Menurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.
Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu.
Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.
Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.
Abdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.
"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.
Abdul Razak, 32, juga akan memulakan tindakan mahkamah tanpa sebarang makluman jika tuntutan itu tidak dipatuhi dan kos notis itu akan ditanggung oleh Berita Minggu.
Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".
Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.
- فايروز سليمان · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaAlhamdulillah, tindakan berani anak muda. Ingat 'tukang kasut ' sengkek sangat sampai tak boleh saman 10 juta ke? Padan muka Berita hairan yang suka menyebar fitnah.
- Sin Taq · Pengulas Tertinggi · Lyon, France
- Nuruddin Nik Mat · Pengulas Tertinggi
- Un War · Pengulas Tertinggi · National Univercity of MalaysiaSaman jangan tak saman..kita ajar sama itu akhbar komponen be end....jangan selesai luar mahkamah....heret ke mahkamah sampai selesai..
- Rasman A Karim Rasman · Pengulas Tertinggi · MPTI
- Un War · Pengulas Tertinggi · National Univercity of Malaysia
- Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industries
- Mohd Ariffuddin · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor Ra
- Rasman A Karim Rasman · Pengulas Tertinggi · MPTI
- Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industries
- Mohd Azrieyl · Pengulas Tertinggi · SMGCsaman jer....baru laporan2 berita tu slpas ni lebih "berakhlak, bermoral dan bervitamin"....jgn asyik jd penyambung "lidah syaitan".....
- Syed Ahmad ShazaliKepada org yg mempersoalkan kenapa Razak tutup muka. Sila baca penjelasan Razak sebelum ini (dlm malaysiakini, artikel dahulu). Beliau tutup muka sbb gas pemedih mata. Dia baling tu bukannye baling batu ke polis, tapi buang gas pemedih mata ke kawasan lapang. Sbb masa tu ramai orang tua yg sesak nafas.
- Termizi Majid · Pengulas Tertinggi · Sendirian di Pesara Kerajaan
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri K S Nijhar berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat malam tadi.
"Jawatankusa Disiplin bermesyuarat malam tadi dan mengambil keputusan menggantung Sivarraajh selama 12 bulan. Bagaimanapun, beliau boleh merayu dalam masa 14 hari," katanya dalam kenyataan di ibunegara hari ini.
Sivarraajh dilaporkan mengemukakan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan selepas Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu mengambil keputusan menerima semula tiga pemimpin berkenaan - bekas timbalan ketua pemuda V Mugilan dan dua bekas anggota Jawatankuasa Pusat KP Samy dan G Kumar Amaan.
Mugilan, Samy dan Kumar Amaan dipecat apabila mereka memulakan kempen untuk menyingkirkan presiden MIC ketika itu Datuk Seri S Samy Vellu, berikutan pemecatan mereka dan seterusnya menubuhkan pergerakan dikenali sebagai Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Bagaimanapun, selepas Samy Vellu menyerahkan teraju kepimpinan MIC kepada Datuk G Palanivel pada Disember tahun lepas, ketiga-tiga mereka diterima semula menganggotai parti itu dan dikembalikan jawatan masing-masing.
Ini menyebabkan Sivarraajh menuduh Jawatankuasa Kerja Pusat MIC telah bertindak melanggar perlembagaan parti.
"Mengikut Akta Pertubuhan, tuduhan itu boleh memberi kesan serius terhadap parti. Beliau memanggil sidang akhbar untuk membuat tuduhan tersebut dan ini sesuatu yang kami tidak boleh terima," kata Nijhar.
- Bernstein Adlerhahhaahaa...lawak..
- Vijayan KrsnaZing · Pengulas Tertinggi · Associate di Yogeshwara Krishnakritik pun tak boleh? inilah mentaliti beeyend....dalam parti sendiri takde kebebasan suara, masakan nak implemen kebebasan suara kat luar....
- Sahari Nazri · Pengulas Tertinggi
- David Marshel · Pengulas Tertinggi · Bukit MertajamSuka hati pecat ahli..tak lama lagi MIC pun mati..tinggal seorang namanya Palani akan beri kuasanya pada velpari..lacur sana lacur sini pempuan mati cakap bunuh diri...kaum india modal selama ini ..tak kira hidup atau mati..keluarga samy yang menikmati..cukuplah setakat ni.. pastikan kita pangkah PAKATAN RAKYAT bila nak undi...
- Pemerhati Senyap · Pengulas Tertinggi · Kota BharuSebelum tamat tempoh pegantungan masuk PKR lagi bagus, melayu mari india mari cina mari bersatu dibawah PR, robohkan benting umno/bn diPutrajaya, anda adalah pemimpin perubahan
Rakaman selama satu minit 25 saat itu dipercayai mula dimuat naik oleh laman blog Screwkuat.
Ia menunjukkan sekumpulan anggota penguatkuasa JAIS menuju ke sebuah dewan bagi majlis kesyukuran di perkarangan gereja itu.
JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan berkata ia hanya satu 'pemeriksaan' selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada majlis 'buka puasa' yang dianjurkan itu.
Siasatan dibuat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Video berjudul 'Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011' bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.
Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta dua batang bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.
Video itu bagaimanapun berakhir dengan rakaman beberapa anggota JAIS memasuki dewan yang dipenuhi dengan orang ramai dan disusuli dengan perkataan 'to be continued' (akan bersambung).
'Video itu membuktikan bahawa pihak JAIS tidak melakukan serbuan seperti yang didakwa.
''Ternyata pihak di sebelah sana terutamanya Malaysiakini dan The Malaysian Insider berbohong dan telah memfitnah pihak JAIS kerana mahu menutup kerja jahat mereka," kata blog itu.
Menurut penulis itu lagi, video itu sekadar permulaan yang membuktikan pihak JAIS memiliki bukti rakaman lengkap dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.
Semalam seramai 12 umat Islam, yang berada di bangunan gereja berkenaan, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam.
- Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed ContractorJAIS ADA RAKAMAN PENUH BERKAITAN PEMERIKSAAN YANG DIBUAT...MALAYSIAKINI YANG ANTI ISLAM NI DAN MALAYSIAN INSIDER PUSINGKAN ISU KATA JAIS SERBU.....ORANG MELAYU YANG TAKSUB KEPARTIAN LAK LEBIH PERCAYA MALAYSIAKINI DAN MALAYSIAN INSIDER DARI JAIS SENDIRI...........KADANG2 KETAKSUBAN MEMBUTAKAN SESEORANG DARI KEBENARAN........HAPRAK PUNYA PENTAKSUB PARTI TAK KIRA LAH PR KE ATAU BN......
- Namia Aiman · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
- Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed ContractorPUNYA LA BODO PUNYA KOMEN..KHALWAT TU DUA ORANG JER..SESUAI LA SETAKAT 5-6 ORANG MAI...NI MAJLIS LEBIH 100 ORANG ...TAKKAN LAH NAK MAI 5-6 ORANG...PUN KENA LA ADA POLIS UNTUK KESELAMATAN BILA PERGI PERIKSA DALAM JUMLAH YANG RAMAI TU.......NKO NI PUASA KE DAK ....KENAPA BANGAN SANGAT TAK LEH PIKIR.....
- Mazlan Bin Abdul Manaf · Pengulas Tertinggi
- Hisham Sulamuddin · Pengulas TertinggiSepatutnya video dan blog itu tidak menembak sebarangan ke arah PAS. Nampak sgt tidak mengikuti perkembangan. Tidak ada pemimpin PAS mengatakan serbuan. Yang sahih mereka perlukan maklumat dari JAIS sama ada benar atau tak "serbuan" dan "murtad" itu berlaku. Harap diperbetulkan niat tuan punya blog itu.
- Siti Mariam Mahmood · Pengulas Tertinggi
- Ooi Koh Siong · Pengulas Tertinggi
- Bo Ks · Pengulas TertinggiBila sudah terdedah kebenarannya, Ahlul PAS dan PKR senyap sepi. Tak berani nak komen lagi. Bertaubatlah saudara2 Islam ku. Pertahankan agama mu. Sesungguhnya Allah maha mengasihi hamba2nya yg sentiasa bertaubat dan menegakkan kebenaran Islam itu.
- Ooi Koh Siong · Pengulas Tertinggibo apa maksuk u terdedah ?u dah tengok vedia dah apa yg u lihat satu bodoh juga sampai hari ini dah 2 minggu jin umno tak berani keluar keyataan tunjuk kan bukti. semua puas hati susah sangat ka tunjuk bukti cctv sebab jin tak ada bukti berani kerana benar takut kerana salah mengapa ambil masa yg panjang nak tunjuk bukti dengar bengar lepas undi atau lepas hari raya .
- Mohammad Shahir Ahmad · Pengulas Tertinggi · Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras
- Kunta Kinte · Bekerja di BlackBerry South Africa
- Eruwan Suhartini · Ilp muarDuit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau.. "
- Randy Andy · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Im a Muslim & Im ProudDuit RM 1: Bulan ni je aku rajin gi surau..nak kumpul pahala sikit..kot2..mase raya goll..pulak,sikit dah pahalaku..
Duit RM50: Kesiannya...
Duit RM 1: Lepas ni aku ni gi Bukit Bintang..Hard Rock Cafe Beb..kat sana org2 JAIS pun ramai..sebab tu tak yah takut kena serbu..enjoy beb..
Duit RM50: Jadi aku datang tempat ni..kira bodoh lah..huh
RM 1: Tulah lain kali..kena cerdik sikit..Pusat2 Urut, Gay Club, Dangdut goyang ewaa..Bini ditinggal..apa aku kisah..
- Anawar Ibrahem · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaAku tak percaya Jais dan Polis...dan blogger Umno...nak tipu tu mudah sahaja...buat sahaja semua jadi...ubah sahaja dan siarkan...org yg suka menipu akan menipu selamanya dan yg tertipu dan mudah tertipu akan ditipu selamaya. Bersih adalah entiti yg bersih dan pdrm adalah entiti yg tidak bersih.
- Hisham Sulamuddin · Pengulas Tertinggi
Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut.
Eksekutif atasan yang tersenarai ialah pengerusi eksekutif merangkap ketua eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.
Menurut kaji selidik tahunan “Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi” majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lalu berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik.
Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lalu, termasuk CIMB Group Holdings Bhd.
Bank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.
Beliau menerima RM12 juta tahun lalu berbanding RM14.5 juta pada 2009.
IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business.
Sementara itu, dengan tiga syarikat - YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement - Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta.
Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi.
Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.
Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka.
- Bernama
- Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jerwow... sebulan gaji dia sejuta.untung la sapa yg lahir atas dulang emas...
- Green Apple · Pengulas Tertinggi
- Azrul Iskandar Isma · Pengulas Tertinggi · SMIP
- Man Omar · Pengulas Tertinggi · Klanggolongan macam ini macam manalah nak faham kesusahan rakyat? abang seorang perdana menteri..bapa pula bekas perdana menteri...bapa saudara..adik sepupu sepapat semuanya golongan 'perdana menteri'..tapi mereka ini kira bertuah le hidup kerana senang sentiasa...kita tumpang seronok je ler..
- Long Ok · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Shaharin Shariton · Pengulas Tertinggi · OUMingatlah bahawa kekayaan yang melimpah ruah ini pastinya menyeksakan dirinya ketika dihisap di masyar nanti.....lagi banyak harta lagi panjang hisbnya.....kepada yang biasa-biasa macam kita, jangan kita cemburu, di dunia depa dapat segalanya....yang penting kita uruskan harta kita yang sedikit ini supaya hisab kita menjadi mudah...
- Shaharin Shariton · Pengulas Tertinggi · OUM
- Harry Mohamed Hussin · Friends with Mohd Sapinemcm haram...yg kaya bertambah kaya..ni suma geng2 puak ameno la ni
- Aedi Hafriez · Pengulas Tertinggi · UPSI
- Nizarasa Mohd Isa · Pengulas Tertinggi · SMKkesian pemeggang saham CIMB tak pernah dapat keuntungan malah sering kali kerugian rupa2nya CEO yang dapat habuan lumayan begitulah nasib pelabur malang semuga Allah s.w.t memberikan sesuatu kepada mereka.
- Aedi Hafriez · Pengulas Tertinggi · UPSI
Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.
Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).
Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.
"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.
Maklumat salah
Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.
"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.
Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.
Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.
"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.
Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.
Ahli majlis lapor polis
Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan.
Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.
Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian."
Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan."
Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.
- Mohd Mukhlis Mohd Sharif · Dellkalau x menipu bukan UMNO namanya. Tak hormat langsung bulan ramadhan. Menipu ni dah jadi salah satu rukun wajib perlembagaan UMNO.
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTMPapa Gomo ni blog hampeh.. blog mencarut, caci maki, sumpah seranah...Tergamak dia caci Tuan Guru Dato' Nik Aziz sbg orang tua nyanyuk, gila babi anak haram, biar cepat mampos??.. Celaka sungguh Papa Gomo berkata2 begitu kpd seorang Tuan Guru yang jauh lebih berusia dr beliau... Memang Blog Papa Gomo merupakan blog upahan OMNGOK yg paling keji dn paling hina, paling jijik dan paling najis yg pernah sy baca dn lawati...
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTMSyafiq Nur Hakim: Ape kenernya ko ni??? Asyik dik copy paste ayat2 yg sama manjang jer???.. Dr ayat2 ko 2 pun aku dh tau... Xyahla nk berselindung di balik topeng 'Silent Majority'.. Ko 2 memang penyokong tegar BN/UMNO.. Ayat ko: '...diminta utk bersuara olh Perdana Menteri, mari dan berikan sokongan....' tlh menzahirkan saper ko yg sebenarnya..... Piiraahhh...
- Mohd Asyik · Pengulas Tertinggi
- M Syafiq Roslan · Pengulas Tertinggi · Shinjuku-ku, Tokyo, Japandulu ada gak baca blog papa gomo ni.. fuhh.. dasyat betul fitnah2 nya. sakit hati baca.. x tau la manusia apa dye ni sampai x takut langsung nk buat dosa. Mungkinkah dye tu Dajjal? Hehehe..
- Zamri Ismail · Pengulas TertinggiKalu lah Malaysia ni betul2 demokrasi..dah lama dah UMNO jadi parti picisan jee!!Mana taknya isu bukan lawan dgn hujah tapi fitnah.
- Muharni Sawarin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rumahku Syurgakusi papa gomo ni mmg blogger upahan UMNOngok pun tak habis2 dgn fitnah dia baca blog dia isi takde fakta langsung.
- Isa Bin Ahmad Isma · Pengulas Tertinggi · Sulaimankalau org umno seribu kali buat lapuran polis pn tkn d layan buang masa je...
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata ia akan membuka pasaran dan seterusnya membolehkan lebih banyak kereta dibawa masuk ke negara ini tanpa sekatan.
"Ini juga membolehkan segmen ini memberikan sumbangan besar ke arah pembinaan negara," katanya selepas prebiu model empat tempat duduk pertama Ferrari, Ferrari FF, di Petaling Jaya hari ini.
Namun demikian, katanya, membawa masuk lebih banyak kereta tidak menjamin jualan yang lebih tinggi kerana cukai yang tinggi yang dikenakan oleh kerajaan pada masa ini akan membebankan bakal pembeli.
"Banyak pembeli kini memilih untuk membeli kereta premium dari Singapura kerana cukai yang dikenakan di negara itu lebih rendah," katanya.
Sementara itu, Zulkifli berkata, Naza mendapat peruntukan 21 kereta Ferrari bagi tahun ini daripada pembuatnya di Maranello, Itali dan 15 sudah diserahkan.
"Ferrari 458 Italia terus menjadi penyumbang utama bagi tahun ini, " kata Zulkifli.
Bagi tahun depan, beliau menjangka dapat membawa masuk 27 kereta Ferrari ke Malaysia.
Ferrari FF, yang dianggarkan bernilai RM2.8 juta, dijangka mula dihantar pada Januari 2012.
- A Jack Parow · Pengulas TertinggiOrang kaya menghabiskan duit dengan membeli kereta mewah tanpa memperdulikan nasib orang susah yang hidup merana. Bagus betul negara Malaysia, yang kaya makin kaya, yang susah makin merana.. Sekiranya Malaysia ditimpa sebarang bencana, aku lagi bersyukur dari membiarkan orang kaya yang hidup tanpa memperdulikan siapa yang merana.
- Lukas Fahmi Gerard · Pengulas Tertinggi · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia
- Long Ok · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Mohd Ridwan · Pengulas Tertinggicukai tu patut kaji balik..AP ni pon kroni jer dpt..ni semua sbb nk jaga proton! harga proton inspira bru pon nk sama dh harga ori lancer..kate kete nasional! takat beza rm20k, dpt pulak kete cap ayam ape kejadahnye! kah3..yg penting 'handling by lotus' kan.ekekekek.
- Fasya Zainal · Pengulas Tertinggiaku tak yakin ia akan dihapuskan. Sbb ia adalah sumber pendapatan kroni2 BN. Bila kroni2 ni dpt duit, diorg akan berikan kat BN. Jd nak tak nak BN kena kekalkan AP ni. Kalau betul nk lupus, 5 thn lepas dh lupuskan dah... kenapa tak lupus2. Tak percaya? TUnggu je la nanti Menteri kata akan dikekalkan AP.
- Long Ok · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Kamal Zawree · Kajang, MalaysiaElul la tu ap tamat....penjual ap dah kaput untung banyak lama dah....cukup la tu.....semua oghang tau Malaysia Negara yg dual kereta paling mahal d dunia.
- Vijayan KrsnaZing · Pengulas Tertinggi · Associate di Yogeshwara Krishnahanya kroni nepotis boleh buat bisnes macam ini....mana nak cari wang modal kalau tak jaminan org besar? jadi tak la memberi perbezaan banyak....
Pemangku Naib Canselor Unisel Profesor Dr Anuar Ahmad berkata semua mereka juga didapati tidak memenuhi tuntutan tugasan masing-masing dan pertukaran jawatan mereka adalah perkara normal dalam sesebuah organisasi.
Mereka ialah Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman, Pendaftar Rokmaa Mat dan Pengarah Pemasaran Halid Hasbullah.
Justeru, Unisel menafikan pertukaran jawatan mereka dan peletakan jawatan Naib Canselornya Datuk Dr Rosti Saruwono ada kaitan dengan salah guna kuasa atau campur tangan politik.
"Kita bukan mahu mencari salah siapa, tetapi secara umumnya apa yang boleh saya katakan masalah timbul apabila bilangan pelajar menurun ketara iaitu dari kira-kira 13,000 orang pada satu ketika dahulu kepada 8,700 orang pada masa kini.
"Dalam kursus pengajian perniagaan misalnya, dari kira-kira 5,000 pelajar berkurangan sehingga 2,400 pelajar kini," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
Isu akreditasi
Dr Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor Unisel selepas jawatan berkenaan dikosongkan Dr Rosti pada 3 Ogos lalu.
Dr Anuar berkata Unisel juga berdepan isu akreditasi kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) apabila ada kursus yang tertangguh kerana proses memohon akreditasi itu tidak dilakukan dengan komited.
Beliau berkata ekoran masalah itu, Unisel menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan apabila bilangan pelajar semakin berkurangan sedangkan pada masa yang sama, gaji serta penyelengaraan universiti memerlukan kos yang banyak.
Ditanya dakwaan sama ada ketiga-tiga pegawai itu terbabit dalam salah guna kuasa dan rasuah, Dr Anuar berkata Unisel tidak tahu mengenainya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengikut arahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam semua perkara, beliau berkata perkara itu akan dilakukan termasuk dalam isu pelucutan jawatan terbabit.
"Kita sudah turunkan Khalifah sebagai pensyarah biasa manakala Rokmaa yang sebelum ini dipinjamkan akan kembali bertugas di Perbadanan Menteri Besar Selangor dan ia adalah arahan Menteri Besar sendiri.
"Kita sudah ada calon berpengalaman untuk mengisi jawatan Pendaftar manakala status Halid pula belum ditentukan termasuk pengganti tempat beliau," katanya.
Dr Anuar berkata perkara paling utama adalah untuk memastikan Unisel terus menjadi antara instusi pengajian tinggi terbaik di negara ini dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan yang setaraf antarbangsa.
- Bernama
- Afif Rashid · Strathclyde Business SchoolSemoga warga UNISEL terus berjuang menaikkan martabat UNISEL setaraf dengan IPT terkenal.. melahirkan pelajar berdaya saing dan critikal n creative thinking dalam masa sama tinggi akhlak dan moralnya selaras dengan inspirasi PR dan kerajaan Negeri Selangor.
restructuring adalah satu langkah yang bijak dan ini satu proses biasa bila KPI tak sampai.. elokla bagi laluan pada orang lain..- Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARAada sesetengah prof di UNISEl adlh pengikut khir toyo dan org kuat umno..mereka memang nak sabotaj unisel ni bg memburukkan pemerintahan kerjn PR selangor..baca link ni
http://milosuam.blogspot.com/2011/08/bongkar-kemelut -universiti-industri.html
- Randy Andy · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Im a Muslim & Im ProudKalau Naib Canselor dan pegawainya tak boleh pakai..lucut lah..Yg korang bising kenapa pula? Kakitangan UNISEL ialah warisan UMNGOK pimpinan KHIR TOYOL..Jadik PR kena BERSIHkan mereka semua yg tak guna ni! booo
- Jamal Ahmad · Pengulas Tertinggi · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.SembilanTu dia pengaruh Politik PR dah dapat meresap ke dalam Pusat pengajian tinggi dah , PR ni baru dapat sikit kuasa dah nampak sangat macam Belanda dapat tanah , tak tahu lah kalau betul PR dapat perintah Malaysia apa akan jadi agaknya , tak mustahilah Malaysia ni akan jadi Singapura atau pu Negara Republik dan tidak beraja lagi agaknya ataupun di jualkan kepada Yahudi (Soros) .amat menakutkan kalau PR dapat memerintah . mintak jauhkanlah .
- Md Zulaimi Kazin · Pengulas Tertinggi · CEO/Owner di Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn, Bhd dan Janda Product MarketingJamal Ahmad...pernah masuk Universiti ke? Mengapa bilangan pelajar merosot dan bagaimana menghadapi daya saing? PR lebih profesional bukan lantik profesor kangkung jadi VC kemudian kerja dok bodek pantang ada isu mula nak kluar kenyataan bodoh sokong BN. Tanggungjawab pengurusan untuk meletakkan UNiversiti yang ditadbirnya duduk tangga yang tertinggi tetapi kalau semakin merosot, siapa salah? Takkan MB ko, akal adeke?
- Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
- Zoe Jaafar · Pengulas Tertinggi · SGGS, PenangIncik Jamal Ahmad, anda tidak dapat membezakan politik dan tugas professional. Pergi mendalami lagi ilmu. Selama ini UMNO ingat apa2 yg berkaitan dgn kerajaan hak mutlak parti. Itu pasa dewan orang ramai dll di perkosa macam hak milik UMNO. UMNO tidak tahu apa itu AMANAH....kebanyakan nya tidak tahu HUKUM ALLAH.
- Nizarasa Mohd Isa · Pengulas Tertinggi · SMKitu dia jawapan yang sebenar telahpun dikeluarkan oleh Pemangku Naib Canselor unisel mahukah kita tahap pengajian anak kita menurun ..? buatlah tindakan yang baik prof demi masa depan bangsa kita.Syabas dan tahniah kerana berani menyuarakan yang terbaik ...?
"Ini kerana kita anggap ia satu perkara yang menggugat dan mengancam keselamatan negara.
Menurutnya, jika tuntutan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.
"Kalau orang luar, orang asing tidak faham (mengenai) negara, jiwa mereka tidak sama dengan jiwa kita, (bagaimana) boleh menentukan hala tuju politik (negara)," kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang akhbar hari ini.
Sebaliknya, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi maklum balas dengan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya.
Semalam Najib dilaporkan berkata penubuhan jawatankuasa itu dalam masa terdekat dan bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.
"Kita mempertegaskan kepada perdana menteri, jangan lari daripada tajuk asal, perkara asas (iaitu) apa yang berlaku adalah satu pengkhianatan dan penyelewangan urus tadbir pendaftaran permohonan penduduk tetap.
"Kita tidak boleh berkompromi. PM mesti panggil sidang parlimen khas, tempat bagi kami untuk bincang isu ini. Bukan ambil tindakan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Minggu lalu, Pakatan menyerahkan surat menggesa diadakan sidang khas parlimen, kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz untuk disampaikan kepada Najib dan Pakatan memberi tempoh seminggu untuk dijawab
Salahudin berkata, tempoh seminggu itu tamat semalam, mereka tidak menerima sebarang jawapan dari perdana menteri.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah beberapa pemimpin ahli parlimen Pakatan, antaranya setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali; naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan naib presiden DAP, Tan Kok Wai.
Mengulas lanjut, Salahudin mendakwa cadangan Najib yang juga presiden Umno untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut adalah "satu dalih dan tidak memadai" dengan apa yang dibangkitkan Pakatan.
Dalam sidang media itu, Salahudin kesal dengan cadangan Najib menubuhkan jawatankuasa khas itu yang didakwanya "begitu tergopoh gapah" sedangkan ia tidak dirunding dengan parti pembangkang.
"Kita tidak dihubungi, tidak ada perundingan langsung (tentang) apa bentuk dan jenis jawatankuasa tersebut.
"Pada peringkat ini, kita (mahu) lihat dahulu terma rujukan... siapa yang mengetuainya. Tidak guna juga, jika dalam budaya parlimen di Malaysia, pihak kerajaan mengetuai dan kita jadi minoriti," katanya.
Sementara itu, Tan pula berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa itu, perlu terlebih dahulu dibentangkan oleh menteri, di Dewan Rakyat berdasarkan kepada Perkara 81 hingga 84 peraturan tetap mesyuarat Parlimen.
"(Ia) untuk membincangkan persediaan, terma rujukan, komposisi mesti dipersetujui sebelum sidang khas parlimen ini," katanya.
Beliau juga berkata, Najib juga tidak memberi jaminan pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga selesai tugas jawatankuasa tersebut.
"Jadi, tak guna bersetuju jawatankuasa ini ditubuhkan, (jika) kita bersetuju, kemudian dia (Najib) tak beritahu tarikh pilihan raya, jadi apa maknanya jawatankuasa pilihan ini," katanya sambil menambah, pihaknya sedia berbincang walaupun tidak dijemput.
- Kamal Azhari Zuhra · International Islamic University, IslamabadTeringat akan sabda baginda Nabi Saw yg bermaksud, "Apabila satu urusan diberikan kepada orang yg bukan ahlinya tentu akan mendatangkan kebinasaan (as-sa'ah)". Tidak hairanlah jika ramai manusia yg 'dunia' ini dijadikan matlamat kehidupan maka mrk akan gadaikan apa shj utk mencapainya (mrk akan menjadi tamak n zalim).
- Alaksnj Tp · Pengulas Tertinggi
- Iskandarnaim Zulkarnain · Pengulas Tertinggi · University of Missouri"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
- Nurul Nadirahkat sepang ramai orang indonesia mendapat maykad biru(warganegara malaysia)dengan mudah tanpa memohon
- Kemmy Marcus · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor Ra
- Basir Parto · Pengulas Tertinggi · Un. Putra MalaysiaUMNO...OH UMNO....KENAPA SANGGUP BIARKAN NEGARA TEGADAI KERANA MAHU MENANG DLM PILIHANRAYA????
- Tai Hak Lone · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Damansara Utamamana pegi tu ISA..SPR DAN UMNO knpa x dapat tu ISA...ini kegiatan lebih daripada mengancam kesalamatan negara..ini dah jual negara da
- Pok Man Kandek · Maahad raudhah an-nazirinDEKAT KAW JELI POM RAMAI ORG SIAM DAPAT MY KAD, KALU NAK SENANG JAH GI JUPO NGN TOK NGULU UMNO....GERENTI DAPAT, JAP AGI KELANTAN DI PENUHI OLEH RAKYAT ASING.....UMNO2 KENAPA KO MENZALIMI RAKYAT SENDIRI.....UMNO2 KENAPA KO KHIANATI MARUAH NEGARA...UMNO2 KENAPA KO JUAL NEGARA PADA PENDATANG ASING....UMNO2..???????!..
... - Jazman Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kerana Tuhan untuk Manusia
Warga Singapura Rakam Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah
KUALA LUMPUR – Sebuah laman web,The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta ‘duit kopi’ dari pemandu warga republik itu.
Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.
Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.
Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.
Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.
Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.
Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.
Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.
Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.
Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis ‘Intergriti Amalan Kita’.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan