| Jofri Jaraiee | ||||
| RAMAI penduduk di Miri dan juga di Sarawak merungut tentang harga rumah yang terlalu mahal di bandaraya Miri. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana tentu sukar sekali untuk memilikirumah sendiri disebabkan harga sebuah rumah teres sekarang boleh mencecah sampai Rm300 ribu keatas.
Untuk mendapat rumah kos dibawah RM200 ribu ke bawah sekarang sukar sekali. Pemaju perumahan sering memberi alasan disebabkan harga bahan binaan yang semakin meningkat menyebabkan mereka menaikkan kos harga rumah sekarang. Kita minta pihak kerajaan supaya dapat mengawal harga kos rumah yang terlalu tinggi sekarang ini dapat di kurangkan ke minima supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli dan memiliki rumah sendiri. Sepatutnya Sarawak yang mempunyai tanah yang luas sebesar semananjung Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membina rumah kos rendah dan juga rumah yang mempunyai tempat keluasan yang luas bukan seperti sekarang dimana terlalu kecil dan sempit. Mengapa pihak kerajaan hanya membiarkan pihak pemaju perumahan mengambil keuntungan yang melampau dengan membina rumah yang kecil dalam kawasan yang sempit? Mengapa perlu membina rumah flat dan teres sedangkan kalau kerajaan benar-benar perihatin sudah pasti kerajaan dapat memberi tanah lot kepada semua rakyat di Sarawak ini sebab tanahnya luas. Kalau kerajaan serah kepada pemaju perumahan sudah pasti rakyat akan menanggung semua kos pembinaan dan juga yang untung bukan rakyat tetapi pemaju. Sedangkan pihak pemaju mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari jualan mereka dan yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat. Dimana tanggungjawab kerajaan untuk membantu masalah rakyat ini? Kita minta kerajaan Sarawak jangan biarkan masalah ini berlarutan, kita perlu membina lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung semua rakyat Sarawak yang tinggal dalam Negara ini. Kalau pihak kerajaan gagal untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat yang sudah sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, kita jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan atas kelemahan system pentabiran mereka sendiri yang hanya mementingkan kepentingan pihak pemaju dan pihak yang mempunyai kepentingan sehingga membiarkan rakyat hidup sengsara di tanah sendiri. Miri juga tercatit sebagai Bandar yang mempunyai penduduk setingan yang ramai. Inilah antara puncanya mengapa Miri ramai penduduk mendiami kawasan setinggan disebabkan rata-rata yang tinggal dalam setinggan adalah penduduk yang datang dari daerah lain dan ada juga penduduk asal Miri. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan kos yang terlalu tinggi maka dengan sebab itu mereka membina rumah dalam kawasan tanah kerajaan demi untuk menyambung kehidupan seharian. Apakah pihak kerajaan sudah merancang untuk memindah mereka ke suatu tempat yang lebih selesa dan selamat? Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukan suatu tempat perumahan yang sesuai untuk didiami bukan macam sekarang dimana ada sesetengah tempat perumahan rakyat terpaksa ditimbus tanah disebabkan kawasan berpaya dan dalam kawasan belukar dan di pinggir hutan dimana mereka terpaksa menimbus tanah-tanah paya serta memerlukan kos yang tinggi. Sudah pun tanah kena bayar ini belum lagi membeli bahan binaan rumah dan sebagainya. Tentu ini akan menjadi bebanan pada mereka yang kurang berkemampuan. Sekiranya mereka hendak membeli rumah kos rendah pun mereka memerlukan dana yang cukup sebab ada diantara mereka yang di temui mengatakan rumah kos rendah sekarang harganya boleh mencecah sampai RM100 ribu ke atas. Dimana slogan kerajaan mengatakan “Rakyat di Dahulukan, Pencapaian dI utamakan”? Sekali lagi kita menyeru agar pihak kerajaan dan pemaju perumahan boleh menyediakan rumah yang sesuai dan selamat untuk didiami serta dengan harga kos yang sederhana yang mampu dimiliki oleh golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah. Semoga amalan menuju ke arah Negara berkebajikan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat marhean selama ini akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kuasa selepas PR 13 nanti, Insya-Allah **Jofri Jaraiee adalah Yang DiPertua PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 17 Ogos 2011
SEGALA PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN ALLAH BUKA SATU2..LEBIH MENGAKU DAN BERUBAH KEPADA BERSIH AGAR BERMARUAH....
Harga rumah di Miri terlalu mahal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.
Azizan kini masih diletakkan di bawah pengawasan pihak perubatan di sini dan diberikan cuti sakit sehingga 29 Ogos nanti.


Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.



















































































"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.
















Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang.
Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda PAS melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.
Selain dakwaan itu, Suhaizan melalui sebuah akhbar tempatan turut mendakwa ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.


















Indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi Julai 2011, masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 4.9 peratus dan 2.7 peratus berbanding bulan yang sama pada 2010.
Ketiga-tiga kumpulan utama, Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain; dan Pengangkutan menyumbang 81.4 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh Januari-Julai.
Beliau berkata gangguan dalam rantaian bekalan pembuatan global yang tercetus hasil daripada bencana di Jepun dan kelemahan secara keseluruhan dalam permintaan di negara-negara maju yang menyebabkan kelembapan dalam pembuatan, yang hanya meningkat 2.1 peratus.
"Justeru itu, tiada semakan semula pada peringkat ini tetapi kita akan membuat penilaian yang teliti apabila Bajet 2012 dibentangkan Oktober ini dan jika terdapat sebarang semakan perlu dibuat, ia akan dilakukan ketika itu.








Sambil membidas BERSIH 2.0, Nazri berkata mereka tidak mempunyai alasan untuk memberikan kata dua, termasuk menetapkan tempoh masa kepada kerajaan untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya negara.
“Harapan kita ialah secepat mungkin. kalau sebaik baiknya, sesi akan datang, kita boleh pindah undang-undang itu. Saya ingat sesi ni tak sempat,” kata Nazri.
"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh turut serta sebagai saksi semasa pendengaran dan bukan sebagai anggota PSC. Prosedur penubuhan PSC amat jelas dan ia mesti dianggotai anggota Parlimen. Sebab itu ia dipanggil Jawatankuasa Pemilih Parlimen," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nazri menjelaskan bahawa walaupun proses itu mungkin mengambil masa, kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang kerana mandat sekarang akan berakhir pada Mac 2013.
Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 8 Ogos menggesa diadakan sidang tergempar Parlimen pada bulan ini bagi membahaskan apa yang mereka rujuk sebagai "isu penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi".

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan