Khamis, 25 Ogos 2011

UNDANG2 MURTAD TAK ADA...BEGITU UNDANG LAIN DALAM ISLAM..MAJLIS MAKSIAT BEGITU SUBUR..PUSAT ZAKAT TAK BERFUNGSI IKUT PERINTAH ALLAH SWT...

'Ikut gereja untuk hidup'
Ogos 25, 11 4:19pm

Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEDr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.

"Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

"Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, gereja tidak memaksa supaya murtad tetapi pendekatannya "amat mempengaruhi".

Dr Asri bagaimanapun tidak mendedahkan nama gereja terbabit dan sama ada sebelas lagi yang ditahan dalam majlis di DUMC tergolong daripada pihak yang dikatakan murtad itu.

azlanMenurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," katanya.

Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan.

"Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam.

"Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

  • Aiman Tajuddin · Pengulas Tertinggi · Nurse Trainee di Kementerian Kesihatan Malaysia
    salah sp.mn dia muka2 manusia baitul mal dgn pusat zakat yg kononnya kutip beratus2 juta RM zakat, siap tanah wakafnya nilai belasan billion.mn.xmalu ke diseret di dpn Allah nanty krna mjadi faktor org murtad beramai2.atau seronok kenyangkn perut sndri.
    • A Jack Parow · Pengulas Tertinggi
      smuenye munafiq..
    • Saipudin Samsi · Pengulas Tertinggi · Cosmopoint college
      Institusi zakat & baitumal sepatutnya dilihat sebagai kekuatan sumber ummat islam dan tak boleh disalahkan 100% atas bahu mereka.... Cuma kadang - kadang orang islam yang TAK susah dan miskin pon ada yang nak murtad juga.....sbb terpengaruh dengan budaya agama lain...TAK PYH PUASA...TAK PYH SOLAT...BOLEH MINUM ARAK...BOLEH PEGI DISKO...islam ni KOLOT katanya.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Duit zakatpun mrk dah rompak utk kepentingan diri nak buat mcm mana? Dan duit tu juga diagihkan kepada penyokong mrk je..yg tak sokong jgn harap nak dapat..Golongan ini mempergunakan duit zakat utk politik mrk.
  • Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi
    Tak perlulah kita menunding jari pd mana 2 pihak diatas isu murtad atau pun kita berkata tindakan JAIS betul atau Minta maaf khalid pd pihak gerija salah,, yg benting bgaimana utk pulihkan aqidah yg telah murtad dan bgaimana utk membendung perkara ni supaya xberulang lagi,,, dan pihak gereja juga harus hormati agama islam sbagai agama resmi,, mungkin satu iktibar bgi umat islam politic atau agama islam lbih penting?
    • Soffie Borham · Pengulas Tertinggi
      betul2. sekarang ramai orang tuding jari pada baitulmal dan zakat. yang sudah tu sudah. soalnya masa depan apa tindakan kita, termasuk baitulmal dan pusat zakat sendiri.
    • Jin Ko · Selangor, Selangor, Malaysia
      tukar krajaan yg dok ada dlu barulh bleh nk pbetulkn akidah ummat scra mnyeluruh...
    • Dima Laa · Pengulas Tertinggi
      hj masran haron=wooittt bahalol n bangang!!!...dasar umno yg kau sokong tu tak islamik la bahalol!!!... sebab tu berlaku ugama lain berani memurtadkan orang islam.
  • Abu Mirza · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan
    Benarlah Kefakiran membawa kpd Kekufuran.
  • Stephen Chung · Pengulas Tertinggi · Los Angeles, California
    Sekiranya apa yang dikatakan oleh ibu tunggal itu adalah benar, maka saya rasa pihak yang berusaha mempengaruhi penganut agama asal Islam murtad untuk menganuti agama kristian adalah menjadi satu kesalahan besar.

    Tetapi sekiranya berlaku keatas bukan penganut agama asal Islam, yakni seperti sebilangan pribumi di negeri Sabah & Sarawak yang agama asal mereka adalah agama kristian yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan agama baru mereka, maka mereka boleh memohon untuk kembali ke pangkuan agama asal mereka melalui saluran perundangan di negara ini.
    • Stephen Chung · Pengulas Tertinggi · Los Angeles, California
      Ini bukan persoalan aman atau sebaliknya. Penyebar agama Kristian di Malaysia adalah ditegah SAMA SEKALI mengkristiankan penganut asli ISLAM di malaysia, kemungkinan kelakuan ini tak menjadi masalah di Negara China ataupun di negara-negara lain.
    • Mo Dol · Pengulas Tertinggi · Isbi arizona usa
      saya setuju ini. Yg silap org islam dan negara islam sendiri..hingga bila kita bersebabkan tak habis2...he...
    • Randy Andy · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Im a Muslim & Im Proud
      Betul Stephen' Agama bukanlah suatu paksaan..Agama lebih daripada hubungan peribadi dengan Tuhan..
  • Batheromiaz James · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
    "Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam ''.

    "Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu''.......

    ~apa yg sy faham dgn ayat nie, 2x5 ja.tak kira kau islam atau kristian, tetap masing2 nak tarik menarik.chil babe....masing2 ada hak memilih.^^,.kalo betul agama kita bagus, xkan goyah iman diri.#.
  • Eric Toba · X-SMKAA (2000-2004)
    saya seorang kristian dan kagum dengan cara agama islam membantu saudara2 seagama mereka dengan menubuhkan Baitul Mal tetapi merasa hairan mengapa ramai lagi orang islam yang tidak dibantu...kemana perginya kutipan zakat yang dikutip setiap tahun...pemberian zakat hanya timbul semasa bulan Ramadan bermula...
  • Justice Rania Rania Keadilan · Beijing Foreign Studies University
    bila iman kurang, maka nampak kebendaan.. kalu nak bertanding harta kemewahan islam tidak menjanjikan itu semua. alasan susah..susah..perlu dibantu, nak bantuan...wahai manusia sekalian, syurga itu MAHAL.
  • Azmir Mansor · Works at Dok saja
    duit zakat bagi x kena tempat mcm d perlis bagi kat iptips RM 1 juta apa yang buat...x maju pun....ni yang beli kereta cash...bagi mengaji org luar luar percuma....kalau x caya tanya org dalam...org besar pergi jalan ke asia barat dengan duit zakat...harap siasat SPRM siasat zakat perlis terutama IPTIPs sampai wang tu salah guna...
  • Khairul Marhaini Anang · Case Western Reserve University
    Allah dah kasi warning 1400 tahun dulu lagi - wahai Muhammad, org2 kafir Yahudi dan nasrani tidak akan redha kpd kamu sehinggalah kamu mengikut dan masuk kedalam agama mereka. Tetapi kebanyakkan umat Islam zaman skg sudah tidak lagi membaca dan mendalami ilmu Islam. Mereka sibuk dgn urusan dunia, berpesta dgn muzik, berfoya2, cinta kpd dunia seolah2 mereka akan kekal hidup didunia ni.
    • Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
      Untuk lebih spasifik, saudara khairul, bukan mereka nak kamu masukagama mereka, taipi MENGIKUT CARA HIDUP MEREKA. ATAU SEKURANG2NYA MENINGGALKAN CARA ISLAM. Org Yahudi TIDAK AJAK ORG BANGSA LAIN MASUK AGAMA NYA.
  • Af As · Top Commenter
    Tak boleh nak salahkan gereja ni 100%. Dah memang misi diorang mcm tu. Punca utama berlakunya perkara ni adalah umat islam sendiri, di Malaysia ni..pihak berkuasa agama yg bertanggunggjawab memberi bantuan dari segi kewangan dan nasihat. Kalau bantuan mudah diperolehi dari pihak berkuasa agama, takkan org islam sanggup p cari sampai ke gereja. Ingatlah sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran." Bukan semua org islam ni kuat imannya, kita semua tak sama. Kerajaan perlu bertanggungjawab dlm hal ni.
  • Pembunuh Upahan Rikimaru · Top Commenter · Manager at KUMPULAN USAHAWAN MALAYSIA (Malaysia Entrepreneur Group)
    Khalid Gagap ditangkap nak "coverup" isu GMDU melalui penubuhan Majlis Syura!

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.
  • Ab Rahman Osman · Top Commenter
    mana pie la pendekar2 melayu yang sering terpekik terlolong pertahankan melayu tu yer...opsss depa pertahankan melayu bukan ISLAM lupa.....kalau dalam pentadbiran islam itu sendiri terlalu banyak birokrasi dan tido ini la jadinya...jgn marah kalau org lain ambil kesempatan atas kelalaian sendiri.
  • Fakhruddin Mohd · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    kah kah kah...
    cara terbaik utk menarik org masuk ke dlm agama tertentu...
    dan dlm islam juga sarankan cara yang sama..
    tp malangnya, org islam hanya tahu larang dan melarang...
    bukan nak bantu, tapi membatu...
    kah kah kah kah...
    • Fakhruddin Mohd · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      ble ramai yg murtad salahkan agama lain..
      hahahha...
      perlaksaan agama sndiri goyah nk salah kan org lain...
      dasar otak lembu...
      dh tu org bkn islam masuk islam, ingt agama asal dorang x sakit ati?
  • オスマン Cocl · Top Commenter · Regional Manager at Sambung ekor beruang sdn bhd
    Root Cause dia apa sebenarnya. Fikir-fikirkanlah. Jangan kita menjadi org yg mencuci taik org berak atas lantai tapi kita tak cari sebab kenapa org berak atas lantai? Jamban rosak ke? Air takde? Lubang tersumbat? Atau org jaga jamban x senyum? (teruk betul perumpamaan aku ni... heh)
  • Jeff Wahab · Macam Macam Boleh at Sekolah kat tepi sungai jer
    Apa kata tahun2 akan datang kita serah/bayar zakat terus kepada asnaf2 ni atau kepada orang yang kita percaya..tak payah melalui PKZ atau amil2 kerajaan..amacam?
  • Midnite Hunter · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
    Saya sgt setuju dgn apa yang Dr. Asri cakap....pusat zakat mmg tak menjalankan tanggungjawab nya....kalau nak saman saman laaa saya...kerana saya sendiri sebagai mualaf pernah mengalaminya...saya ada semua bukti dan nama2 pegawai yang saya berurusan....saya ingat kalau jadi pengemis pun tak sehina macam minta dari pusat zakat....mereka mengangap kita sebagai anjing meminta tulang....saya tak maki atau marah sesiapa tapi kalau pejabat zakat kaqt shah alam saya paling benci kalau boleh nak kencing dan ludah atas mereka.....(ya Allah ampuni laa saya kerana bahasa saya.....tetapi saya manusia biasa yang ada maruah mmg BENCI dan MARAH dgn pejabat zakat di shah alam.....)
    • Yahaya Gmg · Top Commenter · SMK Tengku Sulaiman
      duit kutipan zakat banyak tiap2 tahun nk bt apa? mau hidup umat ISLAM merempat x cukup makan....apa barang?????
    • Norazliza Azliza · Top Commenter · JEPUN
      tu tak dengar,kepusat zakat tu,kalau kerajaan masih merasa yang mereka,masih ade tanggung jawap pade orang islam ambik lah tau sikit ,jangan dok tunjuk yang molek jer,jangan lah dok fikir pru sampai kan masalah ni berluluase
  • Mohd Remi · Top Commenter · Friends with Azni-Aishah Idris
    janganlah duk pinpoint finger kat sapa2. kalau nak berjuang menyelamatkan ummah, terus bergerak, jangan bagi alasan dan salahkan orang lain.

    Sayangkan kita nih nama jek puasa, tapi tuduh orang sana sini. Kalu tak percaya pusat zakat, bagi direct lah. Ini kita duk sembang bagai nak rak kat sini, ada lagi tuh sempat nak carik mileage politic.

    Dalam bulan nih, ada ke kita pi carik fakir miskin untuk bagi sedekah? yg ada kita pergi memenuhkan sogo dan shopping mall yang lain.

    Kita kalau tak berani infaqkan separuh pendapatan kita terhadap perjuangan menegakkan Islam, tayah banyak mulut lah kat sini. Sudah lah bang, malu bang. malu kita dengan yg di atas sana.
  • Mohd Amli · Top Commenter · Politeknik ungku omar
    Pada sy sebenarnya SUDAH lama ANAK2 MELAYU yang sudah TERPESONG dari AJARAN ISLAM sebenarnya..jangan terlalu pandang HAL2 GEREJA ini sgt semua 2 POLITIK semata2..betul ke CARA HIDUP kita sekarang yang sudah KEBARATAN sgt..hidup pun mcm orang YAHUDI yang lain..isu murtad sudah lama terjadi..sampai kan ada ORANG ISLAM sendiri pergi PEJABAT AGAMA minta BORANG untuk keluar ISLAM pun ada..ALLAHUAKBAR..DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN..SUBAHANALLAH..
    • Lilin Kehidupan
      Punca segala ini brlaku adalah dari pemerintah sendiri yg brtanggungjawab dengan polisi2,pendekatan dan urus tadbir rakyat(masyarakat)
    • Lilin Kehidupan
      Punca segala ini brlaku adalah dari pemerintah sendiri yg brtanggungjawab dengan polisi2,pendekatan dan urus tadbir rakyat(masyarakat)
  • Sulaiman Rahim · Top Commenter · Kuantan Polytechnic
    Berzakat pada pusat zakat untuk dapat resit....boleh claim incomtex...terdengar juga tok amil berebut buka counter di kawasan padat penduduk....RM7 x 30000 kepala dapat dijaring...emmm..wang mudah RM26,250...itu kalu 30000 kepala.....termasuk kelabu mata pengurusan zakat...tambah kos operasi pengurusan.....janda miskin anak 5 yg masih sekolah cuma dibantu RM150 sebulan....sampaikan zakat anda terus kepada asnaf yg layak....
  • Seligi Alpha · Top Commenter · Friends with Ezzy Freeman
    HA,,,, JAWAPLAH JKM , JAWAB PEJABAT AGAMA , ZAKAT....ZAKAT BAYAR PADA AMIL , SIMPAN BUAT KETOI,,, YG SUSAH NAK BERAYA TUNGGU TAHUN DEPAN LA,,, YE,,, RAYA TU PUN KALAU ADA NAMA DIPEJABAT YG TAK ADA NAMA SENARAI NAMA WALAUPUN RUMAH MACAM REBAN AYAM ,, MAKAN LAH APA YANG ADA YE...CANANG ISLAM BUKAN MAIN HEBAT KAT TV TAMBAH TAMBAH BULAN PUASA MACAM BAIK LA...SANGAT ,, WAYANG..SETAHUN SEKALI TAMBAHAN DEKAT NAK MENGUNDI,,, HARAM JADAH PUNYA KERAJAAN....
  • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
    Bagaimana pula dengan isu remaja2 islam yg tidak diambil perhatian serius? Merempit, anak luar nikah, kaki clubbing, banyaklah..Hal ini yg memberi imej buruk kpd Islam.' Islam akan menjadi lebih mantap di Malaysia jika semua penganutnya ada kesedaran dan tdk cepat melatah dan menyalahkan agama lain! Islam sudah tercalar keindahannya..sedih''.
  • Zulkefli Ahmad · ATC
    Zakat...........di Kedah pelajar nak masuk IPT kalau nak minta wang zakat kena bawa resit bayar zakat fitrah tahun lepas kalau tidak kena beli resit rm10 baru boleh memohon......syarat yg tak masuk akal, mentaliti orang agama pun dah serupa orang politik berbelit-belit.
  • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
    MALAYSIAKINI: Cukup dan Sudahlah menghebohkan isu yang amat sensetif ini. Berita seumpama ini membuatkan ramai orang yang puasanya terbatal dan lebih banyak membuat dosa mengutuk dan memfitnah antara sesama dan agama orang lain..So lebih baik MK STOP..
  • Fahmi Toh · Supporters at FC Barcelona
    aku mualaff..aku nk dpt zakat punya la susah...ade skali time aku interview tok dpt zakat ade datuk call pegawai ugama nk duit zakat wat dinner...truss settlee.kalau kita semua masih buta dan bodoh xnk cari ilmu kena tipuu kat munafikk jerk kita nie.
  • Mat Yusoff Che Mat · Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    setiap tahun PPZS, PPZ dan pusat pungutan zakat negeri lain menerima zakat daripada individu , sykt tetapi ke manakah zakat itu diagihkan? asnaf-asnaf yang sepatutnya terima tetap ke sana ke sini menagih simpati org ramai. Salah siapa?
  • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    SELAMATKAN iman orang2 Islam yang miskin dari murtad dan kekufuran! Gunakan segera WANG ZAKAT yang sangat banyak dikutip itu untuk membantu mereka yang termasuk dalam ASNAF LAPAN itu...
  • Ismail Muhamad · Top Commenter · Unit tempur cangkul at Regimen Petani Melayu Kelantan
    nk mintak bantuan baitul mal dan zakat ingat senang2 ke..perlu isi borang dulu pastu tgu bbulan2 baru nk dpt..kalau org susah sgt dh lama mati kebuluran dulu.
  • Zahari Hamzah
    pernah mendengar rintihan pesakit dialisis terpaksa ke sana ke mari untuk mendapat bantuan. Pergi ke PPZ, PPZ kata LZS punya. Bila sampai di LZS, kata PPZ punya kes. Kesian..
  • Mohd Borhan Ismail · Top Commenter · Tukang sembelih umporno at Sinar Harian
    KATA ZAKAT 100% DAN BATUIMAL CUKUP
    KENAPA ADA LAGI GOLONGAN MISKIN SEHINGGA GEREJA BOLEH BANTUT
    MANA IBRAHIM ALI TENTANG ISU MURTAD MELAYU
    • Azerien Zainuddin · 21 years old
      ekonomi malaysia pun kapitalis . Yg kaya makin kaya , yg miskin mkin miskin .zakat tu pn bkn rakyat dpat pn. .
  • Pokyeh Yeh
    biasa la zakat. kos pentakbiran mengalahkan kos biaya asnaf. ni la nasib malaysia guna islam suku2. lama dah jadi 3 suku.
    • Radzi Ismail
      salam..sbb. 3 suku yg. x memahami & menghayati ucapan doa iftitah dlm. solat tiap2 hari ikrar mereka2 itu seperti ikrar seorang munafik ....innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillah hirabbilaa'lamin...seperti mainan...




Tiada ulasan: