Sabtu, 13 Ogos 2011

JANGAN CAKAPLAH...KENYATAAN BERPILIH2...BANYAK MUNGKAR DIDEPAN TUTUP MATA...PEKAK TELINGA...MULUT BISU...TUNGGU SAJA DIAKHIRAT SAPE BETUL,SAPE SALAH..

Umno: Pulau Pinang tak sensitif isu agama
Ogos 13, 11 3:27pm

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

zahid hamidi wavingBeliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

azlan"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya.

- Bernama

Pengarah GLC diingatkan tanggungjawab mereka
Ogos 13, 11 3:08pm

Majlis Peguam hari ini mengingatkan lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bahawa mereka tertakluk kepada kecuaian dan tindakan mahkamah oleh pemegang saham jika didapati gagal dalam tugas menangani penyelesaian di luar mahkamah dengan Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEPresidennya, Lim Chee Wee berkata lembaga pengarah dalam menentukan sama ada untuk membatalkan prosiding mahkamah ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu atau sebaliknya, perlu mesti mengambil kira sama ada keputusan (jika diambil), selaras dengan tugas mereka.

"Jika mereka gagal dalam tugas mereka, para pengarah akan terdedah kepada saman cuai oleh mana-mana pemegang saham atau lembaga pengarah yang dilantik seterusnya, seperti yang pernah kita lihat dalam beberapa kes baru-baru ini.

"Oleh itu, penarikan balik saman terhadap Tajudin boleh dianggap sebagai pelanggaran tugas di pihak pengarah GLC," kata Lim, sambil mengingatkan bahawa sebagai pengarah mereka juga bertanggungjawab kepada pemegang saham.

"Bagaimanapun, jika pemegang saham meluluskan resolusi untuk membenarkan pelanggaran tugas itu atau mengatakan bahawa tiada terdapat pelanggaran, maka saman itu boleh ditarik balik kecuali jika terdapat unsur-unsur penipuan atau menyalahi undang-undang," kata Lim kepada Malaysiakini.

azlanBertentangan dengan apa yang didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa arahannya dalam sepucuk surat awal minggu ini yang mahu GLC menyelesaikan saman mereka ke atas Tajudin, Lim mengingatkan bahawa pihak yang sepatutnya memberi arahan untuk memulakan suatu tindakan untuk menguatkuasakan mana-mana hak syarikat berkenaan, atau untuk mendapatkan perintah kembalikan harta dan untuk menarik balik saman, adalah para pengarah.

Nazri sebelum ini dilaporkan dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

NONE“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.







Kebebasan bersuara: M'sia patuhi piawaian a'bangsa
Ogos 13, 11 11:12am

Kerajaan BN dalam jawapannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mendakwa kebebasan bersuara dan maklumat yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah setanding dengan piawaian antarabangsa.

azlanDalam jawapan 69 halaman laporannya kepada Suhakam 2010, yang dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen pada sidang Dewan rakyat yang lalu, sekatan yang dikenakan adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

"Perkara 19 (3) deklarasi itu memperuntukkan bahawa hak itu (kebebasan bersuara dan kebebasan meluahkan pendapat) boleh dihadkan oleh undang-undang dan pertimbangan untuk menjaga reputasi orang lain, keselamatan negara, ketenteraman awam dan prinsip moral," kata laporan kerajaan itu.

Berdasarkan hujah ini, kerajaan berkata undang-undang yang didakwa Suhakam sebagai menyekat kebebasan bersuara, meluahkan perasaan dan pendapat bersuara itu - sebenarnya adalah wajar.

"Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat bukannya mutlak... Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1"Salah guna kebebasan bersuara, seperti fitnah, ancaman dan kenyataan menghasut, boleh menyebabkan kegusaran dan menimbulkan ketegangan kaum masyarakat berbilang bangsa danmerupakan satu ancaman kepada keselamatan negara," petik laporan itu lagi.

Menurut kerajaan meskipun rakyat negara ini diberi jaminan kebebasan bersuara berdasarkan Perkara 10 (1) (a), namun ini adalah terhad dan ada peruntukan yang membolehkan Parlimen menyekat hak berkenaan melalui undang-undang.

"Selaras dengan Perkara 10 (2) perlembagaan persekutuan, undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 digubal.

azlan"Undang-undang ini bertujuan memastikan bahawa kebebasan bersuara dan maklumat di Malaysia tidak disalahgunakan serta keselamatan negara dan ketenteraman dilindungi," katanya.

Atas tujuan yang sama, laporan itu berkata kerajaan mencadangkan penubuhan majlis perundingan media yang mendapat tentangan hebat daripada pihak media.

"Kerajaan menadang etika kewartawanan penting dalam negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia," petik laporan itu lagi.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Kah Kah kah... Buat Lawak betui UMNO ni.. Penuhi piawaian a'bangsa..kah kah Pakai Baju Kuning pun kena Tangkap! Mengajar Takde Tauliah pun kena Tangkap.. Gua Rasa Yang tepat Malaysia Patuhi piawaian Tentera dan Polis Israel..kah kah.. Peluru pun sama... kah kah.. Plss la..hentikan buat lawak hujung Minggu..
    • Mohd Fariq Q · Pengulas Tertinggi
      Takleh caya....
    • Smz Top · Pengulas Tertinggi · Smvkk
      hahahhahhahhahahhahahhahah​ahahha....kakakakakakkakak​akaaahhhh....lawak,lawak,l​awak,pelawok,pelawok,pelaw​ok.....wawawaaawawwaaawa..​....bodoh,bangang,sangap,b​ahalol punyer kenyataan dari bee end...
    • Pecinta Keadilan · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      Tumpang ketawa gak...hahahaha..
  • Vijayan KrsnaZing · Pengulas Tertinggi · Associate di Yogeshwara Krishna
    """""""""""""Kerajaan BN dalam jawapannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mendakwa kebebasan bersuara dan maklumat yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah setanding dengan piawaian antarabangsa."""""""""""""​"".

    memang betul.....tapi kesemuanya berat sebelah.....
  • Zaidi Abdul Rahman
    Err...bukan ker Menteri sendiri pernah kata bahawa Demokrasi di Negara kita adalah versi Malaysia. Mcm mana boleh sama ngan International level laks?
  • Zakuan Geto Kipazu Judgement · Pengulas Tertinggi · UTm skudai 03
    bulan puasa sure suhakam nak cuba nasib berjenaka...syuh..syuh pergi la maharaja lawak tuh.....amender piawaian? dulu dah langgar hak asasi kemanusiaan dan melawan PBB berkenaan isu DOWNLOAD..tuh mender?
  • Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji
    KEBEBASAN ITU SATU PERKARA..ANTARA masalah lain adalah bgimana media menipu FAKTA yg dilaporkan kpd rakyat!!..cm TV3, RTM, UTUSAN.nak ampu umno ampu la..tp jgn tipu fakta sial!!..

Tiada ulasan: