Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:
1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.
2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).
Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.
3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.
4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.
6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.
"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.
"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.
Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya.
- Ae Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Smk abdul samadMesti BeeEnd xleh terima syarat2 nie semua...bgus2 pemimpin PR, teruskan Usaha dan perjuangan anda semua....rakyat dahagakan pemimpin mcm anda semua......
- Ringstone Vs Papadom · Pengulas TertinggiPKR mula cari alasan untuk cari jalan keluar setelah kerajaan BN setuju untuk menubuhkan JK refomasi P'RAYA...hari tu beriya-iya mintak p'raya yg adil..skrg ajak berbincang dan disertai oleh semua parti politik yg bertanding...byk pula syaratnya...siapa yg buat problem skrg ni?...PKR tahu klu mereka masih tidak menang pada p'raya kali ini...mungkin PKR tidak berpeluang lagi dimasa akan dtg...betul lah kata org...PKR..PARTI KELENTONG RAKYAT...
- Badoi Apis · Pengulas Tertinggi · Ikm lumut
- Diana Ulfah SyedRashad · Pengulas TertinggiTuntut nak jadi Ketua JK..lol ko ni kan pembangkang..Menang PRU dulu ler baru ler nak jadi ketua..ni ler bila dahh Gila kuasa..semua hal nak jadi ketua..wal hal hak kelayakan berdasarkan majoriti kekuasaan tak ada. Bila tak jadi..maka pelbagai benih fitnah ditabur, memacam dakyah dikeluarkan.. pengikut yg buta menjadi media penyabung hati yg penuh hasad dan dengki..Benarkah begitu..rialitinya seperti inilah yg terjadi..dlm kem PAS PKR.
- Ringstone Vs Papadom · Pengulas TertinggiDiana: betul apa awak cakap, PKR mula cari alasan untuk cari jalan keluar setelah kerajaan BN setuju untuk menubuhkan JK refomasi P'RAYA...hari tu beriya-iya mintak p'raya yg adil..skrg ajak berbincang dan disertai oleh semua parti politik yg bertanding...byk pula syaratnya...siapa yg buat problem skrg ni?...PKR tahu klu mereka masih tidak menang pada p'raya kali ini...mungkin PKR tidak berpeluang lagi dimasa akan dtg...betul lah kata org...PKR..PARTI KELENTONG RAKYAT...
- Badoi Apis · Pengulas Tertinggi · Ikm lumut
- Rozlan Ahmad · Pengulas Tertinggi · Singapore Institute of Labor Studieslantik orang yang bebas dari parti politik, kalau dari kalangan orang politik 2 x 5 aje.
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
- Hj Masran Haron · Pengulas TertinggiTerlalu banyak yg diminta olh pihak pembangkang, dan sekiraya ada ketelusan dri pihak pembangkang utk bekerjasa sama dgn k'jaan xperlu lah kemukakan pelbagai syarat seolah2 pembangkang yg berkuasa, k'jaan telah bertolak ansur utk refomasikan p/raya yg adil,, jdi xperlulah pembangkang berdolak dalik utk menolaknya dan memberi syarat,, atau memang pr blh mencium bau kekalahan pd pru13 nnti?
- Mohamad Abdullah · Pengulas Tertinggi
- Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
- Mohamad Faizul · Pengulas Tertinggi
- Hangnadimtm Hangnadim · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIADasar pembangkang kaki auta.. jenis xsedar diri. Dah lah kerajaan cuba tunaikan permintaan mereka, letak berbagai syarat lak kat kerajaan. Poooddahhhh apa pembangkang ingat JK Parlimen ni mcm "staf" Anuwar ke senang2 nak buat apa saja ikut selera dia... pergi jahanam lah.
- Iz PaehPR mmg x sedar diri.. dulu time menang 5 kawasan kenapa x terus buat demo tuntut pilihanraya bersih.. bila nak dkt PRU baru or semnjak depa start kalah PRK je.. mula ckp yg bukan.. rakyat dah sedar la weii... depa saja nak bg peluang.. last2 tgk.. dah jadi kerajaan selangor pun nak turun demo lagi pasal syabas.. ishk2.. gila ka pa
- Aizam Comot · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Vokasional Besut
Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.
"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.
"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.
Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.
Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.
Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.
Dipandang serong penduduk kampung
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.
Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.
"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.
Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.
"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepas ini, sewa pun tak lepas," katanya.
Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pengarah JAJ setakat ini belum berhasil.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hassan turut disekat dari mendapat surat tauliah sebagai pegawai amil zakat fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus ujian saringan.
- Ruslan Salleh · Cyberjayasilap imam nie join bersih....kalau join patriot dulu mau dah jadi mufti johor.
- Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
- Armiens Shani · Pengulas Tertinggi · Student
- Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
- Jeesmi Mohamed · Pengulas Tertinggi · German - Malaysian Institutememang dah jadi lumrah orang berjuang, kena bersedia untuk diuji, yakinlah, Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar.
- Mak Lampir · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
- Jamulidin Yahaya · UTMBesar benar ke kesalahan menyertai demo bersih sehingga sanggup menutup periuk nasi orang? Gunakan budi bicara, beri amaran ke, mngkin ini kali pertama beliau membuat kesalahan atau pun benar beliau teraniaya kerna katanya dia datang menzaiarahi saudara.Kejamnya manusia ini!
- Rizalazmi Abdullah · Pengulas Tertinggi · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perakIman nie kena gantung tugas jer selama 3 bulan, lepas tu boleh jadi imam balik, iman nie yg berpatah arang bekerat rotan tak mau jadi imam lg, semua pekerja yg melanggar arahan majikan kena siasat dulu, gaji ditahan kalau siasatan dah selesai baru semua dpt balik...dah tahu keadaan diri gitu yg keras hati tak nak sambung balik tu kenapa...tp tak apa ambiga akan membantu kehidupan harian imam...
- Mohd Ayub Harun · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
- Mohd Abdul Azid Yaacob · Pengulas Tertinggi · UITM
- Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid KayuBIAR HINA DAN DIPANDANG SERONG DI MATA MASYARAKAT ASALKAN TIDAK HINA DI SISI ALLAH. PERJUANGAN MENEGAKKAN SYAIR ALLAH TIDAK ADA JALAN YANG LANCAR.. AKAN ADA RINTANGAN DAN HALANGAN SERTA RANJAU DURI. MALAH RINTANGAN ITU KADANG KALA BERPUNCA DARI MANUSIA ISLAM SENDIRI
REZEKI ALLAH ADA DIMANA2.. INGAT JANJI ALLAH.. TIDAK AKAN TERPUTUS REZEKI ORANG YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH- Mummy Muahs · Pengulas Tertinggi · Kolej new era>> Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid Kayu
BIAR HINA DAN DIPANDANG SERONG DI MATA MASYARAKAT ASALKAN TIDAK HINA DI SISI ALLAH. PERJUANGAN MENEGAKKAN SYAIR ALLAH TIDAK ADA JALAN YANG LANCAR.. AKAN ADA RINTANGAN DAN HALANGAN SERTA RANJAU DURI. MALAH RINTANGAN ITU KADANG KALA BERPUNCA DARI MANUSIA ISLAM SENDIRI
REZEKI ALLAH ADA DIMANA2.. INGAT JANJI ALLAH.. TIDAK AKAN TERPUTUS REZEKI ORANG YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH<< hik hik hik..abang siak Masjid Kayu nih...tak takot ker bang kang kne pecat dari jadik siak..hik hik hik....tapi tak per bang..kalau bang kena pecat dari jadi Siak Masjid Kayu...saya akan kontek Restoran Kayu...agar terima abang jadik menejer kat ctu..amacam?........UMNO dah gelabah haa......macam2 tindakan nak amik....kui - Mohd Ayub Harun · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
- Iskandarnaim Zulkarnain · Pengulas Tertinggi · University of Missouri"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
BERSIH 2.0 mengemukakan satu senarai menggariskan perubahan yang perlu dipertimbangkan oleh jawatankuasa terpilih parlimen.
Antara lainnya, BERSIH menuntut supaya laporan pertama yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mengandungi dengan perubahan segera yang perlu dijalankan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jawatankuasa itu juga perlu menyiapkan laporannya dalam tempoh tiga bulan selepas pembentukannya, kata seorang anggota jawantkuasa pemandu BERSIh, Maria Chin Abdullah.
Perubahan segera yang perlu dilakukan BERSIH itu ialah:
- Pendaftaran pengundi dan kemaskini data pengundi secara automatik
- Prosedur baru untuk mengenalpasti dan memadam pendaftaran pengundi secara salah
- Menghalang pemindahan pengundi yang bukan dijalankan secara sukarela
- Menurunkan kelayakan mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun
- Pembaikan ke atas proses pengundi pos atau pengundi tidak hadir
- Melaksanakan penggunaan dakwat kekal
- Tempoh kempen minimum selama 21 hari
- Garis panduan kepada media semasa tempoh pilihan raya
- Penyiasatan dan penguatkuasaan untuk menyekat pembelian undi
- Kehadiran pemerhati antarabangsa untuk pilihan raya akan datang
Selain itu, BERSIH turut menuntut supaya jawatankuasa terpilih berkenaan menyediakan laporan kedua berhubung pembaikan jangka panjang yang memperincikan aspek teknikal sistem pilihan raya.
- Kajian ke atas persempadanan semula terakhir yang dijalankan
- Pembaikan ke atas pembiayaan parti dan pilihan raya termasuk memperkenalkan pembiayaan awam
- Menguatkuasa akta baru berhubung neutraliti pentadbiran dan kerajaan sementara
- Mewujudkan semula pilihan raya bagi kerajaan tempatan
- Tindakan baru bagi menghalang wakil rakyat lompat parti dan hak kepada wakil rakyat untuk bertanding semula selepas meletakkan jawatan
- Kajian semula ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
- Bidang tugas inkuiri suruhanjaya diraja berhubung penambahbaikan pilihan raya
Chin berkata, laporan kedua itu diharapkan akan dapat disiapkan dalam tempoh satu tahun dan implementasikan pula dalam tempoh satu tahun.
- Katak Lompat · Pengulas TertinggiBERSIH 3 PATUT di ADAKAN LAGI. .AKU DAN PULUHAN RIBU KAWAN AKU SANGUP MATI JIKA TUNTUTAN YANG ADIL TIDAK DI PENOHI. .TUNGGU DAN LIHAT
- Nash Raufbertindaklah dengan bijaksana pada peluang yang ada. Jangan biarkan emosi yang amarah menguasai kita. Fikirkanlah kebaikan untuk semua rakyat Malaysia.
- Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gajiapepun semoga tuntutan dan dasar yg diperjuangankan tetap berada dlm trak...kita tggu dan lihat..support this:http://www.facebook.com/pa
ges/YeLLoW-for-SaturDAY/24 4863645547428?sk=wall&filt er=2 - Nizarasa Mohd Isa · Pengulas Tertinggi · SMKterlalu lama 3 bulan...? Maria Chin Abdullah....? bagilah mereka kerja lebih masa mempercepatkan kerja tersebut
Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.
Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.
Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.
“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.
Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.
- Ahmad Syafiq · Pengulas TertinggiSumpah seranah dah jadi trend masa kini... Kalau macam ni semua kes tak payah masuk mahkamah, buat sumpah je... ;P
- Jamal Ahmad · Pengulas Tertinggi · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.Sembilan
- Ahmad Syafiq · Pengulas TertinggiHaha, ko tak tengok ke video Datuk T bertiga bersumpah hari tu? Dah clear2 Ustaz tu beri warning sumpah atas Al-Quran tu bertentangan dengan sunnah dan hukum Islam itu sendiri. ;P
"Mereka menjadikan SUMPAH-SUMPAH mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah; kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan"
(Al-Mujaadilah : 16)
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN InternationalUmmi Hafilda sekadar bersumpah laknat diMahkamah tidak diuji kebenaran sumpahnya sedangkan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda bersumpah pada tahun 1998 sebagai saksi dalam perbicaraan Liwat I dan diberi peluang pihak lawan menyoal balas keterangan beliau...HAIRAN? MASA TU MENGAPA UMMI HAFILDA TIDAK BUAT SUMPAH LAKNAT? INI SAJA KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN PEGUAMNYA MENASIHATI ANAK GUAMNYA..
- محمد هزرين muhammadhazren · Friends with Samsudin Baharom
- Khairul Anuar Che' Man · Friends with Yob Tualang Sekah
- Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
- Syed Othman Abdullah · Penyelia di Pusat Aduan Rakyat Pasir Gudangsumpah sepuluh kali pun rakyat dah tak percaya dah...lebih baik hang diam diam
- Irwan Fikri · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Malaysia Airlines
- Shafie Zakaria · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
- Perajurit Keadilan · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaSumpah Laknat & UMNO memang tak dapat dipisahkan. Napa tak sumpah laknat mengatakan "Saya Masih Dara"? Ader Berani? HaHaHa.. Menjadi budaya sekarang main sumpah-sumpah nie... Jgn terkejut lak lepas ni kalau perogol terlepas hukuman sebab bersumpah yg dia tak rogol... Itulah... Bila ajaran Islam tidak menjadi ikutan... Kejahilan terserlah menunjukkan kebodohan.
- Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
- Perajurit Keadilan · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan