"Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,” kata pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
"(Tetapi) media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif."
Sama ada imej negatif itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.
"Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.
Ibrahim bagaimanapun mengakui bahawa telatah atau gelagat orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang boleh membawa kepada kejatuhan individu berkenaan.
Sebagai contoh, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima reaksi yang amat positif daripada rakyat apabila beliau mengambil alih jawatan.
"Tetapi menjelang akhir, serangan politik kepada orang-orang yang di sekelilingnya, kakitangan 'tingkat empat' dan sebagainya, semakin mendapat menjadi-jadi.”
- Zoe Jaafar · Pengulas Tertinggi · SGGS, PenangTerlalu ramai di luar sana yg mengenali Rosmah mansor, kawan sekolah , teman sekerja, ahli keluarganya, ahli keluarga bekas suaminye, ipar duai DAN RAMAI LAGI YG MENGENALI SIAPA SEBENARNYA ROSmah MANSOR, mcm mane suratkhabar mengmbarkan kebaikan/keburukan...the truth will prevail, Wallahuallam.
- Zaman Huri · Pengulas Tertinggikalau tanya siapa akan menang pru13, en ibrahim akan jwb "tak semestinya BN/PR akan menang, itu bergantung kpd pengundi" he he.
- Buat Bin Pitih · umur 42 tahun
- Nordin Azman · Pengulas Tertinggikalau aku mudah dapat duit banyak, harta melimpah...aku boelh jadi baik/ penyayang/perihatin....ham
bur duit sana..derma sini..bantu sana bantu sini..Merdeka Center pun aku boleh bagi bonos setiao bulan...semua pompuan dlm malaysia aku bagi rantai loket..lelaki aku bagi bini sorang satu..org tua aku bagi tongkat...tentu Merdeka center kara aku bagus.. - Zek Silana · Pengulas Tertinggi
Hakim Datuk Rohana Yusof dari Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas menetapkan tarikh itu setelah pasukan dari Pejabat Peguam Negara memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri dalam negeri dan kerajaan akan mencabar permohohan semakan kehakiman oleh NGO berkenaan.
Pasukan lima anggota dari Pejabat Peguam Negara itu diketuai oleh pendakwaraya kanan persekutuan Kamaluddin Md Said, yang juga adalah ketua unit Perbicaraan dan Rayuan.
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 diwakili oleh peguam Fahri Azzat, sebelum 9 Julai lalu telah memfailkan permohonan 48 mukasurat dan menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Tindakan itu dilihat sebagai usaha menghalang pihak berkuasa daripada terus menghambat ahli-ahli, penyokong dan peserta perhimpunan BERSIH.
Permohonan itu dikemukakan oleh pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
- Gikal Samud · Pengulas Tertinggi · UITMselalunya kes macam nii kita boleh agak apa keputusannya tapi demi untuk keadilan kita tunggu saja.
- Nash Raufbiarkanlah mahkamah akan menentukan siapa yang benar....
- Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
- Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid KayuDUA PERSIMPANGAN YANG HARUS DIPILIH OLEH YANG ARIF HAKIM.... MENGHAKIMI BERDASARKANNAS UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN.. ATAU AKUR KEPADA KEHENDAK DAN NAFSU SERAKAH SANG PENGUASA...
JIKA PERSIMPANGAN PERTAMA YANG DIPILIH, MAKA HAKIM BERKENAAN TERPAKSA MENEMPUHI JALAN BERLIKU DALAM JAWATANNYA SEBAGAI HAKIM DENGAN SEKATAN DAN HALANGAN
JIKA PILIHAN KKEDUA YANG DIPILIH... JALAN TERBENTANG LUAS KEPADA SANG HAKIM UNTUK MENDAKI PUNCAK KEMEGAHAN, STATUS DAN PANGKAT YANG TIDAK SEMUA ORANG MAMPU MENCAPAINYA- AnuWear Si Chemeleon · Pengulas Tertinggi · Ketua Umum di PKR.com
- Norhafizah Madzlan · Pengulas Tertinggi · Optometrist di Uwaiys Optometristsepatutnya bantahan tersebut berbunyi: bantahan awal permohonan semakan kehakiman berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram. sebaliknya UMNGOK yg HARAM.
Perdana Menteri berkata demikian dalam kemaskini status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Qur'an yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan.
Menurut beliau, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.
"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.
"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.
Umat Islam di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu hari ini bercuti umum menyambut peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu hari turunnya Al-Quran.
Pilih pakaian rasmi
Sementara itu, di Putrajaya hari ini, Najib memilih sepasang pakaian rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 yang ditunda ke 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia, tahun ini.
Pakaian yang dipilih itu, masing-masing satu bagi pakaian lelaki dan wanita, adalah dari tiga rekaan pakaian lelaki dan wanita oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada perdana menteri.
Antara yang turut menyaksikan rekaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, beberapa anggota jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata perdana menteri tertarik dengan ketiga-tiga corak rekaan berkenaan yang menggabungkan warna asas negara iaitu merah, putih dan biru, cuma ia perlu disesuaikan dengan suasana sambutan hari bersejarah itu.
Beliau berharap pakaian yang akan dipakai oleh jemaah menteri itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya selepas 16 Sept kelak.
- Bernama
- Pas Kulaijaya · KulaiMacam tu la pemerintah, bagi nasihat pada rakyat hayati al-Quran... tapi pemerintah pun kena turut sama menghayati al-Quran dan aplikasikannya dalam pemerintahan...
- Mekka Man · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharom
- BoyShamcd Suratin · Pengulas Tertinggi · Ampang, Kuala Lumpursemoga PM Malaysia nie mendpt hidayah dan menjadi peransang kpd yg lain.Hatinya menjadi gentar apabile nama Allah di dengari, disebut mahupun dibaca.Rakyat dambakan seorg pemimpin yg adil, bijak, membantu masyarakat dan menghapuskan rasuah habis2an.Dan dpt memBERSIHkan Umno secara total.Menjadi imam di masjid, Bertaubat dan mengikat kembali siratulrahim org2 melayu.Aminnn.
- Luq Manhakim Q · International Islamic University MalaysiaBidang politik yg ade dlm Al-Quran dah dilaksane ke belum?
- Nuruddin Nik Mat · Pengulas Tertinggi
- Zed Zhohr · Bekerja di Anaheim Electronics
- Tokbathin Bathin · Pengulas Tertinggi · Sek men vokasional nibong tebalSelepas menghayati, semoga PM menjadikan Al-quran & sunnah sebagai rujukan di dalam pentadbiran beliau, amin".
- M Syafiq Roslan · Pengulas Tertinggi · Shinjuku-ku, Tokyo, Japanmarilah datuk seri bertadarus bersama2 di masjid ngr.. kalau bacaan sy salah boleh ds betulkan.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan