ALLAH BERKUASA SAPE NAK DIBERI HIDAYAH DAN SAPE NAK DISESATKAN...BIASANYA SESAT INI GULUNGAN TAHGUT KERJANYA DERHAKA PADA ALLAH SWT...
Video dedah isi Kaabah
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.
Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Bob Lokman dah jadi ustaz?
|
SUDAH banyak kali telinga nipis Diva dengar cerita kurang gula tentang selebriti Bob Lokman. Dia kini sudah banyak berubah. Soal imej Islamik Bob rasanya ramai yang sudah sedia maklum.
Syukurlah. Jika itu yang Bob rasakan, maka lebih baik untuk dia dan keluarganya, peminat dan masyarakat seharusnya memberi sokongan. Bob sekarang pun sudah banyak dijemput untuk memberi ceramah di sana sini, berkongsi cerita serta peralihan fasa hidup yang sedang dijalaninya.
Bukan Bob seorang, gitaris terkenal Sham Kamikaze juga sudah menjadi penceramah bebas sekarang. Okeylah tu.
Cuma satu benda sahaja yang Diva rasa pelik pasal Bob, sebab ada mulut-mulut bersuara kononnya Bob sekarang dibahasakan sebagai ustaz, tak boleh panggil sekadar nama Bob Lokman sahaja.
Eh, biar benar. Bila pula Bob jadi ustaz, dan kalaupun sudah taubat nasuha tak semestinya seseorang itu harus dipanggil dengan gelaran ustaz.
“Betul Va, aku sendiri diberitahu salah seorang jemaah masjid yang hadir sewaktu Bob Lokman hendak menyampaikan ceramah, orang-orang di sekitar sudah menyebut nama Bob sebagai ustaz. Bila pula dia jadi ustaz?” soal sumber Diva itu tercengang-cengang.
Bagi Diva, mungkin itulah resam orang kita, yang berjubah berjanggut dan berkopiah adalah ustaz dan berjaket kulit seluar jeans dan bertopi pula malaun.
Diva: Mahu dipanggil sayang oleh yang tersayang sahaja.
Firman Allah s.w.t:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
Penganjur fesyen tak hormat waktu berbuka
DIA buat hal lagi. Menganjurkan majlis peragaan fesyen pada bulan Ramadan satu isu, dekat dengan waktu berbuka satu perkara lain, sudah tu waktu berbuka puasa pun tidak dihormati.Ini bukan soal lapar tapi waktu berbuka puasa itu adalah momen paling indah, paling bererti buat orang Islam yang berpuasa, pendek akal punya penganjur.
Ada ke patut, jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam, sepatutnya peragaan fesyen yang melibatkan artis-artis popular berehat untuk beri laluan berbuka puasa.
Artis-artis wanita yang terlibat masih terhegeh-hegeh catwalk, posing sana, posing sini atas pentas manakala artis-artis lelaki yang tengah beratur nak ambil makanan pun diminta agar naik ke pentas untuk fotografi beramai-ramai. Ada juga yang nampak muka terkejut tapi sebab komitmen ikut sahaja.
Itulah, hendak dikatakan jahil tentang agama Islam, sah-sahlah penganjur majlis yang mahu Diva selar ini bukan beragama Islam. Tapi itu bukan alasan untuk buat bodoh dalam soal begini sebab ini melibat budi bahasa dan kepekaan terhadap hak orang lain.
Kerja memanglah kerja. Seharusnya, Diva boleh tulis dalam bahasa yang lebih lembut tapi disebabkan perkara sedemikian masih berlaku, Diva fikir tak ada guna bermanis mulut dengan pihak sebegitu.
Kalau tak salah, dua tahun lepas Diva ada sertai majlis yang hampir serupa di tempat yang serupa, lebih kurang juga layanan yang diterima.
Tahun ini pun sama juga, makanan berbuka sudah tersedia, tapi adat orang bertamu tak dipelawa seganlah jadinya.
Tapi memandangkan tunggu-tunggu pun tak dipelawa juga, pandai-pandailah petugas media buat macam rumah sendiri. Pahit mulut rasa makan berbuka kat majlis bangang sebegitu.
Diva: Kita bakor, kita boikot sahaja majlis sebegitu untuk tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan