Sabtu, 13 Ogos 2011

JANGAN MARAHLAH....BUKAN SEMUA...BACAAN QURAN NI BUKAN DIBACA...TAPI KASET/CD DIMAINKAN...KALAU BACA MACAMANA TAJWIDNYA...ALLAH SAJA YG TAU...

Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 13, 11
6:06pm

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

  • Kita Peng YU · Pengulas Tertinggi
    Apabila bacaan ayat2 suci Al-Qurannulkarim ditinggikan nada suaranya sehingga blh mengganggu ketenteraman org lain..tidakkah itu menjurus kpd sifat riak? krn tujuannya itu sudah lari dr tujuan asal membaca Al-Quran yg perlukan penghayatan yg mendalam...
    • Azree Persie · Pengulas Tertinggi · Uthm
      jika menggunakankan pembesar suara sebelum subuh sekadar mengejutkan umt islam yg tidur supaya bangun dan boleh berjemaah bersama-sama cm ne plk..??? bukankah nabi melarang kita mmbaca kuat apabila ada org sedg solat.. tp dlm kes ni bacaan sebelum azan sekadar mgingati pd umt islam kejap lg akan masuk waktu solat dan boleh bersedia ke masjid.. malah di negeri2 lain spt trg ni xda plk arahan spt ini..
  • Ae Sulaiman · Smk abdul samad
    DR Asri, kata2 dan pandangan anda amat2 berhikmah...sy sentiasa menanti-nantikan komen dan pandangan DR.Asri..
  • Hafizan Abd Mulok
    bukan tak ada azan, ramai salah faham. sebenarnya isu ni sudah lama. dan memang benar apa yang diberitahu Dr MAZA. Azan tak ada masalah. cuma bacaan2, zikir2 dipasang kuat2 pada waktu2 hampir azan. walhal pasang tape je pun. lainlah kalau imam betul2 baca atau berwirid. tak rasional kalau nak pasang kuat2. bukan tidak elok mendengarnya. tapi biar kena gaya lah. cuba anda tengah baca yaseen tiba2 kuat2 orang pasang surah lain. awak nak membacanya pun jadi pening...
  • Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
    Saya menyokong hujah Dr. Maza. Jgn jdkan alasan agama sebagai penghalal kepada tindak tanduk kita yg bercanggah dgn AlQuran n Hadis. Bidaah sesat.
    • Azree Persie · Pengulas Tertinggi · Uthm
      jika menggunakankan pembesar suara sebelum subuh sekadar mengejutkan umt islam yg tidur supaya bangun dan boleh berjemaah bersama-sama cm ne plk..??? bukankah nabi melarang kita mmbaca kuat apabila ada org sedg solat.. tp dlm kes ni bacaan sebelum azan sekadar mgingati pd umt islam kejap lg akan masuk waktu solat dan boleh bersedia ke masjid.. malah di negeri2 lain spt trg ni xda plk arahan spt ini.. ni cuma perbezaan pendapat ulamak ja, bukan wajib tidak ada bacaan al-quran pd pembesar suara tq
  • Sharif Hassim · Sekolah menengah batu 16 rawang
    kalau orang yang tak ada ilmu macam ni lah cepat melompat........
Gangguan manusia atau bencana alam?
SM Mohamed Idris
Ogos 13, 11
5:26pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat sedih dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands yang telah meragut tujuh nyawa.

Sementara punca kejadian tanah runtuh yang melanda penempatan Orang Asli tersebut disiasat oleh pihak berkuasa, terdapat spekulasi bahawa kerja membersih tanah dan kerja tanah berdekatan penempatan itu untuk pembangunan perumahan oleh sebuah sebuah syarikat berkemungkinan telah menyumbang kepada bencana itu.

CAP telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dalam surat bertarikh 26 Mei 2011 berhubung kerja tanah secara besar-besaran untuk pembangunan projek selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan dan pelancong yang berang dengan keadaan itu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengarahkan pihak kontraktor supaya menjalankan kerja kawalan dan penstabilan cerun memandangkan kawasan itu terdedah dan berpotensi untuk terhakis.

Persoalannya ialah adakah pembangunan projek ini menjadi pemangkin bencana di Kampung Sungai Ruil?

Walaupun aduan dan amaran awal telah dibuat, kami merasakan bahawa tindakan wajar yang berkesan tidak diambil. Jika pihak berkuasa telah memantau dengan teliti sekitar Kampung Sungai Ruil, mengesan tanda awal kegagalan cerun dan bahaya yang akan berlaku, mungkinkah bencana ini boleh dielakkan?

Terdapat lebih daripada 600 kematian akibat tanah runtuh sejak 1973. Siapakah yang bersalah terhadap kematian ini? Dalam banyak kejadian, alam telah dipersalahkan, menyebabkan pesalah sebenar terlepas dan bebas.

Mengambilkira bahaya geologi yang serius yang telah menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan dan pemindahan penduduk, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pelan Induk Cerun Negara (National Slope Master Plan - NSMP) 2009-2023 yang antara objektifnya ialah untuk mengurangkan risiko sebelum tanah runtuh berlaku.

NSMP menyatakan bahawa di Malaysia, daripada 1973 hingga 2007, kira-kira 440 tanah runtuh dilaporkan. Terdapat juga lebih beribu-ribu kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun kecil yang 'tidak dilaporkan'.

Jumlah kerugian ekonomi akibat daripada kejadian tanah runtuh adalah dianggarkan lebih daripada RM3 bilion dalam tempoh 35 tahun lalu.

Kerajaan Malaysia mempunyai pelan induk cerun, butiran lengkap, komprehensif dan rangka kerja dasar yang berkesan, strategi dan pelan tindakan untuk mengurangkan risiko daripada kejadian tanah runtuh di kawasan cerun di seluruh negara.

Adakah pelan tindakan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan?

Ramai daripada kita melihat bukit yang tandus, cerun yang terdedah akibat kerja tanah, pembangunan dan tanah runtuh ketika memandu sepanjang jalan utama dan lebuh raya di negara ini.

Kami bimbang cerun yang terdedah ini akan menjadi bencana yang akan datang. Kami berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga telah melihat kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh dan tertanya-tanya sama ada tindakan telah diambil.

Apabila bencana berlaku, kami tahu bahawa tindakan yang wajar tidak diambil.

Kesan pembangunan di atas bukit, tanah tinggi dan hutan yang berleluasa akan berterusan jika pihak kerajaan membenarkannya.

Alam mempunyai batasannya dan kemerosotannya biasanya memberi kesan buruk dan bebanan berat kepada komuniti miskin dan penduduk asli. Tanpa mengambilkira kesan terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi akan melenyapkan sumber alam.

Kerajaan, ahli perniagaan dan pengguna perlu mula bertindak secara bertanggungjawab untuk kebaikan diri dan generasi akan datang sebelum bencana yang lebih dahsyat menimpa kita semua.


Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tiada ulasan: