Isnin, 15 Ogos 2011

PUTAR BELIT KEJE BIASA KOD...CUMA KITA SEMUA TAK BOLEH PUTAR BELIT DIHADAPAN ALLAH SWT....

BN tahu SPR balang oksigen terakhir mereka
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.

“Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya.

Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku.

Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif.

“Persoaalannya peraturan mana SPR gunakan sewenang-wenang boleh membuang senarai nama tidak aktif. Bukankah ini bertentangan dengan Perkara 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya 1981?” soalnya.

Tambahnya, paling kelakar lagi jika mereka yang nama dipotong datang pada hari pilihanraya, SPR akan membetulkan semula.

Soalnya lagi, atas asas apa pula pengundi yang dipotong hendak datang mengundi sedangkan namanya sudah dipotong.

“Bukankah ini mendedah kepada penyelewingan untuk hantu-hantu berkeliaran pada hari mengundi?” soalnya.

Justeru, ujarnya rakyat mengharapkan SPR jangan menjadi kuda tunggangan Umno.

Menurutnya, tipu muslihat akan terdedah satu demi satu, kerana sekarang zaman IT bukan zaman Ashabul Kahfi.

Pakatan Rakyat, tegasnya akan menggunakan kepakaran yang ada untuk mendedahkan ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku di dalam negara ini kerana BN mengetahui SPR adalah balang oksigen terakhir untuk mereka.


Pembangkang, Bersih bertanggungjawab
Sybky Latif

GARA-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.

Rusuhan dan kebakaran juga merebatkan ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.

Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.

Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain.

Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah.

Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan polis ditempak dengan peluru gas dan meriam air.

Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas.

Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya.

Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat te rhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London.

Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan.

Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah demokrasi tiga suku.

Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya.

Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil..

Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan.

Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga.

Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang dikecapi sekarang.

Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang.

Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang. Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram.

Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walau pun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di England itu.

Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berkal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya.


Undian tajuk Henti Jadi Tali Barut
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah bil 1666 yang akan berada di pasaran mulai Ahad dengan tajuk ‘Henti Jadi Tali Barut' digunakan sebagai tajuk berita utama berikutan SPR tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan yang bebas sebagaimana yang sepatutnya.

Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani harakah digital yang dikenali bagai 'elektronik paper' di alamat, http://epaper.harakah.net.my

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi, pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Manakala keputusan undian bagi tajuk Harakah sebelum ini, ‘Konspirasi Jijik SPR’ berada pada tahap 97.8 peratus atau 621 daripada 635 undian bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 10 undian (1.57%) yang tidak bersetuju dan 4 undian (0.63 %) yang berkecuali atau tidak pasti.

Keputusanini tidak banyak berubah dengan keputusan-keputusan undian-undian yang dilakukan terhadap SPR sebelum ini.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan juga undian-undian yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.


Utusan putar belit fakta berita Nasrudin
Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood mengingatkan Utusan Malaysia supaya tidak masuk ke dalam katogeri golongan fasik hanya semata-mata mahu menyebarkan berita yang tidak sahih dan bohong.

Berhubung dengan tajuk berita 'Nasrudin terus desak pimpinan PAS' menampakkan kedangkalan Utusan Malaysia yang sengaja memutar belit fakta dengan menyorokkan berita yang benar.

Ini kerana katanya, kenyataan Nasarudin merupakan perkara biasa dan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, beliau membuat kenyataan yang adil dan itulah sifat Pemuda yang tegas.

Menurut beliau, Utusan jangan dianggap sebagai pengadu domba dengan menyiarkan berita yang tidak benar dan paling jelas menabur fitnah.

Beliau memetik maksud firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6.

Katanya, laporan Utusan Malaysia itu bertujuan melaga-lagakan pimpinan PAS disamping mahu memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Islam.

"PAS tidak pernah mengecam exco Hal Ehwal Agama, Adat istiadat dan Infrastruktur, Datuk Dr Hasan Mohd Ali serta Nasrudin itu sendiri, manakala dalam bab akidah PAS tetap pertahankan," tegasnya.

Ini membuktikan kata beliau, dalam PAS dibenarkan bersuara di mana PAS mengambil keputusan untuk mendengar kedua-dua pihak membuat penjelasan.

"Sebagai satu parti dalam komponen yang bakal memimpin negara, kita mendengar semua pihak dan tidak menjatuhkan hukuman tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu," tegasnya.

Berhubung pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama katanya, jika Jais ada bukti dan melakukan pendakwaan PAS akan sokong dan bukan hanya cakap daripada laporan akhbar yang belum sahih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja terkilan dengan laporan Utusan Malaysia yang sentiasa tidak tepat dan sering sensasikan berita untuk menarik pembeli.

"Tajuk UM sering menimbulkan kemarahan orang, kalau orang yang membeli dan membaca tidak tahu cerita sebenar mereka akan terpengaruh dengan maklumat tersebut," katanya.

Menurut beliau, isu Jais yang dibesar-besarkan adalah bertujuan politik untuk menggambarkan seolah-olah Islam itu sudah tercabar dan tergugat kedudukannya.

"Saya dapat maklumat NGO di Selangor lebih kurang 200 orang hadir dalam satu malumat selepas Jais membuat pemeriksaan DUMC. Dalam taklimat itu mereka diminta menandatangani satu memo mengecam Menteri Besar Selangor," katanya.

Beliau menegaskan sudah tentu ada tangan di luar daripada proses yang sah untuk mempolitikkan isu Jais dan sudah terbukti bahawa Utusan Malaysia memainkan isu ini.

Berkenaan isu murtad kata beliau, Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah membawa perkara itu dalam sidang Parlimen.

Bagaimanapun tegasnya, kedua-dua cadangan itu tidak disokong oleh Umno dan itu menunjukkan bahawa PAS telah menengahkan isu murtad sejak dulu lagi.

Tiada ulasan: