Sabtu, 13 Ogos 2011

SYIAR PALING BESAR IALAH UNDANG2 DALAM QURAN DIGUNAKAN PAKAI...JANGAN PUJIAN DALAM BACAAN TAPI MENOLAK HUKUM DALAM PERBUATAN...BERTAKWALAH

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang
Ogos 13, 11 9:46am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.

azan call for prayer“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

NONE"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.

  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    ISLAM TIDAK MENYUSAH-KAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM, SAYA SOKONG DR JUANDA JAYA.
    • Mohamad Nor Mohamad · Politeknik muadzam shah
      Larangan berzikir & membaca al-quran dengan kuat sy sokong, sebab membaca al-quran & berzikir kuat dalam masjid pun tidak boleh jika mengganggu orang lain dalam masjid yang sedang ibadah. Apatah lagi di luar yang terdiri dari pelbagai masyarakat. sokong nabi saw lebih utama dari sokong individu lain selainnya Zurani Serikandi Ayah :)
    • Mohamad Nor Mohamad · Politeknik muadzam shah
      Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
      "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat' (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)." Allahu a'lam
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
      bagi sy....ada yg bagus ada yg xbagus pasang mic tu...klau kawasan penduduk semua Islam...baik pasang kuat2...bagi semua bagun....sbb ramai umat Islam skrg ni susah nk bgun utk solat subuh...nak2 berjamaah....kebanyakannya​ subuh pukul 8 pagi...sbb lena d buai mimpi...tp klau d kawasan yg ada org kafir....elok la perlahan....
  • إسکندر حاج توسري
    Bidaah boleh membawa kesesatan n fitnah yg dahsyat kpd agama Allah. Jauhkan perkara2 yg bidaah n kembalilah kepada al-quran n sunnah nabi... Insya-Allah kita akan selamat dunia n akhirat.

    Klau benda yg nabi tak buat, jgn kita beriya2 mempertahankannya...
  • Honaluluman Zack · Skudai, Johor, Malaysia
    1. Marah sebab baca quran tak boleh guna mic. Tapi tak pernah marah bila bilangan jemaah dari dulu tak pernah bertambah.
    2. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi, yang marah itu sendiri tak pernah baca quran guna mic.
    3. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi yang baca guna mic pun tak pernah nak tahu apa makna ayat-ayat bacaannnya.
    4. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi tak sedar orang lain marah juga sebab bacaannya salah tajwid, makhraj dan taranum.
    5. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi ahli keluarga sendiri yang malas pergi masjid tak pernah nak marah.
    • Komat
      marah betul tuan...baca quran menyejukan hati...
    • Honaluluman Zack · Skudai, Johor, Malaysia
      Baca untuk amalkan firman tuhan. Jangan baca untuk sejuk hati sahaja. Jangan baca untuk bertanding saja. Jangan baca untuk halau jin sahaja. Jangan baca nak tunjuk-tunjuk saja. Baca untuk praktikkan suruhan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan. Hari-hari dengar ayat suruh tutup aurat, tapi bini masih langar ayat Quran yang didengar melalui microfon itu.
    • Mohd Fakrudin Abdullah · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      perjalanan malaysia yang kononnya bebas, tapi cuma bertopengkan nasfu sehingga sanggop mengorbankan syariati islam., CUMA lebih mengutamakan penguasa semata2 yang masih mengilai berkuasa... mereka lupa yang allah maha mengetahui tentang kebenaran.... kau tetapkan lah hati kami pada jalan mu...IiSLAM yang berlandaskan Alquran dan sunnah...
  • AnuWear Si Chemeleon · Pengulas Tertinggi · Ketua Umum di PKR.com
    orang yg hatinya kotor saja akan terasa terganggu dgn bacaan al-quran. sesungguhnya bacaan al-quran tu la yg dapat menenangkan jiwa..
    • Farhan Haqeem
      tapi bukankah lebih elok mengikut sunnah rasullulah..soalannye..ben​arkah itu sunnah rasullullah??
    • AnuWear Si Chemeleon · Pengulas Tertinggi · Ketua Umum di PKR.com
      pikir2kan lah :

      1. Allah dah janji hatta mendengar org membaca al-quran itu sendiri akan diberikan pahala.
      2. Saidina Umar sebelum beriman kepada Allah adalah org yg sgt bengis dan ganas, tetapi hatinya menjadi lembut dan terus tertarik kpd islam hanya setelah mendengar adiknya membaca al-quran..
    • Auzani Akramin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Skudai, Johor, Malaysia
      payah kalau tak faham isu sebenar ni..bukan masalah baca al-quran tu,masalah speaker tu..bukannya wajib pun buka bacaan al-quran tu..tolerate la sikit,orang bukan Islam nak tidur ke,apa ke..
  • Imran Ahmad Baihaqi · Lulusan PASTI =)
    kpd si menatang bermata 360 darjah...2 fakta anda di bawah..

    1. Allah dah janji hatta mendengar org membaca al-quran itu sendiri akan diberikan pahala-Allah tak perlukan pembesar suara utk dengaq hambanya mengaji.

    2. Saidina Umar sebelum beriman kepada Allah adalah org yg sgt bengis dan ganas, tetapi hatinya menjadi lembut dan terus tertarik kpd islam hanya setelah mendengar adiknya membaca al-quran-adakah adik saidina umar mengaji mggunakan pembesar suara?

    3. pikiaqla =)
    • Honaluluman Zack · Skudai, Johor, Malaysia
      Umar yang pergi rumah adiknya. Umar terdengar dari luar rumah adiknya. Umar faham ayat surah TOHA itu sebab dalam bahasa arab lalu Umar beriman.
    • Auzani Akramin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Skudai, Johor, Malaysia
      Dalam keadaan sekarang,cina tak faham arab,orang Islam dok pasang bacaan al-quran kuat-kuat ngadap rumah dia, so dia claim orang Islam ni biadap,tak reti hormat hak orang lain,terus tak tertarik kepada Islam..Sapa nak jawab?
    • Imran Ahmad Baihaqi · Lulusan PASTI =)
      aku baik dgn seorang pakcik brbangsa cina..dia menyatakan kekesalan sbb dulu tak belajaq tulisan jawi,,,sbb dulu dia blajaq skolah omputih..kalo dulu dia tau jawi dah tentu dia lebih hebat dr Melayu la yg yg tak kenai jawi malah ada melayu bangsat yg cuba hapus jawi

DAP: BN tak tahu beza rusuhan, himpunan aman
Ogos 13, 11 12:22pm

Percubaan pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyamakan rusuhan di United Kingdom dengan himpunan aman BERSIH 2.0 di Malaysia tidak masuk akal, kata setiausaha organisasi DAP Teresa Kok.

NONE“Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Oleh itu kenyataan Hishammudin bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah.

NONE“Ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman BERSIH yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,” kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Pekakkan telinga

Katanya, beliau kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri itu yang masih cuba menafikan hakikat di sebalik beratus-ratusan rakaman video membuktikan polis menggunakan kekerasan keterlaluan telah dimuatnaikkan ke internet untuk tontonan ramai.

“Hishammuddin masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan polis.

“Sehingga hari ini, sebulan telah pun berlalu, Hishammuddin dan polis masih gagal membentangkan laporan keganasan polis kepada orang ramai.

NONE“Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan polis segi siasatan terhadap anggota polis sendiri?” soalnya.

Sehubungan itu, Kok meminta Hishammuddin supaya mengambil iktibar daripada cara kerajaan dan polis UK mengendalikan keadaaan rusuhan yang sebenar.

Perbezaan di UK dan KL

Kok kemudiannya menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

NONE* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

bersih rally petaling street 090711* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.


Gereja: JAIS bertindak 'tanpa kuasa sepatutnya'
Ogos 12, 11 2:30pm

Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyelar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membuat serbuan ke atas premisnya pada 3 Ogos lalu "tanpa kuasa yang sepatutnya di bawah undang-undang".

DUMC mengulangi bahawa JAIS dan anggota polis datang ke premisnya - Dream Centre - tanpa waran geledah.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, pastor Daniel Ho berkata, mereka telah
menceroboh majlis makan malam kesyukuran dan terganggu program tersebut.

"Mereka ambil gambar dan video apabila mereka datang," kata Ho, sambil menambah mereka terus merakam dan mengambil gambar walaupun selepas keluar dewan.

Pegawai JAIS, tegasnya, memberi beberapa amaran keras kepada pihak penganjur kerana enggan bekerjasama dengan tuntutan mereka.

Pada masa yang sama, tambahnya, ramai anggota berpakaian biasa bermotosikal memasuki perkarangan Dream Centre dan sekitar kawasan tersebut.

DUMC membuat kenyataan itu seminggu selepas serbuan tersebut Rabu lalu oleh 20 hingga 30 pegawai JAIS, yang menurut DUMC, tidak mempunyai apa-apa jenis waran.

Bagaimanapun, pastor itu tidak menyentuh tentang dakwaan bahawa gereja itu terbabit dalam usaha memurtadkan orang Islam.

Semalam, JAIS dalam kenyataannya menafikan pihaknya "menyerbu" DUMC dan menegaskan tiada sebarang bentuk kekerasan yang digunakan.

  • Basil John
    kita orang malaysia harus ada adat bahasa, adat sopan , lihat aja rukun negara - sesuatu yg meyulitkan antara kita patut ada diaglue/rundingan -jangan buat tidak senonoh-malulah kita ini -jangan mengikut kata hati.
    • Ahmad Saufi Salleh · Pengulas Tertinggi
      @basil john 1. Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
      2. Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.

      Thanks :)
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      Bukan 12, tapi 50 orang Islam dipercayai menyertai majlis DUMC | Free Malaysia Today
  • Muhammad Zulhairi Fetani · Pengulas Tertinggi
    bile mase plak gereja ade hak nak tentukan bidang kuasa orang ni... hebat sangat lah tu.
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      Bukan 12, tapi 50 orang Islam dipercayai menyertai majlis DUMC (Free Malaysia Today). Pastu penganjurnya seorang wanita Islam yang tak mengaku Islam bernama Sophia@Nadea Mohd Salleh
  • Siva Kumar · Sound Technician di Ibu pertiwi sound and recording
    kepada pengurusan GEREJA , sya pun seorang bukan islam... kalau anda ingin menolong orang yang susah , kenapa ajak mereka ke GEREJA ? MOTHER TERESA menolong orang orang miskin , bukan bawa mereka ke GEREJA?.. dalam hal kebajikan jangan ambil kesempatan.. kita negara berbilang kaum & agama... kena ikut perlembagaan negara.. jangan sentuh isu sensitif...
  • Easypipfx Easypip · TI Penang
    Lebih baik yang tak berkenaan, KITA diam.. jangan timbulkan provokasi lagi... kita lihat dan redakan keadaan sebolehnya... yang berkenaan pulak sudah2lah timbulkan provokasi dan menjadi PUNCA pepecahan.. ini isu yang amat sensitif... Biar semua diselit bukti yang sahih .. barulah bertindak...
  • Mohd Halim A Rahim · Pengulas Tertinggi
    Panggil kedua-dua pihak. Ajak bersemuka. Ahli politik jangan cakap dahulu.

Saman Hindraf: Peguam British pula diusir
Ogos 13, 11 10:45am

Jabatan Imigresen telah menghantar pulang peguam Britain Imran Khan, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam dalam misinya mencari fakta berhubung dakwaan masyarakt India di negara ini dipinggirkan.

Ini adalah kali kedua seorang peguam asing telah dusir dari negara tahun ini - bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon, yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suaram dalam tuntutan saman di mahkamah berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene, diusir selepas beliau mendarat di KLIA.

imran khanImran (kiri), seorang peguam yang terkenal dengan kes-kes yang membabitkan perkauman, telah diarahkan pulang melalui penerbangan ke London pada jam 2 pagi hari ini selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen untuk lebih 12 jam.

"Imran tiba di lapangan terbang KLIA pada 1:50 petang semalam dan ketika melalui kaunter imigresen, beliau memaklumkan kepada pegawai bertugas bahawa tujuannya ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan anak guamnya berhubung satu saman kelas ke atas kerajaan UK," kata pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy dalam satu kenyataan akhbar.

"Pegawai berkenaan memeriksa senarai orang-orang yang 'tidak dibenarkan masuk' dan serta-merta memberitahu Imran bahawa permohonannya untuk memasuki Malaysia adalah ditolak."

Waythamoorthy berkata pegawai-pegawai imigresen tidak dapat memberikan sebarang alasan berhubung larangan ke Imran daripada memasuki negara ini

"Menurut pegawai kanan imigresen itu, dia tidak mempunyai masalah membenarkan Imran masuk tetapi keputusan larangan itu datang daripada pejabat tertinggi Cawangan Khas di Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau juga kemudiannya memberitahu bahawa polis menyifatkan Imran mungkin sebagai satu ancaman kepada keselamatan Malaysia."

Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover, telah dibenarkan masuk ke negara ini.

hindraf celebrate birthday in parliament 210508 s jayathasLawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.

"Peguam itu akan berjumpa dengan masyarkat India yang terpinggir dan mendapatkan maklumat daripada golongan yang terpinggir itu yang antara mereka, ada yang dinafikan kad pengenalan dan pendidikan," kata ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia S Jayathas (kiri) kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: