Rabu, 31 Ogos 2011

ALLAH LAH BERKUASA ATAS SESUATU...,MANUSIA TIADA DAYA DAN UPAYA...ALLAH BOLEH NAIKKAN DAN JATUHKAN SESEORANG..TIADA SAPE BOLEH BANTAH....

Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru
Ogos 31, 11 9:37am

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

azlanIni kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

azlan“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

libya sirte final assault rebel fighter 1“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

NONEBagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

NONE“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.
  • Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
    Sokong! Peluang untuk PAKATAN menawan Purtra Jaya semakin cerah! Maka rakyat usah terlalu mengambil kira perihal bangsa dan agamanya atau sama ada ia daripada PAS, DAP, atau PKR...Yang penting ianya adalah calon yang dilantik untuk mewakili PAKTAN RAKYAT.
    • Hairul Azman Adlan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mary Kay Spouse.
      Oh tidak TSL... utk mentadbir Malaysia bumi bertuah kami ini, Bangsa & Agama adalah perkiraan terpenting... PR jadilah pembangkang yg membina dulu barulah belajar utk menjadi kerajaan.
    • Sonia Tarbushi
      teo... orang ccina memang pandai ambil peluang keblemahan dan kebodohan orang melayu... Its not that u like pkatan tapi sebab u know DAP is in control of Pakatan..and u know ketidakcerdikan orang melayu Pakatan!
    • Ibrahim Kj · Pengulas Tertinggi
      telah 50 tahun lebih memerintah tetapimasih tidak bejaya meningkatkan ekonomi org melayu...beri peluang kepada orang melayu yang lebih pandai dalam PR untuk memerintah.
  • Cikgu Din Sas · Pengulas Tertinggi · Friends with Ummu Aiman
    Rakyat tidak mahu UMNO.Rakyat tahu UMNO bukan parti keramat lagi! Rakyat tahu akhirnya kerajaan zalim , rasuah, membazir, pemecah-belah rakyat akan tumbang.Dengan kuasa undi pada PRU 13, UMNO akan dihumbankan ke muzeum!
    • Sonia Tarbushi
      oh 'cikgu... jangan lupa nasihat mat sabu... dah buta sejarah.. korupsi pula pulak! ayo2 kadivalei... macam ni orang pun adakah??>??
    • Hairul Azman Adlan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mary Kay Spouse.
      tahap populariti Anwar takde siapa yg buat survey ke? Kajian Merdeka Center ni gula2 utk pembangkang merasa selesa je kot... situasi sebenar adalah sebaliknya!
    • Aizam Comot · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Vokasional Besut
      Sonia, kamu tidak membaca dan berfikir secara rasional sebabtu kamu hanya bercakap seperti menangguk di air yang keruh...
  • Muhd Irfan Sani Rashid · Nilai
    kami nk pemimpin baru....nk ideologi baru....tolonglaa...kami dh muak dgn segalanya ttg politik yg kotor..........
  • Mohd Yusof Padzil · Bekerja di Freelancer
    dah le...tu bagi org lain pula jadi pemerintah...
    • Sonia Tarbushi
      yusof hang kerja pun freelance sebab tak dak orang nak ambil hang full time... so tak payahlah nak komen pemerintah! haa..haaa..
  • Jejaka Kesunyian · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
    Belajar2 lah menerima hakikatnya.....................
  • Zain Sulaiman · Top Commenter
    Begini lah nasib PM yang bongkak & zalim. Allah selalu melindung orang yang benar dan jalan yang lurus. Zaman Pak Lah kita tak pernah dengar yang Pak Lah ni zalim tapi hanya Pak Lah ini di anggap lemah dalam pentakbiran nya. Kita tak dengar di zaman Pak Lah pembunohan di sini sana dengan kejam sekali. Hanya Allah yang tahu akan menghukum nya.
  • Lokman Bonyamin · Top Commenter · Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor
    wahai sonia tarbushi kenapa kau x letak picture profile kau jgn la jadi pondan sprt pemuda umno takut org kenal menyamarlah dan berpura2. berani kerana benar.
  • Rizam Rouzelie · Harvard University
    Tukar kerajaan......kembalikan hak2 SABAH SARAWAK.
  • Itguyugy Wong
    org Melayu dah sedar...di masa raya ini memanglah berita yang baik..demi generasi berikut kita semua ini, tukar kerajaan menjadi satu mision yang mesti ditunaikan! pasal org india masih sokong Najib dan meningkat pula, biarlah org india buat begitulah...sampai hari ini begitu susha kehidupan mereka, mereka masih dah sedar, kita tak perlu mereka sokong kerana tak gunalah golong ini. I ingat mereka lagi bodoh daripada UMNO!
    • Sonia Tarbushi
      wong... u ar a typical DAP @ LGE! Hiprokrit dan a liar! U cuba nk cucuk orang India pulak! Yalah...LGE dah pastikan semua orang melayu dan india Penang pindah ke seberang Perai atau kedah! Wahai orang melayu dan India... sedarlah strategi BANGSA CINA yg akan hanya bantu bangsa dia saja! LGE berikan RM!100 SETAHUN tua2 yang berdaftar undi saja!....ORANG CINA DIBIAR BERNIAGA TANPA GANGGUAN... ITUPUN MELAYU DAN INDIA TAK SEDAR LAGI!...Kesiannnnnnn
    • Itguyugy Wong
      lagi satu bodoh yg bisingx2...tactic u ni yg begitu idiots u ingat Melayu masih percaya.??? melayu adalh kaum yg bijak, bila mereka dah nampak kenyataan..mereka akan lawan tetap lawan..tak seperti u ni anjing punya BN, biasa anjing punya BN ada 2 jenis...1, dapat wang dari Bn, kerja sebagai anjing untuk mereka... 2, bodoh sampai tak boleh sembuh..boleh buang kedalam laut..kerena even recycle value pun tak ada....sayang....
    • Itguyugy Wong
      heh lagi satu...3, org tu masih ada satu symtom..iaitu...mtak tau malu punya, blia BN memrintah P.Pinang, apa mereka bawa kepada rakyat??..LGN open project kepada semua kaum, dan kebanyakan didapat oleh Melayu, ini membukti melayu pasti ada kemampuan..dan..org melayu yg dapat project ini, sebahagian besar adalah ahli UMNo, ini membuktikan LGN adil dan jelas, walaupun musuh politc dia, kalau ada mampu, project akan dapat.!tak macam UMNO dan u ni anjing selau hanya fitnah.! fitnah! fitnah!dan main isu perkauamn!! apa u mampu..? u memang rubbish!!
  • Jc Lee · Sales CEO at Multi Advanced Enterprise
    http://www.tekkaus.com/2010/05/malaysia-could-be-bankrupt-by-2019.html Tegok Malaysia akan Brankrup 2019 jika kita tak tukar kerajaaan wang dalam KWSP ada lagi ke. Sonia Racism apa apa pun cakap cina Dap dan Sebagainya nak tanya adakah cina india diberi tender kerajaan apabila Kerajaan BN memeritah. ada kah adil kepada rakyak malaysia. adakah kedudukan melayu miskin dan orang asli dapat diselesaikan. hanya kroni-kroni BN saja dapat manfaat daripada projects kerajaan adakah Sonia ini Kroni kroni BN.

M'sia perlukan modal insan berguna, kata Najib
Ogos 31, 11 9:11am

Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan semula semua penuntut Malaysia di luar negara supaya sentiasa cemerlang dalam menimba ilmu dan kembali ke tanahair untuk berkhidmat kepada negara.

Perdana Menteri berkata negara amat memerlukan modal insan yang berguna dalam proses transformasi ke arah menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.

Najib berkata, dalam menuju ke arah itu, negara memerlukan rakyat Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman di samping memiliki etika kerja yang baik serta nilai dan sikap yang cemerlang.

"Kita memerlukan sumbangan mereka. Sebab itu kita hantar pelajar ke luar negara untuk menimba ilmu. Walaupun ia melibatkan kos yang besar namun mereka adalah pelaburan untuk negara.

"Jadi gunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin," katanya semasa berbual serentak dengan penuntut-penuntut Malaysia di enam negara berasingan melalui sesi 'tele-conferencing' di kediaman rasminya, Seri Perdana, semalam.

Sesi 'tele-conferencing' dengan penuntut-penuntut Malaysia di Islamabad (Pakistan), Jeddah (Arab Saudi), Rabat (Maghribi), London (England) dan Washington DC (Amerika Syarikat) itu diadakan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 bersama Perdana Menteri dan isteri.

Dalam sesi selama sejam itu, Najib turut meminta penuntut Malaysia supaya meluaskan skop komunikasi dengan masyarakat tempatan dan pelajar dari negara lain serta tidak berkolompok dengan pelajar Malaysia.

Katanya, ia membantu pelajar Malaysia mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berguna untuk membina perwatakan dan keperibadian yang baik.

Beliau juga bangga dengan semangat kenegaraan warga Malaysia, khususnya pelajar dan profesional yang sedang menuntut atau bekerja di luar negara, dalam sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada sidang itu juga, semua ketua perwakilan serta pelajar yang berpeluang menyertainya melahirkan rasa bertuah kerana dapat berbual dengan Perdana Menteri dan isterinya.

- Bernama
  • Ewan Sn · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kami anak-anak Malaysia bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi samada didalam atau diluar negara. Kami dididik dengan ilmu dan fakta untuk membolehkan kami berfikir berdasarkan ilmu yang kami ada dan berdasarkan luasnya pemandangan semasa kami diluar negara.

    Kerana itu janganlah salahkan kami yang kamu didik ini sekiranya kami menjadi vokal menyuarakan pandangan kami. Jangan melabelkan kami sebagai manusia yang tak kenang budi, penghianat negara, yang tahu bersyukur, yang kononnya menggigit tangan yang memberi kami makan dan sebagainya hanya semata-mata kami menentang salah pengurusan, penyalahgunaan kuasa, penindasan rakyat, menentang perangai buruk dan menentang rasuah dikalangan kamu pemimpin2 UMNO@BN.

    Biarkan kami digelar apa juga gelaran buruk oleh kamu namun kami lebih sayangkan negara dari sayangkan kamu. Kami akan terus bersama kamu sekiranya kamu terus berada dilandasan yang betul bertunjangkan hukum-hukum Islam dan sifat-sifat baik. Tapi kami akan berjuang menentang kamu dengan cara kami sekiranya kamu lebih kpd menimbun harta kekayaan dengan menindas rakyat, melakukan rasuah seperti Allah itu tidak wujud, menggunakan wang rakyat sesuka-hati hanya untuk mengenyangkan tembolok kamu, meletakkan undang-undang dibawah tapak kaki kamu untuk membolehkan kamu berbuat sesuatu sesuka hati kamu tanpa perlu takut kepada undang-undang.

    Itulah suara kami anak merdeka yang telah kamu didik..
  • Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi
    PAS=Berani Kearana Benar.
    Parti Keadilan=Berani mencari kebenaran.
    UMNO=kafir! Buaya-buaya rasuah terus bermaharajarela.Bila nak henti? Apakah nak tungu ALLAH yang maha besar memberi jawapan kepada mu!
    ___________________________________________________________
    102. AT TAKAATSUR
    ...Lihat seterusnya..
    • Wroy Yowl · Pengulas Tertinggi · UMT
      Yang study dalam negara mcm pula. Mat indon yang xde UPSR pun boleh compete degan yang ada degree dalam kerja. Anak kau JIB/SEMAH yang belajar US pun dah pilih jadi rakyat dekat negeri setan.Mcm?
  • Asrol Affandi · Pengulas Tertinggi · Engineer di Oracle
    impot je modal insan dari indonesia, filipina, bangla, myanmar, cambodia, vietenam, kazakstan, mongolia..untung2 leh jadi pengundi utk UMNO/BN.
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    modal insan boleh dibentuk didlm negara tak perlu buang duit hantar ramai pelajar kelua rnegara dgn syarat perkasakan ipta dan ipts dlm negeri.amalkan sitem merit dan competency dlm melantik pensyarah dan professor2 dlm negara.tanamkan jiwa merdeka dan pemikiran krtikal kpd pelajar2 dlm negara.dari pengalaman saya dapati bukan semua graduan luar negara berkualiti, ramai yg taraf dia suam2 kuku je.dari segi cost benefit anylysis ramai drpd mereka tidak berbaloi.yg malangnya ada yg dpt biasiswa keluar negara itu anak2 orang kaya dan bertaraf jutawan?
  • Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid Kayu
    KASIHAN ANAK-ANAK MUDA YANG BELAJAR DI UNIVERSITI TEMPATAN, KASIHAN ANAK2 MUDA YANG HANYA MEMILIKI SIJIL BUKAN UNIVERSITI.. LABIH KASIHAN ANAK-ANAK MUDA YANG SETAKAT LULUSAN SPM.. ANDA SEMUA TIDAK DIANGGAP SEBAGAI MODAL INSAN YANG CEMERLANG DALAM PROSES TRANSFORMASI NEGARA CIPTAAN NAJIB

    JEPUN DAN KOREA TETAP MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU DAN HEBAT WALAUPUN TIDAK BERKIBLATKAN BARAT DALAM MENUNTUT ILMU

    DALAM ISLAM.. MODAL INSAN YANG HEBAT BUKAN BERKIBLATKAN PENDIDIKAN BARAT.. TETAPI ISLAM MENYURUH MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE NEGERI CINA...
  • Khirrudi Kajaga · Top Commenter
    modal insan yang paling terbaik ialah rosmah. menghabiskan duit negara, laki dia perdana menteri, dia super perdana menteri.
  • Percy Jackson · Top Commenter · Nizhny Novgorod State Medical Academy
    pemimpin2 yg xde modal insan, pemimpin2 yg rasuah, harta pemimpin berjuta2, baik letak jawatan ajelah...nk didik bini sendiri pun xleh...bini korek habis2 laaa sampai ke lubang cacing hahahaha!
  • Gopal Uma · Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim,Larkin Johor
    Pemimpin yang tidak ada insan modal tidak ada kelayakan untuk beucap tentang modal insan.
  • Mohd Shamsul Hasim · Top Commenter · OUM Kuantan Pahang
    ya la engko suruh rakyat keje kuat2 tambahkan hasil negara tapi engko bini ko puak2 ko dok peghabis harta rakyat mbazir beli cincin kasut beg tangan rantai baju la tah apa2 lg rakyat dpt apa dok tanggung hutang
  • Agus Yanul · UKM,UNISEL
    Model insan yang baik ialah menegur apa yang salah.Memperbetulkan apa yang tak betul.menghukum apa yang merugikan
  • Salafi Tajdidi · Top Commenter · University of Malaya
    sokong! lebih2 lg pemimpin2 yg kurg modal insan spt tuan patut letak jwtn:)...
  • Kamarudin Hj Omar
    bertuah? hahahahahahaha!
  • Ridzuan Rosni Awen · Sungkai, Perak, Malaysia
    kami rakyat malaysia pula mahukan pemimpin yg berguna, tak menyeleweng, adil, bijak sana, mengikut allah dan rasulnya, hukum hakam agama islam digunakan sepenuhnya bukan separuh guna separuh tak guna.islam adalah agama rasmi negara malaysia.
TPM: Imej tercalar Najib tak cermin situasi sebenar
Ogos 30, 11 9:36pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.

muhyiddin yassin and najib and umnoBeliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.

"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.

Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.

Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini.

- Bernama

sifat Allah yg Rubbiyyah dan Uluhiyyah...tiada sape yg boleh menandingiNYA

Tiada ulasan: