Ahad, 14 Ogos 2011

BILA BERCAKAP MELALUI PENGALAMAN...BILA KITA FIKIR APA KITA BUAT MAKA ORANG BUAT JUGA...PERKARA BEGINI TAK MESTI...TENGOK IQ@TAKWA LAH...

Hindraf kumpul bukti terhadap k'jaan British
Ogos 14, 11 5:28pm

Suresh Grover, peguam yang bertindak bagi pihak Hindraf - badan hak Hindu yang diharamkan - sedang menemui masyarakat India di Malaysia untuk mengumpul bukti bagi saman sivil terhadap kerajaan British.

NONESaman tersebut difailkan oleh pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy
(kanan) pada 2007, sebelum kumpulan itu diharamkan dan pemimpinnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau terpaksa melarikan diri ke luar negara.

"Oleh kerana masa yang terhad, kita perlu pergi ke mahkamah sebelum 30 Ogos 2013," kata Grover, menjelaskan mengapa beliau pergi segera mengumpulkan bukti tersebut.

Beliau memberitahu demikian kepada lebih 1,500 penyokong Hindraf dan anggota masyarakat India di Dewan Perhimpunan Hokkien, Klang hari ini.

Grover dijadual berkunjung ke seluruh Malaysia untuk bertemu lebih ramai masyarakat India untuk menjelaskan tentang cabaran undang-undang, mengumpulkan bukti serta menambah nama pada senarai pihak yang menuntut.

Saman sivil tersebut bertujuan untuk mendapatkan gantirugi kepada masyarakat India, yang didakwa Hindraf, menjadi mangsa dibawa ke Malaya oleh pihak British, mengakibatkan mereka hidup dalam kemiskinan tegar.


Liwat 11: Orang gaji 'hilang' boleh lewatkan kes
Hafiz Yatim
Ogos 14, 11
2:45pm

Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka.

NONE"Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut.

"Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara.

Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas).

Bantah kehadiran Anwar


Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual.

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

mumtaz jaafar 120510Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu,
termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.


  • Mulut Bangkai · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Strategi Anwar untuk melewat kes LIWAT 2.0 akhirnya berjaya kerana 2 bekas tukang gaji Hasanuddin tidak dijumpai di Indonesia.

    Anwar dibebaskan dari LIWAT 2.0... hahaha
  • Zul Majid · Pengulas Tertinggi
    Dah orang gaji pulak dah. Kalau liwat ni konspirasi Najib dgn Rosmah, apa kena mengena dengan org gaji tu? Sapina ajelah Najib dgn Rosmah ke mahkamah. Susah sangat ke nak sapina Najib dgn Rosmah tu? Karpal Singh kan handal. Kalau semua ni kospirasi Najib, bawa ajelah Najib tu ke mahkamah. Habis cerita. Nak kecoh pasal org gaji Indon apasal? Org gaji tu ke yg buat cerita liwat ni? AKu ingat kan Rosmah dgn Najib :). Dah org lain pulak dah.
  • Wan Kamarudin · Kota Bharu
    APA YG SUSAH2 SANGAT KES DSAI KAN KERAJAAN SEM UA ADA KELENGKAPAN YG CANGEH2, JATUHILAH HUKUMAN KALAU DIDAPATI BERSALAH HUKUM DENGAN SEBERAT-BERATNYA DAN JIKA TAK BERSALAH BEBASKAN, RAKYAT PUN DAH BOSAN DENGAN KES INI...
    • Radin Bin Adil Adil
      Ben ni pepasal lak gi Video datuk T -takde kena mengenai dgn. perbicaraan main belakang Anu war le.....
  • Ben Virdani · Pengulas Tertinggi · UKM
    Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.
    kENAPA PULAK TAK NAK JAWAB SOALAN..? Sebelum ni kata kalau dia bersuara ANWAR PASTI DEMAM....mana buktinya...? Sapa yang demam ni..?
    • Noriah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Sciences Inc.
      Kak Rosmah ngan Najib lah yang demam...demam kura,.Najib takut nk jwp sebab kalau tersalah jawap nanti rahsia terbongkar pulak..tu lah dia takut sangat tu...
    • Amirul Faiz Fozi
      Wan Azizah dan Nurul Izzah tersenarai ke tak sebagai saksi? Haritu Nurul Izzah kata bapak dia "ada bersama-sama kami" ketika kejadian berlaku. Alibi kuat tu.Buat apa nak ambil rosmah n najib sebagai saksi? najib n rosmah ada sekali dengan nurul izzah ke masa tu? buat apa nak ambil orang gaji orang lain jadi saksi, orang gaji sendiri pun boleh jadi saksi.
    • Ben Virdani · Pengulas Tertinggi · UKM
      jangan jadi orang tak pandai...saksi ditawarkan oleh pendakwa...masa dia cakap tu ada bersama tu masa isu video datu T...lemah sungguh..
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Owner/ President di Kelab MHA
    Diharapkan kes ini dpt diselesaikan segera agar PRU 13 dpt dijalankan segara.

Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50
Ogos 14, 11 9:07am

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 020709 01Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

NONE"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya.

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

- Bernama

DUMC: JAIS hantar laporan awal kepada MB
Ogos 14, 11 12:29pm
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerahkan laporan awal kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemeriksaan yang dilakukan di majlis amal yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Mingguan Malaysia dalam laporannya yang memetik satu sumber, berkata laporan tersebut mengandungi maklumat bagaimana pegawai JAIS dan anggota polis melakukan "pemeriksaan" di premis tersebut dan mereka yang hadir.

Menurutnya, laporan awal tersebut telah diserahkan kepada menteri besar minggu lalu dan JAIS kini sedang melengkapkan siasatannya berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan.

"Laporan yang dihantar ke menteri mesar hanya laporan awal dan laporan lengkap sedang disiapkan. Selepas siap kita akan hantar laporan itu kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada Utusan.

JAIS menghantar pegawainya dan anggota polis ke majlis amal anjuran NGO Harapan Komuniti di premis DUMC, selepas jabatan itu berkata ia menerima laporan mengenai kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam di situ.


  • Mohd Hisyam Sah Nuddin · Kuala Lumpur, Malaysia
    Laporan JAIS dah keluar..kite tgk reaksi Pejabat MB.Umat islan dituntut menyokong Institusi ISLAM dan Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ini..janganlah berpecah belah berpaksikan politik.
  • Kita Peng YU · Pengulas Tertinggi
    Saya percaya JAIS melakukan tindakan yang betul.
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      tahniah JAIS..teruskan usaha mencegah dan dlm masa yg sama..perlu hati2 mainan politik umno/bn yg sengaja ambil kesempatan isu ni kerana ia berlaku di selangor..isu murtad dh lama dh berlaku..tp umno tak pernah pun nak bersuara..kenapa tiba2 je akhir2 nie mereka lantang? sebabnya..mereka nak buat hura hara, memecahbelahkan masyarakt dan ingin rampas selangr..
  • Rosli Salem · Negeri di Atas Angin University
    syabas JAIS...byk lagi premis lain perlu dikunjngi lps ni, terutama pemis kelab malam, pub, rumah urut dan sebagainya sebagai mencegah perbuatan maksiat... dalam masa sama, cergaskan juga kerja mencari golongan fakir dan miskin..ikutlah sunnah khalifa umar yang memikul gandum untuk diberi kepada fakir miskin...
  • Wan Mohd Aman · Universiti Malaya
    JAIS kena cerita, camne Pengarah JAIS tak tahu menahu tentang "pemeriksaan" itu dibuat?
    kalau Pengarah JAIS tak tahu, siapakah yang memberi arahan kepada JAIS untuk buat "pemeriksaan".
    Apakah sudah menjadi amalan, pihak bawahan boleh mendahului pengarah jabatan @ Pengarah JAIS?
  • Mohamad Sermin
    bagus kalau gitu JAIS, kalau dah llengkap siasatan hantar pada MB, DUMC pun kena hantar hantar lapuran pada MB.kemudian MB siasat sehalus halunya, gunakan ahli ahli pelambagaan Negara guna Mufti sesesaikan sebaik mungkin. jangan melatah, dan rakyat akan menilai, kita telah nampak cara menilai Azam Md Nor dan kita ingin melihat cara MB pula. dan kemudian kami akan membuat undian diPILIHANTAYA.


Tiada ulasan: