita doakan mereka sepertimana yang kita di ajarkan kerana mereka tidak tahu apa yang mereka katakan dan perbuat. kita diajar untuk mengasihi bukan untuk membenci, dengki, cemburu atau seumpanya.
- Patrick Rickz · Kuala Lumpur, Malaysiasemua agama tu baik cuma orang yg menganut agama tu bodoh... naper asyik nak salah kan penganut agama kristian.. Tau lah agama dia org tu agama rasmi tp tak kan nak buat sesuka hati dgn agama lain, org lain pun ada hati & perasaan, jgn fikirkan diri sendiri saja.
- Gary Hardin Lugard · Minister at Ministry of Education Malaysiaketurunan aku tak pernah cari pelacur, takde yg jd mat rempit, takde yg jd penagih...think before u write anything..kang nanti ada yang meludah ke langit..kena diri sendiri..sakit oohhh!
- Gary Hardin Lugard · Minister at Ministry of Education Malaysiatetapi aku bersyukur..walau apa org mo kata..walau mcm mana org mo caci, walau apa org mo tuduh...aku tdk pyh berdemonstrasi, aku tidak payah melatah, tak payah repot polis..kerna TUHAN yg ku sembah itu besar berkuasa (HE can take care of Himself for sure!)..dan DIA yg ku sembah senantiasa melindungiku.dan aku akan tetap mengasihi mereka yg mencaci, mencemuh, menuduh dsb..kerna itu yg TUHAN ku ajari..untuk terus mengasihi sesamamu manusia sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri.GOD BLESS YOU ALL!!!!!
- Datok Sagor · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad BadawiAndaian dari Sinar Harian yang tanpa berfikir...Sure Hebuh/Jum Heboh adakah dianjurkan oleh keristian, Pergaulan Bebas disetiap pesta anjuran kedua duanya hendak disalahkan Keristian juga ke...?Kelulusan Pusat pusat Hiburan yang banyak diMalaysia adakah dilulus atau dipohon oleh Keristian.Lembaga Penapisan Filem Malaysia adakah ditapis oleh Pusat Keristian...? Penyanyi /Pelakon /Pengarah/ berapa orang dari kalangan orang Keristian...Cuba la buat berita yang agak logik sikit....jangan nak menunding jari kepihak yang satu aja...dimana Iman kita ...kalau disogok dengan apa pun tak akan luntur jika iman kita kuat....fikir kan la
- Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal MohamadAllahuakbar! Antara penyebab umat islam mundur pada hari ini adalah kurang teliti menilai persekitaran masa kini, mereka tak teliti terhadap apa yg mereka lihat, dengar dan baca.Kita kena ingat setiap apa yg kita baca, lihat dan dengar secara tidak langsung akan mempengaruhi 'pembentukan insan kita' sebab itulah ada hadis yg menyatakan bertenang tenang itu dari Allah dan gelojoh itu datangnya dari syaitan, jom kita teliti terhadap apa yg kita dengar, apa yg kita lihat dan apa yg kita baca, semoga ia memberikan impak yg mujarab dalam kita membina peribadi mukmin...sekadar renungan..
BUAT KEBAJIKAN BAGUSLAH TU...TAPI BUAT BENDA ALLAH HARAMKAN...BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN...BUKAN MUHRAM....ADA YANG TAK TUTUP AURAT@TAK BERTUDUNG.....PAYAH JUGA ORANG YANG TAK RETI HUKUM DAN TAK RETI NAK HORMAT HUKUM ALLAH SWT...KITA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG...TAK JALAN HUKUM ALLAH SEOLAH2 MENGALAKKAN ZINA...ROGOL...BUANG ANAK...MENCURI..MURTAD ..TAK SOLAT...MINUM ARAK...BANYAK KES BUNUH DLL....AKHIRAT KORANG PANDAI2 JAWAB....SABIT NERAKA API YANG MENJULANG2 MENUNGGU....YANG DIDUNIA TUNJUK PANDAI...BERLAGAK SOMBONG...DAN LAWAN HUKUM ALLAH...DISITU BARU SAPE DIRI KITA SEBENAR.........
Singgah Sahur turut agih Jalur Gemilang
Rakaman program itu bermula dengan rombongan kru Singgah Sahur dari Hotel Merdeka Palace, kira jam 12 tengah malam ke lokasi pertama di gerai makan Benteng Satok.
Rombongan itu diketuai Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusuf; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Anthony Firdauz Bujang serta Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.
Pada program itu, mereka mengagihkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan kepada peniaga dan pengunjung.
Lokasi kedua program Singgah Sahur diteruskan dengan rombongan kru TV3 mengunjungi rumah pasangan kembar lelaki kelainan upaya di Jalan Nanas Barat, Satok untuk menyampaikan hamper dan makanan bersahur kepada keluarga terbabit.
Hamijah Tapah, 74, berkata kunjungan kru TV3 amat bermakna kepada mereka sekeluarga.
Lokasi rakaman Singgah Sahur diteruskan ke dua rumah orang kurang bernasib baik di Kolong Dua, Matang dengan kunjungan rombongan kru disambut keluarga Mislah Bulus, 40, yang cacat kaki kanannya.
Kementerian, Tesco taja baju raya anak yatim
Program di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), itu memboleh setiap mereka memilih pakaian dan keperluan Aidilfitri dengan nilai maksimum barangan RM150 seorang.
Menteri KWPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sumbangan menerusi Program Membeli Belah Keperluan Aidilfitri 2011/1432 itu antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementerian dan Tesco Stores (M) Sdn Bhd dalam meraikan golongan kurang bernasib baik membuat persiapan raya.
Sumbangan itu meliputi peruntukan RM100 oleh KWPKB manakala RM50 lagi ditanggung pihak Tesco.
Menurut beliau, program itu julung kali dianjurkan KWPSB di Kuala Lumpur.
Syarikat rokok tawar hadiah, wang tunai
Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya semalam, berkata aktiviti yang mula dikesan sejak awal tahun itu selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai. Katanya, syarikat atau ejen rokok berkenaan menawarkan pelbagai hadiah termasuk kerusi roda, rokok percuma, wang tunai dan hadiah lain.
“Kementerian memandang serius terhadap kegiatan ini kerana Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 melarang sebarang kegiatan tajaan atau tawaran hadiah bagi mempromosikan suatu hasil tembakau.
“Pihak yang terbabit dalam kegiatan itu sama ada sebagai pemberi tajaan atau penerima tawaran adalah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mahkamah. “Mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Kementerian juga memberi amaran keras kepada syarikat rokok atau ejen supaya tidak menjalankan aktiviti berkenaan, sementara orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam kegiatan itu.
“Kami meminta orang ramai supaya menghubungi talian 03-8883 4400 atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya ingin melaporkan aduan terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti yang dilarang ini,” katanya.
80 penghuni RTK terima sumbangan raya
Sumbangan itu diberi menerusi program Takaful myJalinan Kasih yang menyediakan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan termasuk anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang kurang bernasib baik.
Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporatnya, Noor Irzamwati Zainal Abidin, berkata seramai 80 anak yatim dan fakir miskin RTK berumur satu hingga 18 tahun diberikan peluang memilih sendiri pakaian kesukaan mereka sempena Aidilfitri nanti.
“Setiap seorang daripada mereka diberikan RM200 dan berpeluang membeli sepasang baju kurung dan Melayu, kasut, samping, tudung, dan songkok mengikut kegemaran masing-masing.
“Selain sumbangan itu, kami juga memberi sebuah ketuhar bersaiz besar khas untuk ibu tunggal di RTK yang giat membuat kuih sebagai salah satu sumber menjana pendapatan mereka,” katanya.
Noor Irzamwati berkata, jumlah keseluruhan sebanyak RM38,000 yang diperuntukkan untuk tujuan itu ternyata berbaloi apabila keceriaan dan kegembiraan dapat dilihat di wajah anak-anak berkenaan.
Penjaga anak RTK, Haslinda Dol Hamid, berkata pihaknya amat berbesar hati dan bersyukur kerana nasib kanak-kanak di RTK mendapat perhatian Takaful Malaysia.
“Alhamdulillah, ini semua rezeki. Mereka sangat seronok dan saya berharap Aidilfitri kali ini memberi seribu satu kegembiraan kepada mereka,” katanya.
Anak yatim, Mohd Iqbal Shah Hujang, 10, dan adiknya Azwan Shah Hujang, 9, teruja dapat memilih baju Melayu dan kasut jenama kartun kegemaran, Ben 10, untuk digayakan pada pagi raya.
“Bukan selalu dapat peluang macam ini sebab kami tidak mampu untuk berbelanja besar. Pengalaman hari ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” kata Mohd Iqbal Shah.
Maksiat waktu sahur
Malah, mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).
Pegawai Penyiasat Padal, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan itu, sepasukan anggotanya yang diketuai Saiful Aswad Kasa membuat pemeriksaan di hotel itu dan mendapati sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bilik itu dikunci, manakala lampunya tertutup menyebabkan anggotanya mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali.
“Pemeriksaan kemudian menemui pasangannya hanya berseluar pendek. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Muhammad Hidayat berkata, turut berada di situ sepasang kekasih yang berpakaian lengkap dipercayai baru bangun tidur.
Katanya, pihaknya turut mendapati remaja itu membuat ‘tembok’ menggunakan kerusi dan tuala di katil bilik itu supaya masing-masing tidak dapat melihat ketika melakukan hubungan seks dipercayai kerana malu.
“Berdasarkan soal siasat, dua remaja perempuan berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bekerja di sebuah kafe dan baru berkenalan pelajar lelaki itu.
“Mereka berasal dari Langkawi dan mengaku menyewa di hotel berkenaan semata-mata untuk melakukan hubungan seks berikutan keadaan katil dan tilam berselerak dalam bilik itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan