Selasa, 16 Ogos 2011

KOMEN TU ELOK2..JANGAN KOMEN ORANG BACA MACAM ORANG TAK SEKOLAH ATAU BUTA POLITIK..KELUAR 1 PARTI TAK JADI KERAJAANLAH..TU KONGSI..MENANG BANYAK LAIN

PM umum JK reformasi sistem pilihan raya
Jimadie Shah Othman
Ogos 15, 11
8:10pm

Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu.

Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.

Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untuk sabut timbul, kalau untuk batu tenggelam," katanya.

  • Ae Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Smk abdul samad
    Hati2, tubuh jawatankuasa pown tp yg berkuasa nya Najib...selagi nama UMNONGOK, jgn sesekali percaya....rakyat dah tahu lah Najib...HIDUP PAKATAN RAKYAT!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Najib kena ingat, apapun yg dibuat klau tujuannya ikhlas, akan ada keberkatan. Tapi klau ianya utk menipu, rakyat pasti akan tau juga, dan ianya insyaallah pasti x akan berjaya. Manusia boleh merancang, tapi perancangan Allah itu lebih hebat, krn Allah sebaik2 perancang...
    • Wari Nordin · Pengulas Tertinggi
      rasa dah cukup kut undi oleh neng2.. itu hihihihi
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      Jib.....!!! Buat, jangan cakap saja....!!!
  • Ratu Aida Syawal · Pengulas Tertinggi · Bangkok, Thailand
    kenape sekarang baru nak tubuh JK reformasi, proses pemutihan sudah lancar sudah kaut untung baru nk tubuh JK.Sudahla NAJIB rakyat makin meluat tgok agenda2 yang kamu rencanakan, semuanya PEMBHOHONG.Selagi namanya kerajaan pimpinan NAJIB TUN RAZAK segalanya PEMBHOHONG, setelus manakah JK itu nanti seBERSIH manakan ahli2 JK itu? Kenapa tidak ikut saja 8 PERMINTAAN BERSIH mudah bukan.Makin dekat gelombang PRU13, selepas itu kami akan rehatkan kamu dan para kroni.Tunggu BERSIH 3.0...kami datang.I AM FIGHT FOR JUSTICE.
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Kaji Kepala Otak hang Najib,, Tak payah kaji2... PENUHI 8 TUNTUTAN tu sudah lah bangang! Rentikanla dok menipu orang... dari Mula jadi PM..sampai hari ni kerja Dok Menipu rakyat! Tu La sebab nya Dulu banyak sangat Makan duit Tok Hasil Saham Judi genting.. Tu sebab kuat Menipu..
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      Pembangkang kalau Melayan org Bangang ni lagi tak tau la..Cukup2 la hari tu menipu nak bagi STADIUM masa BERSIH..semua org Dengar..Last2 Korang yg kena bantai.. Menipu ni makanan dia..
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      NAjib cuma Nak redakan ketegangan atau Penipuan yg Hari dari hari didedahkan..Najib dah Cuak.. Najib cuba elak suhu panas gelombang BERSIH 3.0 sebelum PRU13
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat....BETUL LAH TU KERNA PRU 13 SOKONGAN DR RATUSAN RIBU RAKYAT PEMILIK BARU MYKAD
  • Wan Hafizam · Pengulas Tertinggi
    Reformasi menatang apa tu Najis ? Kau dah tanya bini engkau apa yang patut di buat.Kan ke kau kongsi kuasa dengan si puaka tu.

    • Musalmah Shaari · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Ho Ho Najib pun nak buat Reformasi, tahniah Berseh. Din minyak ini bulan puasa , jg terus menerus memfitnah, Nanti keputusan mahkamah dulu. Tak pasal pasal engkau dapat dosa
  • Halimi Mohamed Noh · Pengulas Tertinggi · Universii Sains Malaysia
    Ambil berkat di bulan Ramadhan, Permaufakatan membawa keberkatan. Hati2 takut ada kala jengking di bawah tikar.
AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz
Abdul Rahim Sabri
Ogos 15, 11
5:59pm

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

NONESelain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

azlanSehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya.

Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

NONEDi bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

azlanBagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.


BERSIH 2.0 pertimbang heret SPR ke mahkamah
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 15, 11
7:02pm

Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.

NONEPengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.

"Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya.

"Tetapi ini bukan kesilapan pengkeranian ... jadi saya tidak pasti apa undang-undang yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang mereka kata mereka lakukan setiap hari."

Ambiga merujuk tindakan SPR yang mengeluarkan nama-nama 'pengundi klon' daripada daftar pemilih setelah didedahkan oleh Malaysiakini.

Pengundi klon merujuk kepada orang-orang yang mempunyai dua catatan dalam daftar pemilih, berdasarkan nama yang sama tetapi dengan nombor MyKad yang berbeza.

azlanSebelum ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan bahawa isu dua identiti berkenaan adalah kerana kesilapan manusia apabila nombor MyKad yang dimasukkan ke dalam sistemnya.

Bagi menangkis dakwaan bahawa terdapat 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan mengeluarkan 12,000 nama pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas.

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa
Ogos 15, 11 6:13pm

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

Sistem p'raya cuba dikotorkan, dakwa Mahfuz
Ogos 15, 11 5:00pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff tidak wajar mempertahankan sistem sedia ada dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada daftar pemilih yang bersih di dunia ini, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu dikira memalukan dan tidak wajar" dikeluarkan oleh seorang yang mengetuai sebuah badan bebas.

NONE"Yang (beliau) sepatutnya melihat persoalan-persoalan untuk memastikan daftar pemilihan dan proses sistem pilihan raya dapat berjalan dengan baik dan telus.

"Bukan kita membawa isu-isu yang tidak ada di dunia ini, (iaitu) daftar pemilih yang bersih seperti yang didakwanya," katanya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa pada masa ini terdapat pihak yang cuba "mengotorkan" sistem pilihan raya dan daftar pemilih.

"Jadi, bukan isu tidak ada (di) dunia daftar pemilih yang bersih. Itu satu persoalan yang lain.

"Dan saya sangat mempersoalkan apakah rakyat di negara maju yang lain begitu dungu sehingga tidak dapat mengesan daftar pemilih yang bersih," katanya.

Sementara itu, mengulas projek pemutihan rakyat asing yang sedang giat dijalankan, Mahfuz mendakwa terdapat usaha memberikan kerakyatan kepada bangsa asing untuk kepentingan politik BN.

"Saya menganggap bahawa perbuatan memberi warga asing taraf kerakyatan sampai ke peringkat menjadi pengundi, menunjukkan SPR dan kerajaan tidak patriotik terhadap negara kita.

"Ini sangat merbahaya, apabila sifat patriotik itu sudah tidak ada, sehingga sanggup menjual dan menggadai masa depan, kedaulatan dan keselamatan negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penubuhan sebuah badan bebas yang diletakkan di bawah parlimen untuk memilih dan merombak suruhanjaya tersebut.

Katanya, badan bebas tersebut bertanggungjawab untuk memilih individu yang kredibel dan wibawa untuk mengendalikan SPR dan memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih.

VIDEO | 6.02 min


12 umat Islam dalam gereja beri keterangan di JAIS
Ogos 15, 11 6:23pm

Kongsi 34
Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam, hari ini.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah JAIS Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Bernama difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu akan berakhir lewat petang ini.

JAIS memanggil semua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lalu.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, seorang petugas JAIS meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.

Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis kesyukuran yang dianjurkan di gereja berkenaan.

- Bernama

Pertemuan PAS-JAIS batal atas nasihat Sultan
Abdul Rahim Sabri
Ogos 15, 11
1:29pm

Pembatalan hasrat PAS bertemu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - yang dijadualkan hari ini - berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, baginda "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.

"Memang kita minta hari ini (berjumpa), tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan.

"Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.

"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.

azlan"(Sebab) itu kita nak jumpa, JAIS kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau difahamkan laporan siasatan lengkap berhubung insiden tersebut akan selesai selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya anggap tempoh masa yang begitu lama, akan timbul bagai-bagai kontroversi yang tidak baik kepada berbagai-bagai pihak.

"Harap JAIS cepat siapkan siasatan. Kami terus berharap selesai (siasatan) itu, JAIS akan bertemu dengan PAS selepas lengkap siasatan," katanya.

Tegasnya, siasatan perlu diselesaikan segera bagi meredakan isu tersebut dari timbulnya pelbagai spekulasi yang tidak sihat khususnya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Ini Lah Masalahnya Sultan Sultan melayu ni.. Orang yang Buat Demo.. Ugut Bakar Sana..Ugut Sini tak suruh Berhenti! yang Nak Bincang Elok elok di halang... Yg Masalah Gadai Warga Negara pun Senyap Sunyi.. menyibuk benda Bukan2.. Masa Nak lantik SUK UMNO dulu tak mau la Nyibuk Pulak Mintak Nasihat MB.... Aiyyah.. Kalau Penasihat UMNO..tu lah Masalahnya.. Nasiblah Rakyat Tak Menyibuk Hal Hardrock Cafe..kah kah kah. JAIS Taknak Serbu HARDROCK CAFE KE? kah kah kah.
  • Amin Hafiz Mohamed · Pengulas Tertinggi · Sek Men Keb Agama Alawiyah, Arau Perlis
    Kenapa nk heret SUltan dalam kancah Politik? Sultan tidak terlibat dgn politik, DAP juga tidak mempertikai kan apa yang telah disyariat dalam Islam apabila mereka faham tentang Islam, yang selalu mempertikai tentang Islam adalah kawan baik UMNO iaitu MCA, bukan DAP .
  • Buzze Azam · Pengulas Tertinggi · Universty of salford manchester
    Pendek kata, Tuanku Sultan tak percaya kat Pas la. Gerenti Pas akan bagi info tu kat DAP.
    • Wak Jono · Pengulas Tertinggi
      aper yg ko karut nie pasal bagi info pada dap...otak ko ni mcm udang galah..taik kat kepala...fahamkan isu betul2..
    • Amin Hafiz Mohamed · Pengulas Tertinggi · Sek Men Keb Agama Alawiyah, Arau Perlis
      Apa punya pemikiran, UMNO beri maklumat kepada MCA tak ada nk heran, UMNO/BN bagi maklumat kepada Israel ada anda prihatin? kita tunggu berapa ramai yang akan didakwa cuba murtad oleh JAIS.......
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      JAIS Diminta Serbu HARDROCK CAFE pulak.. ape MAcam..kah kah kah
  • Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
    Sebenarnya tiada keperluan utk PAS jumpa Jais Dan pihak gereja. Kadang2 aku pun pelik ngn PAS ni..dlm kerajaan Selangor kan dah ada exco agama dr PAS. Nak maklumat melalui exco agama sudah laa...Soal murtad ni bidang kuasa kerajaan Pusat. Jgn pula nk menampakkan hero di mata rakyat, akhirnye PAS yg terpalit najis.
    • Lee Meh Ham · Pengulas Tertinggi · Pemilik di PTPTN
      ko tak tahu prosedur dan protokol jgn kecoh la mat...
    • Jusoh Mohd Lazin
      Aku bersetuju benor dgn pdangan kamu ni. Tanyala kepala pas kat selangor? ni pnadai2 lak nak hantar PAS (sesat) lak tu
    • Amin Hafiz Mohamed · Pengulas Tertinggi · Sek Men Keb Agama Alawiyah, Arau Perlis
      Memang ada dan PAS kena bertemu dgn JAIS untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan, kerana bila bertindak atas nama Islam, mesti memastikan maklumat xdan peejelasan dari 22 pihak yang terlibat, kerana apa yang di lihat sekarang ini semua menunding jari kepada PAS dan mahu opendirian PAs dalam isu ini, jadi sesuai dgn Islam, umestilah mendapat penjelasan dari 22 pihak yang terlibat sebelum menyatakan pendirian dalam sesuatu Isu yang melibatkan Aqidah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.....bukan sahaja PAS malah semua umat Islam mesti mendapatkan maklumat dan penjelasan dari 22 pihak yang tertlibat bagi mengelak fitnah yang berterusan....
  • Datuk Sidang Shaari Abu · --
    Pemimpin PAS bukannya bijak2. Semuanya nya jadi pak turut. Dia tak dapat membandingkan antara sebuah kerajaan dengan sebuah parti. Siapa dia (PAS) nak berjumpa JAIS. Sya tabik Datuk Hasan Ali dan Nasyaruddin Hasan serta JAIS .Saya sokong mereka ini ttpi x sokong PAS.
    • Ahmad Wiraputra · Pengulas Tertinggi · Software Engineer di UPSI
      Biarlah PAS nak jumpa, apa salah kita berbincang. Tahan la dr sdra2 yg kutuk mengutuk kat sini, kan elok berbincg. Raja pun satu, org demo x boleh, suruh berbincang, nk bincag tiba2 x boleh jugak.
    • Putra Rayyan · Pengulas Tertinggi
      Sokong datuk sidang. PAS ingat dia berkuasa dalam menentukan tugas Jais..tak sedar Selangor pun bukan dia yang perintah...
    • Normiza Safuan · USM Penang
      Ini datuk sidang jamban kut
Selepas 'pengundi klon' PAS dakwa ada 'ahli Umno klon'
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 15, 11
12:46pm

Fenomena individu yang mempunyai lebih daripada satu identiti bukan sahaja terhad kepada daftar pemilih tetapi menurut PAS, mereka mempunyai bukti bahawa 'pengundi klon' berkenaan mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian Umno.

NONEBerikutan pendedahannya minggu lalu bahawa terdapat tiga 'pengundi klon' yang memegang keahlian Umno, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata semakannya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno mendapati beberapa ahli Umno juga mempunyai 'klon' dalam parti itu.

“Bukti-bukti yang Dewan Pemuda PAS berikan hanyalah tiga daripada ribuan data yang dimiliki. Tiga data ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dalam sistem maklumat negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan Malaysiakini di portal JPN - yang membenarkan orang ramai membuat semakan status dokumen pengenalan - mengesahkan bahawa pemilik tiga MyKad itu juga mempunyai MyKad tambahan.

Perbezaan kedua-dua MyKad itu adalah dua dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing.

Tiga pengundi klon/ahli Umno yang didakwa itu adalah:

1. Azhar bin Ahmad

NONEMyKad pertama: 680713095049 (sah)
Lokaliti: Batu 13
Daerah mengundi: Tasoh
DUN: Beseri
Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 00412036
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Beseri
Cawangan: Batu Hampar Beseri

MyKad kedua: 680713095057 (valid)
Lokaliti: Kg Baru Chuping
Daerah mengundi: Sg Buloh
DUN: Chuping
Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 01167397
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Chuping
Cawangan: Kampong Baru Sungai Serai

2. Besah binti Mat

NONEMyKad pertama: 450713095002 (sah)
Lokaliti: Telaga Haji Abd Latiff
Daerah mengundi: Changkat Jawi
DUN: Guar Sanji
Parlimen: Arau

No ahli Umno: 00405301
Negeri: Perlis
Bahagian: Arau
DUN: Guar Sanji
Cawangan: Telaga Hj Latiff

MyKad kedua: 450713095010 (valid)
Lokaliti: Jejawi Batas
Daerah mengundi: Alor Lanchang
DUN: Sena
Parlimen: Kangar

No ahli Umno: 00401132
Negeri: Perlis
Bahagian: Kangar
DUN: Sena
Cawangan: Jejawi

3. Mansor bin Ahmad

NONEMyKad pertama: 481104025705 (sah)
Lokaliti: Felda Bkt Tangga
Daerah mengundi: Felda Bkt Tangga
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00145824
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Felda Bukit Tangga

MyKad kedua: 481104025713 (valid)
Lokaliti: Kampong Masjid
Daerah mengundi: Felda Batu Lapan
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00144136
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Pekan Changlun

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan status pengundi mereka kerana sistem pengesahan dalam talian SPR tidak berfungsi sejak pagi ini.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu.

azlan“Manipulasi ini bukan sahaja melibatkan SPR tetapi melibatkan secara terus kepada pertubuhan Umno, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintah BN yang semakin reput dimamah usia...

“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan.

Menurut beliau lagi, presiden Umno dan ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menjelaskan kepada rakyat di negara ini berhubung manipulasi yang berlaku.

azlan“Pemuda PAS juga mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad boleh mengundi dua kali.

“Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, suatu badan bebas harus ditubuhkan untuk menyiasat manipulasi yang telah dibuktikan selama ini.

Tiada ulasan: