BILA BERCAKAP BIAR PAKAI OTAK....HATI NI MILIK ALLAH...ALLAH BOLEH BALIK2KAN HATI NI...HARI NI KITA ISLAM...MANA TAHU ALLAH BERI HIDAYAH...MEREKA PULA ISLAM KITA PULA KAFIR...DAN TERUS ALLAH SESATKAN...SEBAB SOMBONG...MENCETUSKAN RASA PERMUSUHAN...INI BUKAN AJARAN ISLAM...ISLAM JUGA MELARANG BERJUANG ATAS NAMA KAUM ATAU BANGSA....ISLAM UNTUK SEMUA...ISLAM FOR ALL...JIKA MEREKA TERBUKTI KHIANAT...ANGKAT TANGAN KITA DAN BERDOA..'MOHON KEPADA ALLAH...BIAR ALLAH BALAS SETIMPAL KEJAHATANNYA'...ALLAH MAHA MENGETAHUI BAGAIMANA MENGAJAR GULUNGAN YANG BERMAIN KAYU TIGA INI.....YANG PENTING KITA TAAT SYARIAT ALLAH...JANGAN KITA BERJUANG ISLAM...DIMASA SAMA KITA LANGGAR DAN BELASAH SEMACAM SYARIAT2 ALLAH...NI JENIS BERMUKA2...
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian.
"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya.
Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Justeru, PERKASA memohon supaya Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam menitahkan supaya pemimpin Islam bersidang bagi membincangkan isu murtad.
Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".
Ditanya tentang asas kebimbangannya sedangkan jumlah orang Kristian di negara ini cuma 9 peratus, Syed Hassan berkata:
"Itulah yang kita pelik, 9 peratus sahaja, kenapa hendak kejar sangat undi mereka?"
30 anggota berdemo
Beliau juga berharap JAIS mempercepat siasatan terhadap isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dengan dibantu pasukan polis.
Sebelum itu, Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu.
Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan.
Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.
"Kalau mereka boleh janji tidak buat perkara itu tidak mengapalah," katanya lagi.
Sementara itu, ditanya tentang sambutan tidak menggalakkan apabila tidak ramai menyertai perhimpunan itu, Syed Hassan mengaku kecewa dengan keadaan itu.
"Ini kita buat ad hoc sahaja. Semalam baru cetak poster," jelasnya kepada kira-kira 30 pemberita dan jurugambar.
- Abdol Dol · Pengulas TertinggiAik.. najib pegi vatican sebab harap undi kristian xmo cakap plak.. udah2 le tu.. bulan puasa ni... Utamakan amalan...
- Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
- Auzani Akramin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Skudai, Johor, MalaysiaHairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh UMNO. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira UMNO dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional? -TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PERKASA mana? Presiden PERKASA bukan orang Kelantan ka? Lu sembang..Lutut lu ada goncang ka mau lawan sama MCA?- Rais Yahya · Pengulas Tertinggi
- Izwan Sahari · Pengulas Tertinggi · Pulau Pinangnajib pun pg vatican jugak...
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ najib-pope-meet-in-rare-va tican-visit/
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · NilDALAM DEMOKRASI KITA TAK PATUT LUPA-KAN PARTY KERNA NEGARA DI-PERINTAH MENGIKUT SISTEM PILIHAN RAYA. NEGARA KITA BERBILANG KAUM,' PERKASA' PERTUBUHAN SERPIHAN HARAP DUDUK DIAM DAN JANGAN BERSUARA , LAGI BERSUARA LAGI MEMBUAT KESILAPAN.
- Huzayfah Huzay · Pengulas Tertinggi · Dealer Public Gold di @Saudagar Emas@
- Ibrahim Tompang · Pengulas Tertinggi
- Zaki Sukery · International Islamic University MalaysiaDiamlah! Kami rakyat bukan x kenal siapa kamu yang sebenarnya PERKASA.
Kalau masih nak bising, ada jawapan x untuk persoalan ni ;.
1-Ke mana menghilangnya berjuta-juta duit zakat Selangor yang merupakan negeri paling banyak kutipan di seluruh Malaysia?
2-Macam mana 'dokumen' dan 'maklumat' yang diklasifikasikan 'sulit' oleh pihak JAIS boleh didapati di bloggers Pro-UMNO? Drama apa yang sedang ditayangkan di seluruh negara ni?
3-Mengapa siasatan lambat sangat?- Un War · Pengulas Tertinggi · National Univercity of Malaysia
- Wayne Irwan Shah · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
- Zaki Sukery · International Islamic University MalaysiaWayne Irwan Shah : None of my above mentioned issues has been addressed by you. Do stick to the issues. Don't be part of some of us who tend to divert the issues especially like those who have political interest. I didn't put in question what has been done by JAIS. Just curious what is really happening during pre and post raid at the church dinner. Get my points, Bro?
- Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid KayuMARI KITA TANYA BERAHIM PERKASA... NAJIB SANGGUP BERSUSAH PAYAH PERGI KE VATICAN CITY.. MENGADAP POPE BENADICT ITU TERMASUK DALAM KATEGORI KEBULUR APA?
- Hangtuah Hulubalang · Pengulas Tertinggi · OUM
- Izwan Sahari · Pengulas Tertinggi · Pulau Pinang
- Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at GodWhy must this people link religion to Politics? So stupid, cannot differentiate.
- Andi Silahhuddin · Friends with Mohd Sapine...PM sampai ke Vatican City kan, utk apa ya & kejar apa ya...kenapa org2 Islam sendiri makin tak berminat dgn Islam, setelah 54 tahun BN memerintah negara makin celaru aqidah org Islam, agama pun jadi permainan politiknya je, bukan cara hidup kan...
- Andi Silahhuddin · Friends with Mohd Sapine
- Zarina Mohamad · Top Commenter · Tak Bersekolahbiasalaaa...perkasa ni cakap je berdegar2...time nak berdemo bersih.....kecuttttt! hahaha...cakap je lebih..habuk pun tarak! kah kah kah.....malu wei........
- Siti Yahya · Top Commenter · Managing Director of myself at Yang penting bukan kerajaan
- Zarina Mohamad · Top Commenter · Tak Bersekolah
- Siti Yahya · Top Commenter · Managing Director of myself at Yang penting bukan kerajaan
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapineOrang Yg Kebulur Undi Kristian Pemimpin Yang mengadap Pope di Vatican..kah kah kah... Mengadap tanpa sebab..kah kah kah.. Bayaq BBC 27juta.. kah kah... Bagi nampak Imeh Pro Kristian..kah kah.
- Izwan Sahari · Top Commenter · Pulau Pinang
- Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysiaagak2lah berapa org jer ahli PERKASA ni sebenarnya.. balik2 org yang sama... yg peliknya sentiasa memainkan isu perkauman sedangkan dalam perkasa hanya beberapa org sahaja ahlinya kununnya merekalah pembela Melayu & Islam walhal cara mereka berjuang selama ini langsung tidak menunjukkan ciri2 Islam bilamana pemimpinnya cakap besar, suka menghina dan sering ugut kaum2 lain... Biarlah PERKASA ni melalak sorang2 dan puhak media tak perlu layan parasit2 ini kerana makin dilayan makin menjadi...
- Abah Zainal · Johor Bahruperkasa ingat melayu jer yg islam. p dah.cina ramai yg islam, india lg ramai yg islam, sehingga ada mesjid india, kaum2 lain pun ramai yg islam. patut kitan kena bekerja keran mengajak semua rakyat malaysia menganut islam. perkasa tu setakat melayu jer, islamnya....allah saja yg tahu
- Akmal H Harith · Top Commentergebang pandai laa! ibrahim ali pun tak brani nak bertanding kat tempat ada kristian. dia pun tumpang undi pas kat tempat pas. pegi cakap kat ibrahim ali, jadi anak jantan dulu la baru nak bercakap!
- Ahmad Hj Saad Ahmad · Top Commenter
- Akmal H Harith · Top Commenter
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
- Teo See Lian · Top Commenter · High School Batu PahatSebenarnya kenyataan ini adalah suatu perbuatan yang terlampau untuk menjahanamkan kestabilan negara serta menghalau pelaburan asing.Tapi apakan daya, kita tahu UMNO tak akan memukul anak sendiri sungguh pun rakyat perit dengan kebiadaban ini.Tapi ia akan dilahirkan pada PRU 13. Nantikan lah!
- Neil Andrew · Inogo University at PCBAsyik Asyik buat demo, bakar sini sana, kutuk orang di media, maki hamun orang. Hello Ibrahim Katak.... tanpa perkasa pun.. tak akan Melayu hilang di dunia ini ... paham tk... yang hilang melayu ke negeri lain selain malaysia nih sebab dh serik ngan UMNO, rasuah, skandal, isu isu curi curi malaysia....
- Kevin Wong · Top Commenter · Systematicsiapa dia perkasa.Pakatan dan rakyat janganlah penduli golongan ini yg kurang guna dan kurang ajar, biarlah mereka buat apax2 saje, selagi polis pun tak akan tangkap mereka walaupun mereka buat sesuatu yg mententeram dan merosak keaman masyarakat. golongan ini memang golongan yg sampah dan tak beri apax2 faedah kepada rakyat, mastayarakat maupun negara.kalau kerajaan yg adil dan bertangung jawap, telah menangap dan membuang sampah ini ke dalam laut selamax2nya..marilah kita semau rakyat dan pakatan terus beri perhatiian langkahx2 dan programx2 yg manfaat kepada semua.lupalah dan biarlah monyet dan sampah ini menari dan bisingx2 saje..mereka ni selalu ISA(Ikut Suka Aku)!
- Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangorsetakat 30 orang je dtg sokong tak payah le encik2 perkasa nak jadi juara islam(dulu juara ketuanan melayu).buka soal kebulor nak dpt undi kristian tapi kerana menghormati dan pertahankan golongan minoriti sebagai hak mereka sebagai warganegara dan manusia berugama.perlu ingat pihak berkuasa ugama adalah manusia biasa dan ada kemungkinan mereka bersifat bias, prejudis dan overzellous semasa menjalankan tugas? biarlah kerajaan selangor dan jais selesaikan isu ni, yg perkasa menyibuk pasal apa? siapa perkasa yg semua orang kena layan kehendak mengarut mereka?
- Petr Arsenalmann · Wrestler at WWE Wrestlingisu ini sepatutnya tidak timbul atau ditimbulkan oleh UMNO Perkasa, mengapa hendak salahkan guru yang mengajar? benarkah mereka melakukan perkara sedekinan? kalau takut terpengaruh, jangan hantar anak-anak kita ke sekolah2 mission atau pusat2 tuisyen yang bukan dimiliki oleh orang Melayu supaya UMNO_PERKASAM tidak ada modal politik murahan....
- Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysiamereka ni tau hormat bulan puasa ke tak?
- Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia
- Abd Rani Muda · Sekolah politech ungku omarPuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
- Harus Surah · Top Commenter · StpmPERSOALAN; sejak pertukaran kuasa dr Abdulah badawi kpd Najib Razak napa banyak sangat timbul masalah agama ni??? kenapa kat malaysia ni benci sangat dengan kristian ni?.... Dunia Kiamat kerana N.......................A.
..................J....... ............I............. .....B - Urang Kita · Top Commenter · Smk taun gusi kota belud
- Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada keja ada gajialahai..sampai bila la korang mainkan isu2 camni, demo atas sebab yang dalam siasatan??..klu betul korang tu pembela melayus sejati,..tu pegi hambat budak2 melayu islam kita yg lepak sana-sini isap gam dan sebagainya..sosial anak2 muda kita ditahap kronik..
- Gitarist Melayu · Top Commenter · Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
- Muharni Sawarin · Top Commenter · Works at Rumahku SyurgakuBarua UMNOngok ni tak habis2 dgn propaganda diorang, kenapa nak provoke kat negeri Pakatan je kat Sabah tu berapa ramai yg dah murtad tapi UMNOngok tak kecoh pun. UMNOngok dah nazak ada hati nak bersatu kehkehkehkehkehkehkeh dah takde talian hayat dah......
- Beginda Minda · Top Commenter · Smk kapitMEREKA INI BERANI OLEH SEBAB DILINDUNGI ULEH POLIS, KALAU KITA SEBUT PERKARA MACAM INI DAH MEREKA HASUT POLIS TANGKAP KITA UNDER ISA , AWAK PAKAI KUASA POLIS, KAMI PAKAI KUASA RAKYAT TAK LAMA LAGI 13 , SIAPA YG BERKUASA , KATAK IBRAHIM ATAU BAGINDA....
- Tokbathin Bathin · Top Commenter · Sek men vokasional nibong tebalWoi barua PERKASA! Hari ni orang islam sendiri yg xmau kpd ISLAM"Jadilah Ketuanan ISLAM bukannya Ketuanan MELAYU kerana sekarang ini ramai orang MELAYU bukan ISLAM.
- Farid Sharif · Top Commenter · De asuntos económicos at Autoridad de Desarrollo de Pesca de Malasiaudah-udah la tu.bulan puasa ni..makin bodoh dah rupa ko..jgn berlagak angkuh..BN menang pun sebab undi kristian sabah dan sarawak la..
- Anwaaru Ramadhan · Top Commenter · Maahad qiraat shoubrapergaduhan agama akan terjadi jika perkasa melebihi dari yg sepatutnya lihatlah keceluparan ibrahim ali membawa padah.kerajaan sepatutnya menutup mulut anak katak ni dahulu
- Sahat Mohd Saleh · Top Commenter · Managing Director at Sun June Sdn BhdPERKASA diam laaa... riuh sana sini, rupa2nya pondan belaka penguninya... dok diam2 kat Tasik Titiwangsa.
- Abah Zainal · Johor Bahruperkasa, oh perkasa..sudah lah. kurang2kan lah buar drama tu. ini alaf baru. dunia tanpa sempadan.
- Mkimi Sebastian Kimi · Top Commenter · Sm teknik
- Nik Ismail Nik Sin · Top Commenter · Ktdmamat yg pakai baju belang2 dan songkok seakan2 biru tu agak2 ahli perkasa ke bangla ek.... cuba tgk betul2... lain macam jerk huhu
- Abdul Halim · Top Commenter · Works at Kerja sendirisalam sebaik manusia belajar dari kesilapan dan hayati sejarah lampau sebab kejatuhan empayar islam sama2 hayati.
- Ray Shaz · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaPM siap mengadap orang besar KRISTIAN lagi..tak kebulur undi kristian kerr...
- Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, MalaysiaJangan2 lepas ni perkasa pula jumpa POPE Banadict untuk murtad...
- Izmil Amri · Top Commenter · Universiti Teknologi MaraKupiah biru yang pakai tshirt kelabu pegang banner tu bukan MAT BANGLA ka?
- Matthew Chang · Top Commenter · UMSabah
- Lu Langsi Lu Undi · Top Commenter · PEGAWAI at Pakatan Rakyatsebelum tu ko tanya lah PM ko sendiri... apa yg dia laungkan pada rakyat??? bkn ker 1 malaysia... wakakakaka
- Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utamaorang kristian di malaysia tidak jahat macam orang islam di malaysia pimpinan UMNO
- Linda Arif · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysiakamu sahaja yg islam org lain tidak, baca la sejarah nabi tu
- Muhamad Jijiahli perkasa mcm ramai bangla...?
- Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new eraYa Allah...Ya Tuhanku...ramainyer orang PERKASA wat Demo..ya Allah..takot nya nak lintaih kawasan tuh...takutnyaaaaaaaa.....
hahahaah...geli geleman ler tingok ruang2 kosong diantara pendemo PERKASA tu........tak malu ker Braim ALi biler tgk jumlah peserta haaa? jumlah poster lebih besar dari jumlah peserta demo..kah kah kah.....poster yang masih berlipat belum diambil kira tuh....aduyaiiiii. - Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of MalayaSoalnya, org Islam dah tak percaya dgn permainan politik Berahe b/p Umno. Konon masukkan Umno sekali. Dulu kata nak gantikan PAS jer..skrg ganti Umno, PAS dan PKR le...merabun.
- Faris Mat · Top Commenter · Works at Without Allah I am Nothingada beberapa golongan dlm muslim... 1 daripadanya mereka tidak amalkan islam dlm kehidupannya, tetapi berlagak membela agamanya...
- Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah IITak haus ke duk tengah panas tu,,
- Rezx Kdh · Top Commenter · Works at Di rumah ajatiada sambutan...30 orang sahaja.... 30 minit sahaja?? sdngkan buat di Masjid Negara lepas jumaat....takkan takde yg sudi kot??hahaha
- Wan Kasni · Top Commenter · Kolej telekomPemimpin Perkasa berfikir kuno...undur kebelakang...ISLAM rusak sebab apa kalau tidak kerana kepimpinan UMNO...
- Izwan Sahari · Top Commenter · Pulau Pinangnajib pun pi Vatican Jugak.....
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ najib-pope-meet-in-rare-va tican-visit/ - Izwan Sahari · Top Commenter · Pulau Pinangjudi pun approve jugak...
http://www.malaysiakini.com/news/173417
- Bua Dian · Mne mne KolEj Yg Aku Ske...heran tak habis2 bdebat pasal hal2 sensitif. Dah bpa lama cerita pmriksaan tu msh lagi nak panaskan keadaan. Ingat, ini bulan mulia bg org beragama islam.... kalau siang hari juga pergi bdemo bawa banner, dgn tulisan mcm2, mcm mana tu....
- Lim Richard · Top Commenter · Chung Hua Universitynajib akan korat satu lobam kubur untuk si katak ibrahim ini dan tunggu tanam sikatak bodoh ini
- Teresa Ning · Sekolah Menengah Damansara Utamaorg nak masuk agama lain pun bising sana sini...lantak depa lah nak masuk agama apa pun,
- Abrahim Abdan · Top Commenter · SMV Alor Gajah MelakaCuba kalau PR buat himpunan di MN tentu dah kena cekup lah nampak nya..mana lah rakyat tak marah kuatkuasa berlaku kepada yg Pro Kerajaan saja
- Jas Gunaa Sangani · Top Commenteraduhai apa dah jadi dgn perkasa nie..i dulu masuk kelas kristian tak jadi kristian pun.
cikgu sekolah rendah I mengajar agama islam, I masuk tapi ta jadi islam pun, I ambik pendidikan islam dapat a1 dalam spm tak jadi islam pun.. pls lahh... PERKASA JANGANLAH MENCIPTA UDANG YANG TIADA DISEBALIK MEE SEGERA ANDA.. FIKIR KEMQNAUSIAAN, FIKIR KEHARMONIAN FIKIR MALAYSIA, FIKIR SEBAGAI SATU NEGARA YANG BERPERIKEMANUSIAAN.. - Dee Valey · Top Commenter · Kuala KraiKalau isu di selangor PERKASA kecewa, isu di Kelantan bagaimana suka ke? krn tak dak pun bantahan wlpun presidennya org kelantan. ISU DI KELANTAN LG TERUK BILAMANA MCA MENYAMAN KERJAAN NEGERI KERNA MENUTUP PERMIS JUDI, Kalaulah PERKASA dan UMNO masih selesa dgn istilah judi halal jika ada lesen, judi haram jika tiada lesen, USAH MENUNJUK KUAT AGAMALAH KRN RAKYAT DAH NAMPAK SIAPA YG MENJUAL AGAMA SEBENARNYA DEMI KEPENTINGAN POLITIK.
- Zalmizy Bin Hussin · Top CommenterPERKOSA ni patut hantar memorandum bantahan kepada Najib kerana disebabkan slogan 1 Malaysia la yg menyebabkan punca segala kekalutan dan saling bercakaran sesama melayu. slogan 1 Malaysia adalah slogan yang membuka, memberi peluang kepada bangsa lain untuk menuntut hak mereka..1 malaysia la kata kan...so, sume adalah sama bg mereka. x terfikir ke?
- Pak Abu · Top Commenter · Owner at Riverside Art StudioSekarang baru nak jadi jaguh pembela Islam. Baguslah. Jangan lupa anak-anak Islam yang mabuk kat pub-pub tiap malam tu.
- AntiFreemasonry Malaya · Top Commenter · Parit Buntar
- Nuh Adam · University of Science and Technology BeijingPERKASA lak kebulur perhatian. Aku pun pelik sejak bila spesis UMNO tiruan ni ambil berat soal akidah...
- Mohd Amin Mohd Noh · Top Commenter · Union Member at Spirit of Shankly - Liverpool Supporters Uniondah tu berahim, kao kebulur parti mana nak calonkan kao ke?
- John Jalek · Top Commenter · Sek men seri perakPERKASA.... PERTUBUHAN KECEWA SENTIASA.... kebanyakan ahli datang dari mana yee... dari sebuah parti melayu la kot... tengok ahli2nya boleh buat apa sahaja demi matlamat di hati... mari kita tanya presiden PERKASA??? TOK HIM... dulu menang atas undi parti apa ekkk.. apa kan daya dimana ada gula ada la semut...di mana ada semut nampak la gula... klu tak nampak bangkai... klu tak nampaka apa2 buat la NGO.... mana la tau kot2 untung nasib ada di sana mcm senator eizam noor
- Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at GuruAlhamdulilah kita kena menyokong sesiapa sahaja yang memperjuangkan kemuliaan Islam. Allahhu Akbar
- Joshua Aquinas Ding · Human Resources Associate at Marriott International"... mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan..."
Amboi..dah babitkan pelajaran pula ni..nak haramkan guru bukan muslim (or kristian) di sekolah kebangsaan? PERKASA ni lupa ka mcm mana guru bumiputra bukan islam? bodoh! apa kaitan pula dgh cikgu?
PERKASA, kalo dah jadi pejuang tu, perjuangkan la iman di dalam diri..Statement guru kristian melampau tu tuduhan tak berasas.jgn la tuduh tuduh..kekadang aku heran, PERKASA tak hormatkan bulan ramadan ni? bukankan ini la masa untuk utamakan amalan...
Your Faith Come With Action.. :) - Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysiaPERKASA JANGAN DOK BUAT DEMONTRASI CUBA SAMA SAMA BANTU PEJABAT ZAKAT CARI FAKIR MISKIN DAN BANTU UNTUK MENDAPAT BANTUAN YANG SEPATUTNYA. BUANG MASA SAJA DIBULAN PUASA NI.
- Zanhafiz Hashim · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekahnajib pi vatican nk brdakwah pd pope la ....sokong perkasa ..tp dgn syarat kita perjuangkan dulu utk tegakkn undang2 ALLAH dibumi malaysia ...jgn dok pilih2 isu jeee..
- Mesee Nyeekat sarawak nanti bye..bye...
haahahahah~~~ - Mohammad Rizal Hamzah · Top Commenter · Works at Rezaki yang halalHakikat kebijaksanaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”
Riwayat at-Tirmidzi Huraian
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.
...See More- Bahaderul Hisham Adam · Industrial Teknology InstituteBayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?
Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas ‘demi bangsa, agama dan negara’ selama 54 tahun ini.
Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat. Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
...See More
- Putera Jebat · Top Commenter · MkkkPERKASA kemaruk nak memenangi hati org melayu... klu ramai sokong boleh daftar jadi parti politik...n bertanding n akan bersikap seperti umno juga.......
- Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysiaKEPALA HOTAK HAMPA PERKASA CAKAP TAK SEBERAPA BIKIN, KALAU AWAK PEGANG KUASA HAMPA LAGI TERUK DARIPADA UMNO KEPARAT.
- Crisse FahzanBanyak sangat ke undi warga kristian ni? ini konspirasi UMNO..sbb dorg masih pgg JAIS.
- Abu Safiyyah · Top CommenterApa halnya PERKASA ni.. mereka ni bukan berdiam diri.. tapi masih menunggu hasil laporan JAIS. Jangan terburu-buru mengambil tindakan yg akhirnya membinasakan diri.
Sepatutnya PERKASA menekan JAIS supaya mempercepatkan siasatan bukannya melengah-lengahkannya.. - RamBut Uban Kilat · Top Commenter · Indiana Universitykalu orang yg bercakap ni ada depan aku.. dah aku penampaq 18 kali.. bodoh betul....apco.. pegi vatican.. pegi jumpa elizabeth.. apa cerita? kebulur apa pulak tu. kebuluran undi?
- Mohd Zamri · UITMSedapnye dia cakap..habis..waktu Mat Sabu kena tangkap masuk ISA sebab dedah ada Paderi Melayu..ko wat pe time tu? waktu Mufti kesyangan UMNO dedah kat Ipoh dulu..apa ko wat time tu?
- Walid Al-Walid · Top Commenter · Works at Elken Sdn Bhdpertama kali aku rasa aku macam bersetuju dgn PERKASA ni...
- Hasnan Hussin · Top Commentertetiba garang sangat tuan syed ni. kiata ni negara ada undang2. ni perkara agama biar sultan yang bertitah.
kalau mb selangor kuar kenyataan kata membelakangi sultan. kena banyak tau selok belok undang2 negara ni. tak boleh sondol mcm babi. - Hj Masran Haron · Top CommenterPerkasa satu2ya NGO melayu yg lantang bersuara mengenai isu2 melayu dan islam wlaupun ada pihak yg xsetuju,, begitulah hakikatya bila kebencian telah memebal yg baik juga akan kelihatan buruk.
- Hj Masran Haron · Top Commenter
- Gikal Samud · Top Commenter · UITMyang dimaksudkan olh perkasa tuu pak ajip kot.. coz tak the pun paemimpin PR jumpa vatican,,, hee.
- Mira Hj Abu · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Syed AlwiCakap tak berlapik...PERKASA nie kalau kita layan...kita pun boleh jadi bodoh mcam dia orang juga...Tanya pada diri sendiri siapa sebenarnya yang mengadaikan maruah islam..?///
- Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alamPERKASA punya bahasa ni ada unsur unsur HASUTAN tak?????
- Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysiaDALAM ISLAM DAN RASUL ALLAH SAW. TIDAK SURUH KITA BERMUSUH DENGAN KRISTIAN, TAPI KITA MESTI MEYAMPAIKAN DAKWAH KEPADA MEREKA. TAPI BILA KRISTIAN BERI BANTUAN KEPADA ORANG ISLAM KITA MARAH, SEBENARNYA KITA YANG SALAH TIDAK MELAKSANAKAN TANGGONGJAWAP KEPADA SAUDARA ISLAM, KERJA DAKWAH KRISTIAN MEMANG MELAKSANAKAN DAKWAH KRISTIAN SELEPAS MEMBERI BANTUAN ITU CARA MEREKA TAPI KITA APA YANG KITA BUAT PERANAN PERTUBUHAN ISLAM MELAKSANAKAN BANTUAN KEPADA SEMUA BANGSA TANPA MENGIRA KAUM...ISLAM MEMANG MENGALAKKAN BANTUAN BUKAN MENGALAKKAN PERMUSUHAN.
- Abd Karim Bin Sharifflagi satu kenyataan bangang yg di keluarkan olih perkosa...tak tau nak bezakan kebulur dgn lapar...yg aku tau perkosa ni siang malam pagi petang memang kebulur memanjang..nak nye tak dpt projek..tolong lah buat analisa sikit berkaitan isu gereja ni...jgn main hentam ikut lidah je...nanti ALLAH pendekkan lidah baru padan dgn kau...
- Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of MalayaKah, kah, kah....maknanya salah satu pihak mesti berkorban.. Dan tentunya kau mahu PR...Diamlah, kalau tak masuk PRU... mungkin kau yg akan terkejar- kejar undi org Kristian..Pi bakar Pejabat Umno pulak...pastu tuduh DAP...bakar pejabat DAP....tuduh Umno.
- Cpo Nordin · Top Commenter · Friends with Noor RaPejuang Islam sejati tidak akan sekali-sekali menggadaikan maruah dan kepentingan Islam semata-mata kerana kekuasaan. Pimpinan yang memperjuangkan Bangsa mungkin akan sanggup buat apa saja demi kuasa...
- Wan Hafizam · Top CommenterMasa kau semua akan tamat selepas Pru 13 ni, kau bersokongkol lah dengan Apco Israel masa mengundi.Kau Umno yang kebeulur membelasah harta kekayaan Malaysia dan menidakkan hak rakyat, celaka Umno dan Perkasa
- Kawan Maya · Top Commenter · 35 years oldjiwa&minda telah diPERKOSA olh duit, harta benda, pangkat&jawatan..sori, kami xsbodoh, sehina, xda prinsip&maruah spt kamu..PROVOKASI KAMU XBRKESAN, PLS TRY AGAIN.
- Khairul Anuar Romli · Top Commenter · SMK Seberang Jaya
- Harus Surah · Top Commenter · Stpmkebebasan beragama dah hilang kat malaysia ni..........di mana arahnya 1 malaysia..... lg bagus kitaorang tukar 1MALAYSIA PENGAMPU......
- Mat Ye · Damascus, SyriaDalam bulan puasa iblis , syaitan kena ikat yang dok merapu ni sapa agaknye..tak habis-habis nak cari gaduh, semua orang tak betul....
- Kawan Maya · Top Commenter · 35 years oldYG DIMKSUDKANNYA TU ADLAH KETUA DIA SNDRI..KENA ATAS BTG HDUNG SNDRI, KAH3.
- Roy Neo · Top Commenter · Works at Kementerian buruh paksapage depan lg. Nasib baik pope x pakai kuning. Mmm...
- Mohamad Ismail · Top CommenterSyed ni dari india ke dari kabilah jahiliyah arab? baru berani cakap pasal islam? kami orang islam telah lama di inanya oleh UMNO kerana perjuangkan islam. kemana kamu selama ni. tiba-tiba muncul. yang betul nyata kenapa tak sokong? kami dinafikan untuk mengemukakan undang-undang MURTAD oleh UMNO. Hudud dikatakan hudud PAS. Kau ke mana? Abdullah bin Ubai pun cakap mau Islam. adakah kamu ni cucu cicit dia? kenapa kau talakan isu ni pada PAS? isu ni direka oleh UMNO. Gereja tu pun bersekongkol dengan UMNO. Mana ada gereja nak sokong PAS. Gereja amat selesa dengan UMNO. Hampir berjuta islam dimurtad. Siapa perintah negara? Jakim bawah PAS ker? 10 ekor pergi gereja kamu bising. kami orang pas mendidik akidah. kamu bersekongkol dengan UMNO didik apa? nasib baik aku tak kenal kamu, kalu tidak dah lama kena penampar aku.
- Noor Iznan Mohd Noor · Top Commenter · Works at AQUAMARINE-ABERmasakan kita tidak mengetahui ape tujuan dan keinginan pihak pakatan rakyat..mereka akan menghalalkan apa sahaja..yg penting mereka dpt capai ape yg mereka mahukan.isu murtad mereka nyah dr senarai yg patut diberi keutamaan.dan isu liwat lebih mereka pertahankan..kesian aku pd penyokong2 muslimin muslimat PR..
- Noor Iznan Mohd Noor · Top Commenter · Works at AQUAMARINE-ABER
- Nizam Omar · Top Commenter · University of Oxford
- Mick DoohanSemua samal, PAS n PKR nk malu kn Islam..ckp je bsar..tapi semua ada niat jahat..ko tngk la nanti klo PKR ke PAS perintah Msia..cnfirm hancur mlayu n islam..
- Harus Surah · Top Commenter · Stpmmalaysaia BODOH.... takut sangat ke kristian jadi agama rasmi di malaysia hahahaha.............
- Haji Musa · Top Commenter · Owner at Old And Gold Antiques.....Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam," katanya.
Sedarkah Tuan Syed komen bunuhdiri ni? BN dapat memerintah pun kerana kerusi Sabah dan Sarawak yg ramai pengundi kristian... kalau diorang berpaling tadah... hancusss umno... Cuma mereka dah tersilap langkah dlm kes gereja ni... ingatkan menjadi, rupanya senjata makan tuan.... - Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiPERKASA! TAK PAYAH AMBIL POT...BIARLAH DIORG MELAUNG2 MCM KATAK, SBB KETUA DIA MAHARAJA KATAK...TAK ADA MUSIM...
- Benny Thomas · University Putra Malaysiadulu kaum, karang ni agama pulak kena belasah.... malaysia semua boleh land....
- Ahmad Rizal Muhammad · Universiti Kebangsaan Malaysiaambik kau....3 sekali bagi tak kira kiri kanan habis kena pukul...
- Jamil Abu · Rawang, SelangorKalau PERKASA Brahim Ali nak kendalikan ISLAM, alamat jadi PEKASAM la....
- Corleone Don · UTM SkudaiSesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
- Antii Korupsi · Top Commenter · 24 years oldaku SOKONG SANGAT2 dengan saranan artikel kat atas..kita umat Islam perlu bersatu..kita tangkis dakyah2 yang cuba nak pesongkan umat Islam..buangkan sentimen politik..memang PM sampai gi vatican, tp, apa salahnya kalau kita lupakan semua tu.. sebab tu politik..kita tumpukan untuk jaga agama kita..biar orang tahu, kita boleh bersatu sebab agama..
- Pakngah Rock · Top Commenter · Kuli batak at PENCARI ROTANCis! Pas sudah menjelaskan pendirian agar JAIS menuduh di mahkamah orang2 Islam yang menghadiri majlis kesyukuran di gereja tersebut. Bapa angkat Perkasa iaitu Umno belum menjelaskan pendirian. Ini bermakna Umno menangguk di air yang keruh pada insiden ini!
- Surau AsSomadiyahSibuk saja kumpulan pendesak melayu ni..
- Ibnu Latif · Universiti sultan zainal abidin (UNISZA)aiyaaa..tala bley pakai la ini perkasa..menyalak je lebey..racist plak 2..ni la contoh mnusie yg brpkir mngunekn kple lutot..serupe tala akai mcm KATAK...HAHAHAHAHA.
- Un War · Top Commenter · National Univercity of MalaysiaPerkasa pondan gila talak kebulur isu...hahahaha...ni sumpah melayu makan tuan ni...
- Faizi Mohamed Ayob · Universiti Tun Abd Razak (UNITAR)ahhhhh... PERKASA ni lain kojo tak ado.. asyik nak buek demo je.. tak sudah sudah cari publisiti..
- Awang Ismail · Maktab perguruan ipohyang mak bapak org melayu p hantar anak ke tadika kristian kejadah apa...anak diajar menyanyikan lagu berunsur kristian bising pulak...hantar la ke tadika PASTI....
- Mohdzaki HalimPasal agama kena sensitif, pasal judi kena sensitif, pasal nombor ekor kena sensitif dll " byk dlm 'papers" why sonyap jee, jangan main pilih2, nampak sangat tuu jadi 'bebudak '.
- Zamri Mohamad · Top Commenter · Kuala Selangortanya PM dulu, nape gi jumpa pope di vatican city. jgn menyalak-nyalak di bulan puasa ni.Tingkatkan ibadat di akhir 10 ramadhan ni. udah-udah le
- Arif Fadzly · Top CommenterIni baru namanya provokasi.. menda nie leh cetus peristiwa 13mei sekali lagi.. mana IGP? mana?
- Ben Virdani · Top Commenter · UKMMacam mana nak kata 1 Malaysia...masing-masing masih curiga mencurigai antara satu sama lain...hu...hu....GAGAL...
.!!! - Ben Virdani · Top Commenter · UKMLa kenapa SUA aje yang bising.....ketua PERKASA diam juga..dia kebulur undi Kristian ke...?
- Saidon Din · Columbia Universityeeleh, yang bercakap dlm PERKASA tu pun... Cari kesempatan tonjol diri je tu.Anak buah Pak Berahim Katak tak kemana perginya.salaklah engkau.
- Amil Lai · Top Commenterkenapa lah guru pulak yang kena. waras lah sikit tak semesti nya guru tu nak mengajar agama pulak.
- Aus Sokori · Works at Perebet tuaperkasa hanya permainan budakbudak nakal bukan ada agenda khas pun.
- Imamkee Makmumkee · Top Commenter · Works at Muzollasiannnnnn PERKOSA..kebuloq skongan n nama,,, hu hu hu......
- Midnite HunterIsu yang perkasa bawa ni sebenarnya dia hentam UMNO sekali so dari pendapat saya laaa in cerita UMNO ada Team A dan Team B.... so team B sauruh laaa perkasa provoke....ni macam yang ter jadi pada Pak Lah je bau nya.....dia tak berani ckp direct so li9batkan pas dan pkr sekali laaa.....ini ayat dia....".....sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu UMNO, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu....."
- Jejaka SeputehRasulullah tak ajar umatnya hina agama lain..jangan la lupa PERKASA Islam/Kristian/Yahudi agama ini ada Nabi Allah...Musa dan Isa.kita umat Islam tunjuk kita hormat agama lain...orang Islam selalu kalah bukan kerana keperkasaan musuh..tapi lemah dalam mendalami ajaran itu sendiri..kamu buat contoh tak elok..la..ish...
- John Jijon Situ · Universiti Teknologi MARAmacam ni lah pemikiran PERKASA. sampai guru2x kristian pun nak halau. ingat negara malaysia hanya untuk islam ke? sedar sikit. korang patut contohi sabah dan sarawak. inilah pemikiran yang tertutup. kalau macam itu, tak payahlah semua orang yang beragama kristian ini pergi sekolah menjadi guru? macam itu ke?
- Rom Mmy · Harvard Universityorg gilo ni tak de kerja lain buat2 statement bangang2 mcm ni shj untuk pecahan rakyat,,,,....
- Danzila Atul · UiTM Shah Alamsi melayu paling bangang telah bersuara.... lantak engkorang nak jadi bangang tp jgn ajak org lain ikut sama bangang mcm engkorang... x abis2 nak mainkan isu agama, isu kaum.. isu agama isu kaum... perkasam makin masam dan haprak.
- Shahrul Tanaka Safeaicerita lawak di bulan puasa ini.
- Amai Mohamadbodoh lah kau perkasa..
- Hanif Harun · Top CommenterHehehe ker UMNO kebulur undi Kristian ? malu nak cakap tu yang Najib pergi Vatican minta undi pos kat pope .. tak caya ? tanya SPR kot-kot ada ?
- Mohd Zaidi Manas · Works at Oriental Castle Sdn BhdASTRO tayang cerita bukan2 kenapa tak demo, TV1, TV2, TV3 semuanya agen kristian kenapa x dibendung, kenapa PERKASA tak buat demo bila kerajaan menyekat guru agama menyampaikan islam di surau atau masjid.
- Ditindas Bn · Top Commenter · 51 years oldkenapa lah PERKASA ni selalu kuarkan kenyataan yang berbau perkauman dan menyentuh sensitiviti amalan agama bangsa2 tertentu? come on la.. islam tak ajar buat perkara macam ni k...
- Saw Leng TatUMporNO diam saja walaupun DI PERKOSA katak.
- Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan MalaysiaPemimpin UMNO dah jumpa POP di Vatican...Itali...Patut Hisamuddin dan ketua polis juga kena mengadap....bagi tau sebab2 kitab kristian disekat masuk ke negara Malaysia...
- Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysiasyed hasan tu saja main isu agama...kalau nak tengok iman Islamnya kuat atau tidak lihat pada anak2nya adakah anaknya disekolahkan ke sekolah agama dan berapa anaknya sekolah agama...?
- Jac Heynckes · Jesselton, Sabah, MalaysiaGuru Kristian Melampau! Halau Dan jauhkan Dia dari Murid2 Melayu. ---- Saya seorang Guru Kristian amat tidak dapat menerima statment ini dari sebuah negara yg masyarakatnya berbilang kamu dan agama..kami mengajar semua murid dengan asas pendidikan berdasarkan FPN..tolonglah.
- Azman Abu Bakar · Top CommenterAdeh pening tgk manusia2 ni... dikata bodoh kang marah pulak, nak dikata tak pandai membaca@mencari maklumat muka hensome cam educated.. layan je la.
- Johnny Tung · Top Commenterapa pasal selalu isu kristian? nanti jadi ikutan penganut kristian di negara Kristian.
- Rahman Mj · Top Commenter · Ipoh, Peraktakut di lupakan olih rakyat ke perkasa oi kini nak.
jadi hiro agama pulak islam tidak menyeru kita menghina ugama atau bangsa lain kalau tahu perkasa tak kan buat ini semua? - Latiff Haron · Top Commenter · Sys batu gajahRakyat tak peduli, kerana ini kerja buat UMNO utk melagakan rakyat. Sama juga dengan kes kepala lembu dan kepala babi.
- Azley Jainuddin · Top Commenter · Sungai Buloh New Village, Selangor, MalaysiaBIOL di bulan puasa pekasam ni--batal puasa.
- Mansor Sulaiman · Pulau Pinangtuan perkasa islam mcm kami ni x rasa trgugat pun malah bg org islam yg beriman maklum bahawa isu murtad. syirik n kufur adalah ketentuan allah bukan manusia. cuba tuan fikir sejenak beramai org islam yg x mengerjakan solat jumaat malah dlm al quran mengatakan brg siapa x menunaikan solat jumaat sebanyak 3x berturut-turut maka dia murtad terkeluar dr islam. berapa ramai umat islam yg syirik serta kufur dgn allah dgn melakukan zina, meminum arak serta main no ekor. jd tuk pengetahuan tuan dah lama org islam murtad atas kehendak sendiri bukan hasutan atau ajakan drpd kristian. jd tuan xyah la nak perbesarkan isu remeh mcm ni n " tuhan xkan mengubah nasib seseorang itu kecuali org itu sendiri yg mengubah nasibnya.
- Yusof Omar · Top CommenterUMNO PORNO YANG DULU! KINI DAN SELAMANYA MEMANG DAH TAU RAMAI MELAYU MURTAD, BUAT DONO aje....
APA KHABAR ULAMAK UMNO SEKALIAN....TAK BERBUNYI PUN SUARA DEPA......KECUALI HARUNSANI FROM IPOH ADAJUGAK KETUK GENDANG......
NAMPAK SANGAT ULAMAK UMNO ULAMAK NERAKA...............
Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa
Soalan :
Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.
Saifuddin, Johor.
Jawaban Dr. MAZA:
Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan