| Bashir Ishak
| ||||||||||||||||
| KANGAR, 18 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menegaskan beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan laman Facebook ‘Sokong Anuar Tahir’. Malah katanya, beliau tidak tahu-menahupun tentang kewujudan laman Facebook tersebut sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan di Pejabat Perhubungan PAS Perlis baru-baru ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam Facebook terbabit yang turut dijadikan medan untuk menghambur kata-kata kesat kepada pimpinan PAS Perlis. "Facebook terbabit dibuat tanpa restu tuan empunya badan dan juga bukan dengan restu PAS Perlis. Amat dikesali juga kerana mereka turut menggunakan gambar saya. "Kita menjangkakan Facebook tersebut diwujudkan oleh orang-orang terdesak yang anti-PAS dan digunakan sebagai kempen gerak saraf untuk cuba memecah-belahkan perpaduan khususnya di dalam PAS Perlis sendiri," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Padang Besar. Menjelang pemilihan PAS pada Jun lalu, sebuah Facebook ‘Anuar Tahir Sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis’ telah diwujudkan yang mana Mohd Anuar sendiri turut menafikan pembabitan beliau dalam Facebook terbabit. Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Abd Rahman dalam posting beliau di Facebook telah meminta agar rakan-rakan Facebook yang prihatin supaya unfriend dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir".
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 19 Ogos 2011
JANGAN BUAT SILAP...SILAP2 KITA MENCAMPAKKAN DIRI KITA DALAM NERAKA...BOS MAHA BESAR IALAH ALLAH..JANGAN2 SILAP BODEK DAN KERJA..NAYA KAN DIRI SENDIRI
Anuar tiada kaitan dengan ‘Sokong Anuar Tahir’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CAMERON HIGHLAND, 18 Ogos: Tragedi kejadian tanah runtuh awal minggu lalu di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang telahpun meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.
Wartawan perisik Harakahdaily Arshad Khan telah melaporkan penemuan eksklusifnya ketika meninjau tempat kejadian tanah runtuh tersebut di Cameron Highland, telah menunjukkan dakwaan bahawa tragedi tanah runtuh yang menelan tujuh nyawa itu adalah hasil bencana alam semula-jadi adalah jauh meleset.
"Akan tetapi, mengapa ia mengambil masa yang lama (untuk kejadian berlaku) sedangkan penempatan di kawasan tersebut sudah lama? Ini bermaksud aktiviti-aktiviti di kawasan lembah kecil tersebut adalah baru,” kata Arshad.
"Penebangan hutan semulajadi secara total sepatutnya tidak berlaku, namun sekiranya terpaksa ia harus dilakukan secara berperingkat dengan menggantikan dengan pokok buah atau pokok yang berakar umbi dalam. Tanah di Malaysia adalah mudah, belum matang dan mudah tercabut, tidak terikat dengan kuat kerana kebanyakkan kandungan adalah pasir – penutup tanah atau akar adalah penyelesaian terbaik terhadap hakisan,” tambah Arshad.
“Penempatan semula kaum Asli tidak berapa dipersetujui oleh orang Asli, dan ia amat berkait dengan orang yang berkuasa yang bermatakan kekayaan yang boleh dijana daripada hutan yang diduduki orang Asli dulu.
Dalam temuramahnya dengan seorang orang Asli yang berada di sekitar kawasan kejadian tanah runtuh, Arshad berkata orang Asli itu memberitahu semasa kejadian berlaku beliau terdengan satu bunyi guruh yang kuat dan terlihat air deras bagai ombak mengalir ke bawah lereng gunung.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Kartunis Zunar telah diberi penghargaan dengan dipilih sebagai salah seorang Artists-in-Residence 2011 dalam program “Art and Censorship” (Seni dan Penapisan) anjuran BilbaoArte/Fundacion BBK, iaitu sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan