Sabtu, 13 Ogos 2011

KEADAAN POLITIK JUGA TAK MENENTU...RUMUSAN ALLAH YANG TEPAT...YANG BETUL YANG DERHAKA@BUAT MUNGKAR PADA ALLAH MASUK NERAKA...

Saham KL diramal tidak menentu
Ogos 13, 11 2:32pm

Bursa tempatan kemungkinan besar diniagakan tidak menentu minggu depan dengan pelabur terus gusar dengan krisis hutang Eropah beserta dengan penarafan negatif ke atas ekonomi AS, kata peniaga.

Penarafan negatif ekonomi AS baru-baru ini oleh Standard & Poor's nampaknya mewujudkan satu rantaian reaksi panik di seluruh dunia, termasuk Asia Pasifik yang sekali gus menyaksikan jualan besar-besaran pada hari Isnin.

malaysia stock exchange market klse 141008 09Bursa tempatan memulakan urus niaga turun naik pada awal minggu seiring bursa serantau lain berikutan berita mungkin berlakunya krisis kewangan.

Ini menjuruskan jualan besar-besaran dan mengheret turun KLCI FTSE Bursa Malaysia ke bawah paras 1,500 untuk kali pertama sejak 17 Mac, 2011.

Semalam, FBM KLCI mengakhiri urus niaga pada 1,483.67, 7.21 mata lebih tinggi berbanding penutup hari Khamis iaitu 1,476.46.

Untuk baki urus niaga, pasaran sememangnya dalam mode tidak menentu sebelum mengakhirinya dalam nada yang lebih positif pada hari Jumaat.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pasaran Asia kemungkinan terus melantun minggu depan kerana kejatuhan dalam tuntutan penggangguran AS mengurangkan kebimbangan berhubung pemulihan ekonomi global, dan sekali gus merancakkan pengeluar eksport dan pengeluar komoditi global.

Pada masa sama, pengesahan semula penarafan AAA Perancis dan pengharaman Eropah ke atas jualan singkat menyokong dengan kukuh saham kewangan global.

malaysia stock exchange market klse 141008 04"Kami percaya yang hakikatnya pasaran tempatan mencapai paras terlebih jual paling tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan membuka pintu untuk pergerakan rancak sementara jangka pendek kembali ke paras halangan 1,500," katanya.

Nazri berkata, untuk minggu depan, FBMKLCI juga akan menguji paras sokongan 1,475.

"Kami kini menetapkan 1,500 sebagai sasaran serta merta untuk FBM KLCI setakat minggu depan. Bagaimanapun, kami mesti berhati-hati yang situasi terlebih jualan ini tidak mencadangkan penyelesaian akhir sudah pun dilihat.

"Mereka bagaimanapun, ada mencadangkan yang situasi terlebih jualan ini telahpun berakhir dan pasaran akan melantun semula," katanya.

Nazri turut mengingatkan pelabur yang kemudahruapan ekuiti amat luar biasa dengan dollar/yen dan dollar/swiss telah melonjak ke puncak paling merbahaya yang pernah dilihat semasa krisis selepas Lehman.

azlanSementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia menjadi tumpuan utama minggu ini dengan kedua-duanya memeterai urus niaga pertukaran saham, sekali gus mewujudkan sinergi paling berkuasa sesama sendiri dan mengubah sepenuhnya landskap industri penerbangan tempatan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI susut 40.76 mata kepada 1,483.67 daripada 1,524.43 sebelumnya.

Indeks Kewangan susut 416.41 mata kepada 14,072.74, Indeks Perindustrian jatuh 43.23 mata kepada 2,715.01 dan Indeks Perladangan kerugian 384.49 mata kepada 7,208.45.

Indeks FBM Emas turun 33.12 mata kepada 10,147.1, FBM Ace merosot 255.93 mata kepada 3,794.09, FBMT100 lega 304.17 mata kepada 9,963.58 dan FBM70 menjunam 460.92 mata kepada 11,052.20.

azlanJumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 7.776 bilion unit bernilai RM14.682 bilion berbanding 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran utama naik 6.135 bilion unit bernilai RM14.448 bilion berbanding Jumaat minggu lepas 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun turun kepada 1.033 bilion saham bernilai RM162.075 juta berbanding 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta minggu lalu.

Waran menambah kepada 586.675 juta saham bernilai RM64.915 juta berbanding 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta sebelumnya.

- Bernama


Rumusan Pakatan menang besar tak tepat, kata KJ
Aidila Razak
Ogos 13, 11
1:31pm

Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

NONEBercakap kepada Malaysiakini semalam, Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.

azlanMenurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.

NONE"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya.


PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah'
Ogos 13, 11 12:57pm

Ancaman Senator Ezam Mohd Nor untuk membakar dua portal berita adalah "perbuatan jenayah” dan pihak polis serta peguam negara perlu bertindak segera ke atasnya, kata naib presiden PKR, N Surendran.

NONE"Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

"Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain," kata Surendran dalam satu kenyataan petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ezam pada perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

NONE"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

"Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah."

Naib presiden PKR itu juga menggesa Umno bagi menghormati kebebasan rakyat bersuara dan ucapan seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Amat mengganggu bahawa seorang senator dari Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, mengancam untuk merusuh dan membakar pertubuhan media berita."

Ezam, bekas ahli PKR dan sekutu rapat ketua umum PKR Anwar Ibrahim, berpaling tadah dan menyertai semula Umno setelah pergeseran pahit dengan ketua pembangkang itu.

  • Baskaran Subramanian · Pengulas Tertinggi · MPBP Batu Pahat, Johor
    ini semua perbuatan dan perjuangan daripada dunia syaitan. Tidak menghormati bulan ramadan bulan yang mulia. Bulan ini semua umat Islam mendekati dengan Tuhan untuk mendapat berkat dan restu daripadaNya.Paparan yang ditunjukkan oleh Ezam ini tidak mengambarkan ciri-ciri seorang Islam. Menjerit dan meugut memnakar Malaysiakini adalah perjuangan dalam dunia syaitan. Inilah pemimpin dalam dunia syaitan. Bahaya! Bolehkah bulan yang mulia ini membuat perkara seburuk ini.
    • Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi
      Ezam cakap nk bakar 2 portal berita shaja, bukan mahu bakar orang, jdi jangan sebut tiada ciri2 islam kerana kamu pun langsung tak faham islam,, bakar orang baru syaitan. (Jangan suka kaitkan agama islam)
    • Zulfadzli Haron · Pengulas Tertinggi
      betul....definisi bakar ezam adalah terbuka.. mungkin tidak bermaksud secara fizikal..bila saya kata hati saya terbakar..tidak bermaksud saya membakar secara fizikal..orang islam tidak membakar orang... kerana membakar orang yang hidup itu ialah kerja syaitan
    • AdilMan Rakyat · Pengulas Tertinggi
      Hj MH, i rasa u pastinya ahli UMporNO. Cakap2 biadap cam ni pun u boleh sokong ??
  • Syafiq Nur Hakim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
    sorry lah, tak berminat nak berperang dgn org yg tak ada telor, semua tau niat Ezam bila lakukan sesuatu utk dapat tempat di Selangor, DAN utk gantikan budak rembau yg dah lesu, lemau. kalau dah jenamanya UMNO, semua boleh dibaca...
    • Shaifuddin Qudeen · Pengulas Tertinggi · High School Klang
      hebat ezam, perangai dah ikut brahim katak, songkok pun dah tinggi.mana bukti berkotak2 tu dah bakor belum.
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      dulu nak bakar HQ keadilan,hari ni..nak bakar pula malaysiakini..semua korang nak bakar..takpe.PRU 13..rakyat pula bakar puak2 korang smpai jd abu..
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Kenal sgt dg katak2 nie semuanya dari specis utk kepentingan diri...cakap mcm kilat guruh berdomtum dentam...tp habuk pun tarak...
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Biasalah... Depa UMNO kebal dari Undang2.. Polis, mahkamah ngan Peguam Negara barua depa... depa nak cakap ape pun suka hati je.. Tu tanda Perangai Org Gila Talak.. ngan Takde Otak.. Gua rasa Bukti Rasuan UMNO 6 Kotak dulu pun Dia Bakaq jugak kut... kah kah kah.
    • Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka Malaysia
      agaknya ezam sanggup bakar 6 kotak rahsia (yg sebenar tak rahsia) itu kerana gila talak nk masukumnolah...kiti dia jadi kuda trojan umno..nak jadi syaitan sikit punya mudah punya hal janji polis tak kacau dan peguam negara tk dakwa...sng sungguh ezam dikebalkan dan dalam masa msama kena kutuk kena maki cuma yg suka jilat perbuatan tidak bermoral ini org mcm hj msran haron pengikut ezam dan umno juga.
  • Gan Chee Chan · Pengulas Tertinggi · Tawau
    Senator Syaitan@ EZAM nak bakar portal Malaysiakini dan The Malaysianinsider.Inikah pemimpin UMNO yang yang mulia? Rupanya hati mcm syaitan..........
  • Azreim Amy · Universiti Kuala Lumpur MIIT
    adik beradik ibrahim ali ckp ikut sedap mulut.

Dewan Cina cabar presiden Gerakan berdebat
Ogos 13, 11 6:32pm

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Tan Sri Tan Kok Ping akan mengajak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berbahas secara terbuka sekiranya bekas ketua menteri itu terus mengkritiknya melalui media.

tan kok pin pc blame koh tsu koon 130811Tan (kiri), bekas naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, berkata beliau tidak lagi boleh bertolak ansur dengan perbuatan Koh yang mengkritiknya melalui media dan langkah terbaik adalah mengadakan perbahasan secara terbuka.

Bercakap kepada pemberita hari ini bagi mengulas kenyataan Koh baru-baru ini bahawa "Tan buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008", Tan berkata: "Saya tak ada sebarang agenda peribadi apabila saya berkata sebelum ini bahawa Koh tidak berbuat apa-apa sepanjang 18 tahun beliau menjadi Ketua Menteri
Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah teringin untuk menonjolkan diri seperti yang didakwa oleh Koh. Apa yang saya katakan sebelum ini (tentang Koh) adalah betul dan saya bercakap bagi pihak anggota PCCC."

Laporan hari ini menyebut Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata serangan politik terhadap beliau dirancang oleh seorang dalang yang ingin melihatnya melepaskan jawatan menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

- Bernama



Tiada ulasan: