Tindakan itu juga menunjukkan kerajaan Pakatan "lebih takut kepada hukum orang daripada hukum tuhan," kata Abdul Shukor lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri mengumumkan penubuhan majlis syura itu.
Majlis syura itu ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut yang timbul ekoran serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada awal bulan ini.
Penubuhan majlis syura itu bagaimanapun tidak lebih daripada satu "lakonan untuk mengaburi mata rakyat," kata ADUN Kuang itu lagi.
Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak berani mengakui bahawa isu yang timbul daripada serbuan Jabatan Agama Islam Selangor itu adalah berhubung isu "orang Islam hendak dimurtadkan."
"Apa yang berlaku baru-baru ini pun mereka tidak mahu mengaku – ini sebenarnya isu orang Kristian nak murtadkan orang islam – kerana ini hanya satu lakonan.
"Sebabnya, mereka lebih takut hilang sokongan daripada orang Kristian daripada takut kepada hukum Allah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketika ditanya, Abdul Shukor berkata kerajaan tidak sepatutnya meneruskan "lakonan" itu dengan mengadakan majlis syura yang akan dianggotai menteri besar, mufti serta timbalan mufti.
Sebaliknya, kerajaan Pakatan Selangor perlu bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan, katanya.
"Kena ikut undang-undang persekutuan, mengapa kita hendak lindung sana lindung sini? Ikutlah hukum kita," katanya lagi.
Ditanya apakah tindakan yang akan diambil BN sekiranya parti itu berkuasa dalam pentadbiran pada masa ini, Abdul Shukor sekadar berkata: "Bagi kita kuasa dulu, kita tahulah hendak buat apa. Kalau mereka tidak tahu nak (uruskan), buat pilihan rayalah."
Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam dilaporkan berkata, idea berhubung penubuhan majlis syura itu sendiri telah dicadangkan oleh Sultan Selangor dalam perbincangan yang diadakan pada minggu lalu.
Majlis syura berkenaan akan mengkaji isu yang dibimbangi golongan Islam dan bukan Islam di negeri itu dan ia juga juga akan mengeluarkan garis panduan untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terpelihara, menurutnya lagi.
Penubuhan majlis berkenaan diumumkan semalam selepas pemimpin Pakatan Selangor terus dihujani kritikan sejak isu berkenaan meletus pada awal bulan ini.
Pemimpin Pakatan, terutamanya PAS, mengesyaki Umno terlibat dalam isu berkenaan, lebih-lebih lagi apabila laporan awal siasatan serta rakaman serbuan JAIS itu mula dibocorkan di laman web pro-Umno.
Difahamkan, siasatan JAIS itu adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.
- Ahmad Tajdid · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARAmasa Umno berkuasa MUFTI pun boleh dipecat. puluhan ulama disenaraihitamkan termasuk almarhum dato' ishak baharom, dr haron din, dato' ismail kamus dan termasuk dalam senarai DATO' HASAN MOHD ALI (walaupun bukan ulama). pentadbiran masjid juga dirampas dan pegawai penguatkuasa Jais menggunakan pemotong besi untuk menceroboh masuk ke pejabat pengurusan masjid. AJK masjid mesti mendapat kelulusan Adun Umno dan bagi kawasan-kawasan yang tiada Adun Umno, Ketua Bahagian Umno diberi kuasa mengesahkan AJK masjid yang ditunjuk JKKK kampung. jelas Jais dan Mais ditunggangi umno dan apa yang dikesali sehingga kini, Umno masih bersarang dalam Jais dan Mais...
- Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd SapineSebelum Cakap Sape Macam Kristian..Ikut Kristian... Pi Tengok Bini Pemimpin UMNO..Pemimpin PKR dan Pemimpin PAS.. sape nampak lebih mcm Kristian? kah kah... agak agaknya yg tak pakai tudung tu ciri ciri Kristian ke Islam? kah kah kah nak jadi juara Islam konon.. piiirahhh..
- Long Ok · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Chanarong Khemkaeng · Pengulas TertinggiIpoh Mali, jgn lah samakan dgn Kristian, sbb Kristian sendiri menghalang wanita drpd mendedahkan bahagian wanita yg menjadi perhatian terhadap lelaki. Bab dedah2 tu bkn ajaran mana2 agama, itu adalah naluri ingin kelihatan menawan.
Dalam ulasan kitab injil pn ada menyebut "Clothes should not expose areas of the body that normaly draw attention from the opposite sex. Clothed should not be revealing because of its conforming fit to the body". Jd sbnrnya ajaran Kristian yg btl pn tidak menggalakkan cara pemakaian yg boleh mengganggu syahwat lelaki......:)
- Mohd Yusup AHamidHg tuduh aku.....aku tuduh hg......yang orang Melayu bersepah hina islam secara terang2 ada kedua-dua pihak bising....ada buat demo???.....Bagi aku, kalau kita ndak jaga ISLAM tak payah kita tuduh orang-orang luar dari ISLAM, puncanya kita orang Melayu yang beragama ISLAM sendiri yang merosakkan agama kita sendiri..wallahualam
- Janil Magansal · Pengulas TertinggiUMNO dah kehilangan Penyokong CINa INDIA jADI CEMBURULAH ITU DENGAN PR..ha..ha..ha..ha..
- Mizan Musa · Top Commenter · Universiti Putra Malaysiamemang sah selangor akan menjadi negeri sasaran pada pilihanraya umum nanti...
- Sya Iqah · Top Commenter · Works at Osama Bin Laden Killed - 05/1/2011ade ht nk amik selangor op sory lah memang x dpt... nk buat model ke?
- Tee Long Tan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Meranti FcWaaaa Hanya lakonan ka..? tapi kes ni dari dulu lagi...zaman pemerintahan Tun M kita dan Pak Toyo kita lagi dah ader bender ni...cuma B End x mau buka cerita jer...masa tu PKR x wujud lagi PAS jer yg ada...lagi pun masa tu cuma email-email blaka benar ker x pun x tau lg.....
Tp, kalu PATI bule mengundi gak..aduii..jadilah mcm kat Sabah tu ...penuh dgn PATI...mcm mana nak buat ni..?
- Noor Hariri Sharudin · Top Commenter · Sek Men King Edward VIITak usah cakaplah yang UMNO menegakkan syariat Islam pada zaman mereka dulu. Kalau kita kaji semula terdapat ramai remaja-remaja hari ini sudah mempunyai anak walaupun tanpa nikah. Ramainya mat-mat rempit bersepah di tepi-tepi jalan. Inilah hasilnya orang UMNO yang memikirkan duit poket mereka saja dan tak pernah fikir soal rakyat. Apa yang mereka fikirkan ialah semasa pilihanraya macam-macam janji ditabur tetapi selepas pilihanraya bayang-bayang pun tak nampak. Inilah realitinya orang-orang UMNO.
- Abuafifammar Fammar · Top Commenter · Institut pertanian malaysia"lebih takut kepada hukum orang daripada hukum tuhan," kata Abdul Shukor.....Aku nak tanya hang Shukor oi.......yg dok ada la ni...hukum tuhan ke?
- Mark Jue · Top Commenterpandai lak penyangak umngok cakap pasal hukum ALLAH...yang menentang habis habisan hukum hudud dilaksanakan dikelantan sapa lak ek?
- Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
- Neal Chin · INTI International UniversityJika Pakatan hilang sokongan Kristian, UMNO hilang sokongan rakyat.
- Azrin Ren · Friends with Bunga Azlina Watiregim najib semah bila nak jatuh... geng depa kat timur tengah habis dah jalan... ni geng depa kat malysia la pulak turun...
- Vijayan KrsnaZing · Top Commenter · Associate at Yogeshwara Krishna"""Tindakan itu juga menunjukkan kerajaan Pakatan "lebih takut kepada hukum orang daripada hukum tuhan," kata Abdul Shukor lagi.""".
yg main kaum-agama itu mentaliti beeyend....kalau otak kau itu kotor....mesti semua yg kau nampak kotor.....yg beeyend ini tak pernah pun takut tuhan kenapo? kerana mereka ini ingat beeyend tuhan.....ini lebih bahaya daripada takut sedikit pada tuhan..... - Fatimah HajarIbrahimperingatan agar kembali menilai sesuatu hal brlandaskn hukum hakam agama yg dianuti.. mereka2 masih brseronok brmain kata tanpa peduli yg diakui mereka........
- Doct' Ash D · Top Commenter · International homoeopathy and naturopathy institute of malaysia."Sebabnya, mereka lebih takut hilang sokongan daripada orang Kristian daripada takut kepada hukum Allah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
---------------------------------------------------
KOMPIUS AKU.. DIA SEBUT PASAL TAKUT KEPADA HUKUM ALLAH KE TU??
OOOOooooooooo- Doct' Ash D · Top Commenter · International homoeopathy and naturopathy institute of malaysia.
- Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
- Amar Afiq Harun · Top Commenter · Tanjung Malimdah la umngok2 sekalian meluat la aku dengar korg nak belagak jd pembela islam la melayu la! padahal korg sendiri tak terbela.rasuah sana sini.pastu kau nak kecoh pasal hukum allah.kau ingt allah halal kan ke rasuah tu? tak payah nak bising2 la.meluat aku!
- Aiman Tajuddin · Top Commenter · Nurse Trainee at Kementerian Kesihatan Malaysiaxpyh bising la shukor oi..baik la diam je, pstu ckp DUN awk tu elok2..risau naty, penggal tahun ni je last bkuasa, sbb hilang kerusi..hahaha.
- Khumaini Kuzaiman · Top Commenterbg depa kuasa dulu baru tahu camne nak setel..mcm depa je yg buat masalah tu...haha.
- Muhammad Aliff Khafifi Alifkhaf · Works at Suke Hati Akulah Nk Tulis Status Apa,yang Kau Sibuk Knp?adun kuang ko dah dapat undi mat indon, bangla, myanma bolela ko cakap......
- Corleone Don · Top Commenter · UTM SkudaiKo ni nama je shukor tp langsung tak reti nak nersyukor..biarla Mb dn mufti nk buat kje dia.ko sebuk pehal..dlu mse ko pgang kuasa bribu org kne nurtad ko tak heboh pun spe yg main wayang?
- Doct' Ash D · Top Commenter · International homoeopathy and naturopathy institute of malaysia."Sebabnya, mereka lebih takut hilang sokongan daripada orang Kristian daripada takut kepada hukum Allah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
---------------------------------------------------- ---------
hukum yang dia maksudkan adalah:
Sebaliknya, kerajaan Pakatan Selangor perlu bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan, katanya.
"Kena ikut undang-undang persekutuan, mengapa kita hendak lindung sana lindung sini? Ikutlah hukum kita," katanya lagi. - Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid KayuSATU PERSOALAN.. YANG SERBU SIAPA.. YANG KENA SERBU PULA SIAPA? DAN MENGAPA PULA KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIKAMBING HITAMKAN?
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN SIKAP DAN "HUBUNGAN MESRA" JAIS DENGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR
JANGAN DIHARAP KEPADA SATU KESEMPURNAAN JIKALAU ADA DURI DALAM DAGING DAN GUNTING DALAM LIPATAN - Iman Abrar Juhani · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysiacakap tak guna akal ini jadinya.tiba-tiba baru sedar diri tu Islam bila kekuasaan negeri bukan di tangannya lagi.sumpah terkejut pemimpin Umno/BN sejahil ni cakap macam ni "lebih takut kepada hukum orang daripada hukum tuhan dan Sebabnya, mereka lebih takut hilang sokongan daripada orang Kristian daripada takut kepada hukum Allah".
Najib jumpa Pope: Penganut Kristian tulis surat nyatakan kebimbangan
KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican 18 Julai lalu.
Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.
Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.
Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.
Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.
Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.
“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.
“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka dalam surat itu.
Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib
“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.
Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.
Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya, Najib membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17031
Najib dan rombongan temui Pope Benedict XV1
NAJIB ketika mengunjungi Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di Rom
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.
Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.
Rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.
Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.
Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan