| Mohd Sabri Said | ||||||||||||||||||
| PULAU PINANG, 28 Ogos: Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang. Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950. Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan akan diberikan kepada Mohamad yang akan hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang ini. Mohamad dalam kenyataanya semalam menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 28 Ogos 2011
ADA BAIKNYA KITA BERPOLITIK SECARA SIHAT...POLITIK MEMANG SUKA MENELANJANG KEBURUKAN ORANG..BILA KITA DITELANJANG MULALAH GELABAH..RAKYAT TAU YG BETUL
Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.
Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.
Seorang penduduk Jafri Ramli, 45, dari kampung Batu Satu di sini berkata bendera Umno dan BN yang di pasang sepanjang jalan itu bukan saja sangat menjolok mata tetapi juga menghalang pandangan pengguna jalan raya terutama di pusingan “U”.
Jumaat lalu, kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, YB Taufik yang juga Adun Paroi telah bergerak ke Hentian Pudu bagi menyampaikan"goodies bag" kempen kepada semua pengguna yang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung berhari raya.
Kempen di Jalan Masjid India telah diketuai oleh YB. Hjh Siti Zailah Mohd. Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersama YB. Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua DMPP. Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi ; Che Azlina dan Hajjah Aida Yusof Rawa yang masing-masing ialah Setiausaha dan Bendahari DMPP.
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan